Selasa, 9 Mei 2023
SUARA TAMRIN
PROKLAMASI ORANG MELAYU
ANWAR SANGGUP BUNUH BANGSA SENDIRI KERANA JAWATAN
Jumaat - 05/05/23
1. Ingatan Haji Suhaimi Kamaruddin , Ketua Pemuda ketika itu kepada saya ; 'Jika kamu terus sokong Anwar , satu hari nanti dia akan makan bapa you'
Ia sudah pun berlaku
2. Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah pernah memberi tahu saya ; 'Anwar diluar pun susah didalam lagi susah'
3. Siapa yang memungut dan terus membimbing Anwar dari ABIM menjadi Ketua Pemuda , diangkat sebagai Timbalan Menteri sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri jika bukan Tun
4. Bak kata pepatah :
KACANG
LUPAKAN
KULIT
SUDAH MENYEBERANG
TONGKAT DI BUANG
MALAH CUBA
DI PATAH - PATAH KAN
5. Kini bukan lagi Ketua Pembangkang tapi Ketua Kerajaan jestru buat lah kerja seperti yang patut , dan laksanakan SEGALA janji REFORMASI
6. Kerajaan MADANI bukan lagi Kerajaan REFORMASI yang dilaung - laungkan oleh beliau , dan mereka yang taksud dengan beliau
7. Anwar kini sudah pun mendapat tempat atau jawatan yang di idam - idamkan sejak meninggalkan Sekolah Yayasan Anda dan ABIM
8. Itu rezeki yang ALLAH SWT berikan kepada beliau , Alhamdulillah , tetapi ingat ALLAH SWT juga boleh tarik semula rezeki yang diberikan itu pada bila - bila masa sahaja
9. Benar seperti video yang sedang di tularkan dimana saya pernah mengatakan Dr. Mahathir jahat TETAPI MENGKHINATI dan MEMFITNAH
'Proklamasi
Orang Melayu'
itu sendiri
adalah satu TINDAKAN KOTOR DAN IANYA LEBIH JAHAT yang belum pernah dilakukan oleh mana - mana pemimpin Melayu sebelum beliau
10. Mengapa sabotaj pelancaran Proklamasi Orang Melayu pada Ahad 19hb Mac dahulu sehingga 4 dewan hotel yang ditempah terpaksa dibatal setelah diugut dan di beri amaran melalui kunco - kunconya
11. Sebenarnya TIDAK ada beza pun antara DASAR EKONOMI BARU atau DEB yang dilancarkan oleh Tun Razak selepas Peristiwa 13 Mei 1969 dan PROKLAMASI ORANG MELAYU oleh Tun Dr. Mahathir : bezanya hanya pada nama sahaja
12. Proklamasi ialah Pengistiaran ; seperti DEB juga walaupun ianya khusus untuk menyatu dan memperkukoh ekonomi Orang Melayu yang masih tertinggal jauh TAPI dalam masa sama ia TIDAK LANGSUNG mengugat kedudukan bangsa asing
13. Dimana salah nya sehingga Anwar SANGGUP mengatakan PROKLAMASI ORANG MELAYU ini ialah resis
14. Mengapa beliau MEMBISU dan TIDAK menggelar DAP rasis ?
15. Dengan 42 Kerusi di Parlimen sedarkah kita DAP merupakan Parti yang terbesar dalam kumpulan PH yang menerajui Kerajaan MADANI ?
16. Jika DAP tarik sokongan maka jatuh lah Anwar sebagai Perdana Menteri jestru walaupun hanya diwakli 4 orang Menteri dalam Kabinet tapi secara halus dan diplomatik mereka bebas bersuara dan dilayani dengan
'Carpet Merah' permintaan mereka TANPA gelaran RASIS
17. Kini selain dari sokongan Hadi dan beberapa pemimpin PAS dan Annuar Musa , Presiden NGO Muafakat Nasional yang dipecat dari UMNO yang ditakuti oleh Zahid Hamidi , difahamkan hampir 400 , 000 Orang Melayu telah pun menurunkan tandatangan menyokong PROKLAMASI ORANG MELAYU
18. Didoakan agar Anwar balik kepangkal jalan SEGERA sebelum gigi yang bergoyang tercabut sendiri atau TERPAKSA dicabut sebelum
menanah
19. Memang benar kata
Hang Tuah :
TIDAK
HILANG
MELAYU
DI DUNIA
tapi ..............
Wassalam
Terima Kasih
DALAM DAULAH. ADA DAULAH TERPENDAM
Pengeluaran laporan akan bantu perbicaraan sivil, kata isteri aktivis
PERINTAH Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengeluarkan laporan pasukan petugas khas sulit mengenai kehilangan Amri Che Mat akan membantu keluarganya meneruskan perbicaraan sivil bulan depan, kata Norhayati Ariffin.
Dalam satu kenyataan, isteri aktivis itu berkata dengan bukti penting ini beliau berharap akan ada penutupan dalam kes kehilangan aktivis itu.
“Saya berpuas hati dengan keputusan hari ini untuk membenarkan saya dan pasukan undang-undang saya mengakses laporan ini. Walaupun saya belum melihat keputusan bertulis mahkamah lagi, saya telah dinasihatkan oleh pasukan peguam saya bahawa kerajaan telah diarahkan untuk menyerahkan laporan kepada saya dan pasukan peguam saya dalam masa 30 hari.
“Cukuplah untuk saya katakan, laporan ini belum didedahkan kepada saya dan kerajaan juga tidak memaklumkan saya bila saya boleh mengharapkan untuk menerima laporan daripada mereka.
“Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang kenyataan lanjut mengenai laporan itu, kecuali sebagai saksi dalam kes sivil yang disebutkan di atas, jika berkaitan. Saya meminta semua pertanyaan media mengenai perkara ini dialamatkan kepada pasukan peguam saya, khususnya Encik Surendra Ananth,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Terdahulu hari ini Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata Norhayati hanya akan dibenarkan berkongsi laporan itu dengan peguamnya.
Norhayati memfailkan saman sivil terhadap 21 pihak termasuk kerajaan dan polis pada 2019.
Amri, yang mengasaskan Perlis Hope, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, hilang tanpa jejak pada 24 November 2016.
Dia diculik 550m dari rumahnya di Padang Behor di Kangar. Polis kemudian menemui keretanya di Bukit Chabang.
Lelaki berusia 43 tahun itu yang merupakan sebahagian daripada pasukan ekspedisi Malaysia Gunung Everest 1997, dilaporkan memberitahu anak sulungnya dia akan keluar malam itu. Dia mempunyai empat anak perempuan, berumur 19, 17, 15 dan 10 tahun.
Dalam laporan polisnya, isteri Amri, Norhayati berkata terdapat kereta dan motosikal yang tidak dikenali diletakkan berhampiran rumah mereka pada hari aktivis itu hilang.
Antara 2017 dan 2019, siasatan awam mengenai kehilangan Amri dilakukan oleh Suhakam.
Pada 2021, Suhakam membuat kesimpulan Amri adalah mangsa kehilangan paksa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, khususnya oleh Cawangan Khas polis.
Sebagai tindak balas, kementerian dalam negeri menubuhkan pasukan petugas untuk melihat kesimpulan Suhakam. Ia diberi masa enam bulan untuk menyiapkan laporannya.
Sejak itu, kementerian mahupun pasukan petugas tidak mengeluarkan laporan, walaupun berkali-kali desakan untuk berbuat demikian oleh pelbagai pihak, termasuk Suhakam dan NGO lain.
Selain Norhayati, Susanne Liew, isteri kepada Pastor Raymond Koh yang hilang juga cuba menyelesaikan tuntutan mahkamah yang difailkan berhubung kehilangan secara paksa.
Pada Disember tahun lepas, peguam keluarga Koh, Gurdial Singh Nijar, memberitahu hakim Ahmad Bache bahawa kedua-dua pihak mahu menyelesaikan perkara itu, yang akan melibatkan membuat representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Perbicaraan kes itu sepatutnya bermula hari ini dan Gurdial, dengan persetujuan peguam kanan persekutuan Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, memohon untuk menangguhkan perbicaraan ke 6 Jun tahun depan, memetik usaha pihak-pihak untuk menyelesaikan perkara itu.
Isteri Koh, Susanna Liew memfailkan saman itu pada Februari 2020, menuntut ganti rugi atas kehilangannya.
Mereka yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah itu termasuk bekas ketua penolong pengarah Cawangan Khas Awaludin Jadid, dan pegawai kanan termasuk ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Huzir Mohamed dan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat.
Koh telah diculik oleh lelaki bertopeng di Petaling Jaya, Selangor, pada 13 Februari 2017. – 9 Mei, 2023.
WOIT
INI BUKTI DALAM
KERAJAAN
ADA LAGI
SATU KERAJAAN
YANG GELAP
AMIN
DALAM DAULAH
ADA DAULAH
TERPENDAM
AMIN
KHALAS
ORANG ASAL BANGUN MELAWAN
Ratusan Orang Asli Johor berarak bantah tanah kesultanan
RATUSAN penduduk Orang Asli Johor dilaporkan berarak ke pejabat menteri besar bagi membantah usaha menjadikan semua penempatan dan tanah rizab mereka sebagai tanah kesultanan.
Kumpulan dipimpin Pengerusi Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ), Dolah Tekoi juga bertindak demikian bagi menggesa kerajaan mentadbir tanah itu sebagai tanah adat.
Dolah dipetik Berita Harian sebagai berkata, status tanah tidak perlu diubah menjadi tanah kesultanan kerana perizaban tanah sedia ada sudahpun mengikut aturan mengikut perlembagaan.
“Hal ini dikuat kuasa bukan setakat di Johor namun untuk semua Rizab Orang Asli seluruh negara, maka tiada sebab untuk ia ditukar ganti kepada tanah kesultanan,” katanya.
Beliau berkata demikian dengan merujuk Seksyen 6 dan Seksyen 7 Akta 134 Akta Orang Asli 1954 dan Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965.
Jelasnya, tanah berkenaan akan menjadi tanah persendirian sultan dan bukan lagi harta negeri seperti dinyatakan dalam Seksyen 2 Enakmen Tanah Kesultanan.
“... Ia menyebut setiap tanah yang diklasifikasi sebagai tanah kesultanan adalah bukan harta negeri yang bermaksud bukan tanah kerajaan lagi tetapi menjadi tanah diraja dan milik persendirian.
“Jika cadangan tanah kesultanan dikuatkuasakan, Orang Asli akan menjadi hanya penumpang di tanah orang lain.
“Jika menjadi milik persendirian, maka pada bila-bila masa tanah itu boleh diambil dan kami boleh dihalau pada bila-bila masa,” katanya lagi.
Menurut undang-undang itu, tiada mana-mana bahagian tanah kesultanan boleh dijual, dipajak atau dilupuskan kecuali dengan kebenaran bertulis sultan.
Tindakan kumpulan masyarakat itu membantah secara khusus titah Sultan Johor pada Mac lalu agar seluruh tanah penempatan Orang Asli dijadikan tanah kesultanan.
Baginda menitahkan demikian bagi mengelak Orang Asli diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menceroboh tanah demi kegiatan haram.
Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dilaporkan bertitah bahawa pihak yang tidak dinamakan itu mengusahakan tanaman kelapa sawit, memotong kayu-kayan bernilai serta memburu binatang liar.
“Ada yang menceroboh tanah perladangan sehingga beratus ekar. Sudah pasti mereka dipergunakan oleh orang luar,” titah baginda seperti dilaporkan Bernama.
Mengulas perkara itu, Dolah berkata kerajaan Johor sepatutnya mengambil tindakan tegas ke atas dalang yang mengeksploitasi tanah rizab Orang Asli bagi membuka ladang terbabit.
“Andai ada bukti pembabitan dalang dan Orang Asli, hukum golongan ini yang telah merosakkan reputasi Orang Asli Johor.
“Kenapa semua Orang Asli mahu dihukum dengan tanah rizab kami dirampas dan ditukar kepada tanah kesultanan, ini sangat zalim dan seolah-olah mahu menghalau kami dari tanah rizab.”
Dolah juga dilaporkan berkata, beliau akan berusaha untuk bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu itu.
Perhimpunan di pusat pentadbiran negeri Iskandar Puteri semalam dilaporkan disokong masyarakat Orang Asli Mersing, Segamat, Kluang, Johor Bahru dan Kota Tinggi. – 9 Mei, 2023.
BANGUN
DAN LAWAN
AMIN
HANYA SATU
AYAT
AMIN
TAK LAWAN
AKAN MATI
AMIN
KHALAS
NAJIB KENA TIPU CHINA TEEMBAM
SEMUA SALAH
JO LO
AMIN
NAJIB MANGSA
KENA TIPU OLEH
CHINA TEEMBAM
AMIN
Amier The Hero commented on
"JO LO & NAJIB NAZAK"
Hahahahaha.. jolo elok ajo besuko rio, joli sano enjoy sini. buleh ajo cokup, nak dongan tak ajo sebona eh. Pehtu, korang ingat jolo ni bungkor ko? Nak soghahkan diri eh jadi kambin itam semato nak lopehkan bosskurrrr, mmg tak laaa doh. Dio dah sodap² mogang tektek britney spears, tetibo nak tangkap bawak dio balik.. tukarkan dio dgn bosskurrr bini kak mah.. mimpi laaaa!!! Duit punyo kuaso, sumo eh boleh jadi. Korang yg duit setakat cukup² makan hanyo buleh memokak kek dlm blog TT ni ajo, habih² pun memokak kek fesbuk.
Pmx kesayangan TT kombali dongan kenyataan yg amat² konpiden, dio buleh bwk balik jolo sebagai pertukaran dongan umngok nnt.. kah kah kah kah.. ingat cino tombam tu bangang eh!!! Nak den kobaan bangang tapi blaja kemain tinggi laie memasing. Tapi tu la, kalau dah jadi hambo duit hambo kuaso.. otometik akan jadi bangang kesudahan eh. TT, den tgk zahid nomankan pmx tgk wayang cito sejarah idup pmx. Perati gambar² tpm tu, mcm bosan ajo deh nengok muvie tu.. bosan² toguk lak air mineral. Cubo peratikan.. kah kah kah kah!!! Apo barang ajak nengok wayang, lenkali ajak poie nengok timbunan duit.. baghu la tpm tak bosan.. kah kah kah kah kah...
MALAYSIA PENUH DENGAN PENCURI JENIS NAJIB
JANGAN HANYA
REKRUT ALLAH
MELAYSIA PENUH
DENGAN PENCURI
PERASUAH & NAJIB
KHALAS
Unknown commented on
"SIMPAN TERUS
NAJIB DI KAJANG"
Cbk Sgt suruh orng lain duduk dlm penjara kenapa , Kena atas btng hidung/diri @klrg sendiri baru tahu! Tak payah buat kerja Allah, segala kejadian yg berlaku ada Hikmahnya berlapang dada, Manusia semuanya tak sempurna, kita kena selalu istigfar memohon keampunan kpad Allah serta berhak dan patut diberi keampunan/kemaafan dari sesiapa pun Makhluk, khususnya manusia /Pihak yg berautoriti! Mengapa kita Harus pertikai kan hak orng lain! Maknanya Hati kta masih kotor! Berbanyak beristigfar pada Allah 🙏🤲
KAPIR SWEDEN BUKAN KAPIR MELAYU
ITU KAPIR
SWEDEN
KAPIR NORWAY
BUKAN
KAPIR MELAYU
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"JO LO & NAJIB NAZAK"
tt gua ingat lu kata dulu ... kalau kapir ada kes dia letak jawatan.. bila sivakumar nak letak jawatan ??? kah kah kah
PERMAIDANI OPPS... MADANI
PANDANG KE TIMUR
ISLAM HADARI
PERMAIDANI
OPPS... MADANI
KHALAS
Unknown commented on
"KAKI RASUAH
BERNAMA MADANI"
Nama tak penting, dulu macam macam slogan macam macam kempen, semua pun tak jadi membendung rasuah membendung curi membendung merompak, mula pandang ke Timur, Timur maju dah tapi yang pandang tak maju, Islam Hadhari maju tapi yang nak ikut pun tak maju dengan Tingkat 4, kah kah kah kemudian macam lah sampai MADANI semua ini moto propaganda saja kalau hati kosong, niat tak ada, semua berlakon sementara, ada peluang terus sapu, ada peluang curi rasuah terus berlaku sampai sekarang, cuba Tanya warga asing dimana saja, semua ATM bergerak kepada penguatkuasa kah kah kah nampak saja tekan nampak saja tekan kah kah kah MADANI atau nama lain pun tak guna kalau jumpa mesin ATM terus nak tekan keluar duit kah kah kah
JO LO & NAJIB NAZAK
Jho Low atasi pengarah buat keputusan pelaburan luar pesisir 1MDB, kata saksi
BEKAS pegawai bank Singapura memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini berdasarkan pemerhatiannya, Jho Low adalah pihak atasan yang memberi kebenaran berhubung keputusan kewangan membabitkan pelaburan luar pesisir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam Brazen Sky Limited.
Bekas ketua Perkhidmatan Pengurusan Kekayaan BSI Bank, Kevin Micheal Swampillai, 59, bersetuju dengan cadangan peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib Razak yang situasi itu menjadikan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho kelihatan lebih berkuasa, mengatasi dua pengarah 1MDB, Terence Geh dan Azmi Tahir.
Sebelum ini, mahkamah diberitahu Brazen Sky adalah syarikat yang ditubuhkan pada 12 Julai 2012 di British Virgin Islands (BVI) sebagai transit atau jentera tujuan khas (SPV) untuk menghantar balik dana pelaburan 1MDB.
Saksi pendakwaan ke-44 itu berkata tanggapannya ialah Azmi dan Geh tidak diberi kuasa untuk membuat sebarang keputusan yang melibatkan transaksi itu dan mereka perlu merujuk kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi, yang diperhatikan menunjuk kepada Jho Low, ahli perniagaan yang kini dalam buruan.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Shafee pada perbicaraan Najib dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Shafee: Urusan di Brazen Sky tidak boleh bergerak melainkan Azmi dan Geh kata “ya”, tetapi apa yang kamu katakan dalam pernyataan saksi kami ialah Jho Low mengatasi mereka? Keputusan itu mengikut keputusan Jho Low?
Kevin: Ya.
Shafee: Dalam pernyataan saksi, kamu juga menyatakan Najib adalah pihak berkuasa yang lebih tinggi yang kamu telah jelaskan sebagai andaian semata-mata, tetapi sekarang ini jawapan kamu kelihatan bercanggah dengan Perenggan 48 (pernyataan saksi) berhubung transaksi yang merujuk kepada “pihak berkuasa lebih tinggi” sebagai Jho Low, di mana Jho Low mengatasi mereka (Azmi dan Geh)?
Kevin: Ya.
Shafee: Ia bukan keadaan di mana perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu (Najib) mengatasi mereka (Azmi dan Geh)?
Kevin: Ya.
Kevin berkata beliau tidak akan menyangka Najib akan terlibat dalam urus niaga ini memandangkan ia adalah urusan operasi yang memerlukan pengurusan mikro.
Terdahulu, saksi itu mengulangi Jho Low mengancam untuk membawa perniagaan berkaitan 1MDB ke tempat lain setiap kali wakil BSI menekannya mengenai 1MDB untuk mendapatkan penjelasan atau soalan lanjut mengenai transaksi tersebut.
Beliau berkata Yak Yew Chee, yang pada masa itu merupakan pengurus perhubungan BSI, adalah individu utama yang berurusan dengan Jho Low berhubung isu berkaitan 1MDB.
“Saya tidak tahu di mana Yak ketika ini. Kali terakhir saya bertemu Yak di Singapura pada awal tahun ini,” kata saksi itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. – Bernama, 8 Mei, 2023.
ATAS JO LO
NAJIB NAZAK
AMIN
SEKARANG NAK
TUNJUK SEMUA INI
SALAH JO LO
AMIN
JO LO ARAH INI
JO LO ARAH ITU
SEBANRNYA
DI BELAKANG JO LO
BUKAN AGONG
TAPI NAJIB
AMIN
JO LO AKAN
DI SALAHKAN
MAKA NAJIB AKAN
DI BEBASKAN
KAH KAH KAH
WOIT
PASAL ITU JO LO
MASIH DISIMPAN
DI CHINA MERAH
KHALAS
PROJEK GELAP JATUHKAN ANWAR
Kerajaan tumbang: Tanya PM mana dia dengar – Saifuddin
KUANTAN – ‘Tanya Perdana Menteri dari mana dia dengar,” Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Saifuddin Abdullah.
Menurut Saifuddin, hanya Anwar Ibrahim yang membangkitkan perkara itu dan ia merupakan topik hangat diperkatakan dalam kalangan rakyat.
“Dari mana kita dapat dengar cerita berkaitan dengan ‘ada angka’ atau ‘ada langkah-langkah’ tertentu ini?.
“Setahu saya kita dengar ini daripada dua sumber, yang pertama ialah daripada Perdana Menteri, dia yang sebut dan yang kedua kalau kita pergi mana-mana pun rakyat sebut soalan ini,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pejabat Sekretariat PN, di sini, hari ini.
Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai desas-desus pertukaran Kerajaan Persekutuan yang timbul akhir-akhir ini.
Sebelum ini, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Faiz Na’aman menulis status di Facebooknya dengan menyebut angka 126, yang nyata menimbulkan pertanyaan banyak pihak.
Muhammad Faiz bagaimanapun tidak menjelaskan sekiranya angka 126 itu adalah merujuk kepada jumlah Ahli Parlimen.
Bagaimanapun, Anwar pada Sabtu lalu membuat cabaran terbuka kepada pembangkang yang dikatakan mempunyai nombor supaya membuktikan di Parlimen yang akan bersidang mulai 22 Mei ini.
Kerajaan Perpaduan buat masa ini mempunyai sokongan 82 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) ditambah dengan komitmen yang dinyatakan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Tun Openg.
WOIT
SAIFUDIN
TAK TAHU KERNA
INI PROJEK GELAP
KAH KAH KAH
INI PROJEK
I GOD DI NUMBO
KAH KAH KAH
KALAU NAK TAHU
TANYA FADILAH
BAKAL GANTI
ANWAR
KAH KAH KAH
KHALAS
SELAMAT HARI RAYA UNTUK YASIN
Mahkamah mahu Yasin dirujuk ke Hospital Bahagia
KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memutuskan supaya penyanyi dan komposer terkenal, Muhammad Yasin Sulaiman dirujuk ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan Perak untuk pemeriksaan tahap kesihatan mental.
Ini kerana pasukan pembelaan mewakili Yasin mendakwa pihaknya mempunyai asas agar kesihatan mental Yasin diperiksa oleh pakar psikiatri bagi menentukan tertuduh yang sedang berdepan kes dadah layak dibicarakan atau sebaliknya.
Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad kemudian membenarkan permohonan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Nik Nasimah juga menetapkan 22 Jun ini agar laporan psikiatri dikemukakan kepada mahkamah.
Sebelum ini, pembelaan Yasin pernah mengemukakan lima laporan perubatan yang antara lainnya mengesahkan sejarah kesihatan mental Yasin yang menghidap penyakit Bipolar Disorder Jenis 1 sejak 2007.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mohamad Amin memaklumkan pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap permohonan tersebut.
Yasin sebelum ini gagal kali kedua dalam permohonan representasi untuk mengkaji tiga pertuduhan berkaitan dadah yang dihadapinya.
Ia ditentukan berikutan Jabatan Peguam Negara menolak permohonan Yasin untuk mengkaji pertuduhan tersebut.
Dalam pertuduhan baharu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022.
Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama.
Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Satu lagi pertuduhan, Yasin mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu memberi dirinya dadah berbahaya ‘11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, tarikh sama.