Selasa, 9 Mei 2023

TERKINI TER NOWW TER HOTT


TER KINI

TER NOWW

TER HOTT

IMRAN KHAN

KENA TANGKAP

AMIN

RAYAKAN HARI KEMENANGAN MELAWAN NAZI HITLER


RUSIA 

MERAYAKAN HARI

KEMENANGAN

MELAWAN NAZI

HITLER

KHALAS

SAUDARA KITA DILANDA MALAPETAKA SEKALI LAGI


SAUDARA KITA

DI LANDA 

MALAPETAKA

SEKALI LAGI

KHALAS

SUARA TAMRIN


PROKLAMASI   ORANG  MELAYU 

ANWAR  SANGGUP  BUNUH  BANGSA  SENDIRI   KERANA   JAWATAN 


Tamrin  Tun  Ghafar

Jumaat - 05/05/23




1.  Ingatan  Haji  Suhaimi  Kamaruddin  ,  Ketua  Pemuda  ketika  itu  kepada  saya  ;  'Jika  kamu  terus  sokong  Anwar , satu hari  nanti  dia akan  makan bapa  you'

Ia   sudah  pun  berlaku

2.   Abdullah  Ahmad  Badawi  atau  lebih  dikenali  dengan  panggilan  Pak Lah  pernah  memberi tahu  saya ;  'Anwar  diluar  pun susah  didalam  lagi  susah'

3.  Siapa  yang  memungut  dan  terus  membimbing  Anwar  dari  ABIM  menjadi  Ketua  Pemuda  ,  diangkat  sebagai  Timbalan  Menteri  sehingga  ke jawatan  Timbalan  Perdana  Menteri  jika  bukan  Tun

4.  Bak  kata  pepatah  :

KACANG  
LUPAKAN
KULIT

SUDAH   MENYEBERANG
TONGKAT  DI BUANG
MALAH  CUBA
DI PATAH - PATAH KAN

5.  Kini bukan  lagi  Ketua  Pembangkang  tapi  Ketua  Kerajaan jestru  buat  lah  kerja seperti  yang  patut ,  dan  laksanakan  SEGALA   janji  REFORMASI  

6.   Kerajaan  MADANI   bukan  lagi  Kerajaan  REFORMASI  yang  dilaung - laungkan  oleh  beliau ,  dan  mereka  yang  taksud  dengan  beliau

7.  Anwar  kini  sudah  pun  mendapat  tempat atau  jawatan  yang  di idam - idamkan  sejak  meninggalkan  Sekolah  Yayasan  Anda  dan  ABIM

8.  Itu  rezeki  yang  ALLAH  SWT  berikan  kepada  beliau , Alhamdulillah ,  tetapi  ingat  ALLAH  SWT  juga  boleh  tarik  semula  rezeki  yang  diberikan  itu  pada  bila - bila  masa  sahaja

9.  Benar  seperti video  yang  sedang  di tularkan  dimana saya  pernah  mengatakan  Dr. Mahathir  jahat   TETAPI   MENGKHINATI    dan   MEMFITNAH    

'Proklamasi   
 Orang  Melayu' 

itu  sendiri 
adalah  satu  TINDAKAN  KOTOR  DAN IANYA   LEBIH   JAHAT  yang  belum   pernah  dilakukan  oleh  mana -  mana  pemimpin  Melayu  sebelum  beliau

10.  Mengapa  sabotaj  pelancaran  Proklamasi Orang  Melayu  pada Ahad  19hb  Mac  dahulu  sehingga  4  dewan  hotel  yang  ditempah terpaksa   dibatal  setelah   diugut  dan di beri amaran  melalui  kunco - kunconya

11.   Sebenarnya  TIDAK  ada  beza pun  antara  DASAR  EKONOMI  BARU  atau  DEB  yang  dilancarkan  oleh  Tun Razak  selepas  Peristiwa  13 Mei 1969   dan  PROKLAMASI  ORANG  MELAYU    oleh  Tun Dr. Mahathir  :  bezanya  hanya  pada  nama  sahaja

12.  Proklamasi  ialah  Pengistiaran  ;  seperti  DEB  juga  walaupun  ianya  khusus  untuk  menyatu  dan  memperkukoh ekonomi  Orang  Melayu  yang  masih  tertinggal  jauh  TAPI   dalam  masa  sama  ia  TIDAK   LANGSUNG    mengugat  kedudukan bangsa  asing

13.  Dimana salah  nya  sehingga  Anwar  SANGGUP  mengatakan PROKLAMASI  ORANG  MELAYU  ini  ialah  resis

14.  Mengapa  beliau  MEMBISU    dan  TIDAK  menggelar   DAP   rasis ?

15.   Dengan  42  Kerusi  di Parlimen  sedarkah kita  DAP  merupakan  Parti  yang  terbesar  dalam  kumpulan PH yang  menerajui Kerajaan  MADANI  ?

16.   Jika  DAP  tarik  sokongan  maka  jatuh lah  Anwar  sebagai  Perdana  Menteri  jestru  walaupun  hanya  diwakli  4  orang  Menteri  dalam  Kabinet  tapi secara  halus  dan  diplomatik  mereka  bebas  bersuara  dan   dilayani  dengan   
'Carpet Merah' permintaan  mereka  TANPA   gelaran  RASIS

17.  Kini  selain dari  sokongan  Hadi dan  beberapa  pemimpin   PAS  dan  Annuar  Musa  ,  Presiden  NGO  Muafakat  Nasional  yang dipecat  dari  UMNO  yang  ditakuti  oleh  Zahid  Hamidi ,  difahamkan  hampir  400 , 000  Orang  Melayu  telah pun  menurunkan  tandatangan  menyokong  PROKLAMASI   ORANG  MELAYU

18.    Didoakan  agar  Anwar  balik  kepangkal  jalan  SEGERA   sebelum  gigi  yang  bergoyang tercabut sendiri  atau  TERPAKSA dicabut   sebelum
menanah

19.  Memang  benar  kata  
Hang Tuah  :

TIDAK
HILANG
MELAYU
DI DUNIA
tapi ..............

Wassalam
Terima  Kasih

DALAM DAULAH. ADA DAULAH TERPENDAM


Pengeluaran laporan akan bantu perbicaraan sivil, kata isteri aktivis 

PERINTAH Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengeluarkan laporan pasukan petugas khas sulit mengenai kehilangan Amri Che Mat akan membantu keluarganya meneruskan perbicaraan sivil bulan depan, kata Norhayati Ariffin.

Dalam satu kenyataan, isteri aktivis itu berkata dengan bukti penting ini beliau berharap akan ada penutupan dalam kes kehilangan aktivis itu.

“Saya berpuas hati dengan keputusan hari ini untuk membenarkan saya dan pasukan undang-undang saya mengakses laporan ini. Walaupun saya belum melihat keputusan bertulis mahkamah lagi, saya telah dinasihatkan oleh pasukan peguam saya bahawa kerajaan telah diarahkan untuk menyerahkan laporan kepada saya dan pasukan peguam saya dalam masa 30 hari.

“Cukuplah untuk saya katakan, laporan ini belum didedahkan kepada saya dan kerajaan juga tidak memaklumkan saya bila saya boleh mengharapkan untuk menerima laporan daripada mereka.

“Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang kenyataan lanjut mengenai laporan itu, kecuali sebagai saksi dalam kes sivil yang disebutkan di atas, jika berkaitan. Saya meminta semua pertanyaan media mengenai perkara ini dialamatkan kepada pasukan peguam saya, khususnya Encik Surendra Ananth,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Terdahulu hari ini Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata Norhayati hanya akan dibenarkan berkongsi laporan itu dengan peguamnya.

Norhayati memfailkan saman sivil terhadap 21 pihak termasuk kerajaan dan polis pada 2019.

Amri, yang mengasaskan Perlis Hope, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, hilang tanpa jejak pada 24 November 2016.

Dia diculik 550m dari rumahnya di Padang Behor di Kangar. Polis kemudian menemui keretanya di Bukit Chabang.

Lelaki berusia 43 tahun itu yang merupakan sebahagian daripada pasukan ekspedisi Malaysia Gunung Everest 1997, dilaporkan memberitahu anak sulungnya dia akan keluar malam itu. Dia mempunyai empat anak perempuan, berumur 19, 17, 15 dan 10 tahun.

Dalam laporan polisnya, isteri Amri, Norhayati berkata terdapat kereta dan motosikal yang tidak dikenali diletakkan berhampiran rumah mereka pada hari aktivis itu hilang.

Antara 2017 dan 2019, siasatan awam mengenai kehilangan Amri dilakukan oleh Suhakam.

Pada 2021, Suhakam membuat kesimpulan Amri adalah mangsa kehilangan paksa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, khususnya oleh Cawangan Khas polis.

Sebagai tindak balas, kementerian dalam negeri menubuhkan pasukan petugas untuk melihat kesimpulan Suhakam. Ia diberi masa enam bulan untuk menyiapkan laporannya.

Sejak itu, kementerian mahupun pasukan petugas tidak mengeluarkan laporan, walaupun berkali-kali desakan untuk berbuat demikian oleh pelbagai pihak, termasuk Suhakam dan NGO lain.

Selain Norhayati, Susanne Liew, isteri kepada Pastor Raymond Koh yang hilang juga cuba menyelesaikan tuntutan mahkamah yang difailkan berhubung kehilangan secara paksa.

Pada Disember tahun lepas, peguam keluarga Koh, Gurdial Singh Nijar, memberitahu hakim Ahmad Bache bahawa kedua-dua pihak mahu menyelesaikan perkara itu, yang akan melibatkan membuat representasi kepada Jabatan Peguam Negara.

Perbicaraan kes itu sepatutnya bermula hari ini dan Gurdial, dengan persetujuan peguam kanan persekutuan Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, memohon untuk menangguhkan perbicaraan ke 6 Jun tahun depan, memetik usaha pihak-pihak untuk menyelesaikan perkara itu.

Isteri Koh, Susanna Liew memfailkan saman itu pada Februari 2020, menuntut ganti rugi atas kehilangannya.

Mereka yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah itu termasuk bekas ketua penolong pengarah Cawangan Khas Awaludin Jadid, dan pegawai kanan termasuk ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Huzir Mohamed dan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat.

Koh telah diculik oleh lelaki bertopeng di Petaling Jaya, Selangor, pada 13 Februari 2017. – 9 Mei, 2023.

WOIT

INI BUKTI DALAM

KERAJAAN

ADA LAGI

SATU KERAJAAN

YANG GELAP

AMIN

DALAM DAULAH

ADA DAULAH

 TERPENDAM

AMIN

KHALAS

ORANG ASAL BANGUN MELAWAN


Ratusan Orang Asli Johor berarak bantah tanah kesultanan

RATUSAN penduduk Orang Asli Johor dilaporkan berarak ke pejabat menteri besar bagi membantah usaha menjadikan semua penempatan dan tanah rizab mereka sebagai tanah kesultanan.

Kumpulan dipimpin Pengerusi Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ), Dolah Tekoi juga bertindak demikian bagi menggesa kerajaan mentadbir tanah itu sebagai tanah adat.

Dolah dipetik Berita Harian sebagai berkata, status tanah tidak perlu diubah menjadi tanah kesultanan kerana perizaban tanah sedia ada sudahpun mengikut aturan mengikut perlembagaan.

“Hal ini dikuat kuasa bukan setakat di Johor namun untuk semua Rizab Orang Asli seluruh negara, maka tiada sebab untuk ia ditukar ganti kepada tanah kesultanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dengan merujuk Seksyen 6 dan Seksyen 7 Akta 134 Akta Orang Asli 1954 dan Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965.

Jelasnya, tanah berkenaan akan menjadi tanah persendirian sultan dan bukan lagi harta negeri seperti dinyatakan dalam Seksyen 2 Enakmen Tanah Kesultanan.

“... Ia menyebut setiap tanah yang diklasifikasi sebagai tanah kesultanan adalah bukan harta negeri yang bermaksud bukan tanah kerajaan lagi tetapi menjadi tanah diraja dan milik persendirian.

“Jika cadangan tanah kesultanan dikuatkuasakan, Orang Asli akan menjadi hanya penumpang di tanah orang lain.

“Jika menjadi milik persendirian, maka pada bila-bila masa tanah itu boleh diambil dan kami boleh dihalau pada bila-bila masa,” katanya lagi.

Menurut undang-undang itu, tiada mana-mana bahagian tanah kesultanan boleh dijual, dipajak atau dilupuskan kecuali dengan kebenaran bertulis sultan.

Tindakan kumpulan masyarakat itu membantah secara khusus titah Sultan Johor pada Mac lalu agar seluruh tanah penempatan Orang Asli dijadikan tanah kesultanan.

Baginda menitahkan demikian bagi mengelak Orang Asli diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menceroboh tanah demi kegiatan haram.

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dilaporkan bertitah bahawa pihak yang tidak dinamakan itu mengusahakan tanaman kelapa sawit, memotong kayu-kayan bernilai serta memburu binatang liar.

“Ada yang menceroboh tanah perladangan sehingga beratus ekar. Sudah pasti mereka dipergunakan oleh orang luar,” titah baginda seperti dilaporkan Bernama.

Mengulas perkara itu, Dolah berkata kerajaan Johor sepatutnya mengambil tindakan tegas ke atas dalang yang mengeksploitasi tanah rizab Orang Asli bagi membuka ladang terbabit.

“Andai ada bukti pembabitan dalang dan Orang Asli, hukum golongan ini yang telah merosakkan reputasi Orang Asli Johor.

“Kenapa semua Orang Asli mahu dihukum dengan tanah rizab kami dirampas dan ditukar kepada tanah kesultanan, ini sangat zalim dan seolah-olah mahu menghalau kami dari tanah rizab.”

Dolah juga dilaporkan berkata, beliau akan berusaha untuk bertemu Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu itu.

Perhimpunan di pusat pentadbiran negeri Iskandar Puteri semalam dilaporkan disokong masyarakat Orang Asli Mersing, Segamat, Kluang, Johor Bahru dan Kota Tinggi. – 9 Mei, 2023.

BANGUN

DAN LAWAN

AMIN

HANYA SATU

AYAT

AMIN

TAK LAWAN

AKAN MATI

AMIN

KHALAS

NAJIB KENA TIPU CHINA TEEMBAM


SEMUA SALAH

JO LO

AMIN

NAJIB MANGSA

KENA TIPU OLEH

CHINA TEEMBAM

AMIN

Amier The Hero commented on
 "JO LO & NAJIB NAZAK"

Hahahahaha.. jolo elok ajo besuko rio, joli sano enjoy sini. buleh ajo cokup, nak dongan tak ajo sebona eh. Pehtu, korang ingat jolo ni bungkor ko? Nak soghahkan diri eh jadi kambin itam semato nak lopehkan bosskurrrr, mmg tak laaa doh. Dio dah sodap² mogang tektek britney spears, tetibo nak tangkap bawak dio balik.. tukarkan dio dgn bosskurrr bini kak mah.. mimpi laaaa!!! Duit punyo kuaso, sumo eh boleh jadi. Korang yg duit setakat cukup² makan hanyo buleh memokak kek dlm blog TT ni ajo, habih² pun memokak kek fesbuk.

 Pmx kesayangan TT kombali dongan kenyataan yg amat² konpiden, dio buleh bwk balik jolo sebagai pertukaran dongan umngok nnt.. kah kah kah kah.. ingat cino tombam tu bangang eh!!! Nak den kobaan bangang tapi blaja kemain tinggi laie memasing. Tapi tu la, kalau dah jadi hambo duit hambo kuaso.. otometik akan jadi bangang kesudahan eh. TT, den tgk zahid nomankan pmx tgk wayang cito sejarah idup pmx. Perati gambar² tpm tu, mcm bosan ajo deh nengok muvie tu.. bosan² toguk lak air mineral. Cubo peratikan.. kah kah kah kah!!! Apo barang ajak nengok wayang, lenkali ajak poie nengok timbunan duit.. baghu la tpm tak bosan.. kah kah kah kah kah...

MALAYSIA PENUH DENGAN PENCURI JENIS NAJIB


JANGAN HANYA

REKRUT ALLAH

MELAYSIA PENUH

DENGAN PENCURI

PERASUAH & NAJIB

KHALAS

Unknown commented on
 "SIMPAN TERUS 
NAJIB DI KAJANG"

Cbk Sgt suruh orng lain duduk dlm penjara kenapa , Kena atas btng hidung/diri @klrg sendiri baru tahu! Tak payah buat kerja Allah, segala kejadian yg berlaku ada Hikmahnya berlapang dada, Manusia semuanya tak sempurna, kita kena selalu istigfar memohon keampunan kpad Allah serta berhak dan patut diberi keampunan/kemaafan dari sesiapa pun Makhluk, khususnya manusia /Pihak yg berautoriti! Mengapa kita Harus pertikai kan hak orng lain! Maknanya Hati kta masih kotor! Berbanyak beristigfar pada Allah 🙏🤲

ZIONIS SERANG GAZA BUNUH PEMIMPIN GERILA



ZIONIS SERANG

GAZA BUNUH

PEEMIMPIN GERILA

AMIN

KAPIR SWEDEN BUKAN KAPIR MELAYU


ITU KAPIR

SWEDEN

KAPIR NORWAY

BUKAN

KAPIR MELAYU

AMIN

KHALAS



Unknown commented on
 "JO LO & NAJIB NAZAK"

tt gua ingat lu kata dulu ... kalau kapir ada kes dia letak jawatan.. bila sivakumar nak letak jawatan ??? kah kah kah

PERMAIDANI OPPS... MADANI


PANDANG KE TIMUR

ISLAM HADARI

PERMAIDANI

OPPS... MADANI

KHALAS

Unknown commented on 
"KAKI RASUAH 
BERNAMA MADANI"

Nama tak penting, dulu macam macam slogan macam macam kempen, semua pun tak jadi membendung rasuah membendung curi membendung merompak, mula pandang ke Timur, Timur maju dah tapi yang pandang tak maju, Islam Hadhari maju tapi yang nak ikut pun tak maju dengan Tingkat 4, kah kah kah kemudian macam lah sampai MADANI semua ini moto propaganda saja kalau hati kosong, niat tak ada, semua berlakon sementara, ada peluang terus sapu, ada peluang curi rasuah terus berlaku sampai sekarang, cuba Tanya warga asing dimana saja, semua ATM bergerak kepada penguatkuasa kah kah kah nampak saja tekan nampak saja tekan kah kah kah MADANI atau nama lain pun tak guna kalau jumpa mesin ATM terus nak tekan keluar duit kah kah kah

GERAKKAN HAPUSKAN RAJA MAKIN MEREBAK



GERAKAN 

HAPUSKAN RAJA

MAKIN MEREBAK

KHALAS

JO LO & NAJIB NAZAK



Jho Low atasi pengarah buat keputusan pelaburan luar pesisir 1MDB, kata saksi


BEKAS pegawai bank Singapura memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini berdasarkan pemerhatiannya, Jho Low adalah pihak atasan yang memberi kebenaran berhubung keputusan kewangan membabitkan pelaburan luar pesisir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam Brazen Sky Limited.

Bekas ketua Perkhidmatan Pengurusan Kekayaan BSI Bank, Kevin Micheal Swampillai, 59, bersetuju dengan cadangan peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib Razak yang situasi itu menjadikan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho kelihatan lebih berkuasa, mengatasi dua pengarah 1MDB, Terence Geh dan Azmi Tahir.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu Brazen Sky adalah syarikat yang ditubuhkan pada 12 Julai 2012 di British Virgin Islands (BVI) sebagai transit atau jentera tujuan khas (SPV) untuk menghantar balik dana pelaburan 1MDB.

Saksi pendakwaan ke-44 itu berkata tanggapannya ialah Azmi dan Geh tidak diberi kuasa untuk membuat sebarang keputusan yang melibatkan transaksi itu dan mereka perlu merujuk kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi, yang diperhatikan menunjuk kepada Jho Low, ahli perniagaan yang kini dalam buruan.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Shafee pada perbicaraan Najib dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Shafee: Urusan di Brazen Sky tidak boleh bergerak melainkan Azmi dan Geh kata “ya”, tetapi apa yang kamu katakan dalam pernyataan saksi kami ialah Jho Low mengatasi mereka? Keputusan itu mengikut keputusan Jho Low?

Kevin: Ya.

Shafee: Dalam pernyataan saksi, kamu juga menyatakan Najib adalah pihak berkuasa yang lebih tinggi yang kamu telah jelaskan sebagai andaian semata-mata, tetapi sekarang ini jawapan kamu kelihatan bercanggah dengan Perenggan 48 (pernyataan saksi) berhubung transaksi yang merujuk kepada “pihak berkuasa lebih tinggi” sebagai Jho Low, di mana Jho Low mengatasi mereka (Azmi dan Geh)?

Kevin: Ya.

Shafee: Ia bukan keadaan di mana perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu (Najib) mengatasi mereka (Azmi dan Geh)?

Kevin: Ya.

Kevin berkata beliau tidak akan menyangka Najib akan terlibat dalam urus niaga ini memandangkan ia adalah urusan operasi yang memerlukan pengurusan mikro.

Terdahulu, saksi itu mengulangi Jho Low mengancam untuk membawa perniagaan berkaitan 1MDB ke tempat lain setiap kali wakil BSI menekannya mengenai 1MDB untuk mendapatkan penjelasan atau soalan lanjut mengenai transaksi tersebut.

Beliau berkata Yak Yew Chee, yang pada masa itu merupakan pengurus perhubungan BSI, adalah individu utama yang berurusan dengan Jho Low berhubung isu berkaitan 1MDB.

“Saya tidak tahu di mana Yak ketika ini. Kali terakhir saya bertemu Yak di Singapura pada awal tahun ini,” kata saksi itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. – Bernama, 8 Mei, 2023

ATAS JO LO

NAJIB NAZAK

AMIN

SEKARANG NAK

TUNJUK SEMUA INI

SALAH JO LO

AMIN

JO LO ARAH INI

JO LO ARAH ITU

SEBANRNYA

DI BELAKANG JO LO

BUKAN AGONG

TAPI NAJIB

AMIN

JO LO AKAN

DI SALAHKAN

MAKA NAJIB AKAN

DI BEBASKAN

KAH KAH KAH

WOIT

PASAL ITU JO LO

MASIH DISIMPAN

DI CHINA MERAH

KHALAS

PROJEK GELAP JATUHKAN ANWAR


Kerajaan tumbang: Tanya PM mana dia dengar – Saifuddin

KUANTAN – ‘Tanya Perdana Menteri dari mana dia dengar,” Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang,  Saifuddin Abdullah.

Menurut Saifuddin, hanya  Anwar Ibrahim yang membangkitkan perkara itu dan ia merupakan topik hangat diperkatakan dalam kalangan rakyat.

“Dari mana kita dapat dengar cerita berkaitan dengan ‘ada angka’ atau ‘ada langkah-langkah’ tertentu ini?.

“Setahu saya kita dengar ini daripada dua sumber, yang pertama ialah daripada Perdana Menteri, dia yang sebut dan yang kedua kalau kita pergi mana-mana pun rakyat sebut soalan ini,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pejabat Sekretariat PN, di sini, hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai desas-desus pertukaran Kerajaan Persekutuan yang timbul akhir-akhir ini.

Sebelum ini, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Faiz Na’aman menulis status di Facebooknya dengan menyebut angka 126, yang nyata menimbulkan pertanyaan banyak pihak.

Muhammad Faiz bagaimanapun tidak menjelaskan sekiranya angka 126 itu adalah merujuk kepada jumlah Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Anwar pada Sabtu lalu membuat cabaran terbuka kepada pembangkang yang dikatakan mempunyai nombor supaya membuktikan di Parlimen yang akan bersidang mulai 22 Mei ini.

Kerajaan Perpaduan buat masa ini mempunyai sokongan 82 Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) ditambah dengan komitmen yang dinyatakan Pengerusi Barisan Nasional (BN),  Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Tun Openg. 

WOIT

SAIFUDIN

TAK TAHU KERNA

INI PROJEK GELAP

KAH KAH KAH

INI PROJEK

I GOD DI NUMBO

KAH KAH KAH

KALAU NAK TAHU

TANYA FADILAH 

BAKAL GANTI

ANWAR

KAH KAH KAH

KHALAS

SELAMAT HARI RAYA UNTUK YASIN



Mahkamah mahu Yasin dirujuk ke Hospital Bahagia

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memutuskan supaya penyanyi dan komposer terkenal, Muhammad Yasin Sulaiman dirujuk ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan Perak untuk pemeriksaan tahap kesihatan mental.

Ini kerana pasukan pembelaan mewakili Yasin mendakwa pihaknya mempunyai asas agar kesihatan mental Yasin diperiksa oleh pakar psikiatri bagi menentukan tertuduh yang sedang berdepan kes dadah layak dibicarakan atau sebaliknya.

Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad kemudian membenarkan permohonan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Nik Nasimah juga menetapkan 22 Jun ini agar laporan psikiatri dikemukakan kepada mahkamah.

Sebelum ini, pembelaan Yasin pernah mengemukakan lima laporan perubatan yang antara lainnya mengesahkan sejarah kesihatan mental Yasin yang menghidap penyakit Bipolar Disorder Jenis 1 sejak 2007.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mohamad Amin memaklumkan pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap permohonan tersebut.

Yasin sebelum ini gagal kali kedua dalam permohonan representasi untuk mengkaji tiga pertuduhan berkaitan dadah yang dihadapinya.

Ia ditentukan berikutan Jabatan Peguam Negara menolak permohonan Yasin untuk mengkaji pertuduhan tersebut.

Dalam pertuduhan baharu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022.

Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Satu lagi pertuduhan, Yasin mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu memberi dirinya dadah berbahaya ‘11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, tarikh sama. 

SELAMAT HARI

RAYA PADA

YASIN

AMIN

WOIT

MASANYA DAH

SAMPAI AGAR

GANJA SEBAGAI

UBAT DI HALALKAN

AMIN

INI SEMUA AKTA

LAPUK

BAGINDA QUEEN

AMIN

LIHAT SIAM

GANJA BUKAN

LAGI JENAYAH

MALAH SESIAPA

SAJ BOLEH TANAM 

GANJA UNTUK

KEGUANAN SENDIRI

AMIN

KHALAS