Khamis, 15 Jun 2023
ORANG POLITIK DI BELAKANG JUDI
Ahli politik lindungi sindiket judi dalam talian, kata menteri
NAUNGAN politik adalah halangan terbesar dihadapi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis bagi mengambil tindakan terhadap sindiket perjudian dalam talian, kata Saifuddin Nasution Ismail kepada Dewan Rakyat hari ini.
Menteri dalam negeri itu mendedahkan sindiket ini dilindungi oleh ahli politik, yang mendapat manfaat daripadanya.
“Ya, memang wujud elemen naungan politik ke atas players (pengendali platform perjudian dalam talian) ini.
“Dari situ datang pengaruh dan perlindungan, korupsi dan rasuah, (oleh itu) wujud kehendak politik untuk mengada dan membaharui tekad memerangi habis-habisan.
“Pusingannya adalah ‘players’ dinaungi dan dia membalas (jasa) tuan politik. Tuan politik melindungi dia supaya tindakan tidak diambil. Contohnya, maklumat dibocorkan dan sebagainya,” katanya kepada Parlimen hari ini semasa Waktu Pertanyaan Menteri.
Beliau menjawab soalan Ramanan Ramakrishnan (Sungai Buloh-PH), yang bertanya langkah diambil oleh kementerian untuk menangani aktiviti perjudian dalam talian dan jika terdapat naungan politik yang menghalang polis daripada mengambil tindakan terhadap sindiket. – 15 Jun, 2023.
ORANG POLITIK
DIBELAKANG JUDI
DIBELAKNG LENDIR
DIBELAKANG DADAH
SEMUA DAH TAHU
AMIN
ADA DATUK
ADA TAN SERI
JAGA SAMSENG
AMIN
INGAT TAK
DALAM PONE
KEPALA SAMSENG
ADA NUMBOR
PONE KEPALA POLIS
AMIN
BERITA DAH LAPOR
TAPI JADI NATO
NO ACTION
TALK ONLY
KAH KAH KAH
KERAJAAN INI
JANGAN NATO
JANGAN
HANGAT HANGAT
TAHIK CAIR
KA KAH KAH
KHALAS
GEROMBOLAN GELABAH - PANGLIMA LARI
10 ‘warlord’ UMNO sertai PN sengaja direka menjelang PRN – Wan Rosdy
KUANTAN – Desas desus mengenai 10 ‘warlord’ UMNO akan menyertai Perikatan Nasional (PN) sengaja direka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan ia antara taktik digunakan pihak lawan dan perkara itu tidak perlu dimainkan atau diwar-warkan.
KAH KAH KAH
GEROMBOLAN
DAH GELABAH
KAH KAH KAH
RAMAI LARI
MASUK TALIBAN
AMIN
SEMUA TUNGGU
SAPA 10 EKOR INI
AMIN
KHALAS
BUKU BARU ALAM SEKITAR
BUKU & KOMIK
ALAM SEKITAR
BUKU MALAPETKA IKLIM
DAN KOMIK KATAK HIJAU
AKAN BERJUMPA PEMBACA
TIDAK LAMA LAGI
AMIN
TOK SARJAN TERIMA RASUAH
Sarjan didakwa terima rasuah RM2,530
BUTTERWORTH – Seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) berpangkat Sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 21 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,530 antara 2016 hingga 2019.
Tertuduh, Che Ani Ramli, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Mengikut pertuduhan, dia yang bertugas di Gerakan Polis Marin Batu Uban didakwa menerima suapan daripada individu bernama Tan Hun Heng yang mana tertuduh mempunyai hubungan dengan kerja rasmi penguatkuasaan di bawah Akta Perikanan 1985.
Tertuduh didakwa menerima suapan tersebut antara Mei 2016 hingga Jun 2019 menerusi akuan bank membabitkan 21 transaksi antara RM100 hingga RM200 berjumlah RM2,530.
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan ketika tertuduh berpangkat Koperal dan Sarjan.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee dan Irwan Syafiq Nor Ridzuan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Ketika prosiding, tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan berikutan dia perlu menanggung isteri dan empat orang anaknya termasuk tiga yang masih bersekolah.
Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin besertakan syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berdekatan rumah setiap bulan dan menyerahkan dokumen perjalanan sehingga perbicaraan selesai.
Kes akan disebut semula 1 Ogos depan.
WOIT
SELAMA
TIGA TAHUN
TERIMA DUIT
RASUAH 2,530 RM
AMIN
NAJIB KES SRC
42 JUTA $$$
RIBU KALI GANDA
DARI RASUAH
TOK SARJAN
AMIN
BOLEH NAJIB
DI BEBAS ?
AMIN
CURI SATU
TIN MILO KENA
DUA TAHUN
CURI 42 JUTA $$$
BOLEH BEBAS?
AMIN
KALAU NAJIB BEBAS
INI BETUL
DI LUAR TABII
KHALAS
KENAPA PAKAI NAMA ORANG PUTIH ?
KENAPA PEKAN
DI TANAH MELAYU
ADA NAMA
ORANG PUTIH
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"APA DIA BANGSAR SOUTH"
Yang meloloskan nama tompek, taman dan bandar adalah Majlis Tompatan .. mengawai nye somuo Molayu .. kulit kopalo kontol somuo eay kono koghek, botakok .. yg pompuan kolontit eay di iighih supayo tak terjulur sangat .. tu lah Molayu Islam.
Yang den paham untuk di bagi namo tompok, musti kono tarok namo unsur Molayu atau islang mungkin namo Cino atau Koling .. namo omputeh tak boley.
Persoalannyo boghapo Mengawai Kerajaan ni dapek untuk mombonarkan monarok namo kapir omputih nih. Contoh eay Bandar Ainsdale di Soghomban .. den cadangkan sogoro tangkap Kotuo Mejlis Tompatan yg terlibat moluluskang namo kapir omputeh ni.
ROSMAH BUKAN BERLARI
ROSMAH BUKAN
BERLARI TAPI
MELARIKAN DIRI
KE LUAR NEGARA
DARI MASUK JIL
KHALAS
Unknown commented on
"ROSMAH NAK LARI ?"
Rosmah nak lari? Mana ada.. Lari kenegara mana pun susah sbb 7 batu lagi imegresen dah kenal. Masuk airport mana pun alarm akan berdering.
ULAM UNTUK RUSIA
APA DIA BANGSAR SOUTH
APA DIA
BANGSAR SOUTH
Minggu lalu saya telah menulis tentang perubahan nama Tanah Melayu menjadi Malaya kemudian menjadi Malaysia. Semua ini berlaku ketika saya telah masuk sekolah pada tahun 1957.
Ini bermakna ketika dalam sekolah rendah saya berupaya melihat apa yang sedang berlaku. Hingga ke sekolah menengah saya hanya melihat dan mendengar tapi tidak memahami tanda dan makna dari apa yang sedang saya lihat.
Kesedaran tentang ada apa pada nama ini muncul dalam fikrah saya lambat. Analisis tanda dan makna dari kesedaran ini juga datang melalui pembacaan dan pengalaman.
Saya melihat bagaimana negara-negara di Afrika mengubah nama negara mereka dari menggunakan nama kolonial kepada nama asal tanah air mereka. Penukaran nama-nama ini dibakar oleh semangat nasionalisma menentang penjajah. Amin.
Tapi apa yang berlaku di Tanah Melayu semuanya songsang. Tanpa rujukan, tanpa pungutan suara , tanpa mengambil pandangan dari orang ramai tertiba nama Tanah Melayu – nama asal bumi ini - di ubah menjadi Malaya kemudian Malaysia.
Dalam bahasa Inggeris Malayland diubah jadi Malaysia. Kenapa ini berlaku ?
Perkataan Tanah yang wujud sebelum perkataan Melayu ini hilang begitu saja. Perkataan Melayu pada Tanah telah di lupuskan.
Untuk saya melupuskan nama Tanah Melayu dari nama negara ini adalah satu jenayah. Pada hemat saya ini adalah salah satu jenayah besar yang telah dilakukan oleh parti United Malays National Organisation terhadap Bani Melayu.
Saya masih ingat lagi pada tahun 1987 Intifada Pertama meledak di Palestin. Ketika ini saya bekerja sebagai pembaca warta berita Bahagian Melayu untuk stesen radio BBC di London.
Pada ketika itu saya amati dengan halus lagi licik BBC telah memunculkan nama Judea dan Samaria dalam laporan berita mengenai Palestin.
Nama Judea dan Samaria ini dimunculkan untuk menggantikan nama Tebing Barat. Wilayah Tebing Barat Palestin ini telah ditakluki oleh Israel dalam peperangan tahun 1967. Wilayah Tebing Barat merujuk kepada wilayah tebing Sungai Jordan.
BBC sengaja mempopularkan nama Judea dan Samaria ini kepada seluruh dunia. Ini bukan sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Dasar perubahan nama ini sudah terang lagi bersuluh. Amat jelas adanya niat jahat. BBC bersekongkol dengan Zionis untuk memadamkan sejarah Tebing Barat Palestin.
Justeru ada apa pada nama bukan satu perkara yang kecik anak. Ada niat dan ada agenda di belakang pertukaran nama ini. Amin.
Ketika nama Tanah Melayu diubah menjadi Malaya kemudian Malaysia para pemikir dan intelektual Melayu tidak wujud. Melayu yang bersekolah dan berpelajaran hanya berupaya untuk menjadi pegawai kerajaan - Malayan Civil Service (MCS). Pegawai MCS - adalah sosok-sosok yang dididik dan di taja oleh kolonial Inggeris.
Mereka menjadi budak suruhan Inggeris yang setia. Jika tidak setia mereka akan di buang kerja.
Jika mereka memiliki kesedaran semangat kebangsaan mereka akan diburu, di tangkap dimasukkan ke dalam penjara.
Malah parti politik yang ditaja dan dipercayai oleh kuasa kolonial Inggeris ialah United Malays National Organisation. Saya ulangi sekali lagi nama parti ini ialah United Malays National Organisation.
Nama Inggeris parti ini yang dipakai hingga ke hari ini adalah bukti sahih tentang ke mana arah kiblat parti ini. Parti ini penyebab utama dan bertanggung jawab memandulkan jati diri Bani Melayu.
Parti yang klim berjuang untuk Melayu dan mengajukan dasar Ketuanan Melayu ini masih menggunakan nama Inggeris. Ini bukan lawak. Ini bahan bukti satu jenayah.
Justeru ada apa pada nama bukan perkara yang kecik anak. Bukan perkara enteng. Amin
Mari kita lihat satu babak sejarah penukaran nama. Dari nama asli ke nama baru. Untuk ini mari kita buka sejarah apa yang hari ini kita kenali sebagai Taiping.
Ramai tidak sedar bahawa nama asal Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Manakala pauh ialah buah dari keluarga mangga.
Lombong bijih timah banyak di Klian Pauh. Ini menjemput banyak buruh dari China datang mencari bijih. Bani China ini datang untuk menjadi buruh lombong dibawa oleh Inggeris. Bani China ini membawa kumpulan samseng bawah tanah – Ghee Hin dan Hai San ke Tanah Melayu.
Dua kumpulan samseng ini bergaduh. Perang Larut pecah pada tahun 1861. Dua kumpulan ini terlibat. Ini mengganggu pengeluaran bijih. Bijih ini adalah bahan yang diperlukan oleh penjajah Inggeris.
Penjajah Inggeris membuat Perjanjian Pangkor 1874 dan membawa ke penamatan Perang Larut. Ketika ini Klian Pauh berubah nama menjadi Taiping. Perkataan Taiping bermakna aman. Nama Klian Pauh menjadi Taiping untuk mengingati perjanjian damai Ghee Hin dan Hai San.
Perjanjian dan pertukaran nama Klian Pauh ke Taiping ini di bawah mata Ngah Ibrahim anak Long Jaafar dan Kapten Speedy Penolong Residen J.W.W Birch.
Lihat bagaimana nama Klian Pauh bertukar menjadi Taiping. Ada persetujuan Ngah Ibrahim wakil anak jati setempat. Manakala ada Kapten Speedy menjadi wakil Residen Inggeris. Ada Chung Keng Quee diangkat menjadi Kapitan China.
Tidak ada istiadat atau persetujuan Bani Melayu – warga asal – ketika kampung Haji Abdullah Hukum dirembat untuk dijadikan Mid Valley.
Babak yang sama juga berlaku kepada Kampung Pantai Dalam. Bila wilayah kampung ini dirembat oleh pemaju. Nama Pantai Dalam beralih menjadi Bangsar South.
Batu nisan Kampung Pantai Dalam dipasang dengan lucah di tepi Lebuh Raya Persekutuan. Tembok batu Bangsar South adalah tanda terkuburnya Pantai Dalam.
Besar kemungkinan pemaju ini dari syarikat Bani China yang bebal sejarah tempatan. Tidak tahu siapa asal usul peneroka tanah itu. Tidak kenal siapa Abdullah Hukum dan tidak tahu kenapa namanya Pantai Dalam dan di mana Pantai Luar.
Saya terfikir - sebebal mana pun pemaju China ini pasti mereka tahu ini adalah wilayah Bani Melayu. Mustahil mereka tidak pernah mendengar nama Kampung Pantai Dalam.
Pada hemat saya pasti ada Bani Melayu yang membelot dan menjual jati diri bani mereka kepada pemaju.
Anggapan saya tidak jauh dari kebenaran jika saya katakan pembelotan ini dilakukan oleh United Malays National Organisation yang bersekongkol dengan pemaju China untuk memadamkan sejarah Pantai Dalam.
Hakikatnya menukar nama mukim, daerah atau kariah seperti ini perbuatan jenayah. Ini tidak ada bezanya dari apa yang telah dilakukan oleh Zionis Israel bila menukar nama Tebing Barat menjadi Judea dan Samaria.
Ada niat jahat untuk menghilang pertalian bumi itu dengan penduduk asal bumi itu.
Saya mempertikaikan nama Bangsar South bukan kerana saya Melayu. Saya bersuara lantang bukan kerana semangat kemelayuan saya yang tebal. Tidak. Ini tidak betul.
Saya menentang pengelupusan nama Pantai Dalam dan nama Abdullah Hukum.
Saya tidak mempertikaikan nama Bangsar. Saya anggap ini nama yang tepat. Saya tahu sejarah dan asal usul nama ini. Ini singkatan dari nama ladang getah Bunge-Grisar. Nama warga dari Belgium yang meneroka hutan untuk dijadikan ladang getah pada tahun 1906.
Malah saya sendiri sempat melihat rumah tinggal Tuan Manager ladang getah Bunge-Grisar ini pada tahu 1972. Ini ketika saya menjadi warga Kolej Ke Lima Universiti Malaya. Letak Kolej ini di bawah bukit ladang getah ini.
Jelas untuk saya menamakan Bangsar South atau Mid Valley adalah satu percubaan secara sedar untuk mengubah sejarah wilayah ini yang asalnya milik Bani Melayu.
Ini untuk saya satu jenayah. Sama seperti yang sedang dilakukan oleh Zionis Israel kepada bumi Arab Palestin. Melupuskan persejarahan anak watan.
Malah saya bertanya dari mana datangnya South. Kenapa Bangsar menjadi South. Apa rujukan untuk jadi South tidak di sebut Selatan dalam bahasa Melayu. Mungkin ini tabiat monkey see monkey do – beruk melihat beruk membuat.
Di London ada South Bank. Ini wilayah penempatan seni - teater , dewan pameran dan panggung wayang. Di Paris ada Left Bank. Ini wilayah seniman, intelektual dan para aktivis berkampung.
Nama dua-dua wilayah di London dan Paris ini menggunakan rujukan Sungai Thames untuk London dan Sungai Seine untuk Paris. Bangsar South rujukan di mana?
Justeru hal nama ini bukan satu perkara yang kecik anak. Di belakang satu -satu nama itu ada sejarah. Sejarah ini membawa makna jati diri.
Saya tidak menimbulkan syak wasangka kepada Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Sanbanthan , Jalan Tan Cheng Lock atau Jalan Thambypillay.
Untuk saya ini bukan hal nama Melayu, nama India atau nama China yang saya timbulkan. Cheng Lock atau Sanbanthan ini adalah nama-nama sosok yang berperanan dalam penyejarahan negara bangsa. Mereka ada sejarah.
Yang saya pertikaian ialah pengubahan nama yang akan melupuskan sejarah dan jati diri anak watan.
Untuk saya semua ini adalah salah satu jenayah besar United Malays National Organisation. Parti yang klim menjadi parti Ketuanan Melayu ini terlibat sama dalam pemadaman sejarah ini.
Dalam masa yang sama saya tidak seharusnya hanya menuding telunjuk pada si penjenayah.
Saya juga wajib bertanggung jawab mencari jalan penyelesaian. Ini dalam usaha untuk mendirikan negara bangsa yang tahu sejarah dan sedar di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.
Apa agaknya yang perlu dilakukan ? Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI
DITERBIKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYASIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/06/15/bangsar-south
TULISAN INI DISIARKAN JUGA DALAM PORTAL
THE MALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/447993
NAJIB TAK MAHU BAYAR CUKAI
Najib, anak fail rayuan elak bayar tunggakan cukai, kata peguam
MAHKAMAH Persekutuan diberitahu hari ini tindakan Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin merayu terhadap penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan lebih daripada RM1.7 bilion tunggakan cukai adalah bagi mengelak daripada membayar cukai itu.
Ketua Peguam Cara Hasil Dr Hazlina Hussain yang mewakili LHDN berkata lazimnya skim percukaian setiap pentadbiran cukai di dalam dunia meminta pembayar cukai membayar cukai yang perlu dijelaskan tanpa mengambil kira sebarang rayuan.
“Jika rayuan ini dibenarkan mahkamah, kepentingan umum akan menjadi prejudis secara keseluruhan dan rayuan ini difailkan oleh pemohon untuk mengelakkan cukai yang perlu dijelaskan dan dibayar terlebih dahulu,” katanya pada pendengaran rayuan Najib dan Mohd Nazifuddin terhadap penghakiman terus kepada mereka di hadapan panel lima hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim.
Lain-lain hakim yang menganggotai panel itu ialah Hakim Besar Malaya Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim Thiam Suan dan Abu Bakar Jais.
Beliau berkata skim percukaian yang memerlukan pembayar cukai menjelaskan cukai dahulu tidak melakukan prejudis atau mendiskriminasi terhadap pembayar cukai kerana pembayar cukai yang terkilan terhadap penilaian Ketua Pengarah LHDN boleh merayu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen, Akta Cukai Pendapatan 1967.
“Pembayar cukai perlu menjelaskan jumlah yang ditetapkan dahulu tanpa mengambil kira sebarang rayuan. Rasional di sebalik prinsip ini ialah untuk melayani pembayar cukai dengan saksama sama ada antara pembayar cukai yang patuh serta yang ingkar dan paling penting sekali ialah melindungi perbendaharaan kerajaan,” katanya.
Peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan Mohd Nazifuddin berhujah adalah jelas pihak responden mahu membankrapkan pemohon malah sebelum SCIT boleh mendengar merit pembelaan kepada penilaian cukai tambahan yang dikenakan kepada anak guamnya.
“Jika responden berjaya dalam membankrapkan pemohon malah sebelum SCIT memulakan atau menyelesaikan prosiding bermakna keseluruhan hujahan responden mengenai SCIT selaku ‘forum yang sewajarnya’ adalah akademik,” kata beliau sambil menambah kes ini tidak sesuai untuk penghakiman terus kerana wujud faktor mengapa ia harus diteruskan menerusi perbicaraan.
Beliau berkata mahkamah ini berselindung dengan bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan cabaran perlembagaan yang timbul daripada Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan yang menyatakan berhubung tindakan sivil LHDN untuk mendapatkan semula cukai, mahkamah tidak perlu melayan sebarang rayuan terhadap cukai yang ingin dituntut sebagai berlebihan, tidak dinilai dengan betul, di bawah rayuan atau dinaikkan secara tidak tepat.
Pada ketika itu Nallini mencelah dan berkata peruntukan itu adalah penting kepada keupayaan Malaysia untuk mengutip cukai sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan mengagihkan semula kekayaan dalam kalangan rakyat.
Hakim itu berkata negara ini masih perlu mengutip cukai dan keupayaan kerajaan mengutip cukai mungkin terjejas jika setiap pembayar cukai dibenar mengemukakan pernyataan pembelaan ketika disaman kerana cukai.
“Jika setiap pembayar cukai boleh datang ke mahkamah dan diberi perbicaraan penuh (terhadap saman cukai LHDN tanpa penghakiman terus dibenarkan) terhadap amaun yang ditaksirkan, negara ini tidak akan bergerak. B40 akan terhapus kerana tiada lagi wang ( dalam perbendaharaan kerajaan), kata Nallini.
Selepas selesai hujahan mahkamah menangguhkan penghakiman rayuan itu.
Bekas perdana menteri dan anak lelakinya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus kepada tunggakan cukai pendapatan.
Satu penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan sesuatu kes menerusi hujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi.
Dua Mahkamah Tinggi berasingan masing-masing membenarkan permohonan LHDN untuk memperoleh penghakiman terus bagi mendapatkan tunggakan cukai berjumlah RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin dari 2011 hingga 2017.
Kedua-dua Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada September 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus itu.
Pada 10 Mei tahun lepas Mahkamah Persekutuan membenarkan mereka untuk merayu di mahkamah tertinggi negara. – Bernama, 14 Jun 2023.
CURI DUIT
RAKYAT
AMIN
JADI KAYA RAYA
TAPI TAK NAK
BAYAR CUKAI
AMIN
ORANG MACAM INI
BOGELKAN
DAN CAMPAKKAN
KE DALAM SARANG
LEBAH
SEMUA SELESAI
AMIN
KHALAS
ADUN KEDAH MENINGGAL DUNIA - AL-FATIHAH
Adun Belantek meninggal dunia
ADUN Belantek Mohd Isa Shafie meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, malam itadi.
Berita kematian Mohd Isa dikongsikan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di laman Facebooknya malam ini.
“Saya menerima berita bahawa YB (Yang Berhormat) Dato (Allahyarham Mohd Isa) telah meninggal dunia lebih kurang pukul 11.23 malam di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga (Allahyarham),” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebooknya malam tadi.
Sebelum ini media melaporkan Mohd Isa, 69, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kedah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSAH kerana mengalami jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang pada bulan lepas.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 Mohd Isa dari PAS menang kerusi DUN Belantek dengan majoriti 2,574 undi selepas mendapat 9,600 undi menewaskan calon Barisan Nasional Mohd Tajudin Abdullah (7,026 undi) dan calon PKR Abdul Rashid Abdullah (2,376 undi).
Kedah yang tidak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) serentak dengan PRU ke-15 pada November lepas akan mengadakan PRN dalam masa terdekat bersama lima negeri lain. – Bernama, 15 Jun 2023.