Jumaat, 16 Jun 2023

TOKAN TOK ARAB MESIR PENYULUDUP


KAPAL TENGGELAM

KAPAL INI MEMBAWA 750 ++PENUMPANG
BERMULA DARI TOBRUK LIBYA
MENUJU KE ITALI
KAPAL TENGGELAM
DEKAT GREECE

BANTUAN NAK DI BERI
TELAH DI TOLAK
AKHIRNYA TENGGELAM

9 ORANG ARAB MESIR
TUKANG SELUDUP 
TELAH DITANGKAP

INI KEMALANGN PALING BESAR
KEMATIN PALIN RAMAI
AL-FATIHAH

CIPLAKAN TERANG BULAN


TAHUN 1928

LAGU NEGARA-KU

..OPS.. SILAP

TERANG BULAN

BAKAL DICIPLAK

AMIN

KHALAS

700 PENUMPANG TENGGELAM


700 PENUMPANG

TENGGELAM

AMIN

RATUSAN MASIH

HILANG

AMIN

LELAKI DAN WANITA GEMBIRA DALAM PARLIMEN



Badan pemikir gesa ahli Parlimen hentikan retorik anti-LGBT

SENTIMEN anti-LGBT yang semakin meningkat dalam kalangan ahli politik akan membawa kepada ancaman keganasan dan halangan perkhidmatan kesihatan untuk komuniti terpinggir, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib.

“Mereka mungkin menyebabkan peningkatan tindakan berbahaya dan mendiskriminasi serta menggalakkan keganasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Komuniti ini, termasuk individu berlainan jantina dan orientasi seksual, sering menghadapi gangguan seksual, diskriminasi dan menghadapi ancaman keganasan fizikal dan emosi.”

Azrul merujuk kepada ucapan baru-baru ini di Dewan Rakyat menentang agenda LGBT daripada ahli Parlimen di kedua-dua belah pihak.

Beliau berkata komen meremehkan, diskriminasi dan taksub yang dibuat semasa perbahasan laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia adalah membimbangkan.

Terdapat kes yang didokumenkan melibatkan wanita transgender diserang atau dibunuh di Klang, Seremban dan Kuantan, katanya.

Beliau berkata, pelaku sering lepas daripada hukuman. – 16 Jun, 2023.


LELAKI & WANITA

GEMBIRA ADA

DALAM PARLIMEN

AMIN

GEMBIRA BERADA

DISEMUA TEMPAT

AMIN

RAMAI TAK SEDAR

LELAKI GEMBIRA

SOSOK PERTAMA

MEMULAKAN

KOMPUTER

AMIN

KHALAS

PENDINDING MASA DEPAN NEGARA


PM ucap tahniah 2 sekolah kebangsaan disenarai pendek terbaik dunia

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada dua buah sekolah Malaysia, yang disenarai pendek dalam kelompok 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2023 (World’s Best School Prizes 2023).

Dua sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai, Pulau Pinang, yang tersenarai dalam kategori Inovasi manakala SK Kanchong Darat, Selangor, tersenarai dalam kategori Gaya Hidup Sihat.

“Salut saya buat warga pendidik dan anak-anak atas pencapaian ini, semoga terus mengorak langkah mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya menerusi ciapan di Twitternya, hari ini.

Menurut laman sesawang World Best School Prizes yang dianjurkan T4 Education, platform yang berpangkalan di UK untuk pendidik dan sekolah, menawarkan lima hadiah bagi meraikan sekolah yang memberikan impak bersinigfikan kepada pelajar mereka, komuniti dan juga masyarakat.

Pemenang dari lima ketegori iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Gaya Hidup Sihat, akan menerima sebahagian daripada sumbangan bernilai AS$250,000 (kira-kira RM1.15 juta) untuk mengembangkan dan mempertingkatkan lagi projek pendidikan mereka.

Pengumuman tiga finalis terbaik untuk setiap kategori akan dibuat pada September manakala penyampaian hadiah dijadualkan Oktober.

Pada 2022 SK Kempadang, Pahang, tersenarai sebagai tiga sekolah terbaik dunia dalam kategori Inovasi, manakala SMK Kampong Jawa tersenarai 10 terbaik kategori Menangani Cabaran. – Bernama, 16 Jun, 2023.

MEREKA ADALAH

PENDIDING MASA

DEPAN NEGARA

AMIN

SYABAS

TAHNIAH

KHALAS

BERAHI SELUAR DALAM



Warga Bangladesh curi seluar dalam nyonya dipenjara 3 bulan

MELAKA – Seorang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mencuri sehelai seluar dalam milik wanita berusia 57 tahun di sebuah pangsapuri di sini minggu lalu.

Majistret Nurul Asyikin Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap Hossain Md Iqbal, 32, selepas pelayan pelanggan sebuah pusat hiburan itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Hossain didapati telah melakukan kesalahan mencuri sehelai pakaian dalam bernilai RM5 milik seorang wanita berusia 57 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Hilir Kota 1, Jalan Merdeka dalam daerah Melaka Tengah di sini kira-kira pukul 3.30 petang 7 Jun lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, pengadu ketika berada di kediamannya menyedari sehelai pakaian dalam miliknya yang dijemur di hadapan rumah telah hilang.

Pengadu kemudian memaklumkannya kepada pihak pengurusan pangsapuri sebelum melihat rakaman sistem kamera litar tertutup dan mendapati seorang warga asing dikenali telah mencuri pakaian dalamnya itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasaruddin memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara mengambil kira kegusaran masyarakat sekiranya tertuduh bebas dan kembali ke kawasan berkenaan jika dikenakan denda.

Hujahnya, perlakuan tidak bermoral tertuduh itu sebagai warga asing juga tidak patut diterima.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman denda rendah.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan tertuduh dipenjara tiga bulan bermula dari tarikh ditangkap 12 Jun lalu. – 

WOIT

BERAHI INI

ADA SERIBU

SATU MACAM

AMIN

ADA SUKA KULUM

ADA SUKA TELAN

ADA SUKA JILAT

ADA SUKA HIDU

ADA SUKA UNIFORM

ADA SUKA ROTAN

ADA SUKA

KENA IKAT

MACAM MACAM

AMIN

INI SEMUA

NIKMAT SEX

AMIN

SELUAR DALAM

TERPAKAI ADA

DIJUAL

AMIN

BANGLA INI SUKA

SELUAR DALAM

AMIN

INI TAK SALAH

YANG SALAH

DIA CURI 

SELUAR DALAM

AH SOO

KAH KAH KAH

KHALAS

HADIS SAHIH


HADIS SAHIH

KHALAS


Unknown commented on
 "NAJIB TAK MAHU
 BAYAR CUKAI"

jgn lupa, haji hadi, ust nasa juga menikmati hasil dari perompakan cukai oleh najib isteri rosmah ni..bak kata nik abdoh, ambo mkn duit umno, syura mkn duit umno.akhirnya hadi bayar editor sarawak repot rm1.2juta..takkan lu tak kenal editor sarawak report.

TALIBAN NAIK CAWAT



TALIBAN NAIK

CAWAT TENGOK

BAJU  MISI

AMIN





Unknown commented on
 "ROSMAH NAK LARI ?"

Apa dah gila walaun2 nie.. baju nurse pun dijadikan isu... konon ketat tk ikut syariah.. dia tk kira ke pningkatan sedikit berat badan juga boleh myumbang baju jd lebih sendat.. paham2 la stress kerja bhgian ksihatan ni.. lps ni walaun2 ni cari pasal dgn warna baju pulak.. putih terlalu myerlah.. kna pakai warna hitam..sejauh mana kgilaan ini nk dibawanya..

INDIA & PAKISTAN BERSEDIA RIBUT TAUFAN AKAN SAMPAI



INDIA & PAKISTAN

BERSEDIA

RIBUT TAUFAN

AKAN SAMPAI

KHALAS

ASAL USUL SAKAI BIDUANDA



ASAL USUL GUA

SAKAI BIDUANDA

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
"APA DIA BANGSAR SOUTH"

bro..kdg2 gua pening dgn lu punya bolak balik..lu ungkit sejarah bangsar walhal lu adalah melayu yg bersekolah di MCKK dan tinggal di uk menjadi boy london.gua faham uk/london ni adalah mekah kedua umat melayu.oh ya, dimekah pun ada kiblat kaabah dan ada kiblat uk menara jam, pendek kata di mekah ada 2 kiblat atau kiblatain.lu juga ada bercerita mengenai kisah perjalanan lu dgn kawan cina..barangkali ada dna cina dulu2..melayu marah tak cina tanam dulian musang king yg ada harga berbanding dgn durian kampung yg tak berapa laku?sembang bro ..sembang..habuk pun tarak..

NILAI RINGGIT RENDAH


BARANG IMPOT

JADI MAHAL

KERANA NILAI

 RINGGIT RENDAH

KHALAS


Unknown commented on
 "PERANG UKRAINE - 
SAPA MENANG ?"

yg menang kapitalis la bro..bukankah sebelum anwar jadi PMX, kecoh mengenai harga barangan naik mendadak kerana perang di ukraine.selepas anwar jadi PMX, barangan asas turun dan kekal murah..so, analisis mengenai harga barang naik sebab perang diukraine itu cerita labun je ke?lu bayangkn kalo PN PAS jd kerajaan..pastinya kenaikkan seks dan syahwat itu adalah disebabkan oleh tuhan.

JANGAN HINA DAUN KETUM


DIBERI INGATAN

JANGAN HINA

DAUN KETUM

AMIN

AIR KETUM UNTUK

KESEHATAN

AMIN

KHALAS

CERITA DARI HASSAN KARIM


CERITA 

HASSAN KARIM

BUKU AKAN MUNCUL

AMIN

BAB 28
Autobiografi Seorang aktivis

BERKUNJUNG KE MELBOURNE UNTUK BERTEMU HISAMUDDIN RAIS


Oleh Hassan Abdul Karim

Pada suatu hari, aku dijemput oleh Abu Zer Ali dan Mohd Yunus Ali menghadiri satu perjumpaan rahsia kami di sebuah Cafe di Seksyen 16 Petaling Jaya, berdekatan sebuah bulatan Jalan Kemajuan dan tidak jauh dari Kolej Islam Malaya, tempat aku belajar dahulu.

Perkara ini berlaku ketika aku hidup bergelandangan di Kuala Lumpur selepas  dibuang dari Universiti Pertanian Malaysia.Lama sebelum aku bekerja di Bank Negara Malaysia.

Abu Zer Ali dan Mohd Yunus Ali walaupun kedua-duanya anak Ali tetapi mereka bukanlah adik-beradik. Abu  Zer berasal dari Melaka, manakala Yunus berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Kedua-dua nama pemimpin pelajar dari Universiti Malaya itu berada di dalam senarai dikehendaki polis untuk ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka didakwa terlibat di dalam kebangkitan tunjuk-tunjuk perasaan  pelajar-pelajar universiti pada bulan Disember 1974.

Abu Zer dan Yunus adalah pemimpin kanan Kelab Sosialis Universiti Malaya. Abu Zer adalah Presiden Kelab Sosialis tersebut.

Perbincangan kami di Cafe Seksyen 16 itu, tertumpu kepada suatu perkara. Aku diminta oleh Abu Zer dan Yunus supaya pergi ke Melbourne, Australia.Untuk apa? Tanyaku. Untuk bertemu Hishamuddin Rais, bekas Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) yang berjaya lari ke luar negeri. Nama Hishamuddin Rais berada paling atas dalam senarai pemimpin-pemimpin pelajar yang dikehendaki Polis untuk ditahan di bawah ISA.

Dua orang pemimpin kanan PMUM yang berjaya ditahan oleh Polis dibawah ISA setakat itu ialah Kamarazaman Yacob dan Adi Satria. Kamarazaman adalah Presiden PMUM, manakala Adi Satria adalah Timbalan Setiausaha Agung PMUM. Kamarazaman berasal dari Temerloh, Pahang, manakala Adi Satria berasal dari Pulau Pinang.Mereka berdua ketika itu duduk dalam satu kawasan di Kem Kamunting bersama-sama dengan Anwar Ibrahim dan Prof. Dr. Syed Husin Ali.

Kamarazaman Yacob adalah pemimpin penting pelajar yang didakwa terlibat dalam peristiwa rampasan kuasa Universiti Malaya bertujuan menuntut pembebasan Hishamuddin Rais, Mohd Yunus Ali, Adi Satria dan ramai yang lain, termasuk Syed Hamid Ali, bekas Setiausaha Agung PMUM.Mereka ditangkap dan dipenjarakan semasa Peristiwa Tasek Utara di Johor Bahru.

Kami bertiga di Cafe Seksyen 16 Petaling Jaya itu berbincang dalam keadaan dua orang sahabat kami Kamarazaman Yacob dan Adi Satria sedang merengkok dalam Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, manakala seorang lagi sahabat kami Hishamuddin Rais dikatakan berjaya mendapat perlindungan politik di Melbourne, Australia.

Aku ditugaskan untuk menemui Hishamuddin Rais untuk melihat sendiri keadaannya sama ada hidup atau mati. Begitulah kami bersahabat, mengambil berat nasib sesama kami.

Walaupun aku pernah bersama-sama sekampus dengan Hishamuddin Rais, Kamarazaman Yacob, Adi Satria, Abu Zer Ali dan Mohd Yunus Ali di Universiti Malaya ketika aku menjadi mahasiswa di Fakulti Pertanian Universiti Malaya, tetapi hubungan kami seakan terputus apabila aku membuat pilihan berpindah dari Fakulti Pertanian Universiti Malaya ke Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia pada awal tahun 1974.

Hubungan kami bersambung semula apabila berlaku Peristiwa Tasek Utara dimana aku turut ditangkap, dilokap dan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru bersama-sama Adi Satria.

Aku sebenarnya adalah seorang pemimpin kecil gerakan pelajar  yang tidak dianggap bahaya oleh pihak Polis. Namaku difahamkan tidak ada dalam senarai orang yang dikehendaki polis.Aku boleh keluar negeri tanpa menimbulkan sebarang syak di pihak Polis.Mungkin itu antara sebab mengapa Abu Zer dan Yunus Ali meminta aku ke Melbourne bertemu Hishamuddin Rais.

Ketika itu Abu Zer dan Yunus Ali bergerak di bawah tanah. Mereka berdua dalam bahaya. Mereka tidak bebas sepertiku. Malah Abu Zer dan Yunus hanya menunggu masa sahaja untuk berundur dari Kuala Lumpur bagi menghilangkan diri.Itulah pertemuanku yang terakhir dengan Abu Zer.

Kami duduk di sebuah meja bulat di Cafe Seksyen 16 Petaling Jaya itu. Aku melihat Abu Zer dan Yunus sentiasa dalam keadaan resah. Mata mereka meliar memandang sekitar. Mereka bimbang kehadiran mereka di Cafe itu dikesan oleh Cawangan Khas Polis. Bukan sahaja akan membahayakan diri mereka jika ditangkap, tetapi akan membahayakan diriku juga.Begitulah sikap kawan-kawanku itu.Pendek kata kami saling melindungi antara satu sama lain.

Aku sendirian yang tenang dan “cool” kata anak-anak muda sekarang.Aku tak kisah. Kalau nak kena tangkap, tangkaplah.Aku tidak akan lari keluar negeri seperti Hishamuddin Rais. Hidup mati, aku akan hadapi dalam negeri sendiri,azamku. Tetapi soalnya, siapalah yang hendak tangkap aku? Aku bukanlah orang yang menjadi ancaman pada pemerintah.

Aku bersetuju untuk menemui Hishamuddin di Melbourne. Abu Zer dan Yunus mengambil tanggungjawab mencari wang untuk membeli tiket penerbanganku ke negara kanggaro itu. Akhirnya usaha mereka berjaya. Mereka dapat membeli tiket kapalterbang harga murah ke Australia, menggunakan kemudahan tiket pelajar. Ketika itu, aku bukan lagi seorang pelajar. Tetapi Abu Zer dan Yunus sama cerdik seperti Hishamuddin Rais. Hubungan mereka bertiga dengan Persatuan Pelajar Australia yang akrab telah membantu untuk mendapatkan tiket murah bagiku ke Melbourne.

Ini adalah penerbanganku yang pertama ke luar negeri. Tetapi kami tidak mampu membeli tiket pergi balik.Aduh, sungguh menyeramkan. Aku dibekalkan dengan sekeping tiket satu hala sahaja ke Melbourne.Ini betul-betu menyerupai tajuk satu lagu popular kumpulan Pop Boney M ketika itu yang bertajuk “One way ticket”.

Sepatutnya pengalaman pertama naik kapal terbang ke luar negeri adalah sesuatu yang menyeronokkan. Tetapi tidak bagiku. Dengan hanya ada tiket penerbangan pergi dan tidak ada tiket penerbangan balik, jarang dibuat orang. Perjalanan penerbangan selama lebih lapan jam ke Benua Australia itu amat menggelisahkan.Apa akan jadi apabila aku sampai di lapangan terbang Melbourne itu nanti?

Aku juga tidak ada wang kocek untuk perjalananku itu.Aku ke Australia boleh kata dengan sehelai sepinggang. Aku tidak tahupun akan keadaan cuaca di sana. Musim apakah? Aku tidak ambil pusing pun. Ketika itu, aku seperti  pasrah. Apa jadi, jadilah. Yang penting aku hendak bertemu sahabatku, Hishamuddin Rais. Aku ditugaskan untuk menjenguk Hisham, nama ringkasnya di kalangan kami, sama ada dia masih hidup atau mati.

Abu Zer dan Yunus berjanji kepadaku. Katanya tiket untuk aku pulang ke Malaysia nanti dari Melbourne ada pada Hisham.Hisham akan membeli tiket untuk aku pulang nanti. Aku percaya pada cakap Abu Zer dan Yunus. Dua orang sahabatku itu pasti tidak akan mengkhianatiku, aku berkata dalam hati.

Apabila mereka berdua berkata Hisham akan membeli tiket pulang untukku, aku juga percaya. Hisham juga tidak akan mengkhianatiku. Kepercayaan dan keyakinanku kepada mereka bertiga bukan datang begitu sahaja.Ia terbina dari pengalaman hidup kami berkawan setia bertahun-tahun lamanya.

Satu contohnya ialah apabila kami berdemonstrasi atau melakukan tunjuk perasaan pelajar secara besar-besaran di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur. Banyak demonstrasi seperti itu berlaku dari tahun1971 hinggalah tahun 1974.

Dalam demonstrasi sedemikian, Hisham terutamanya akan menasihatiku supaya tidak berada di barisan hadapan. Dia di hadapan, tetapi aku tidak. Dia tidak mahu aku ditangkap. Aku berasa selesa juga apabila berada dalam keadaan yang selamat. Tetapi dalam aksi demonstrasi yang kadang-kadang tidak terkawal dan pihak Federal Reserve Unit, FRU bertindak ganas, maka pernah berlaku Hisham mengalami kekejangan kaki atau “cramp”  tidak boleh bergerak. Aku terpaksa menolongnya dengan mengangkat dan mengheretnya berlindung di sebuah kedai Cina di Kuala Lumpur. Selepas FRU tidak lagi menjejaki kami, aku mendapatkan sebuah teksi membawa Hisham pulang ke Kampus Universiti Malaya.

Kini aku akan menyeberangi lautan ke benua asing semata-mata hanya untuk menemui kawan baik kami Hishamuddin Rais. Begitulah kami menyayangi Hisham. Kamarazaman Yacob lebih hebat. Dia sanggup mengetuai rampasan kuasa terhadap Pentadbiran Universiti Malaya sebagai ultimatum mendesak Kerajaan membebaskan Hishamuddin Rais yang ditahan di Johor Bahru semasa Peristiwa Tasek Utara.

Maka dengan  berbekalkan sekeping tiket penerbangan jalan sehala aku menaiki sebuah pesawat Garuda, milik Penerbangan Indonesia dari Lapangan Terbang Subang.

Pergi ke Australia, sebuah negara Commonwealth dan sahabat Malaysia amatlah mudah dalam urusan pasport serta imigresen. Aku membuat pasport antarabangsa hanya beberapa hari sahaja sebelum tarikh penerbanganku. Aku pergi ke Pejabat Imigresen di Wisma Persekutuan Johor Bahru yang terletak  tidak jauh dari Penjara Ayer Molek tempat Hishamuddin Rais, Yunus Ali dan Syed Hamid Ali pernah dipenjarakan semasa Peristiwa Tasek Utara, September 1974.

Sungguh seronok naik pesawat Garuda yang besar dengan pramugari dan pramugara berbahasa Indonesia penuh hormat dan santun. Hidangan makanan dalam kapalterbang Garuda itu sangat enak, terutama pada selera anakmuda gelandangan sepertiku ketika itu.

Mula-mula memang gembira dan teruja buat pertama kali bagi anak kampung sepertiku berpeluang naik kapal terbang.Tetapi penerbangan ke negara yang dalam sejarahnya pernah menjadi tempat buangan dan penjara bagi banduan-banduan Empire Inggeris itu, memakan masa lebih lapan jam. Maka mulalah aku berasa rimas dan jemu. Kapal terbang jet Garuda yang laju itu terasa seperti tidak bergerak diatas awan di angkasa terbuka dan lautan luas membiru di bawahnya.

Terlalu besar Australia itu. Kapal terbang kami tiada pilihan lain, melainkan terpaksa merentas dari Utara ke Selatan benua milik asal rakyat pribumi, orang asli negara kanggaro itu.Pesawat Garuda itu kemudian berhenti transit di Sydney. Kami tidak turun. Kemudian ia meneruskan penerbangan ke Melbourne yang terletak jauh di selatan.

Apabila melihat Lapangan Terbang Sydney, lalu aku berkata dalam hati : “Oh, aku sudah sampai ke Sydney, kota yang pernah aku pelajari dalam ilmu geografi, walaupun kakiku tak jejak ke bumi Sydney itu,”.

Apabila penerbangan kami disambung semula ke Melbourne, aku mulai berasa bimbang. Tidak lama lagi, kami akan sampai ke kota yang menempatkan Universiti Monash yang terkenal itu.

Soalan mula bermain di kepalaku apabila pesawat kami mulai memasuki negeri Victoria.  Apabila aku sampai di Lapangan Terbang Melbourne itu nanti adakah Hishamuddin Rais akan datang menjemput aku? Adakah anak kelahiran Jelebu itu akan  membawa tiket penerbangan pulang bagiku? 

Aku secara subconscious seperti terdengar lagu kumpulan muzik Boney M, “ One way ticket”.

Bertarikh 11 Jun 2021

TALIBAN KOTE KERAS NAMPAK MISI


Seragam jururawat ikut garis panduan KKM, kata kesatuan

PAKAIAN seragam jururawat di hospital dan klinik kerajaan mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Kesatuan Jururawat Malaya.

Presidennya Nor Hayati Abd Rashid dilaporkan berkata pakaian seragam jururawat direka untuk berfungsi dan memudahkan mereka menjalankan tugas.

“Peraturan untuk pakaian seragam (jururawat) adalah ia tidak boleh terlalu ketat dan (labuh baju) mestilah melebihi punggung. Ada garis panduannya.

“Terpulang kepada penyelia jururawat untuk memantau (pakaian seragam). Selalunya, ketua jururawat akan menasihati jururawat jika pakaian seragam mereka terlalu ketat,” katanya seperti dilapor Free Malaysia Today hari ini.

Kata Nor Hayati, pada sekitar 1980-an jururawat memakai skirt, tetapi kod pakaian seragam mereka ditukar kepada pemakaian seluar supaya lebih patuh syariah.

“Saya tak pasti apa yang ahli Parlimen itu fikirkan apabila buat kenyataan sebegitu. (Pakaian seragam) ini bukan baharu, kami sudah pakai lama,” katanya, merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor semalam, yang menyifatkan kebanyakan jururawat wanita berpakaian ketat dan tidak mematuhi syariah.

Semasa sidang Dewan Rakyat semalam, ahli Parlimen PAS itu meminta kerajaan khususnya KKM mengambil contoh beberapa hospital lain yang memberi pilihan kepada kakitangan wanita mereka untuk mengenakan pakaian yang lebih sesuai.

“Adakah kita masih berterusan mahu mengikut acuan barat dalam etika pemakaian ini? Apakah ia tidak boleh diubah dan diberi kelonggaran?” soalnya.

Kenyataan Wan Razali itu dibidas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Muruga Raj Rajathurai, menambah kenyataan ahli Parlimen itu lebih mementingkan kod pakaian jururawat berbanding masa depan dan kemampanan sistem penjagaan kesihatan. – 16 Jun 2023.

TALIBAN MALAYU

NAMPAK MISI

KOTE KERAS

KAH KAH KAH

TOK ARAB

NAMPAK RAMBUT

PEREMPUAN

KOTE KERAS

AMIN

BERAT BERAT

INI BAHAYA JIKA

TLIBAN BERKUASA

AMIN

KHALAS

MITOS UNTUK TIPU ORANG MELAYU


MITOS UNTUK

TIPU ORANG

MELAYU

AMIN

Unknown commented on
 "QURAN TAK WUJUD
 DI ZAMAN NABI"

quran tak wujud zaman nabi tak penting , yg penting raja2 melayu masuk islam ketika lancau tiba2 tersunat, mulut tiba2 bole berbahasa arab, lidah tiba2 bole baca quran..ini la hebatnya raja2 melayu.kekuatan melayu itu adalah pada raja, setia melayu itu adalah pada raja. pulangkan semula sistem kesultanan melayu..jangan sembang berdekah2, berkokok pakai kopiah tapi kerja tak sudah..

MATI DALAM SIASATAN SPRM


MATI DALAM

SIASATAN

AMIN

SAKIT APA ?

JENG JENG JENG

NAJIB PENCURI BERLESEN


NAJIB

PENCURI BERLESEN

KHALAS

Unknown commented on 
"NAJIB TAK MAHU 
BAYAR CUKAI"

Bukan dia seekor saja macam itu, yang ada slip gaji laju kena potongan PCB, tak kira apa lah, laju jugak nak bagi denda, tapi manusia macam Najiba ini ya lah golongan kayangan, penguatkuasa pun tak berani, takut kena.campak, tutup mata tutup hari jugak lah kadang kadang woit kah kah kah, teringat dikejar anjing, kalau lari lagi dikejar, kah kah kah abang Najib's relax steady saja, tarak hal lah setakat billion ini semua kah kah kah

MALAM - JELEBU SEJUK


JELEBU DULU

WAKTU MALAM

AMAT SEJUK

KHALAS


panglimo potaseh commented on
 "BUKU BARU ALAM SEKITAR"

TT dalam buku Alam Sekitar yg kau sunting tu ado tak coghito yg Jolobu waktu malam dah tak sosojuk 20 tahun dulu. Ado coghito tak yg ponchurik balak kek utan Jolobu sangat kreatif. Pencurik ni motong pokok balak sobolah bukit jo .. bukit yg tak ngadap kampong. Cilako punyo Poncurik ..

ROSMAH NAK LARI ?


ROSMAH

NAK LARI ?

JUMAAT 16/5/2023

BERITA TERSEBAR
ROSMAH DAPAT PASPOT KEMBALI
UNTUK PERGI KE SINGAPURA

WAJIB PULANG
KE MALAYSIA PADA
7 JULAI 2023
KERANA 11 JULAI 
MAHKAMAH AKAN BERSIDANG
EMPAT HARI KES RAYUAN

APAKAH ROSMAH
AKAN LARI ?
JENG JENG JENG

LARI NAIK APA ?
KAPAL TERBANG ?
KAPAL LAUT ?
KAPAL SELAM?
JENG JENG JENG

ADAKAH KAPAL TERBANG
AYNG SANGGUP BAWA
KARGO YANG AMAT BERAT
KAH KAH KAH

GREECE
POLIS MENANGKAP 
9 ORANG ARAB MESIR
MEREKA PENYULUDUP
PENDATANG ASING
KE EROPAH

KAPAL TENGGELAM
78 DAH JUMPA TERAPUNG MATI
500++ MASIH HILANG
100++ KANAK KANAK 
DIBERITAKAN ADA DALAM KAPAL

INI KEMALANGAN
 PALING BESAR
DALAM KES SELUDUP MANUSIA

UKRAINE
DI LAPORKAN
JURU TERBANG UKRAINE
TELAH DILATIH DAN BERSEDIA
UNTUK GUNA JET F16
JET PEJUANG PALING  CANGGIH
JENG JENG JENG

APAKAH BETUL
PILOT INI WARGA UKRAINE 
ATAU PILOT AMERIKA ?
JENG JENG JENG

HOKKIEN
PAGI INI SEGAR KERING
MATA HARI BELUM KELUAR
LANGIT AGAK KELAM

WOW
PAGI INI MILIK JANTAN
DARI TIGA BUKIT 
JANTAN BERKOKOK
LAWAN BERLAWAN
DI BAWAH GAUNG POKOK ARA
GUA DENGAR KOKOK 
AMAT KUAT

GUA  TAK TAHU
BERAPA EKOR AYAM HUTAN
BERADA DALAM HOKKIEN
PASTI RAMAI

KEMUDIAN TIONG
BERSUARA
MENAMBAH BISING
SUASAN PAGI INI

DAN DISAMBUT
OLEH DUA EKOR MURAI
BERBINCANG DI WAKTU PAGI
BAYANGKAN BETAPA
INDAHNYA PAGI INI
GUA TAK RASA GUA DI KL
GUA RASA GUA DI KAMPUNG

HARI INI
PASTI PANAS
WALAU PUN MATA HARI
MASIH BELUM KELUAR
AMIN

BRO
KITA SAMBUT JUMAAT
DENGAN SENYUMAN

BRO
LU WAJIB TAHU
HIDUP INI MACAM CERMIN
DIA AKAN SENYUM 
JIKA LU TERSENYUM

BRO
MAT  LEBONG
AKAN DIPENJARA
OLEH PEMBOHONGAN NYA
ORANG JUJUR
AKAN BEBAS MERDEKA
DAN TENANG DALAM HIDUP

BRO
UNTUK KITA DAPAT
APA YANG KITA MAHU
KITA WAJIB BERSABAR
DENGAN APA YANG KITA
BENCI

BRO
LU HAPPI
BUKAN DATANG DENGAN SENDIRI
IANYA DATANG
DARI TINDAKAN LU SENDIRI

BRO
HIDUP INI BUKAN TENTANG
MENDAPAT DAN MEMILIKI
TAPI
TENTANG MEMBERI DAN
MENJADI SESUATU

BRO
DUNIA KITA INI
DIPENUHI OLEH ORANG  BAIK
JIKA LU TAK JUMPA
LU JADI SALAH SEORANG DARINYA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
ROSMAH MASUK JIL