Jumaat, 23 Jun 2023

KERAJAAN SELANGIOR BUAT KERJA BETUL



SELANGOR

DIGANGGU GUGAT

ERTINYA

KERAJAAN 

SELANGOR

BUAT KERJA BETUL

AMIN

KHALAS

JANGAN LUPA CARA MEMBACA MEDIA



Umno Selangor nafi desak Rafizi letak jawatan menteri


BADAN Perhubungan Umno Selangor hari ini menafikan mengeluarkan surat atau kenyataan yang mendesak Menteri Ekonomi Rafizi Ramli melepaskan jawatan beliau.

Umno Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan surat itu adalah palsu dan fitnah terhadap kepimpinan parti di negeri berkenaan.

Kenyataan itu memaklumkan Umno Selangor tidak pernah mengeluarkan surat atau kenyataan mengenai perkara tersebut.

“Berita palsu seumpama ini sememangnya mempunyai agenda jahat untuk menjejaskan imej dan reputasi kepimpinan Badan Perhubungan Umno Selangor serta kerajaan perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Selangor yang akan datang,” menurut kenyataan itu.

Katanya, Badan Perhubungan Umno Selangor terus komited bagi mengukuhkan kestabilan politik tanah air serta menyambut baik kerjasama dalam kerajaan perpaduan dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. – Bernama, 22 Jun, 2023.

WOIT

INI KERJA SAPA

AMIN

DARI MANA

PUNCANYA

KAH KAH KAH

WALAU APA PUN

JANGAN LUPA

CARA MEMBACA

MEDIA MALAYSIA

AMIN

KHALAS

NAK KONTROL PLATFORM ?


SKMM ambil tindakan undang-undang terhadap Meta

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Meta, syarikat induk Facebook, kerana gagal bekerjasama dalam mengalih keluar kandungan yang tidak diingini daripada platformnya.

SKMM berkata walau sudah berulang kali mengemukakan permintaannya, Meta gagal mengambil tindakan mencukupi untuk menangani isu kandungan tidak diingini pada platformnya.

“Platform Facebook sejak akhir-akhir ini dibelenggu dengan jumlah kandungan memudaratkan yang signifikan membabitkan elemen kaum, institusi diraja, agama (3R), penyamaran, judi dalam talian serta iklan-iklan penipuan. 

“Lantaran itu, pihak SKMM menghubungi pihak Meta, syarikat induk Facebook untuk menurunkan kandungan yang dimaksudkan daripada platformnya.

“Maklum balas pihak Meta yang lembap dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan keseriusan perkara berkenaan dan ini mengundang kebimbangan dan penelitian awam.

“Memandangkan tahap kerjasama yang diberikan oleh Meta adalah tidak memadai, pihak SKMM tidak teragak-agak untuk mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta sebagai langkah untuk memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital,” kata badan kawal selia komunikasi dan multimedia itu dalam satu kenyataan hari ini.

SKMM berkata tindakan itu perlu dalam mempromosikan akauntabiliti untuk keselamatan siber dan meningkatkan perlindungan pengguna terhadap bahaya dalam talian, termasuk aktiviti penipuan.

SKMM menambah agensi itu sama sekali tidak bertolak ansur terhadap sebarang penyalahgunaan platform dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian yang berterusan dan semakin meningkat bagi aktiviti siber berniat jahat, pancingan data, atau sebarang kandungan yang mengancam kestabilan kaum, keharmonian sosial dan tidak menghormati Raja-raja. – 23 Jun, 2023.

WOIT

INI KERJA SIA SIA

LAGI BANGANG 

POODAH

AMIN

NAK KONTROL

PLATFORM ORANG 

POODAH

AMIN

DALAM YOUTUBE

ADA BERBILION

VIDEO DOKU

ANTI AGAMA

ANTI ISLAM

ANTI RAJA

NAK KONTROL ? 

POODAH

KAH KAH KAH

BUAT PLATFORM

SENDIRI BARU

BOLEH URUS

ARAH

KAH  KAH KAH

KHALAS

KES JUAL ORANG DAN BUNUH ORANG



4 warga Thai dituduh kes penyeludupan manusia Wang Kelian


EMPAT warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas pertuduhan menjalankan penyeludupan migran terhadap dua warga Myanmar di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar antara 2013 dan 2015.

Keempat-empat lelaki itu, Jehpa Lapi-E, 56; Somphon A-Dam, 51; Arun Kaeofainok, 30; dan Amree Nesalaeh, 58; masing-masing menghadapi satu pertuduhan yang dibacakan secara berasingan dalam bahasa Thai oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan pertuduhan dibuat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tiga tertuduh iaitu Jehpa Lapi-E, Somphon A-Dam dan Arun Kaeofainok didakwa menjalankan penyeludupan migran terhadap seorang lelaki warga Myanmar iaitu Zedul Islam di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar pada Februari 2013 sehingga April 2013.

Sementara seorang lagi tertuduh, Amree Nesalaeh didakwa menjalankan penyeludupan migran seorang lelaki warga Myanmar iaitu Zedul Islam di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar lebih kurang 5.30 pagi pada Ogos 2014 sehingga Mac 2015.

Keempat-empat tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda, atau kedua-duanya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 25 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Md Kamal, VV Suloshini dan Lee Jun Keong manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada Mei 2015, Malaysia dikejutkan dengan penemuan kem dan kubur di Wang Kelian yang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dari dalam dan luar negara.

Susulan hasil siasatan dijalankan, kerajaan Malaysia mengemukakan permintaan ekstradisi kepada kerajaan Thailand terhadap 10 individu warga Thailand pada 6 Jan 2017, dan kedua-dua negara telah berusaha untuk mengesan kesemua individu berkenaan bagi melaksanakan proses ekstradisi.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata empat warga Thailand yang disyaki terlibat dalam kes penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015 diekstradisi ke Malaysia semalam, bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah di Malaysia.

Saifuddin berkata hasil daripada kerjasama baik antara kedua-dua negara, empat daripada 10 individu berjaya dikesan dan dihadapkan ke mahkamah Thailand bagi tujuan ekstradisi. – Bernama, 23 Jun 2023.


INI JUAL ORANG

KALAU GAGAL

TERUS BUNUH

AMIN

KALAU GADIS

JUAL PADA

INDUSTRI LENDIR

AMIN

JAWABNYA

PAGAR 

SEMPADAAN

KHALAS

RAFIZI BIJAK BISTARI


RIFIZI

BIJAK BISTARI

KHALAS

Unknown commented on 
"BERI PELUANG PADA RAFIZI"

hasut pandai buat tak reti.. baik bagi mat maslan.. lebih kurang je...


panglimo potaseh commented on 
"BERI PELUANG PADA RAFIZI"

Rafizi ade formula E=m(cxc) .. Rafidah ada AP .. kahkahkah

BILA ROSMAH NAK MASUK JIL



BILA ROSMAH

NAK MASUK JIL

KHALAS

Unknown commented on
 "HOT HOT TER KINI TER NOWW
 TER HOTT KES ROSMAH"

Dah 4 kerajaan bertukar Rosmah masih blm dijatuh hukum BIG QUESTIN MARK ?

ANWAR MEMIKUL BEBAN RASUAH



ANWAR MELAWAN

RASUAH

TAPI MEMIKUL 

BEBAN  RASUAH 

BERNAMA ZAHID

AMIN

TUKAR TIUB LIVE DI TIK TOK JAM 9.30 MALAM INI



JEMPUTAN 

MALAM INI

JAM 9.30

TUKAR TIUB

LIVE DI TIK TOK

@hishamuddinrais @radarselangor 

boleh tanya apa saja

kecuali hal awek

kah kah kah

amin



BAKAL MB ?


NAMA TIDAK

DICALONKAN

AMIN

MASUK PKR

JADI BAKAL MB ???

AMIN

NAMA DAN INDENTITI DIRI


NAMA DAN 

INDENTITI DIRI


Ada apa pada nama? Shakespere bertanya  : What's In A Name? That which we call a rose. By any other name would smell as sweet. Bunga mawar dipanggil apa  pun  masih wangi.  Ini kata-kata Shakepere dalam bangsawan Romeo dan Juliet.

Hishamuddin Rais tidak menyanggal ayat ini. Betul apa pun nama bunga mawar baunya masih wangi. 

Tapi untuk saya nama ini  memiliki pertalian sejarah, sejarah dan jati diri.  Nama melambangkan jati diri. Nama adalah identiti. Nama kita adalah siapa kita. Siapa kita adalah jumlah pengumpulan semua sejarah dari seluruh kewujudan kita.

Nama walau pun singkat pasti  memberi tanda dan makna. Nama perakam  sejarah bahawa kita wujud.

Sebut saja nama  Tungku Abdul Rahman kita akan tergambar lakaran  sejarah dari nama ini. Sebut saja nama Botak Chin  atau Bentong Kali kita akan tahu sejarah sosok ini.  Sebut saja nama Hang Tuah dan Hang Jebat kita akan tahu siapa pro-Raja dan siapa pro-keadilan.

 Atau sebut saja nama Melaka maka kita akan tergambar persejarahan kota ini. Dari  soldadu Portugis, ke Belanda , ke Inggeris dan ke   hari Tunku berlabuh di Melaka sepulang dari England berunding untuk Merdeka Tanah Melayu.

Justeru inilah yang dibawa oleh nama. Nama bukan satu perkara yang kecik anak. Nama juga melambangkan keluarga. Nama keluarga membawa ke kampung dan desa. Membawa ke mukim dan daerah. Dari mukim dan daerah lahir  apa yang kita panggil tanah air. 

Tanah air  kita kenali sebagai negara.  Tanah air kita adalah  Tanah Melayu – land of the Malays

Nama Tanah Melayu ini dengan kasar lagi lucah telah ditukar menjadi Malaya dan kemudian Malaysia. Ini jenayah besar yang dilakukan oleh United Malays National Organisation.

Nama ini bukan perkara yang kecik anak.

Kali pertama saya sampai ke Kota Bahru Kelantan ketika cuti panjang bulan Disember  tahun 1973.  Ini ketika  Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya  (PMUM ) bergerak dengan bas  PMUM ke Pantai Timur untuk menyebarkan akhbar Mahasiswa Negara.

Saya telah mengenali bandar Kota Bahru ini melalui penulisan. Saya selalu terbaca berita tentang Kota Bahru. Dari  beberapa cerpen dan novel  saya juga dikenalkan dengan Biarritz Park dan Pantai Cinta Berahi.  

Biarritz Park ini dari apa yang saya baca adalah taman hiburan yang moden dalam pekan Kota Bahru. Di Biarritz Park Mek dan Awang sering berjumpa dan akhirnya memandu kasih bercengkerama  di Pantai Chinta Berahi.

Mek yang bekerja sebagai pelayan di Biarritz Park melayan ramai pelanggan. Awang jadi cemburu. Terjadi pergaduhan di Pantai Chinta Berahi. Kapak kecil menjadi senjata pergaduhan.

Ini kesah Biarritz Park yang saya baca.

Pada tahun  1971   saya membuat khidmat sosial untuk Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia. Saya telah di hantar ke kampung nelayan bernama Kampung Danga  di Johor Baru. Ketika di kampung ini  saya bertemu  dengan Pantai Lido.

Nama Lido ini tidak pula asing untuk saya. Dari kecil lagi saya telah mendengar nama  Lido. Ini kerana di Seremban ada panggung wayang bernama Lido.

Biarritz dan Lido -  saya tidak tahu dari mana asal usul mereka. Saya tidak tahu kenapa Biarritz Park ada di Kota Bahru. Kenapa Pantai Lido ada di Johor Baru.

Pada tahun 1987 saya menaiki bas dari Brussel Belgium  menuju  ke San Sebastian  kota Basque  di Utara Sepanyol. Perjalanan melintas kota Paris.

Sebelum memasuki sempadan Sepanyol saya ternampak  papan iklan  di lebuh  raya. Papan tanda terpampang mengarah ke Biarritz  dan Saint Jean  de Luz.

Oh! Baru saya sedar rupa-rupanya dari sini asal usul nama Biarritz. Dari apa yang saya baca Biarritz Ini kota pantai yang lumayan  dimana sosok-sosok warga  Eropah yang kaya raya lagi  ternama berpoya-poya  dan bercanda-canda di tepi pantai Atlantik.
 
Tahun 1988 saya dengan kawan-kawan  pelajar Malaysia di kota London merayau ke tanah besar  Eropah. Dari Belgium kami berkereta  hingga ke ke Itali. Di Itali kami sampai ke Venice.

 Ketika ini  musim panas. Saya ternampak papan tanda Lido Beach tidak jauh dari kota Venice.

OH! Baru saya sedar dari sini asal usul nama Lido. Bagaimana nama pantai ini tersangkut dengan panggung wayang di Seremban agak membingungkan.

Maka saya membuat rumusan pastilah nama Pantai Lido dan Biarritz Park ini diberi nama oleh penjajah Inggeris ketika mereka menjajah Tanah Melayu. Nama-nama ini adalah dari tempat dan wilayah mereka. Nama-nama import dari Eropah.

Bila Orang Putih sudah balik kampung maka kita wajib menobatkan Lido Beach sebagai Pantai Tanjung Puteri. Manakala  Biarritz Park  yang pernah di nobat  sebagai Paris of Malaya telah  wafat. Pada hemat saya kita  dirikan batu nisan – papan tanda  untuk memperingati sejarahnya.

Apa yang menjadi pelik sekarang ini ialah wujudnya nama-nama pekan dan wilayah  yang masih menggunakan nama  yang tidak ada bersangkutan dengan sejarah tempatan. Semua ini nama peninggalan penjajah. 

Masih ada lagi nama seperti Butterworth, Pulau Carey, Cameroon Highland, Bukit Fraser , Bukit Maxwell  - semua ini nama peninggalan penjajah.  Nama-nama ini tidak ada pertalian dengan anak watan warga asli tempat itu.

Tidaak tersangkut dengan  sejarah Bani Melayu dan amat jauh sekali dari sejarah Orang Asli.

Pada hemat saya satelah penjajah balik kampung maka  sampai masanya   Tanjung  menggantikan George Town.    Munculkan pencerahan sejarah bahawa  Pulau Pinang adalah sebahagian dari Kedah. Sama seperti Singapura sebahagian dari bumi Johor dan sebahagian dari Tanah Melayu.

Ini bukan kerana saya anak Kedah atau saya Melayu maka saya mahu George Town dipanggil Tanjung. Bukan bukan bukan.  Orang Melayu di Utara semua memanggil George Town Tanjung. Ini nama asal sebelum penjajah menobatkan  bandar ini sebagai milik King George.

Justeru nama ini bukan perkara kecik anak. Siapa tidak tahu sejarah akan tidak tahu asal usul mereka. Tidak tahu dari mana mereka datang maka pasti mereka tidak tahu  ke mana mereka  hendak pergi. Amin

Jangan lupa percubaan untuk melupuskan nama daerah Jelebu dari sejarah penduduk asal.  Ada Ustaz yang memberi ceramah karut bagaimana Jelebu telah di terok oleh seorang  sahabat Nabi.

Mengaitkan  Jelebu dengan sahabat Nabi sama seperti penjajah Inggeris menamakan Tanjung sebagai George Town. Penjajah dan Sang Ustaz memiliki niat jahat untuk melupuskan identiti dan sejarah tempat itu.

Melupuskan identiti adalah  langkah pertama  untuk mengubah  hak pemilik  tanah atau tempat tersebut.  Tanah Melayu menjadi Malaya.  Ini  membuktikan bahawa Malayland ini sudah jadi Malaya milik Inggeris. Ini taktik penjajah. 

Dalam masa yang sama kita juga wajib menilai identiti kita sendiri. Kita juga wajib mengenal siapa kita.  Ada nama-nama daerah dan tempat yang asalnya asli tetapi  kita ubah namanya. Pada hemat saya ini adalah  bukti kejulingan fikrah kita sendiri.

Kalau penjajah mengubah nama – ini  boleh difahami. Ini kerana mereka mahu menjadikan  wilayah  hak  miliki mereka. 

Kalau pemaju ‘ buah kelapa ‘ menukar nama Pantai Dalam menjadi Bangsar South saya sedar.  Fikrah saya tercabar. Mereka  mahu mengetepikan sejarah Melayu tempat itu. 

Kalau penjajah kita halau mereka keluar dari negara.  Kalau pemaju ‘ buah kelapa’ warga tempatan apakah wajib kita  pelangkung  mereka.

Pemaju ‘buah kelapa’ ini ialah  konsep dari Hishamuddin Rais. Pemaju buah kelapa ini  buntutnya hitam tetapi dalam kepala otaknya berlagak macam Orang Putih. 

Selain dari budaya buah kelapa ini ada  lagi satu jenis warga tempatan yang tidak  tahu sejarah dan jati diri. Mereka tidak  tahu pergi  atau datang. Duduk atau berdiri. Tidak tahu siapa diri mereka sendiri.

Fikrah mereka juling , lucah dan kotor. Saya buktikan wujudiah mereka ini  melalui  Batang Berjuntai yang diubah nama untuk  menjadi Bestari Jaya. 

Mungkin ramai  tidak mengetahui bahawa aliran sungai itu juga boleh dipanggil batang.

Batang Kali ialah laluan sungai. Kali dalam bahasa Jawa ialah sungai.  Di tempat asal usul saya Kampung Tengkek ada Batang Muar. Ini cabang dari sungai Muar. Justeru Batang Berjuntai disini tidak  ada sangkut paut dengan alat senjata kemaluan lelaki.  

Hanya fikrah yang juling lucah lagi kotor yang  berupaya menggambarkan Batang Berjuntai sebagai kemaluan lelaki yang terkeluar dari seluarnya yang koyak.

Sepulang dari  20 tahun berkelana saya  merasa agak sedih apabila saya mendapat tahu  bahawa  Pantai  Chinta Berahi telah menjadi Pantai Cahaya Bulan.

Ini bukan hasil fikrah pemaju jenis buah kelapa. Ini fikrah lucah lagi kacau. Bila meliat ombak laut dan pantai pasir terhampar  dalam otak yang dilihat hanya kemaluan lelaki dan kemaluan perempuan. 

Menukar Pantai Chinta Berahi ke Pantai Cahaya Bulan adalah manifestasi hilang identiti diri. Konon menyucikan diri.  Mereka ingin jadi Arab.  Mereka mahu menjadikan Melayu ini seperti  Taliban. 

Dalam kepala  Pak Lebai Nak Jadi Arab ini tidak ada  yang  lain melainkan seksual dan bersanggama. 

Saya bersetuju dengan pandangan sasterawan Milan Kundera dari Republik Czech yang berkata ‘ forgetting  is a crime... melupakan ialah satu jenayah...’

Jika melupakan satu jenayah bagaimana pula dengan segala usaha dan tenaga untuk melupus dan memadamkan.  Batang Berjuntai,  Pantai Chinta Berahi atau Tanjung?

Pasti ada yang boleh kita sesama lakukan dalam usaha untuk membina negara bangsa untuk anak semua bangsa. Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)

TULISAN INI DISIARKAN
DALAM PORTAL THE MALAYSIAN INSIGHT
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/449056
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA NOW
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/06/23/nama-dan-identiti-diri




ERDOGAN KURANG HAJAR ?


Erdogan jemput Mahathir berganding bahu anjur sidang kemuncak Islam di Turkiye

Presiden Recep Tayyip Erdogan menjemput Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri acara susulan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur yang diadakan pada 2019, dalam apa yang dilihat sebagai sokongan berterusan pemimpin Turkiye itu terhadap cadangan bekas perdana menteri tersebut bagi membentuk blok kuasa Islam baru. 

Selepas pertemuan selama sejam di Ankara pada Selasa di mana Mahathir dan isteri Dr Siti Hasmah Ali dialu-alukan di istana presiden, beliau berkata Erdogan berminat untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Istanbul untuk meneruskan apa yang dibincangkan semasa Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, yang mana pemimpin tertinggi Malaysia dan Turkiye, Qatar serta Iran bersetuju untuk bekerjasama. 

“Terdapat juga banyak perbincangan mengenai nasib umat Islam dan keperluan untuk membantu umat Islam dan negara mereka yang menghadapi kesukaran dan peperangan. 

"Mahathir juga mengakui, memandangkan perkembangan pesat Turkiye dan kemajuan dalam pelbagai bidang, ia boleh menjadi negara contoh kepada negara Islam lain," kata satu kenyataan di Facebook Mahathir.

Kenyataan itu berkata kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa Sidang Kemuncak Istanbul diadakan sama ada pada September atau Oktober tahun ini, sambil menambah Erdogan mahu pasukan Mahathir bekerjasama dengan pihak Turkiye untuk acara itu.

Pada 2019, Erdogan bersama presiden Iran Hassan Rouhani dan Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, yang dinamakan semula sebagai Dialog Perdana, sebuah forum yang menurut penganjur melengkapkan Pertubuhan Kerjasama Islam dalam menangani isu-isu yang melibatkan dunia Islam.

WOIT

ERDOGAN NI

KURANG HAJAR

ATAU KURANG ILMU

KAH KAH KAH

MADEY BUKAN

LAGI PM

MALAYSIA

AMIN

SILA BERI TAHU

ERDOGAN PM

BARU IALAH 

ANWAR INRAHIM

YANG KLIM KAWAN

EDORGAN

AMIN

PASAI APA DUTA

TURKI DI KL

LEMBAB SANGAT

KAH KAH KAH

BUAT RAKYAT

TURKI CUNT PIUS

SAPA PM

MALAYSIA

AMIN

KHALAS



KEMPEN ANTI RASUAH ANWAR GAGAL KERANA ZAHID



Kempen antirasuah Anwar tidak bergema ketika ekonomi sedang merudum, kata penganalisis

Meskipun mempunyai seorang timbalan perdana menteri yang terpalit dengan pendakwaan rasuah di mahkamah, Perdana Menteri Anwar Ibrahim tetap tampak garang dengan kempen antirasuah, membersihkan pentadbiran dan memastikan ketelusan dalam negara.

Jargon yang sering keluar dalam ucapannya sudah boleh diagak kerana kerap diulang-ulang.

“Tata kelola”, “sakau” dan “perasuah” hampir setiap hari disebut, tambah-tambah apabila beliau kini sedang giat mengadakan program jelajah di seluruh negara membabitkan mahasiswa universiti.

Anwar juga tidak membuang masa mencari kesalahan dan kes-kes terkait perihal integriti membabitkan pihak lawan selepas menduduki Perdana Putra.

Sehingga kini, dua ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sudah pun didakwa termasuk bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.

Namun dalam keadaan kos sara hidup yang masih belum selesai, pelan ekonomi yang masih kabur, ringgit yang merudum dan bursa yang semakin menjunam, persoalan timbul mengenai keberkesanan kempennya itu. 

Pemerhati politik Azizi Safar berkata, orang ramai tidak menganggap Anwar serius melawan rasuah kerana timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi masih mempunyai kes rasuah di mahkamah.

"Rakyat hendak tahu apa Anwar hendak buat untuk pulihkan ekonomi negara. Rakyat juga hendak tahu apa beliau ingin laksanakan untuk turunkan kos sara hidup rakyat dan harga barangan keperluan harian. Ini lebih penting bagi mereka," katanya.

Ringgit jatuh ke RM4.60 berbanding AS$1 pada 20 Jun dan berada dalam trend menurun sejak Januari lalu.

Selain itu, ramai masih merungut tentang kenaikan harga barang. 

Anwar juga baru-baru ini mengakui dasar kerajaannya “flip-flop” akan tetapi disebabkan mahu membantu rakyat.

Ini selepas pentadbirannya membuat pusingan U dalam beberapa perkara termasuk subsidi ayam dan telur serta pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) katanya.

Media juga melaporkan pelabur asing menjual saham selama sembilan minggu berturut-turut.

Menurut Azizi yang merupakan bekas setiausaha eksekutif Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, subsidi bersasar masih gagal dilaksanakan walaupun kerajaan campuran berjanji ingin menyelesaikan perkara itu dalam masa dua minggu.

"Kesimpulannya, rakyat melihat cakap Anwar yang ingin melawan rasuah habis-habisan hanya retorik politik kempen pilihan raya yang tidak pernah terhenti.

“Beliau masih berkempen untuk menang pilihan raya walaupun sudah menjadi perdana menteri," katanya.

Ia jelas berbeza dengan kempen Dr Mahathir Mohamad semasa ingin menjatuhkan BN pada 2018 yang ketika itu di bawah pentadbiran Najib Razak.

Pengundi dilihat benar-benar marah dengan kes-kes membabitkan dana 1MDB.

Penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia, Azmil Tayeb berkata beliau tidak merasakan strategi Anwar berkesan dalam memacu usaha antirasuahnya.

"Rakyat masih tidak dapat melihat perubahan yang ketara dari segi kebaikan ekonomi.

“Sepatutnya Anwar mensosialisasikan pencapaian ekonomi kerajaan dalam program jelajah ini supaya rakyat tahu apa yang sudah dibuat oleh kerajaan sekarang," ujar beliau.

Bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menulis dalam laman web fulcrum.sg berkata, kemarahan Melayu ialah kerana hipokrasi pentadbiran sedia yang bercakap mengenai menghapuskan rasuah namun pada masa sama, memasukkan kepimpinan Umno yang tercemar dalam Kabinet.

Menurut beliau, enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal tiba akan dilihat sebagai tsunami ketidakpuasan hati dan bukannya “Gelombang Hijau”seperti yang disebut-sebut oleh beberapa pihak sebelum ini.

Dalam pada itu, pemerhati politik veteran Zin Mahmud berkata, mengutamakan tata kelola adalah penting dan perlu sentiasa diamalkan namun pada waktu ini, keutamaan perdana menteri seharusnya menyelesaikan cabaran masa kini seperti ekonomi, teknologi, keselamatan dan alam sekitar.

"Perdana menteri perlu lebih banyak duduk di pejabat bagi mencari penyelesaian cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara," kata Zin yang juga bekas pengarang kanan Utusan Malaysia.

Katanya, Anwar juga wajar memberi perhatian kepada permasalahan rakyat membabitkan harga barangan, selain pelaburan dan tukaran mata wang.

“Perdana menteri juga wajar mempunyai visi mengenai sains dan teknologi bagi negara.

“Teknologi lebih penting daripada Madani," katanya.

KEMPEN 

ANTI RASUAH 

GAGAL

AMIN

TIAP KALI ANWAR

BERTEMPEK

LAWAN RASUAH

RAKYAT MELAUNG

NAMA ZAHID

KAH KAH KAH 

TIAP KALI ANWAR

MENYEBUT SAKAU

PENDENGAR 

CERAMAH

MELAUNGKAN

ZAHID 47

AMIN

KHALAS