Jumaat, 23 Jun 2023
JANGAN LUPA CARA MEMBACA MEDIA
Umno Selangor nafi desak Rafizi letak jawatan menteri
BADAN Perhubungan Umno Selangor hari ini menafikan mengeluarkan surat atau kenyataan yang mendesak Menteri Ekonomi Rafizi Ramli melepaskan jawatan beliau.
Umno Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan surat itu adalah palsu dan fitnah terhadap kepimpinan parti di negeri berkenaan.
Kenyataan itu memaklumkan Umno Selangor tidak pernah mengeluarkan surat atau kenyataan mengenai perkara tersebut.
“Berita palsu seumpama ini sememangnya mempunyai agenda jahat untuk menjejaskan imej dan reputasi kepimpinan Badan Perhubungan Umno Selangor serta kerajaan perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Selangor yang akan datang,” menurut kenyataan itu.
Katanya, Badan Perhubungan Umno Selangor terus komited bagi mengukuhkan kestabilan politik tanah air serta menyambut baik kerjasama dalam kerajaan perpaduan dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. – Bernama, 22 Jun, 2023.
WOIT
INI KERJA SAPA
AMIN
DARI MANA
PUNCANYA
KAH KAH KAH
WALAU APA PUN
JANGAN LUPA
CARA MEMBACA
MEDIA MALAYSIA
AMIN
KHALAS
NAK KONTROL PLATFORM ?
SKMM ambil tindakan undang-undang terhadap Meta
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Meta, syarikat induk Facebook, kerana gagal bekerjasama dalam mengalih keluar kandungan yang tidak diingini daripada platformnya.
SKMM berkata walau sudah berulang kali mengemukakan permintaannya, Meta gagal mengambil tindakan mencukupi untuk menangani isu kandungan tidak diingini pada platformnya.
“Platform Facebook sejak akhir-akhir ini dibelenggu dengan jumlah kandungan memudaratkan yang signifikan membabitkan elemen kaum, institusi diraja, agama (3R), penyamaran, judi dalam talian serta iklan-iklan penipuan.
“Lantaran itu, pihak SKMM menghubungi pihak Meta, syarikat induk Facebook untuk menurunkan kandungan yang dimaksudkan daripada platformnya.
“Maklum balas pihak Meta yang lembap dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan keseriusan perkara berkenaan dan ini mengundang kebimbangan dan penelitian awam.
“Memandangkan tahap kerjasama yang diberikan oleh Meta adalah tidak memadai, pihak SKMM tidak teragak-agak untuk mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta sebagai langkah untuk memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital,” kata badan kawal selia komunikasi dan multimedia itu dalam satu kenyataan hari ini.
SKMM berkata tindakan itu perlu dalam mempromosikan akauntabiliti untuk keselamatan siber dan meningkatkan perlindungan pengguna terhadap bahaya dalam talian, termasuk aktiviti penipuan.
SKMM menambah agensi itu sama sekali tidak bertolak ansur terhadap sebarang penyalahgunaan platform dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian yang berterusan dan semakin meningkat bagi aktiviti siber berniat jahat, pancingan data, atau sebarang kandungan yang mengancam kestabilan kaum, keharmonian sosial dan tidak menghormati Raja-raja. – 23 Jun, 2023.
WOIT
INI KERJA SIA SIA
LAGI BANGANG
POODAH
AMIN
NAK KONTROL
PLATFORM ORANG
POODAH
AMIN
DALAM YOUTUBE
ADA BERBILION
VIDEO DOKU
ANTI AGAMA
ANTI ISLAM
ANTI RAJA
NAK KONTROL ?
POODAH
KAH KAH KAH
BUAT PLATFORM
SENDIRI BARU
BOLEH URUS
ARAH
KAH KAH KAH
KHALAS
KES JUAL ORANG DAN BUNUH ORANG
4 warga Thai dituduh kes penyeludupan manusia Wang Kelian
EMPAT warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas pertuduhan menjalankan penyeludupan migran terhadap dua warga Myanmar di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar antara 2013 dan 2015.
Keempat-empat lelaki itu, Jehpa Lapi-E, 56; Somphon A-Dam, 51; Arun Kaeofainok, 30; dan Amree Nesalaeh, 58; masing-masing menghadapi satu pertuduhan yang dibacakan secara berasingan dalam bahasa Thai oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan pertuduhan dibuat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tiga tertuduh iaitu Jehpa Lapi-E, Somphon A-Dam dan Arun Kaeofainok didakwa menjalankan penyeludupan migran terhadap seorang lelaki warga Myanmar iaitu Zedul Islam di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar pada Februari 2013 sehingga April 2013.
Sementara seorang lagi tertuduh, Amree Nesalaeh didakwa menjalankan penyeludupan migran seorang lelaki warga Myanmar iaitu Zedul Islam di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar lebih kurang 5.30 pagi pada Ogos 2014 sehingga Mac 2015.
Keempat-empat tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda, atau kedua-duanya.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 25 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Md Kamal, VV Suloshini dan Lee Jun Keong manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada Mei 2015, Malaysia dikejutkan dengan penemuan kem dan kubur di Wang Kelian yang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dari dalam dan luar negara.
Susulan hasil siasatan dijalankan, kerajaan Malaysia mengemukakan permintaan ekstradisi kepada kerajaan Thailand terhadap 10 individu warga Thailand pada 6 Jan 2017, dan kedua-dua negara telah berusaha untuk mengesan kesemua individu berkenaan bagi melaksanakan proses ekstradisi.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata empat warga Thailand yang disyaki terlibat dalam kes penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015 diekstradisi ke Malaysia semalam, bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah di Malaysia.
Saifuddin berkata hasil daripada kerjasama baik antara kedua-dua negara, empat daripada 10 individu berjaya dikesan dan dihadapkan ke mahkamah Thailand bagi tujuan ekstradisi. – Bernama, 23 Jun 2023.
INI JUAL ORANG
KALAU GAGAL
TERUS BUNUH
AMIN
KALAU GADIS
JUAL PADA
INDUSTRI LENDIR
AMIN
JAWABNYA
PAGAR
SEMPADAAN
KHALAS
BILA ROSMAH NAK MASUK JIL
BILA ROSMAH
NAK MASUK JIL
KHALAS
Unknown commented on
"HOT HOT TER KINI TER NOWW
TER HOTT KES ROSMAH"
Dah 4 kerajaan bertukar Rosmah masih blm dijatuh hukum BIG QUESTIN MARK ?
TUKAR TIUB LIVE DI TIK TOK JAM 9.30 MALAM INI
JEMPUTAN
MALAM INI
JAM 9.30
TUKAR TIUB
LIVE DI TIK TOK
@hishamuddinrais @radarselangor
boleh tanya apa saja
kecuali hal awek
kah kah kah
amin
NAMA DAN INDENTITI DIRI
NAMA DAN
INDENTITI DIRI
Ada apa pada nama? Shakespere bertanya : What's In A Name? That which we call a rose. By any other name would smell as sweet. Bunga mawar dipanggil apa pun masih wangi. Ini kata-kata Shakepere dalam bangsawan Romeo dan Juliet.
Hishamuddin Rais tidak menyanggal ayat ini. Betul apa pun nama bunga mawar baunya masih wangi.
Tapi untuk saya nama ini memiliki pertalian sejarah, sejarah dan jati diri. Nama melambangkan jati diri. Nama adalah identiti. Nama kita adalah siapa kita. Siapa kita adalah jumlah pengumpulan semua sejarah dari seluruh kewujudan kita.
Nama walau pun singkat pasti memberi tanda dan makna. Nama perakam sejarah bahawa kita wujud.
Sebut saja nama Tungku Abdul Rahman kita akan tergambar lakaran sejarah dari nama ini. Sebut saja nama Botak Chin atau Bentong Kali kita akan tahu sejarah sosok ini. Sebut saja nama Hang Tuah dan Hang Jebat kita akan tahu siapa pro-Raja dan siapa pro-keadilan.
Atau sebut saja nama Melaka maka kita akan tergambar persejarahan kota ini. Dari soldadu Portugis, ke Belanda , ke Inggeris dan ke hari Tunku berlabuh di Melaka sepulang dari England berunding untuk Merdeka Tanah Melayu.
Justeru inilah yang dibawa oleh nama. Nama bukan satu perkara yang kecik anak. Nama juga melambangkan keluarga. Nama keluarga membawa ke kampung dan desa. Membawa ke mukim dan daerah. Dari mukim dan daerah lahir apa yang kita panggil tanah air.
Nama Tanah Melayu ini dengan kasar lagi lucah telah ditukar menjadi Malaya dan kemudian Malaysia. Ini jenayah besar yang dilakukan oleh United Malays National Organisation.
Nama ini bukan perkara yang kecik anak.
Kali pertama saya sampai ke Kota Bahru Kelantan ketika cuti panjang bulan Disember tahun 1973. Ini ketika Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM ) bergerak dengan bas PMUM ke Pantai Timur untuk menyebarkan akhbar Mahasiswa Negara.
Saya telah mengenali bandar Kota Bahru ini melalui penulisan. Saya selalu terbaca berita tentang Kota Bahru. Dari beberapa cerpen dan novel saya juga dikenalkan dengan Biarritz Park dan Pantai Cinta Berahi.
Biarritz Park ini dari apa yang saya baca adalah taman hiburan yang moden dalam pekan Kota Bahru. Di Biarritz Park Mek dan Awang sering berjumpa dan akhirnya memandu kasih bercengkerama di Pantai Chinta Berahi.
Mek yang bekerja sebagai pelayan di Biarritz Park melayan ramai pelanggan. Awang jadi cemburu. Terjadi pergaduhan di Pantai Chinta Berahi. Kapak kecil menjadi senjata pergaduhan.
Ini kesah Biarritz Park yang saya baca.
Pada tahun 1971 saya membuat khidmat sosial untuk Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia. Saya telah di hantar ke kampung nelayan bernama Kampung Danga di Johor Baru. Ketika di kampung ini saya bertemu dengan Pantai Lido.
Nama Lido ini tidak pula asing untuk saya. Dari kecil lagi saya telah mendengar nama Lido. Ini kerana di Seremban ada panggung wayang bernama Lido.
Biarritz dan Lido - saya tidak tahu dari mana asal usul mereka. Saya tidak tahu kenapa Biarritz Park ada di Kota Bahru. Kenapa Pantai Lido ada di Johor Baru.
Pada tahun 1987 saya menaiki bas dari Brussel Belgium menuju ke San Sebastian kota Basque di Utara Sepanyol. Perjalanan melintas kota Paris.
Sebelum memasuki sempadan Sepanyol saya ternampak papan iklan di lebuh raya. Papan tanda terpampang mengarah ke Biarritz dan Saint Jean de Luz.
Oh! Baru saya sedar rupa-rupanya dari sini asal usul nama Biarritz. Dari apa yang saya baca Biarritz Ini kota pantai yang lumayan dimana sosok-sosok warga Eropah yang kaya raya lagi ternama berpoya-poya dan bercanda-canda di tepi pantai Atlantik.
Tahun 1988 saya dengan kawan-kawan pelajar Malaysia di kota London merayau ke tanah besar Eropah. Dari Belgium kami berkereta hingga ke ke Itali. Di Itali kami sampai ke Venice.
OH! Baru saya sedar dari sini asal usul nama Lido. Bagaimana nama pantai ini tersangkut dengan panggung wayang di Seremban agak membingungkan.
Maka saya membuat rumusan pastilah nama Pantai Lido dan Biarritz Park ini diberi nama oleh penjajah Inggeris ketika mereka menjajah Tanah Melayu. Nama-nama ini adalah dari tempat dan wilayah mereka. Nama-nama import dari Eropah.
Bila Orang Putih sudah balik kampung maka kita wajib menobatkan Lido Beach sebagai Pantai Tanjung Puteri. Manakala Biarritz Park yang pernah di nobat sebagai Paris of Malaya telah wafat. Pada hemat saya kita dirikan batu nisan – papan tanda untuk memperingati sejarahnya.
Apa yang menjadi pelik sekarang ini ialah wujudnya nama-nama pekan dan wilayah yang masih menggunakan nama yang tidak ada bersangkutan dengan sejarah tempatan. Semua ini nama peninggalan penjajah.
Masih ada lagi nama seperti Butterworth, Pulau Carey, Cameroon Highland, Bukit Fraser , Bukit Maxwell - semua ini nama peninggalan penjajah. Nama-nama ini tidak ada pertalian dengan anak watan warga asli tempat itu.
Tidaak tersangkut dengan sejarah Bani Melayu dan amat jauh sekali dari sejarah Orang Asli.
Pada hemat saya satelah penjajah balik kampung maka sampai masanya Tanjung menggantikan George Town. Munculkan pencerahan sejarah bahawa Pulau Pinang adalah sebahagian dari Kedah. Sama seperti Singapura sebahagian dari bumi Johor dan sebahagian dari Tanah Melayu.
Ini bukan kerana saya anak Kedah atau saya Melayu maka saya mahu George Town dipanggil Tanjung. Bukan bukan bukan. Orang Melayu di Utara semua memanggil George Town Tanjung. Ini nama asal sebelum penjajah menobatkan bandar ini sebagai milik King George.
Justeru nama ini bukan perkara kecik anak. Siapa tidak tahu sejarah akan tidak tahu asal usul mereka. Tidak tahu dari mana mereka datang maka pasti mereka tidak tahu ke mana mereka hendak pergi. Amin
Jangan lupa percubaan untuk melupuskan nama daerah Jelebu dari sejarah penduduk asal. Ada Ustaz yang memberi ceramah karut bagaimana Jelebu telah di terok oleh seorang sahabat Nabi.
Mengaitkan Jelebu dengan sahabat Nabi sama seperti penjajah Inggeris menamakan Tanjung sebagai George Town. Penjajah dan Sang Ustaz memiliki niat jahat untuk melupuskan identiti dan sejarah tempat itu.
Melupuskan identiti adalah langkah pertama untuk mengubah hak pemilik tanah atau tempat tersebut. Tanah Melayu menjadi Malaya. Ini membuktikan bahawa Malayland ini sudah jadi Malaya milik Inggeris. Ini taktik penjajah.
Dalam masa yang sama kita juga wajib menilai identiti kita sendiri. Kita juga wajib mengenal siapa kita. Ada nama-nama daerah dan tempat yang asalnya asli tetapi kita ubah namanya. Pada hemat saya ini adalah bukti kejulingan fikrah kita sendiri.
Kalau penjajah mengubah nama – ini boleh difahami. Ini kerana mereka mahu menjadikan wilayah hak miliki mereka.
Kalau pemaju ‘ buah kelapa ‘ menukar nama Pantai Dalam menjadi Bangsar South saya sedar. Fikrah saya tercabar. Mereka mahu mengetepikan sejarah Melayu tempat itu.
Kalau penjajah kita halau mereka keluar dari negara. Kalau pemaju ‘ buah kelapa’ warga tempatan apakah wajib kita pelangkung mereka.
Pemaju ‘buah kelapa’ ini ialah konsep dari Hishamuddin Rais. Pemaju buah kelapa ini buntutnya hitam tetapi dalam kepala otaknya berlagak macam Orang Putih.
Selain dari budaya buah kelapa ini ada lagi satu jenis warga tempatan yang tidak tahu sejarah dan jati diri. Mereka tidak tahu pergi atau datang. Duduk atau berdiri. Tidak tahu siapa diri mereka sendiri.
Fikrah mereka juling , lucah dan kotor. Saya buktikan wujudiah mereka ini melalui Batang Berjuntai yang diubah nama untuk menjadi Bestari Jaya.
Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa aliran sungai itu juga boleh dipanggil batang.
Batang Kali ialah laluan sungai. Kali dalam bahasa Jawa ialah sungai. Di tempat asal usul saya Kampung Tengkek ada Batang Muar. Ini cabang dari sungai Muar. Justeru Batang Berjuntai disini tidak ada sangkut paut dengan alat senjata kemaluan lelaki.
Hanya fikrah yang juling lucah lagi kotor yang berupaya menggambarkan Batang Berjuntai sebagai kemaluan lelaki yang terkeluar dari seluarnya yang koyak.
Sepulang dari 20 tahun berkelana saya merasa agak sedih apabila saya mendapat tahu bahawa Pantai Chinta Berahi telah menjadi Pantai Cahaya Bulan.
Ini bukan hasil fikrah pemaju jenis buah kelapa. Ini fikrah lucah lagi kacau. Bila meliat ombak laut dan pantai pasir terhampar dalam otak yang dilihat hanya kemaluan lelaki dan kemaluan perempuan.
Menukar Pantai Chinta Berahi ke Pantai Cahaya Bulan adalah manifestasi hilang identiti diri. Konon menyucikan diri. Mereka ingin jadi Arab. Mereka mahu menjadikan Melayu ini seperti Taliban.
Dalam kepala Pak Lebai Nak Jadi Arab ini tidak ada yang lain melainkan seksual dan bersanggama.
Saya bersetuju dengan pandangan sasterawan Milan Kundera dari Republik Czech yang berkata ‘ forgetting is a crime... melupakan ialah satu jenayah...’
Jika melupakan satu jenayah bagaimana pula dengan segala usaha dan tenaga untuk melupus dan memadamkan. Batang Berjuntai, Pantai Chinta Berahi atau Tanjung?
Pasti ada yang boleh kita sesama lakukan dalam usaha untuk membina negara bangsa untuk anak semua bangsa. Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN
DALAM PORTAL THE MALAYSIAN INSIGHT
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/449056
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA NOW
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/06/23/nama-dan-identiti-diri
ERDOGAN KURANG HAJAR ?
Erdogan jemput Mahathir berganding bahu anjur sidang kemuncak Islam di Turkiye
Presiden Recep Tayyip Erdogan menjemput Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri acara susulan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur yang diadakan pada 2019, dalam apa yang dilihat sebagai sokongan berterusan pemimpin Turkiye itu terhadap cadangan bekas perdana menteri tersebut bagi membentuk blok kuasa Islam baru.
Selepas pertemuan selama sejam di Ankara pada Selasa di mana Mahathir dan isteri Dr Siti Hasmah Ali dialu-alukan di istana presiden, beliau berkata Erdogan berminat untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Istanbul untuk meneruskan apa yang dibincangkan semasa Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, yang mana pemimpin tertinggi Malaysia dan Turkiye, Qatar serta Iran bersetuju untuk bekerjasama.
“Terdapat juga banyak perbincangan mengenai nasib umat Islam dan keperluan untuk membantu umat Islam dan negara mereka yang menghadapi kesukaran dan peperangan.
"Mahathir juga mengakui, memandangkan perkembangan pesat Turkiye dan kemajuan dalam pelbagai bidang, ia boleh menjadi negara contoh kepada negara Islam lain," kata satu kenyataan di Facebook Mahathir.
Kenyataan itu berkata kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa Sidang Kemuncak Istanbul diadakan sama ada pada September atau Oktober tahun ini, sambil menambah Erdogan mahu pasukan Mahathir bekerjasama dengan pihak Turkiye untuk acara itu.
Pada 2019, Erdogan bersama presiden Iran Hassan Rouhani dan Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, yang dinamakan semula sebagai Dialog Perdana, sebuah forum yang menurut penganjur melengkapkan Pertubuhan Kerjasama Islam dalam menangani isu-isu yang melibatkan dunia Islam.
WOIT
ERDOGAN NI
KURANG HAJAR
ATAU KURANG ILMU
KAH KAH KAH
MADEY BUKAN
LAGI PM
MALAYSIA
AMIN
SILA BERI TAHU
ERDOGAN PM
BARU IALAH
ANWAR INRAHIM
YANG KLIM KAWAN
EDORGAN
AMIN
PASAI APA DUTA
TURKI DI KL
LEMBAB SANGAT
KAH KAH KAH
BUAT RAKYAT
TURKI CUNT PIUS
SAPA PM
MALAYSIA
AMIN
KHALAS
KEMPEN ANTI RASUAH ANWAR GAGAL KERANA ZAHID
Kempen antirasuah Anwar tidak bergema ketika ekonomi sedang merudum, kata penganalisis
Meskipun mempunyai seorang timbalan perdana menteri yang terpalit dengan pendakwaan rasuah di mahkamah, Perdana Menteri Anwar Ibrahim tetap tampak garang dengan kempen antirasuah, membersihkan pentadbiran dan memastikan ketelusan dalam negara.
Jargon yang sering keluar dalam ucapannya sudah boleh diagak kerana kerap diulang-ulang.
“Tata kelola”, “sakau” dan “perasuah” hampir setiap hari disebut, tambah-tambah apabila beliau kini sedang giat mengadakan program jelajah di seluruh negara membabitkan mahasiswa universiti.
Anwar juga tidak membuang masa mencari kesalahan dan kes-kes terkait perihal integriti membabitkan pihak lawan selepas menduduki Perdana Putra.
Sehingga kini, dua ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sudah pun didakwa termasuk bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.
Namun dalam keadaan kos sara hidup yang masih belum selesai, pelan ekonomi yang masih kabur, ringgit yang merudum dan bursa yang semakin menjunam, persoalan timbul mengenai keberkesanan kempennya itu.
Pemerhati politik Azizi Safar berkata, orang ramai tidak menganggap Anwar serius melawan rasuah kerana timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi masih mempunyai kes rasuah di mahkamah.
"Rakyat hendak tahu apa Anwar hendak buat untuk pulihkan ekonomi negara. Rakyat juga hendak tahu apa beliau ingin laksanakan untuk turunkan kos sara hidup rakyat dan harga barangan keperluan harian. Ini lebih penting bagi mereka," katanya.
Ringgit jatuh ke RM4.60 berbanding AS$1 pada 20 Jun dan berada dalam trend menurun sejak Januari lalu.
Selain itu, ramai masih merungut tentang kenaikan harga barang.
Anwar juga baru-baru ini mengakui dasar kerajaannya “flip-flop” akan tetapi disebabkan mahu membantu rakyat.
Ini selepas pentadbirannya membuat pusingan U dalam beberapa perkara termasuk subsidi ayam dan telur serta pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) katanya.
Media juga melaporkan pelabur asing menjual saham selama sembilan minggu berturut-turut.
Menurut Azizi yang merupakan bekas setiausaha eksekutif Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, subsidi bersasar masih gagal dilaksanakan walaupun kerajaan campuran berjanji ingin menyelesaikan perkara itu dalam masa dua minggu.
"Kesimpulannya, rakyat melihat cakap Anwar yang ingin melawan rasuah habis-habisan hanya retorik politik kempen pilihan raya yang tidak pernah terhenti.
“Beliau masih berkempen untuk menang pilihan raya walaupun sudah menjadi perdana menteri," katanya.
Ia jelas berbeza dengan kempen Dr Mahathir Mohamad semasa ingin menjatuhkan BN pada 2018 yang ketika itu di bawah pentadbiran Najib Razak.
Pengundi dilihat benar-benar marah dengan kes-kes membabitkan dana 1MDB.
Penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia, Azmil Tayeb berkata beliau tidak merasakan strategi Anwar berkesan dalam memacu usaha antirasuahnya.
"Rakyat masih tidak dapat melihat perubahan yang ketara dari segi kebaikan ekonomi.
“Sepatutnya Anwar mensosialisasikan pencapaian ekonomi kerajaan dalam program jelajah ini supaya rakyat tahu apa yang sudah dibuat oleh kerajaan sekarang," ujar beliau.
Bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menulis dalam laman web fulcrum.sg berkata, kemarahan Melayu ialah kerana hipokrasi pentadbiran sedia yang bercakap mengenai menghapuskan rasuah namun pada masa sama, memasukkan kepimpinan Umno yang tercemar dalam Kabinet.
Menurut beliau, enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal tiba akan dilihat sebagai tsunami ketidakpuasan hati dan bukannya “Gelombang Hijau”seperti yang disebut-sebut oleh beberapa pihak sebelum ini.
Dalam pada itu, pemerhati politik veteran Zin Mahmud berkata, mengutamakan tata kelola adalah penting dan perlu sentiasa diamalkan namun pada waktu ini, keutamaan perdana menteri seharusnya menyelesaikan cabaran masa kini seperti ekonomi, teknologi, keselamatan dan alam sekitar.
"Perdana menteri perlu lebih banyak duduk di pejabat bagi mencari penyelesaian cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara," kata Zin yang juga bekas pengarang kanan Utusan Malaysia.
Katanya, Anwar juga wajar memberi perhatian kepada permasalahan rakyat membabitkan harga barangan, selain pelaburan dan tukaran mata wang.
“Perdana menteri juga wajar mempunyai visi mengenai sains dan teknologi bagi negara.
“Teknologi lebih penting daripada Madani," katanya.
KEMPEN
ANTI RASUAH
GAGAL
AMIN
TIAP KALI ANWAR
BERTEMPEK
LAWAN RASUAH
RAKYAT MELAUNG
NAMA ZAHID
KAH KAH KAH
TIAP KALI ANWAR
MENYEBUT SAKAU
PENDENGAR
CERAMAH
MELAUNGKAN
ZAHID 47
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)