Rabu, 5 Julai 2023

MUHYIDIN JUMPA MADEY !!!


MUHYIDIN JUMPA

MADEY

AMIN

RAJA PETRA

MASUK SEMANGKUK

KHALAS

ROSMAH BUAT KERENAH


Rosmah fail rayuan di Mahkamah Persekutuan cabar pelantikan pendakwa utama 

ROSMAH Mansor memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan beliau untuk mencabar pelantikan mendiang Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama dalam kes rasuahnya membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu, memfailkan rayuan itu pada hari ini melalui Tetuan Akberdin & Co, telah mengemukakan beberapa persoalan undang-undang untuk dipertimbangkan oleh mahkamah.

Antaranya adalah sama ada Peguam Negara Idrus Harun berhak di bawah undang-undang untuk mengeluarkan surat pelantikan bertarikh 21 Mei 2021 secara retrospektif bagi pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mulai 15 November 2018, sedangkan secara fakta dan undang-undang Idrus hanya dilantik memegang jawatan Peguam Negara pada 2021.  

Pada 22 Jun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Rosmah untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kesnya.

Pada 30 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak memberi kebenaran kepada Rosmah untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kesnya.

Rosmah, 71, yang memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 24 Jun 2022, menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Rosmah memohon pengisytiharan bahawa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat) masing-masing bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021 adalah menyalahi undang-undang.

Selain itu, beliau memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh kes projek solar yang berlangsung sejak 15 November 2018 sehingga pembelaan menutup kesnya adalah tidak sah serta batal dan beliau perlu dibebaskan daripada semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sebelum ini, Rosmah memohon untuk menggugurkan Sri Ram namun ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar perbicaraan kes rasuah beliau. Rayuannya berhubung perkara itu turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Pada 1 September lepas, Mohamad Zaini memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Beliau kemudian memfailkan rayuan terhadap sabitan serta hukuman terhadapnya dan Mahkamah Rayuan menetapkan empat hari, dari 11 hingga 14 Julai untuk mendengar rayuan itu. – Bernama, 5 Julai, 2023.

KES ROSMAH

DAH SELESAI

DAH

JATUH HUKUM

AMIN

KINI DALAM

PROSES RAYUAN

AMIN

AKAN DIDENGAR

11 JULAI INI

AMIN

KES YANG INI

 SENGAJA BUAT

 RAYUAN

DI MAHKAMAH

PALING TINGGI

TOLAK PENDAKWA

YANG DAH MATI

AMIN

TUJUAN APA ?

INI HELAH ROSMAH

AMIN

SELASI 11 JULAI

PEGUAM ROSMAH

AKAN MINTA TANGGUH

DENGAN ALASAN

RAYUAN TELAH

DIBUAT

AMIN

TUNGGU KEPUTUSAN

RAYUAN DULU

AMIN

JIKA DITOLAK

AKAN TUDUH

BICARA TAK ADIL

AMIN

TAK CAYA SILA

TUNGGU 11 JULAI

AMIN

KHALAS

SAPA DIA SIAN SEE ?



Mengapa Kerajaan Perpaduan terus susahkan hidup Najib? – Sian See


KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan dikatakan terus menyusahkan hidup  Najib Razak walaupun selepas 10 bulan bekas Perdana Menteri itu dipenjarakan atas sabitan kes SRC International Sdn Bhd.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata demikian ekoran tindakan dua syarikat milik kerajaan tidak menggugurkan saman sivil terhadap Najib iaitu tuntutan ganti rugi sebanyak RM5 bilion oleh SRC International dan AS$8 bilion (RM37 bilion) oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut beliau, berikutan saman-saman sivil itu, mahkamah membenarkan permohonan injunksi Mareva secara ex-parte oleh 1MDB dan SRC International terhadap Najib untuk membekukan asetnya.

Sian See menambah, melalui injunksi tersebut, Najib hanya dibenarkan mengeluarkan wang sehingga RM100,000 sebulan untuk semua perbelanjaan keluarga termasuk kos guaman dari akaun banknya.

“Jadi selain berada dalam penjara, aset-aset Najib turut dibeku dan perbelanjaan Najib juga dihadkan bertahun-tahun lamanya sehingga perbicaraan kes-kes saman sivil 1MDB dan SRC yang bermula pada 2025 selesai.

“Satu kezaliman dan ketidakadilan yang amat parah sekali,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Kedua-dua saman sivil tersebut difailkan pada 2021 ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berkuasa.

Beliau memberitahu, kerajaan tidak dapat apa-apa sekiranya memenangi kes-kes berkenaan kerana tidak mungkin Najib boleh bayar pampasan RM5 bilion atau RM37 bilion.

Sian See menambah, pada masa ini pun, Najib tidak mampu membayar denda RM210 juta atas sabitan kes SRC International dan tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM1.7 bilion.

“Nak penjarakan dia lagi pun tidak sebab sebab dia sudah ada dalam penjara sehingga umurnya capai 81 tahun.

“Kerajaan hanya bazirkan kos bagi peguam-peguam swasta yang diupah oleh syarikat SRC dan 1MDB serta kos mahkamah dengan kes-kes saman sivil seperti ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa mahu disusahkan lagi hidup Najib yang sangat banyak berjasa kepada rakyat dan negara semata-mata untuk perkara yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa pun.

“Jadi, sebab apa mahu bantu UMNO dan Kerajaan Perpaduan hari ini jika mereka biarkan sahaja kezaliman dan ketidakadilan seperti ini,” katanya. – 

WOIT

SAPA SIAN SEE ?

AMIN

PEGUAM ?

DOKTOR ?

LAWYER ?

PEMAIN MUZIK?

ATAU BARUA

JHO LOW  ATAU 

AJEN CHINA MERAH

KHALAS 

 NAJIB

TAK DAPAT 

BAYAR DENDA

TAHAN LAGI

DALAM JIL 

BIAR SAMPAI REPUT

KHALAS

MENTERI JADI AJEN CHINA MERAH


Tidak pernah ada menteri ‘rempuh’ kementerian lain

KUALA LUMPUR – Tidak pernah ada dalam sejarah di negara ini seorang menteri ‘merempuh’ kementerian lain dan tidak menghormati tugas penjawat awam.

Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Abdul Rahim Thamby Chik berkata, seorang menteri sepatutnya tahu prosedur membawa sesuatu isu ke Kabinet dan bukannya ‘meraung’ di tempat kejadian dengan memberi arahan tertentu.

Menurut bekas Ketua Menteri Melaka itu, insiden sebegitu amat memalukan dan menunjukkan sikap seorang menteri Kabinet yang tidak berdisiplin.

“Beliau langsung tidak menghargai langsung penjawat awam. Malah beliau pula sebagai menteri mengarah ambil tindakan ke atas agensi di kementerian lain.

“Ini menunjuk beliau tidak ada disiplin dalam Kabinet. Beliau sepatutnya membawa isu itu kepada perdana menteri dalam mesyuarat Kabinet dan perdana menteri yang akan arahkan.

“Tapi di situ (KLIA) beliau meraung-raung, arah Menteri KDN kerana ada rasuah tetapi beliau tidak ada bukti. Macam mana kita perlu Kabinet yang berdisiplin jika menteri pun porak-peranda,” katanya  hari ini.

Beliau mengulas tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, ri Tiong King Sing yang didakwa melepasi kaunter Jabatan Imigresen untuk ‘menyelamatkan’ seorang pelancong China yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Jumaat lalu.

Sebelum ini, King Sing menegaskan akan merujuk kepada SPRM untuk menyiasat dalang penyebaran video kekecohan yang mendakwa beliau menyalahguna kuasa di KLIA.

WOIT

TANAH MELAYU

DALAM BAHAYA

AMIN

ADA MENTERI

JADI AJEN

CHINA MERAH

AMIN

BAWA MASUK

PENDATANG YANG

TAK PULANG

KHALAS

CADANGAN MASUK AKAL



SATU CADANGAN

YANG MASUK AKAL

KHALAS

Unknown commented on
 "PEGAWAI KERAJAAN
 MAKAN RASUAH"
Negara ni bukan saja busuk dari kepala. Busuk dia macam carta minda dah pun. Kononnya kepala tak sapu, orang bawah pun takkan sapu, ini cakap cakap saja. Orang bawah tetap akan cari jalan sapu, sebab apakah? Sebab kita asyik dididik dengan sikap nak senang semua benda. Apa jalan selesai yang kita sebenarnya ada sham? Pada aku, satu saja caranya - Malay non Malay kena 50/50 di semua jabatan. Tapi taubat melayu tak suka. Kahkahkah

KUASA LAHIR DARI MUNCUNG SENAPANG


BERITA BAIK

FATAH DAN PLO
 BERUNDING DENGAN ZIONIS
BERTUKAR MAKLUMAT

KINI BANGUN ANAKA MUDA
MENOLAK GARIS  BERUNDING
SEMARAK KAN   KEMBALI 
GARIS ANGKAT SENJATA

AL- JAZEERA  LAPOR 70 %
WARGA  PALESTIN SOKONG
GARIS ANGKAT SENJATA
JANGAN LUPA
KUASA LAHIR 
DARI MUNCUNG SENAPANG
KHALAS

BANI MELAYU WAJIB UBAH SIKAP


BANI MELAYU

WAJIB UBAH SIKAP

KHALAS

Unknown commented on 
"WATIKAH UNTUK SYED SADDIQ"

Siapa mahu duit free, siapa mahu bantuan selalu, siapa mahu duit kalau bawa bendera, siapa mahu petrol free, tukar minyak hitam free, sunat free, daging free, maggie free, tepung minyak beras free bukan tak bukan pengundi yang akan mengundi golongan pencuri perasuah kah kah kah 


kalau undi boleh ubah apa apa dah lama pilihanraya dibubarkan, siapa ada duit dia akan menang, yang bayar cukai akan terus ditekan, yang menerima bantuan senang selalu lah kah kah kah alasan miskin papa kedana bagi lesen sewa kat Bangla settle semua nak maju macam.mana woit kah kah sekarang pun Bangla dok payung perempuan kita woit kah kah lagi dalam lagi pasak

JADUAL PRN DAH KELUAR


JADUAL PRN

PRN 12 Ogos, penamaan 29 Julai

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya untuk enam negeri berlangsung pada 29 Julai manakala pengundian akan berlangsung pada 12 Ogos.

Pengerusi SPR Ghani Salleh juga mengumumkan pengundian awal bagi pilihan raya negeri untuk keenam-enam negeri itu akan berlangsung pada 8 Ogos.








ANAK MUDA TURUN KE JALAN


ANAK MUDA

TURUN KE JALAN

BILA TAK PUAS HATI

KHALAS

SUARA TAMRIN



BERSATU  JANGAN  TERSILAP  PERCATURAN


Tamrin  Tun  Ghafar

Isnin -  03/07/2023

1.   Hari  Raya Aidil Adha  yang  juga  dikenali Hari Raya  Haji atau  Raya  Korban  mengingatkan  kita peristiwa  dimana ALLAH  SWT  menggantikan  Nabi Ismail a.s. , anak Nabi  Ibrahim a.s. dengan  seekor  kibas  untuk disembelih


2.  Itu  adalah  dugaan  terlalu  besar  yang  boleh  dijadikan  iktibar  atau  peringatan  kepada  kita semua

3.  Jika dibandingkan ,   dugaan  itu ianya  jauh  lebih  besar  dari  HANYA  ura - ura menamakan  Azmin  Ali  sebagai  POSTER  BOY ,  yang  sekelip  mata  mendapat  berbagai  reaksi negatif ;  itu  belum  lagi  sebagai  calon dan  Menteri  Besar  seterusnya

4.  Azmin  PASTI akan  'disembelih'  sebaik sahaja  pengumuman dibuat

5.  Sudah  pasti  peristiwa  kaum  Nabi  Lut  a.s.  akan  dijadikan  topik  ceramah  oleh Anwar  dan  rakan - rakan  lain  walaupun  kita  kenal dan tahu latar  belakang  Anwar itu  sendiri  MELAINKAN  Azmin  malah  Mahiaddin  sendiri  'bermain mata'  dengan  Anwar  bagi  menyelamatkan  diri  dari  bertemu  dengan  Raja  Perompak  no. 1  Negara  di Penjara  Kajang

6.  PN , gabungan  BERSATU ,  PAS  dan  GERAKAN  harus  mengalusi  perkara  diatas  sebelum :

      NASI
      MENJADI
      BUBUR

kan  kita  selalu  didendangkan :

      DALAM 
      DUNIA
      POLITIK
      TIDAK
      ADA YANG
      MUSTAHIL

kerana  politik  adalah  :

       SENI
       SEREBA
       MUNGKIN

7.   Perkara  sebegini  dimaklumkan  telah  pun  berlaku  iaitu pakatan  antara  Anwar  dan  Zahid  Hamidi -  Wallahhualam !!

8.  Kalau  Azmin  cintakan  Parti dan  mahu  melihat  perubahan  berlaku , maka  jalan  sebaik - baiknya  Azmin  bukan saja  MENGUMUMKAN   menarik  diri  sebagai  Poster  Boy dan  Menteri  Besar tapi juga  menarik  diri  dari  menjadi calon  PN  

9.  Lagi pun  BELUM  TENTU   beliau  akan  dipilih  oleh  Sultan Selangor  yang biasnya  mengkehendai  3  calon untuk pilihan  Baginda

10.  Seolah - olah  masih    dalam  mimpi  yang  Azmin  baru  saja dikalahkan  di Parlimen  Gombak ,  kubu kuat  beliau  oleh  Amirudin Shari  dengan  kelebihan 13,000  undi

11.  Dimana  saja  kita  berada ,  pengundi  khususnya  Orang Melayu sudah  tidak sabar  menuggu Pilihan Raya  yang  bakal  diadakan  pada bulan Ogos  ini  untuk  MENOLAK  PH - BN  dan  rakan  setilam sebantal nya DAP

12.  Hampir  melahirkan  anak  yang  dikandung ,  namum  mereka  masih  'HIDUP  PAGI  KAIS  PAGI' ;  segala  janji  Anwar  tak  ubah  seperti  :

        MENANAM
        TEBU
        DI BIBIR
        SAJA

13.   Hassan  Karim ,  peguam , rakan rapat  dan Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Parti PKR  dalam  puasi nya  bertajuk :

       KU  SIMPAN
       REFORMASI
       DALAM
       PETI

adalah  perasaan  dan pandangan  yang 'perfect'  bagi  menggambarkan  Anwar , PMX 

14.   Angin  perubahan  sudah  pun bertiup  ;  biarlah  PH - BN  terus  membuat  janji - janji baru nya  namun  PN  dan  Azmin  JANGAN LAH  melakukan  kesilapan atau silap percaturan  jika  benar - benar  mahu  melihat perubahan  kuasa  

15.   Peluang  mengambil alih  kepimpinan Negeri   Sembilan  itu  ada  namun  masing - masing  Ketua  Bahagian  BERSATU JANGAN  terlalu  angkuh  menjadikan diri  sebagai  calon

16.  Mahiaddin  pula harus  juga  mengalah  dan  mendengar  pandangan  dan  nasihat  semua 

17.  Inilah  masa  dan peluang  yang ada  jika  mahukan  perubahan

          JANGAN
          SEBAB
          SETITIK
          NILA
          ROSAK
          SUSU
          SEBELANGA

18.   Fikirkan lah  pandangan ,  nasihat  dan  teguran ikhlas  saya  ini


Wassalam 
Teriam Kasihi

MUDA BERGERAK SOLO



Muda bergerak solo selepas Pakatan gagal buat pembaharuan, kata Luqman

KEGAGALAN Pakatan Harapan (PH) melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan adalah antara sebab Muda memutuskan untuk bertanding secara solo pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata pengarah pilihan raya parti berasaskan belia itu Luqman Long.

Luqman berkata PH yang membentuk kerajaan hari ini dengan musuh lama Barisan Nasional (BN) tidak berusaha secukupnya untuk melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan kepada pengundi sebelum dan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Dalam PRN Johor dan pada PRU15, Muda bekerjasama dengan PH kerana kita percaya kita berkongsi kepercayaan, idea dan cita-cita yang sama tentang cara mentadbir dan membina semula Malaysia selepas wabak. Kerjasama itu berjalan dengan baik.

“Selepas PRU15, ia bukanlah situasi yang terbaik atau ideal, di mana tiada parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan. Jadi, kita terpaksa membentuk kerajaan dengan Umno/BN, itu tidak mengapa asalkan kita semua memenuhi reformasi itu. Agenda yang dijanjikan.

“Tetapi keadaan menjadi suram. Selepas lebih enam bulan kami menyedari agenda reformasi tidak lagi dijadikan keutamaan oleh kerajaan ini,” kata Luqman kepada The Malaysian Insight.

Luqman berkata PH yang memperjuangkan agenda reformasi semasa menjadi pembangkang beralih kepada “cara berpolitik konvensional lama” selepas mengambil alih kuasa di peringkat persekutuan.

“Kerajaan (Perpaduan) ini malangnya juga mengamalkan budaya pelantikan politik yang sama sebagai ganjaran.

“Dalam agenda reformasi, mereka gagal reformasi institusi. Sebelum ini kita berjanji untuk mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memberi lebih kuasa kepada Parlimen sebagai institusi untuk menyelia SPRM tetapi ini tidak berlaku.

“Walaupun ada isu yang menyelubungi Ketua SPRM Azam Baki, mereka masih menyambung kontraknya.

“Malah dalam projek Littoral Combat Ship (LCS) yang memalukan, kerajaan semasa pimpinan PH mengubah pendiriannya.

“Di mana reformasi? Kerajaan tidak memberi perhatian dan usaha yang cukup terhadap reformasi,” kata Luqman yang juga ketua penerangan Muda.

Kegagalan ahli Parlimen muda

Luqman turut kesal dengan kegagalan ahli parlimen muda yang bersikap pendiam dan tidak tahu mengenai agenda reformasi yang dijanjikan kepada pengundi semasa PRU15.

Beliau berkata agenda reformasi bukan sahaja perlu menjadi perhatian dan keutamaan perdana menteri dan kabinet tetapi juga wakil rakyat muda.

“Saya amat kecewa dengan ahli Parlimen muda di Parlimen, baik dalam PH, BN mahupun Perikatan Nasional.

“Saya percaya kewajipan untuk melaksanakan reformasi tidak boleh dipikul oleh satu entiti tunggal iaitu perdana menteri atau pada tahap tertentu oleh anggota kabinet.

“Ia mesti digambarkan oleh ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Saya percaya ahli Parlimen muda di luar sana berselindung di sebalik bayangan PM. Jika ada apa-apa isu, serahkan kepada PM untuk menjawab, buat kenyataan.

“Sebagai ahli Parlimen muda, mereka harus cukup lantang untuk mengatakan perkara yang kadangkala mungkin tidak popular dalam kalangan ahli parti anda, tetapi perlu untuk agenda reformasi.

“Ambil LCS sebagai contoh. Kami mendesak semua ahli Parlimen di Dewan Rakyat mula berbincang dan berbahas mengenai isu LCS.

“Kita perlu tahu apa yang berlaku antara 2011 dan 2022? Apa yang berlaku kepada RM6 bilion yang dibelanjakan? Dan kenapa walaupun membelanjakan RM6 bilion, kerajaan terdahulu tidak menghantar satu kapal tetapi kerajaan sekarang memutuskan untuk memberi lebih banyak pembiayaan, meningkatkan kos daripada RM9 bilion hingga RM11.2 bilion.

“Semua ini memerlukan jawapan. Ini mesti dibincangkan bukan sahaja oleh PM atau menteri pertahanan tetapi oleh ahli Parlimen,” tambahnya.

Luqman berkata semua usaha yang tidak berjaya ini mendorong Muda meninggalkan Kerajaan Perpaduan untuk PRN akan datang.

“Itu mendorong tekad saya untuk bertanding sendiri, percaya kami boleh melakukan lebih baik dan menjadi lebih baik.

“Kami percaya Muda pasti menyediakan alternatif yang lebih baik untuk rakyat,” katanya.

Minggu lalu Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan parti berasaskan belia itu akan bertanding dalam PRM secara solo.

PH juga tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai permohonan Muda untuk menyertai gabungan itu selepas ia dikemukakan pada November tahun lepas. – 5 Julai 2023.


MUDA GERAK SOLO

DALAM POLITIK

PILIHAN RAYA

AMIN

MUDA HANYA

BERJAYA JIKA

BAWA ANAK MUDA

KE JALAN RAYA

AMIN

POLITIK ELEKTORAL

PERLU CUKONG

AMIN

MUSTAHIL PARTI

POLITIK BOLEH

BERGERAK

 TANPA CUKONG

KHALAS

BERAT MATA MEMBACA - BERAT LAGI BAHU MEMIKUL



Jenazah 7 sekeluarga mangsa tragedi kepala air selamat dikebumikan

JENAZAH tujuh daripada sembilan sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai, Terengganu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lebar Hilir 3 di Kuantan, lewat malam tadi. 

Pengebumian jenazah Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta lima anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, selesai pada 11.52 malam.

Terdahulu, van yang membawa kesemua jenazah tiba di Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3 pada 9.55 malam diiringi kereta peronda polis sebelum disembahyangkan oleh lebih 150 anggota keluarga dan kenalan.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu, yang dipenuhi ahli keluarga serta kenalan semua mangsa, dan mereka difahamkan sudah berada di tanah rancangan berkenaan sejak pagi untuk memberi penghormatan terakhir selepas mengetahui pengebumian dilakukan hari ini.  

Turut hadir Pengerusi Felda Ahmad Shabery Cheek, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Polis Pahang Yahaya Othman. 

Ahad lepas, media melaporkan 10 individu termasuk sembilan sekeluarga hilang selepas dihanyutkan kepala air semasa berkelah di jeram itu pada petang Sabtu. 

Mayat Putri Alleya Maisarah Karim, 16, ditemukan pada 3 petang tadi manakala mangsa yang masih hilang ialah Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor iaitu tunang Putri Balqis Izzati. – Bernama, 5 Julai, 2023.

AL-FATIHAH

AMIN

MANA BERAT

MATA MEMBACA

BERAT LAGI

BAHU MEMIKUL

AMIN

PEGAWAI KERAJAAN MAKAN RASUAH


PEGAWAI KERAJAAN

PALING KUAT

MAKAN RASUAH

KHALAS

Unknown commented on
 "TUKAR TIUB KURANG ARIF"

Mungkin tt terlupa atau tt terlepas pandang, Malaysia yang kita ada hari ini kita warisi dari sikap orang keja gov. Sebutlah apa saja, tak efisien, nak kerja mudah,nak sembang time kerja,nak bershopee time kerja sampailah ke makan rasuah, itulah majoriti orang kerajaan. Tt kalau boring Mai jalan2 komtar Penang, ada byk kedai2 tersorok tempat orang gov pekena teh sembang pasal awek cun Dan sport rim kereta pkul berapa pun depa ada...tapi time kerja lah ya. Sabtu ahad depa pi ride ke sana sini.

MEDIA SOSIAL SYED SADDIQ




MEDIA SOSIAL

SYED SADDIQ

AMIN



Unknown commented on 
"WATIKAH UNTUK SYED SADDIQ"

Tt ni dah kurang daya bacaan politik ni. Syed saddiq tu generasi lain tt tak dapat hadam. Tt rasa Syed saddiq ni tak tengok komen dkt socmed kah? Dia hari2 hadap socmed la tt, jadi kenalah hentam madey untuk cover line. Wayang ni dah lama berlaku. Orang pun dah boring.