Rabu, 5 Julai 2023
ROSMAH BUAT KERENAH
Rosmah fail rayuan di Mahkamah Persekutuan cabar pelantikan pendakwa utama
ROSMAH Mansor memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan beliau untuk mencabar pelantikan mendiang Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama dalam kes rasuahnya membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.
Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu, memfailkan rayuan itu pada hari ini melalui Tetuan Akberdin & Co, telah mengemukakan beberapa persoalan undang-undang untuk dipertimbangkan oleh mahkamah.
Antaranya adalah sama ada Peguam Negara Idrus Harun berhak di bawah undang-undang untuk mengeluarkan surat pelantikan bertarikh 21 Mei 2021 secara retrospektif bagi pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mulai 15 November 2018, sedangkan secara fakta dan undang-undang Idrus hanya dilantik memegang jawatan Peguam Negara pada 2021.
Pada 22 Jun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Rosmah untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kesnya.
Pada 30 Ogos 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak memberi kebenaran kepada Rosmah untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram sebagai ketua pendakwa dalam kesnya.
Rosmah, 71, yang memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 24 Jun 2022, menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden.
Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Rosmah memohon pengisytiharan bahawa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat) masing-masing bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021 adalah menyalahi undang-undang.
Selain itu, beliau memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh kes projek solar yang berlangsung sejak 15 November 2018 sehingga pembelaan menutup kesnya adalah tidak sah serta batal dan beliau perlu dibebaskan daripada semua pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Sebelum ini, Rosmah memohon untuk menggugurkan Sri Ram namun ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar perbicaraan kes rasuah beliau. Rayuannya berhubung perkara itu turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Pada 1 September lepas, Mohamad Zaini memutuskan bahawa Rosmah bersalah atas pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.
Beliau kemudian memfailkan rayuan terhadap sabitan serta hukuman terhadapnya dan Mahkamah Rayuan menetapkan empat hari, dari 11 hingga 14 Julai untuk mendengar rayuan itu. – Bernama, 5 Julai, 2023.
KES ROSMAH
DAH SELESAI
DAH
JATUH HUKUM
AMIN
KINI DALAM
PROSES RAYUAN
AMIN
AKAN DIDENGAR
11 JULAI INI
AMIN
KES YANG INI
SENGAJA BUAT
RAYUAN
DI MAHKAMAH
PALING TINGGI
TOLAK PENDAKWA
YANG DAH MATI
AMIN
TUJUAN APA ?
INI HELAH ROSMAH
AMIN
SELASI 11 JULAI
PEGUAM ROSMAH
AKAN MINTA TANGGUH
DENGAN ALASAN
RAYUAN TELAH
DIBUAT
AMIN
TUNGGU KEPUTUSAN
RAYUAN DULU
AMIN
JIKA DITOLAK
AKAN TUDUH
BICARA TAK ADIL
AMIN
TAK CAYA SILA
TUNGGU 11 JULAI
AMIN
KHALAS
SAPA DIA SIAN SEE ?
Mengapa Kerajaan Perpaduan terus susahkan hidup Najib? – Sian See
KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan dikatakan terus menyusahkan hidup Najib Razak walaupun selepas 10 bulan bekas Perdana Menteri itu dipenjarakan atas sabitan kes SRC International Sdn Bhd.
Penganalisis politik, Lim Sian See berkata demikian ekoran tindakan dua syarikat milik kerajaan tidak menggugurkan saman sivil terhadap Najib iaitu tuntutan ganti rugi sebanyak RM5 bilion oleh SRC International dan AS$8 bilion (RM37 bilion) oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut beliau, berikutan saman-saman sivil itu, mahkamah membenarkan permohonan injunksi Mareva secara ex-parte oleh 1MDB dan SRC International terhadap Najib untuk membekukan asetnya.
Sian See menambah, melalui injunksi tersebut, Najib hanya dibenarkan mengeluarkan wang sehingga RM100,000 sebulan untuk semua perbelanjaan keluarga termasuk kos guaman dari akaun banknya.
“Jadi selain berada dalam penjara, aset-aset Najib turut dibeku dan perbelanjaan Najib juga dihadkan bertahun-tahun lamanya sehingga perbicaraan kes-kes saman sivil 1MDB dan SRC yang bermula pada 2025 selesai.
“Satu kezaliman dan ketidakadilan yang amat parah sekali,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Kedua-dua saman sivil tersebut difailkan pada 2021 ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berkuasa.
Beliau memberitahu, kerajaan tidak dapat apa-apa sekiranya memenangi kes-kes berkenaan kerana tidak mungkin Najib boleh bayar pampasan RM5 bilion atau RM37 bilion.
Sian See menambah, pada masa ini pun, Najib tidak mampu membayar denda RM210 juta atas sabitan kes SRC International dan tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM1.7 bilion.
“Nak penjarakan dia lagi pun tidak sebab sebab dia sudah ada dalam penjara sehingga umurnya capai 81 tahun.
“Kerajaan hanya bazirkan kos bagi peguam-peguam swasta yang diupah oleh syarikat SRC dan 1MDB serta kos mahkamah dengan kes-kes saman sivil seperti ini,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa mahu disusahkan lagi hidup Najib yang sangat banyak berjasa kepada rakyat dan negara semata-mata untuk perkara yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa pun.
“Jadi, sebab apa mahu bantu UMNO dan Kerajaan Perpaduan hari ini jika mereka biarkan sahaja kezaliman dan ketidakadilan seperti ini,” katanya. –
WOIT
SAPA SIAN SEE ?
AMIN
PEGUAM ?
DOKTOR ?
LAWYER ?
PEMAIN MUZIK?
ATAU BARUA
JHO LOW ATAU
AJEN CHINA MERAH
KHALAS
NAJIB
TAK DAPAT
BAYAR DENDA
TAHAN LAGI
DALAM JIL
BIAR SAMPAI REPUT
KHALAS
MENTERI JADI AJEN CHINA MERAH
Tidak pernah ada menteri ‘rempuh’ kementerian lain
KUALA LUMPUR – Tidak pernah ada dalam sejarah di negara ini seorang menteri ‘merempuh’ kementerian lain dan tidak menghormati tugas penjawat awam.
Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abdul Rahim Thamby Chik berkata, seorang menteri sepatutnya tahu prosedur membawa sesuatu isu ke Kabinet dan bukannya ‘meraung’ di tempat kejadian dengan memberi arahan tertentu.
Menurut bekas Ketua Menteri Melaka itu, insiden sebegitu amat memalukan dan menunjukkan sikap seorang menteri Kabinet yang tidak berdisiplin.
“Beliau langsung tidak menghargai langsung penjawat awam. Malah beliau pula sebagai menteri mengarah ambil tindakan ke atas agensi di kementerian lain.
“Ini menunjuk beliau tidak ada disiplin dalam Kabinet. Beliau sepatutnya membawa isu itu kepada perdana menteri dalam mesyuarat Kabinet dan perdana menteri yang akan arahkan.
“Tapi di situ (KLIA) beliau meraung-raung, arah Menteri KDN kerana ada rasuah tetapi beliau tidak ada bukti. Macam mana kita perlu Kabinet yang berdisiplin jika menteri pun porak-peranda,” katanya hari ini.
Beliau mengulas tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, ri Tiong King Sing yang didakwa melepasi kaunter Jabatan Imigresen untuk ‘menyelamatkan’ seorang pelancong China yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Jumaat lalu.
Sebelum ini, King Sing menegaskan akan merujuk kepada SPRM untuk menyiasat dalang penyebaran video kekecohan yang mendakwa beliau menyalahguna kuasa di KLIA.
WOIT
TANAH MELAYU
DALAM BAHAYA
AMIN
ADA MENTERI
JADI AJEN
CHINA MERAH
AMIN
BAWA MASUK
PENDATANG YANG
TAK PULANG
KHALAS
CADANGAN MASUK AKAL
SATU CADANGAN
YANG MASUK AKAL
KHALAS
"PEGAWAI KERAJAAN
MAKAN RASUAH"
Negara ni bukan saja busuk dari kepala. Busuk dia macam carta minda dah pun. Kononnya kepala tak sapu, orang bawah pun takkan sapu, ini cakap cakap saja. Orang bawah tetap akan cari jalan sapu, sebab apakah? Sebab kita asyik dididik dengan sikap nak senang semua benda. Apa jalan selesai yang kita sebenarnya ada sham? Pada aku, satu saja caranya - Malay non Malay kena 50/50 di semua jabatan. Tapi taubat melayu tak suka. Kahkahkah
KUASA LAHIR DARI MUNCUNG SENAPANG
BERITA BAIK
FATAH DAN PLO
BERUNDING DENGAN ZIONIS
BERTUKAR MAKLUMAT
KINI BANGUN ANAKA MUDA
MENOLAK GARIS BERUNDING
SEMARAK KAN KEMBALI
GARIS ANGKAT SENJATA
AL- JAZEERA LAPOR 70 %
WARGA PALESTIN SOKONG
GARIS ANGKAT SENJATA
JANGAN LUPA
KUASA LAHIR
DARI MUNCUNG SENAPANG
KHALAS
BANI MELAYU WAJIB UBAH SIKAP
BANI MELAYU
WAJIB UBAH SIKAP
KHALAS
Unknown commented on
"WATIKAH UNTUK SYED SADDIQ"
Siapa mahu duit free, siapa mahu bantuan selalu, siapa mahu duit kalau bawa bendera, siapa mahu petrol free, tukar minyak hitam free, sunat free, daging free, maggie free, tepung minyak beras free bukan tak bukan pengundi yang akan mengundi golongan pencuri perasuah kah kah kah
kalau undi boleh ubah apa apa dah lama pilihanraya dibubarkan, siapa ada duit dia akan menang, yang bayar cukai akan terus ditekan, yang menerima bantuan senang selalu lah kah kah kah alasan miskin papa kedana bagi lesen sewa kat Bangla settle semua nak maju macam.mana woit kah kah sekarang pun Bangla dok payung perempuan kita woit kah kah lagi dalam lagi pasak
JADUAL PRN DAH KELUAR
JADUAL PRN
PRN 12 Ogos, penamaan 29 Julai
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya untuk enam negeri berlangsung pada 29 Julai manakala pengundian akan berlangsung pada 12 Ogos.
Pengerusi SPR Ghani Salleh juga mengumumkan pengundian awal bagi pilihan raya negeri untuk keenam-enam negeri itu akan berlangsung pada 8 Ogos.
SUARA TAMRIN
BERSATU JANGAN TERSILAP PERCATURAN
Isnin - 03/07/2023
1. Hari Raya Aidil Adha yang juga dikenali Hari Raya Haji atau Raya Korban mengingatkan kita peristiwa dimana ALLAH SWT menggantikan Nabi Ismail a.s. , anak Nabi Ibrahim a.s. dengan seekor kibas untuk disembelih
2. Itu adalah dugaan terlalu besar yang boleh dijadikan iktibar atau peringatan kepada kita semua
3. Jika dibandingkan , dugaan itu ianya jauh lebih besar dari HANYA ura - ura menamakan Azmin Ali sebagai POSTER BOY , yang sekelip mata mendapat berbagai reaksi negatif ; itu belum lagi sebagai calon dan Menteri Besar seterusnya
4. Azmin PASTI akan 'disembelih' sebaik sahaja pengumuman dibuat
5. Sudah pasti peristiwa kaum Nabi Lut a.s. akan dijadikan topik ceramah oleh Anwar dan rakan - rakan lain walaupun kita kenal dan tahu latar belakang Anwar itu sendiri MELAINKAN Azmin malah Mahiaddin sendiri 'bermain mata' dengan Anwar bagi menyelamatkan diri dari bertemu dengan Raja Perompak no. 1 Negara di Penjara Kajang
6. PN , gabungan BERSATU , PAS dan GERAKAN harus mengalusi perkara diatas sebelum :
NASI
MENJADI
BUBUR
kan kita selalu didendangkan :
DALAM
DUNIA
POLITIK
TIDAK
ADA YANG
MUSTAHIL
kerana politik adalah :
SENI
SEREBA
MUNGKIN
7. Perkara sebegini dimaklumkan telah pun berlaku iaitu pakatan antara Anwar dan Zahid Hamidi - Wallahhualam !!
8. Kalau Azmin cintakan Parti dan mahu melihat perubahan berlaku , maka jalan sebaik - baiknya Azmin bukan saja MENGUMUMKAN menarik diri sebagai Poster Boy dan Menteri Besar tapi juga menarik diri dari menjadi calon PN
9. Lagi pun BELUM TENTU beliau akan dipilih oleh Sultan Selangor yang biasnya mengkehendai 3 calon untuk pilihan Baginda
10. Seolah - olah masih dalam mimpi yang Azmin baru saja dikalahkan di Parlimen Gombak , kubu kuat beliau oleh Amirudin Shari dengan kelebihan 13,000 undi
11. Dimana saja kita berada , pengundi khususnya Orang Melayu sudah tidak sabar menuggu Pilihan Raya yang bakal diadakan pada bulan Ogos ini untuk MENOLAK PH - BN dan rakan setilam sebantal nya DAP
12. Hampir melahirkan anak yang dikandung , namum mereka masih 'HIDUP PAGI KAIS PAGI' ; segala janji Anwar tak ubah seperti :
MENANAM
TEBU
DI BIBIR
SAJA
13. Hassan Karim , peguam , rakan rapat dan Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Parti PKR dalam puasi nya bertajuk :
KU SIMPAN
REFORMASI
DALAM
PETI
adalah perasaan dan pandangan yang 'perfect' bagi menggambarkan Anwar , PMX
14. Angin perubahan sudah pun bertiup ; biarlah PH - BN terus membuat janji - janji baru nya namun PN dan Azmin JANGAN LAH melakukan kesilapan atau silap percaturan jika benar - benar mahu melihat perubahan kuasa
15. Peluang mengambil alih kepimpinan Negeri Sembilan itu ada namun masing - masing Ketua Bahagian BERSATU JANGAN terlalu angkuh menjadikan diri sebagai calon
16. Mahiaddin pula harus juga mengalah dan mendengar pandangan dan nasihat semua
17. Inilah masa dan peluang yang ada jika mahukan perubahan
JANGAN
SEBAB
SETITIK
NILA
ROSAK
SUSU
SEBELANGA
18. Fikirkan lah pandangan , nasihat dan teguran ikhlas saya ini
Wassalam
Teriam Kasihi
MUDA BERGERAK SOLO
Muda bergerak solo selepas Pakatan gagal buat pembaharuan, kata Luqman
KEGAGALAN Pakatan Harapan (PH) melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan adalah antara sebab Muda memutuskan untuk bertanding secara solo pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata pengarah pilihan raya parti berasaskan belia itu Luqman Long.
Luqman berkata PH yang membentuk kerajaan hari ini dengan musuh lama Barisan Nasional (BN) tidak berusaha secukupnya untuk melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan kepada pengundi sebelum dan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Dalam PRN Johor dan pada PRU15, Muda bekerjasama dengan PH kerana kita percaya kita berkongsi kepercayaan, idea dan cita-cita yang sama tentang cara mentadbir dan membina semula Malaysia selepas wabak. Kerjasama itu berjalan dengan baik.
“Selepas PRU15, ia bukanlah situasi yang terbaik atau ideal, di mana tiada parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan. Jadi, kita terpaksa membentuk kerajaan dengan Umno/BN, itu tidak mengapa asalkan kita semua memenuhi reformasi itu. Agenda yang dijanjikan.
“Tetapi keadaan menjadi suram. Selepas lebih enam bulan kami menyedari agenda reformasi tidak lagi dijadikan keutamaan oleh kerajaan ini,” kata Luqman kepada The Malaysian Insight.
Luqman berkata PH yang memperjuangkan agenda reformasi semasa menjadi pembangkang beralih kepada “cara berpolitik konvensional lama” selepas mengambil alih kuasa di peringkat persekutuan.
“Kerajaan (Perpaduan) ini malangnya juga mengamalkan budaya pelantikan politik yang sama sebagai ganjaran.
“Dalam agenda reformasi, mereka gagal reformasi institusi. Sebelum ini kita berjanji untuk mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memberi lebih kuasa kepada Parlimen sebagai institusi untuk menyelia SPRM tetapi ini tidak berlaku.
“Walaupun ada isu yang menyelubungi Ketua SPRM Azam Baki, mereka masih menyambung kontraknya.
“Malah dalam projek Littoral Combat Ship (LCS) yang memalukan, kerajaan semasa pimpinan PH mengubah pendiriannya.
“Di mana reformasi? Kerajaan tidak memberi perhatian dan usaha yang cukup terhadap reformasi,” kata Luqman yang juga ketua penerangan Muda.
Kegagalan ahli Parlimen muda
Luqman turut kesal dengan kegagalan ahli parlimen muda yang bersikap pendiam dan tidak tahu mengenai agenda reformasi yang dijanjikan kepada pengundi semasa PRU15.
Beliau berkata agenda reformasi bukan sahaja perlu menjadi perhatian dan keutamaan perdana menteri dan kabinet tetapi juga wakil rakyat muda.
“Saya amat kecewa dengan ahli Parlimen muda di Parlimen, baik dalam PH, BN mahupun Perikatan Nasional.
“Saya percaya kewajipan untuk melaksanakan reformasi tidak boleh dipikul oleh satu entiti tunggal iaitu perdana menteri atau pada tahap tertentu oleh anggota kabinet.
“Ia mesti digambarkan oleh ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Saya percaya ahli Parlimen muda di luar sana berselindung di sebalik bayangan PM. Jika ada apa-apa isu, serahkan kepada PM untuk menjawab, buat kenyataan.
“Sebagai ahli Parlimen muda, mereka harus cukup lantang untuk mengatakan perkara yang kadangkala mungkin tidak popular dalam kalangan ahli parti anda, tetapi perlu untuk agenda reformasi.
“Ambil LCS sebagai contoh. Kami mendesak semua ahli Parlimen di Dewan Rakyat mula berbincang dan berbahas mengenai isu LCS.
“Kita perlu tahu apa yang berlaku antara 2011 dan 2022? Apa yang berlaku kepada RM6 bilion yang dibelanjakan? Dan kenapa walaupun membelanjakan RM6 bilion, kerajaan terdahulu tidak menghantar satu kapal tetapi kerajaan sekarang memutuskan untuk memberi lebih banyak pembiayaan, meningkatkan kos daripada RM9 bilion hingga RM11.2 bilion.
“Semua ini memerlukan jawapan. Ini mesti dibincangkan bukan sahaja oleh PM atau menteri pertahanan tetapi oleh ahli Parlimen,” tambahnya.
Luqman berkata semua usaha yang tidak berjaya ini mendorong Muda meninggalkan Kerajaan Perpaduan untuk PRN akan datang.
“Itu mendorong tekad saya untuk bertanding sendiri, percaya kami boleh melakukan lebih baik dan menjadi lebih baik.
“Kami percaya Muda pasti menyediakan alternatif yang lebih baik untuk rakyat,” katanya.
Minggu lalu Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan parti berasaskan belia itu akan bertanding dalam PRM secara solo.
PH juga tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai permohonan Muda untuk menyertai gabungan itu selepas ia dikemukakan pada November tahun lepas. – 5 Julai 2023.
MUDA GERAK SOLO
DALAM POLITIK
PILIHAN RAYA
AMIN
MUDA HANYA
BERJAYA JIKA
BAWA ANAK MUDA
KE JALAN RAYA
AMIN
POLITIK ELEKTORAL
PERLU CUKONG
AMIN
MUSTAHIL PARTI
POLITIK BOLEH
BERGERAK
TANPA CUKONG
KHALAS
BERAT MATA MEMBACA - BERAT LAGI BAHU MEMIKUL
Jenazah 7 sekeluarga mangsa tragedi kepala air selamat dikebumikan
JENAZAH tujuh daripada sembilan sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai, Terengganu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lebar Hilir 3 di Kuantan, lewat malam tadi.
Pengebumian jenazah Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta lima anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4, dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, selesai pada 11.52 malam.
Terdahulu, van yang membawa kesemua jenazah tiba di Masjid Ubbudiah Felda Lepar Hilir 3 pada 9.55 malam diiringi kereta peronda polis sebelum disembahyangkan oleh lebih 150 anggota keluarga dan kenalan.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu, yang dipenuhi ahli keluarga serta kenalan semua mangsa, dan mereka difahamkan sudah berada di tanah rancangan berkenaan sejak pagi untuk memberi penghormatan terakhir selepas mengetahui pengebumian dilakukan hari ini.
Turut hadir Pengerusi Felda Ahmad Shabery Cheek, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Polis Pahang Yahaya Othman.
Ahad lepas, media melaporkan 10 individu termasuk sembilan sekeluarga hilang selepas dihanyutkan kepala air semasa berkelah di jeram itu pada petang Sabtu.
Mayat Putri Alleya Maisarah Karim, 16, ditemukan pada 3 petang tadi manakala mangsa yang masih hilang ialah Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor iaitu tunang Putri Balqis Izzati. – Bernama, 5 Julai, 2023.
AL-FATIHAH
AMIN
MANA BERAT
MATA MEMBACA
BERAT LAGI
BAHU MEMIKUL
AMIN
PEGAWAI KERAJAAN MAKAN RASUAH
PEGAWAI KERAJAAN
PALING KUAT
MAKAN RASUAH
KHALAS
Unknown commented on
"TUKAR TIUB KURANG ARIF"
Mungkin tt terlupa atau tt terlepas pandang, Malaysia yang kita ada hari ini kita warisi dari sikap orang keja gov. Sebutlah apa saja, tak efisien, nak kerja mudah,nak sembang time kerja,nak bershopee time kerja sampailah ke makan rasuah, itulah majoriti orang kerajaan. Tt kalau boring Mai jalan2 komtar Penang, ada byk kedai2 tersorok tempat orang gov pekena teh sembang pasal awek cun Dan sport rim kereta pkul berapa pun depa ada...tapi time kerja lah ya. Sabtu ahad depa pi ride ke sana sini.
MEDIA SOSIAL SYED SADDIQ
MEDIA SOSIAL
SYED SADDIQ
AMIN
"WATIKAH UNTUK SYED SADDIQ"
Tt ni dah kurang daya bacaan politik ni. Syed saddiq tu generasi lain tt tak dapat hadam. Tt rasa Syed saddiq ni tak tengok komen dkt socmed kah? Dia hari2 hadap socmed la tt, jadi kenalah hentam madey untuk cover line. Wayang ni dah lama berlaku. Orang pun dah boring.
Langgan:
Catatan (Atom)