Jumaat, 14 Julai 2023
KERETA LETERIK - TEST LAH
Kemasukan Tesla tarik lebih ramai pelabur ke Selangor, kata Amirudin
KEPUTUSAN Tesla Inc untuk menubuhkan ibu pejabatnya di Selangor akan menarik lebih ramai pelabur antarabangsa ke negeri itu, kata Amirudin Shari.
Menteri besar Selangor dalam satu kenyataan berkata, ia juga selaras dengan cita-cita negeri itu untuk menjadikan Selangor sebagai negeri yang memiliki kemudahan internet 5G paling cekap di Asia Tenggara.
“Kehadiran Tesla Inc di Selangor mencerminkan keyakinan pelabur terhadap pentadbiran ini dan ia akan menggalakkan lebih banyak syarikat antarabangsa dalam industri teknologi bateri untuk melabur di Selangor.
“Ini bukan sahaja penting dalam industri kenderaan persendirian, tetapi juga penggunaan teknologi bateri bersih dalam industri pengangkutan awam seperti kereta api, bas dan van,” katanya dalam satu kenyataan.
Amirudin berkata bagi memudahkan kemasukan Tesla ke negeri ini dan pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan bersedia untuk menyelaraskan pelaburan Tesla di lokasi yang dikenal pasti di daerah Petaling dan daerah Sepang.
Kenyataan menteri besar itu dibuat selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Tesla akan menubuhkan ibu pejabat di Selangor tahun ini.
Anwar mengadakan pertemuan maya dengan Elon Musk ketua pegawai eksekutif pembuat kenderaan elektrik itu pagi ini.
“Saya mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat di Malaysia dan juga kesediaan Elon Musk untuk datang ke Malaysia.
“Turut mengucap tahniah dan dokongan kerajaan atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla milik Elon di Selangor pada tahun ini,” kata Anwar hari ini. – 14 Julai, 2023.
WOIT
INI BERITA BAIK
UNTUK ALAM
SEKITAR
AMIN
PAKAI KERETA
LETERIK
BOLEH TEST LAH
AMIN
KHALAS
BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG
Lelaki rugi RM30,000, wang tunai berterabur di jalan raya
SEORANG lelaki mendakwa kehilangan kira-kira RM30,000 apabila wang tunai berjumlah lebih RM60,000 yang diletakkan atas but keretanya, terjatuh dan bertaburan di jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Lak Lok di Jertih, pada 11 pagi semalam.
Ibu lelaki itu, Che Safiah Abdullah, 63, berkata anaknya Wan Ibrahim Wan Leh, 24, terlupa yang beliau telah meletakkan beg kain berisi wang tunai di atas but kereta jenis Honda Civic, sebelum bergerak dari rumah ke sebuah bank untuk menyimpan wang tersebut.
“Selepas kejadian itu, Wan Ibrahim mengalami kemurungan dan hanya berkurung di dalam bilik, memandangkan wang tersebut dikumpulnya sejak empat tahun lalu hasil pendapatan sebagai tukang gunting di bandar Jertih.
“Lebih menyedihkan Wan Ibrahim, wang itu untuk dia beli kereta sendiri sebab kereta yang digunakan sekarang milik kakaknya dan dia mahu jelaskan hutang dan upah haji arwah bapa kandung dan bapa tirinya,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Lak Lok di Jertih, hari ini.
Che Safiah berkata anaknya yang masih bujang itu, meletakkan beg berisi wang tersebut di atas but kereta kerana terlebih dahulu mahu membersihkan bahagian dalam kereta, namun dia terlupa wang berada di situ dan terus memandu ke arah bandar.
Wan Ibrahim menyedari wang tersebut terjatuh sebaik sampai di bandar Jertih kira-kira 10 minit kemudian, sebelum berpatah balik ke tempat kejadian berhampiran persimpangan U di Kampung Lak Lok.
“Setiba di situ beberapa orang awam yang membantu memungut wang yang berterabur di atas jalan raya, telah menyerahkan balik wang tersebut kepada anak saya berjumlah sekitar RM30,000, namun ada individu yang tidak bertanggungjawab dipercayai telah mengambil wang tersebut.
“Anak saya kemudian pergi membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut dan kami berharap agar mana-mana individu yang mengambil baki wang itu agar memulangkan kembali kepada keluarga saya,” katanya.
Che Safiah berkata kejadian tersebut turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis kedai berhampiran.
Beliau turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat mengenai baki wang tersebut boleh menghubunginya di talian 013-5395538. – Bernama, 14 Julai, 2023.
REZEKI DAH
DALAM TANGAN
TERLEPAS
AMIN
BUKAN SALAH
IBU MENGANDUNG
INI MEMANG
NASIB BADAN
KHALAS
HENTI SALAHKAN INGGERIS
HENTIKAN
SALAHKAN
INGGERIS
AMIN
PENDATANG
CHINA MERAH
HILANG DALAM
KERAJAAN MELAYU
KHALAS
Unknown commented on
"ADAKAH RASIS JAGA MELAYU"
melayu memang rasis.ore kelate je bole masuk keje gomen, melayu memang rasis, belajar di mckk, belajar di sistem british, jadi boy london tetiba bawak negara bangsa melayu.tanpa getah dan sawit oleh pencurian british dari afrika, tanah melayu ada apa?tanpa laksamana cheng ho, parameswara jadi apa?pandang kehadapan utk malaysia yg lebih progresif.sekadar sembang utk meyalahkan british jdkan malaysia dan bukan kpd tanah melayu, sampai kiamat pun lu tetap merakam langkah syaitan.sheraton..sial pun boy london asal mckk mengaku melayu minum dom perignon..puii..
UMPAN NAK PANCING UNDI
INI UMPAN
NAK PANCING
UNDI
KHALAS
Unknown commented on
"KERAJAAN BARU 7 BULAN"
bukan gua tak nak sabar... kerajaan lain tak ada janji hari jadi kerajan esok 24 harga minyak turun... hapus ptptn hapus tol hapus cukai barang murah pendidikan percuma reformasi institusi... satu benda tak buat melainkan laungan retorik rasuah rasuah rasuah disebalah wak kpop yang ada 47 kes rasuah.. cakap cakap cakap air liur basi... janji dicapati.. ini semua pundey...
APAKAH KESEDARAN MELAYU RASIS ?
KESEDARAN
MELAYU RASIS ?
Pilihan Raya Negeri (PRN) telah diumumkan. Pengundi di enam negeri : Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan memilih kerajaan baru pada Sabtu 12 Ogos 2023.
Kempen sedang rancak berjalan. Ketika PRU 14 & 15 isi kempen ialah kesah Najib mencuri duit melalui 1MDB. Rosmah menjadi bola tanggung yang membawa kemenangan. Lawan kleptokrasi dan tangkap Najib menjadi slogan.
Hasilnya kita lihat United Malays National Organisation terduduk kalah. Hasilnya Najib dimasukkan ke penjara. Rosmah di hukum 10 tahun penjara. Dan belasan lagi ‘pencuri dan kleptokrat’ ditangkap, di bicara dan menunggu hukuman.
Kali ini kleptokrat yang diwakili oleh sosok Zahid masih dalam kerajaan. Agenda melawan kleptokrasi agak kendur malah kurang didengar.
Kempen PRN kali ini yang dimunculkan adalah persoalan dan kesedaran Melayu.
Saya sendiri telah menulis beberapa persoalan Melayu. Saya timbulkan kenapa nama Tanah Melayu ini ditukar menjadi Malaya dan kemudian Malaysia. Saya juga menimbulkan kenapa nama Pantai Dalam Kampung Kerinchi menjadi Bangsar South.
Perkara-perkara ini telah saya tulis awal sebelum kempen bermula. Saya bukan nak menumpang semangkuk dalam PRN kali ini. Tulisan saya muncul berbulan lebih awal lagi. Ini penerusan wadah perbincangan yang telah saya rakam dalam buku Persoalan Nasional. Buku ini terbit sebelum Virus Wuhan sampai.
Saya menulis dalam kerangka untuk menimbulkan kesedaran tentang jati diri dan identiti diri. Tulisan saya bertujuan untuk melahirkan satu negara bangsa.
Malah tesis yang saya ajukan adalah betapa perlunya ada satu Tunjang Bangsa yang menjadi rujukan kepada negara kita ini. Saya penuh yakin bahawa Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak ini milik anak semua bangsa dan bangsa semua agama.
Dalam masa yang sama perlu ada satu bangsa yang menjadi tunjung sebagai rujukan dalam usaha membina negara bangsa.
Dari dna sejarah bangsa atau nasion tunjang itu pastilah Bani Melayu.
Saya menggunakan rujukan empirikal untuk memperkuat hujah. Saya melihat dan mengalami hidup di United Kingdom. Memang benar di UK ketika ini ada pelbagai dna bangsa yang menjadi warga negara.
Banci tahun 2021 didapati 18% warga United Kingdom bukan berkulit putih. Bukan penduduk asal. Mereka adalah pendatang dari pelbagai pelusuk – ada hitam, ada coklat, ada kuning dan ada sawo matang.
Malah untuk pertama kalinya sosok yang berkulit bukan putih telah menjadi Perdana Menteri United Kingdom.
Majoriti pendatang ini anak bangsa dari negara bekas jajahan Inggeris.
Tetapi tunjang budaya kepada United Kingdom masih lagi Anglo Saxon. Land dalam bahasa Melayu bermakna tanah. England bermakna tanah bumi milik English. Scotland tanah bumi milik Scott. Ireland tanah bumi milik Irish.
Pendatang lama dan baru wajib : dimana bumi di pijak di situ langit di junjung. Tidak ada heek tidak ada hook – semua pendatang tunduk kepada bumiputera pemilik asal bumi United Kingdom.
Di UK tidak ada larangan untuk pendatang India, pendatang China atau pendatang Afrika untuk mengamalkan budaya dan adat resam masing-masing.
Homosexual, lesbian – LGBT – bukan satu jenayah di United Kingdom malah di rayakan. Jika imigran Tok Arab atau Mullah atau Pak Lebai dari Pakistan atau sesiapa tak suka LGBT boleh berambus dan nyah dari United Kingdom.
Tempat makan jangan jadikan tempat terberak. Jangan lupa dimana bumi dipijak disana langit di junjung.
Ini tidak berlaku di Tanah Melayu. Negara bangsa kita hari ini masih caca merba dan kacau bilau. Ini hasil dari dasar siasah United Malays National Organisation. Parti yang klim mengajukan konsep ketuanan Melayu telah bersekongkol dengan British untuk memadamkan semangat nasionalisma Melayu.
Jangan lupa sejarah Perlembagaan Rakyat 1947 dimana sesiapa sahaja yang lahir di bumi Tanah Melayu ini termasuk Singapura akan di takrif Melayu.
Ini perlembagaan yang ditulis oleh anak watan i. e Bani Melayu. Ini kerja sama Putera dengan Majlis Bertindak Bersama Se Malaya ( AMCJA ) Ini bukan perlembagaan yang di gubal oleh Lord William Reid pada tahun 1956.
Projek Melayu dalam Perlembagaan Rakyat 1947 ini di jawab oleh British dan pembantunya United Malays National Organisation dengan Darurat 1948. Kaum nasionalis , kaum kiri , ditangkap, di penjara, di buang negeri dan di bunuh.
Projek mendirikan negara bangsa di gagalkan oleh kolonial Inggeris dengan kerjasama United Malays National Organisation.
Apabila British meninggalkan Tanah Melayu parti Ketuanan Melayu yang dikepalai oleh kaum feudal Melayu telah bersekongkol dengan towkay China dan kelas mandur India. Mereka menubuhkan gabungan parti berasakan bangsa - apa yang dikenali sebagai Perikatan.
Parti Perikatan ini adalah boneka Inggeris. Mereka mendapat kuasa dari Inggeris. Mereka mengamalkan budaya Buah Kelapa – hitam di luar putih di dalam.
Kenapa ini berlaku? Kenapa sejarah ini terjadi ?
Sejarah membuktikan bagaimana para nasionalis Melayu telah di hambat dan dimusnahkan. Parti mereka di haramkan. Gerakan mereka di halang.
Pasca perang dunia ke dua gerakan melawan British memuncak. Ada setia kawan yang terjalin antara Bani Melayu dengan pendatang asing – China dan India - yang mahu menganggap Tanah Melayu sebagai negara mereka.
Kaum nasionalis Melayulah yang melaungkan slogan Merdeka! Kaum nasionalis Melayu yang bersedia untuk menerima kaum imigran sebagai Melayu.
Nasionalis Melayu melaungkan Merdeka Ini kerana Tanah Melayu adalah tanah tumpah darah mereka. Melayu bukan China yang ada Tanah Besar dan Taiwan. Melayu bukan India yang ada Tamil Nadu dan Ceylon.
Bani Melayu hanya ada Tanah Melayu. Justeru mati atau merdeka.
Kaum nasionalis Melayu ini dianggap bahaya dan di takrif sebagai musuh utama oleh British. Nama seperti Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhamad, Boestamam, Shamsiah Fakeh sedang mengancam kuasa kolonial Inggeris. Justeru nasionalis Melayu wajib dihapus dan di musnah.
Kuasa kolonial Inggeris terdesak hasil gerakan para nasionalis maka pada 20 Jun 1948 Darurat di isytihar. Nasionalis di tangkap, di buru. Mana yang sempat lari masuk ke hutan mengangkat senjata.
Perjuangan bersenjata melawan British di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya dimulakan.
Kenapa saya menimbulkan fakta sejarah lama ini. Untuk saya mengenali sejarah itu wajib. Dari dna sejarah kita tahu asal usul kita. Meneliti sejarah maka kita tahu dna siasah kita hari ini adalah hasil dna persejarahan lampau.
Mengenal Kampung Kerinchi, Pantai Dalam adalah mengenal sejarah bangsa. Menamakan Pantai Dalam sebagai Bangsar South adalah jenayah.
Rohingya di nafikan nama dan tanah air mereka. Dan sejarah di padam akhirnya mereka dibunuh beramai-ramai.
Palestin – tanah air merek di rampas. Nama negara, nama jalan, nama kampung mereka di mansuhkan. Mereka dilayan seperti menjadi pendatang di tanah air sendiri.
Apakah Bani Melayu akan menjadi Rohingya ? Apakah Tanah Melayu akan menjadi Palestin ?
Soalan saya ini mungkin dibaca agak keterlaluan. Soalan saya ini dianggap : over the top. Mungkin pada tahap ini saya tidak betul. Mungkin saya silap besar.
Tapi saya ingin bertanya bagaimana dengan kes menteri yang menceroboh ke kawasan kastam di KLIA dan melepaskan warga dari China Merah yang di larang masuk?
Apakah saya rasis apabila saya bertanya hal ini?
Bagaimana pula jika saya bertanya ke mana hilangnya 1.2 juta warga China Merah yang masuk sebagai pelancong kemudian hilang di Tanah Melayu.
Apakah ada kemungkinan warga China Merah ini akan mengubah demografi Tanah Melayu ?
Apakah perkara yang saya tanya ini di anggap rasis ?
Bila saya bertanya hal-hal ini saya teringat apa yang berlaku di Paris tiga minggu dulu. Warga kota Paris dan beberapa kota lain keluar mengamuk.
Mereka membakar bangunan, kereta, bas dan memecahkah pintu kedai. Mereka bertempur dengan polis. Keadaan darurat berlaku. Beberapa wilayah dalam kota Paris ditutup. Malah Presiden Macron terpaksa membatalkan lawatan resmi ke German.
Warga Paris mengamuk kerana seorang anak muda 17 tahun keturunan Arab mati di tembak polis yang berkulit putih. Kesalahan lalu lintas memandu tanpa lesen.
Lalu di hebohkan bahawa yang mengamuk ini adalah generasi ke dua atau ketiga imigran yang berasal dari luar Perancis. Mereka keturunan Arab atau Afrika. Mereka dikatakan tercicir dalam segi ekonomi. Mereka tidak mendapat bantuan kerana mereka memiliki nama yang ganjil dan tidak berkulit putih.
Apa kena mengena apa yang berlaku di Paris dengan siasah kita di Malaysia? Apa sangkut paut orang tidak berkulit putih di Perancis dengan kesedaran Melayu.
Di Perancis yang menuduh penduduk asal Perancis rasis ialah pendatang yang tercorot ekonomi mereka.
Di Malaysia yang menuduh Melayu rasis juga adalah pendatang yang bukan berasal dari Tanah Melayu.
Tapi ada bezanya. Di Perancis pendatang yang melaungkan – rasis – rasis -rasis - ini adalah warga miskin. Manakala di Tanah Melayu yang melaungkan rasis- rasis-rasis ini adalah juga pendatang tapi mereka yang memiliki punca kekayaan ekonomi negara ini.
Apakah pertanyaan dan kesedaran Melayu yang saya timbulkan ini jatuh ke dalam rangka 3R ? Apakah semua ini soalan rasis dari Hishamuddin Rais. Sila tunggu pencerahan di minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/07/14/kesedaran-melayu-adalah-3r
JUGA DALAM PORTAL
THEMALAYSIANINSIGHT.COM
ANWAR GUNA POLIS KES BANGLO TOWKAY CHINA
Bersatu gesa Anwar fail
saman fitnah, jangan
guna polis berhubung
banglo mewah
Bersatu hari ini menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim memfailkan saman sivil terhadap beberapa individu yang membuat laporan kepada agensi antirasuah negara berhubung kediamannya dan sebuah kereta mewah dan bukannya merujuk kepada polis sebagai tindak balas.
Sasha Lyna Abdul Latif dari Biro Perundangan dan Perlembagaan Bersatu berkata adalah hak Anwar untuk memfailkan saman fitnah jika beliau terkesan dengan dakwaan yang dibuat.
“Semasa beliau pembangkang, pelbagai saman fitnah telah difailkankannya terhadap pengkritik,” katanya.
“Sekarang ini setelah berkuasa, adakah Anwar mengharapkan layanan istimewa diberikan kepadanya dengan menggunakan kuasa polis untuk melindungi reputasinya?”
Memetik Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kesamarataan dalam kalangan semua rakyat, beliau berkata Anwar harus membawa perkara ini mahkamah jika beliau percaya reputasinya telah tercemar.
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin bersama Ahli Majlis Tertinggi Wan Saiful Wan Jan dan penulis blog Raggie Jessy Rithaudeen membuat laporan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Julai.
Ketiga-tiga mereka mendakwa rumah yang didiami Anwar di Sungai Long, Kajang, sebenarnya dimiliki oleh seorang "Taukay Cina".
Badrul turut memperkatakan tentang kereta mewah yang menurutnya bukan milik Anwar.
Setiausaha politik Anwar, Ahmad Farhan Fauzi kemudiannya membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga mereka, kerana didakwa melakukan fitnah terhadap perdana menteri dan memetik catatan media sosial serta kenyataan pada ceramah baru-baru ini.
Beliau berkata satu laporan juga dibuat terhadap Badrul kerana melanggar akta SPRM dengan mendedahkan kandungan laporannya kepada agensi itu.
Menurut Sasha peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau mempunyai bukti bahawa dakwaan Badrul adalah tidak benar.
“Sekiranya itu benar, mengapakah bukti-bukti tersebut tidak diserahkan kepada pihak SPRM supaya SPRM dapat menjalankan satu siasatan yang lengkap terhadap laporan yang dibuat oleh Badrul.
“Sebaliknya, mengapakah perdana menteri membuat laporan polis terhadap rakyat yang mempersoalkan sumber kekayaan beliau dan mengugut dengan tindakan undang-undang jenayah?”
Sasha turut menyifatkan Anwar sebagai seorang hipokrit kerana mengguna pakai Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia ketika ini.
Ini kerana katanya, pada tahun 2021, Anwar sendiri menyatakan yang ianya “draconian law used to clamp down free speech” (undang-undang drakonian digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara).
“Pakatan Harapan semasa menjadi pembangkang juga selalu mengutuk penggunaan Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya.
Mengingatkan Anwar tentang janjinya untuk menentang undang-undang sebegitu semasa pemerintahan Barisan Nasional, beliau merujuk kepada catatan di Twitter yang dibuatnya pada 2021 yang memetik ahli falsafah Voltaire: “I may disagree with what you say, but I will defend to the end your right to say it”.
“Adakah Anwar sudah lupa kata-kata Voltaire ini?” tambahnya.
WOIT
BARU RAKYAT
FAHAM KENAPA
ANWAR TAK PERLU
AMBIL GAJI
KAH KAH KAH
DUDUK RUMAH
TOWKAY CHINA
AMIN
SAPA TOWKAY
CHINA INI ?
JENG JENG JENG
KHALAS
GUAN ENG KENA SAILANG
Chow pimpin Pulau Pinang semula jika Pakatan menang PRN, kata Loke
DAP menamakan Chow Kon Yeow sebagai calon ketua menterinya dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan datang, kata Anthony Look Siew Fook, menamatkan spekulasi mengenai masa depan ketua menteri sementara itu.
Setiausaha agung DAP itu berkata jawatankuasa eksekutif parti membuat keputusan yang disampaikan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“Jawatankuasa ini yang diketuai oleh saya dan dianggotai oleh Lim Guan Eng (pengerusi kebangsaan), Gobind Singh (timbalan pengerusi), Nga Kor Ming (naib pengerusi) dan M Kulasegaran (naib pengerusi) secara sebulat suara menamakan Chow Kon Yeow sebagai calon ketua menteri Pulau Pinang untuk penggal yang kedua.
“Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan beliau merestui keputusan tersebut sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH),” kata Loke dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.
Ahli Parlimen Seremban itu menegaskan sebagai sebahagian daripada pembaharuan kepimpinannya, muka baharu akan diturunkan pada pilihan raya negeri akan datang.
“Proses pembaharuan ini adalah satu keperluan untuk memastikan kesinambungan dan kelangsungan kepimpinan DAP di Pulau Pinang yang lebih muda, dinamik dan berupaya untuk menerajui dan memimpin Pulau Pinang ke arah yang lebih maju dalam semua bidang demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan itu.
Loke berkata jawatankuasa pemilihan calon parti akan memuktamadkan senarai calon untuk enam pilihan raya negeri akan datang paling awal minggu depan.
Pada pilihan raya DUN Pulau Pinang yang lalu, PH memenangi 37 kerusi dengan Barisan Nasional memperoleh dua dan PAS 1.
Kedudukan PH dalam 40 kerusi itu turun kepada 33 susulan tindakan Bersatu keluar daripada PH.
Dalam DUN yang dibubarkan, DAP memegang 19 kerusi, PKR 12, dan Amanah dua. – 14 Julai, 2023.
WOIT
INI PROJEK
HALANG
GUAN ENG
KEMBALI
BERKUASA
KAH KAH KAH
BUKAN DIA NAK
JADI
KETUA MENTERI
TAPI NAK LETAK
BALACHI
KAH KAH KAH
AMIN
MEMANCUT EKONOMI
MEMANCUT
EKONOMI
KHALAS
Sintaro commented on
"KERAJAAN BARU 7 BULAN"
PM Anwar cuma ada Madani - langsung tak menarik dan tak ada halatuju..kavadi lagi..
Zaman BN ada Pemandu, NKRAs, iMDB, SRC. Zaman PN ada PKP, LJWB (Lu Jana Wa Bawa) & TCBM (Tambah cabutan banyak masuuk)
Semua acronym BN/PN diatas ada "halatuju" untuk "memancut" ekonomi negara...
ADAKAH RASIS JAGA MELAYU
ADAKAH RASIS
JAGA MELAYU
AMIN
Unknown commented on
"KERJA CHINA ATAU
KERJA MELAYU ?"
Kerja bangsa apa tak penting, yang penting siapa ceroboh siapa curi siapa rompak, professional curi macam orang politik atau curi tanah jual luar negara atau cucuk tanam nak buat kebun? Salah tetap salah, kalau semua ikut kaum agama roboh lah, lagi satu siapakah jaga kawasan apa dia buat sepanjang buat kebun ini? Apa imbuhan dapat? Kalau kita tuduh orang, kena pula orang tanya apa kamu buat selama ini?
Sebagai kaum majoriti kita Semua tahu siapa pencuri siapa perasuah siapa salah guna kuasa tetapi semua pakat diam untuk undi undi kah kah kah sekarang ini PMX mungkin jatuh sebab nak lawan rasuah bukan sebab nak jaga melayu nak jaga Islam pun kah kah kah cerita orang kedai kopi mahal tapi kedai kopi selalu penuh jugak
HARGA BARANG
HARGA BARANG
JUMAAT 14 JULAI 2023
AGENDA HARGA BARANG
MAKIN HEBOH DI PERKATAKAN
DI SANA DI SINI
HARGA NAIK
MENCANAK
TAPI SEBENARNYA
INI FENOMENA GLOBAL
SELURUH DUNIA SEDANG
MENGALAMI
PERKARA YANG SAMA
NASIB KERAJAAN PMX
KURANG BAIK
ZAMAN MEROSOT NAK MASUK
TAMBAH PULA ADA PRN
LAGI PANAS ISU
HARGA BARANG DI BAKAR
AMIN
ARGENTINA
INFLASI TAHUN 2023
MENCECAH 147%
INI SAMA MACAM
ZIMBABWE
TURKI
LEBANON
PAKISTAN
AMERIKA
PENULIS SKRIP DI TV
PENULIS SKRIP FILEM
MELANCAR MOGOK
MINTA TAMBAH GAJI
JUGA MAHU ADA PERJANJIAN
TIDAK GUNA TEKNOLOJI AI
UNTUK TULIS SKRIP
KALI AKHIR MOGOK
TAHUN 60'AN DULU
HOKKIEN
SEJUK BASAH SEGAR
MATAHARI BELUM KELUAR
KL & KL SENTRAL
DI LIHAT BERSIH
HUJA LEBAT KELMARIN
BASUH DEBU KOTA
DI SAWAH RUMPUT PIPIT
MENUAI
DARI JAUH JANTAN BERKOKOK
DI BELUKAR BELAKANG FLET
MURAI BERKICAU
BILA MURAI BERKICAU
PAGI JADI INDAH
GUA RASA MATA HARI
AKAN SAMPAI DAN HARI INI
AKAN PANAS
AMIN
BRO
SENYUM
ESOK SABTU
UJUNG MINGGU
BRO
PERSAHABATAN SEJATI
DIIKAT OLEH DUA PERKARA
PERTAMA MERAYAKAN
PERSAMAAN
KEDUA MENGHORMATI
PERBEZAAN
BRO
BILA LU JATUH CINTA
BILA LU BACA SMS DIA
LU DENGAR SUARA DIA
DALAM KEPALA LU
BRO
JIKA LU NAK DIA BERCAKAP BENAR
BUAT DIA KETAWA
KEMUDIAN BARU
LU TANYA
BRO
TAK DA SAPA
BOLEH BUAT LU GEMBIRA
JIKA JIWA LU SENDIRI
TIDAK GEMBIRA
BRO
CINTA JADI KOSONG
TANPA AKSI
KEPERCAYAAN KOSONG
TANPA BUKTI
MINTA MAAF TAK BERMAKNA
JIKA TAK BERUBAH
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT