Ahad, 30 Julai 2023
PAK LEBAI TAK FAHAM POLITIK
TPM bagi geran RM100,000 mana tindakan SPRM, tanya Tuan Ibrahim
KUALA LUMPUR – Pas melahirkan rasa kecewa terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendakwa badan itu gagal memberi reaksi terhadap pemberian geran RM100,000 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.
Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Ahmad Zahid bahawa jumlah itu mungkin bertambah bergantung kepada prestasi golongan tersebut dalam pilihan raya negeri jelas merupakan satu bentuk sogokan.
WOIT
PAK LEBAI NI
TAK FAHAM
POLITIK
AMIN
TAK FAHAM
APA DIA KUASA
KAH KAH KAH
KESIAN AMAT
KESIAN
KHALAS
INI KERJA POLITIK JAHAT
Ibu pejabat PAS dibaling batu, suspek sedang dikenal pasti, kata polis
POLIS sedang memburu suspek bagi kejadian baling batu di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut hingga mengakibatkan dinding kacanya pecah, awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian Ibu Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dibaling batu oleh seorang lelaki tidak dikenali.
Razarudin berkata kejadian berlaku pada jam 5.30 pagi tadi dan polis giat mengesan suspek terlibat dengan dibantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Dalam kejadian itu, suspek yang menaiki motosikal membuat bising sebelum bertindak membaling batu ke dinding kaca pejabat berkenaan. Perkara itu dilihat oleh pengawal yang bertugas di bangunan itu.
“Polis sedang mengesan suspek terlibat, insya-Allah dalam masa terdekat kita akan dapat menjejakinya,” katanya dalam sidang media khas mengenai Ops Cantas sempena PRN di Bukit Aman, hari ini
Katanya, polis sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran bagi membantu usaha mengenal pasti individu berkenaan.
Menurutnya kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat.
Pagi tadi, PAS membuat laporan polis selepas dinding kaca di Ibu Pejabat PAS Pusat dibaling dengan batu oleh seorang lelaki beberapa jam sebelum bermula proses penamaan calon bagi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri. – Bernama, 29 Julai, 2023.
INI KERJA
POLITIK JAHAT
AMIN
INI PROVOKASI
BERNIAT JAHAT
AMIN
SAPA DI BELAKANG
KERJA JAHAT INI ?
KHALAS
PROJEK JATUHKAN ANWAR
Kemuka undi tidak percaya kalau mahu jatuhkan saya – Anwar
SUBANG – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mencabar pembangkang untuk kemuka usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Seruan itu ditujukan kepada pihak yang cuba menjatuhkannya selain beliau turut menjamin usul itu tidak akan ditolak oleh speaker Dewan Rakyat.
“Saya tidak sekat jika Pas atau Bersatu kalau mahu bawa usul itu di Dewan Rakyat. Saya bukan macam Muhyiddin Yassin, bila ada usul itu terus umum darurat.
“Silakan, saya beritahu speaker Dewan Rakyat tak cukup dua minggu, tiga hari notis pun boleh, sila bawa tapi tak ada pun,” katanya ketika berucap pada program Arus Merah Kuning di sini malam tadi.
Dalam pada itu, Anwar menegur pembangkang untuk tidak bersikap angkuh kononnya akan mengambil alih kerajaan pusat menjelang Ogos ini.
“Saudara, kita ada sokongan yang kukuh, tak perlu ‘gebang’ (sembang besar) konon mahu ambil alih kerajaan, susah harapan kamu itu mahu terlaksana kerana kerajaan hari ini kuat.
“Saya ambil alih November lalu, Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) kata tiga bulan sahaja bertahan tapi ia tak berlaku,” ujarnya.
Sementara itu, beliau turut menyindir Muhyiddin yang juga bekas perdana menteri kerana boros membelanjakan wang rakyat sehingga RM38 juta demi baik pulih Kompleks Seri Perdana.
Dakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, Muhyiddin seorang pemimpin yang hipokrit kerana berlakon memperjuang agama dan bangsa namun tindakannya menidakkan hak rakyat yang dihimpit kemiskinan.
“Peranan Muhyiddin ini penting tapi dia buat apa? Dia pergi baiki Sri Perdana sampai jadi macam istana dengan kos belanja RM38 juta.
“Mana para ustaz Pas? Bukankah ada antara rakyat yang tak cukup makan, orang tak ada kerja, orang miskin tapi kamu (Muhyiddin) lebih pilih baiki Sri Perdana. Allahuakbar, apa jenis manusia beliau ini,” katanya.
Sehubungan itu, Anwar menyeru para pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri menolak pemimpin yang menjarah wang rakyat demi kepentingan peribadi. –
WOIT
MASIH ADA KE
PROJEK NAK
JATUHKAN PMX
AMIN
PATUTLAH DUIT
KITA JATUH
AMIN
POLITIK NEGARA
BELUM STABIL
AMIN
PMX KENA BUAT
UNDI PERCAYA
BAGI PAK LEBAI
PUAS HATI
KAH KAH KAH
JIKA TIDAK
RINGGIT AKAN
TERUS JATUH
AMIN
KERAJAAN AKAN
TERUS DIBACA
TIDAK STABIL
BILA BILA
BOLEH JATUH
AMIN
KHALAS
INI MUKTAMAD SAPA BERTANDING
570 calon bertanding PRN, satu lawan satu di 180 kerusi
Sebanyak 570 calon bertanding merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya enam negeri pada 12 Ogos ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata 571 kertas pencalonan diterima bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah, tetapi satu ditolak.
Kertas yang ditolak itu dikemukakan calon Bebas yang menawarkan diri bertanding di DUN Kota Lama di Kelantan.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) dan PAS, katanya pada sidang media mengenai urusan penamaan calon PRN dan PRK Kuala Terengganu di Putrajaya hari ini.
“SPR menerima 83 kertas penamaan calon di Kedah, 97 di Kelantan, Terengganu 66, Pulau Pinang (95), Selangor (147), Negeri Sembilan (83) dan PRK Kuala Terengganu dua kertas penamaan," katanya.
Ghani berkata seramai 168 calon yang bertanding dalam PRN itu adalah daripada Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) seramai 137 calon, Barisan Nasional (BN) seramai 108 calon, 77 calon bertanding mewakili PAS.
Seramai 13 calon bertanding atas tiket Parti Rakyat Malaysia, 19 calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), empat calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), dua calon Penang Front Party (PFP), seorang calon Parti Utama Rakyat (PUR) dan 41 orang bertanding sebagai calon Bebas, katanya.
Ghani berkata pertandingan satu lawan satu yang terlibat dalam PRN membabitkan 180 kerusi, tiga penjuru di 51 kerusi, empat penjuru di 13 kerusi manakala kerusi DUN Lunas, Kedah menyaksikan pertandingan lima penjuru.
“Calon paling ramai bertanding adalah dalam kalangan yang berusia antara 50 hingga 59 tahun iaitu seramai 204,” katanya.
Seramai 111 calon berusia lebih 60 tahun, calon berumur 40 hingga 49 tahun seramai 157, calon berusia 30 hingga 39 seramai 83 orang manakala calon berusia 21 hingga 29 seramai 17 calon, katanya.
Ghani berkata calon tertua adalah calon PRM di DUN Pantai Jerejak, Pulau Pinang iaitu Ravinder Singh yang berusia 80 tahun, manakala calon termuda adalah Melanie Ting Yi-Hlin, 23, yang mewakili Muda di DUN Bukit Antarabangsa, Selangor.
Seramai 501 calon yang bertanding pada PRN dan PRK Kuala Terengganu itu adalah lelaki manakala 71 calon adalah wanita, katanya.
SPR menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
TAKDA LAGI
DAKWA DAKWI
INI MUKTAMAD
SAPA BERTANDING
KHALAS
INGAT TEH TARIK
INGAT
TEH TARIK
INGAT TALIBAN
KHALAS
Unknown commented on
"ADA NILAI TAMBAH"
Awal dulu Kelantan, kemudian Terengganu, last sekali Kedah, semua masuk dalam Geng Taliban, tapi masalah air tak selesai, air lumpur, muda mudi hijrah ke negeri lain cari makan, merata tempat cari makan sampai Singapura, semuanya tak apa tapi kebajikan rakyat terbela tak? Atau hanya disediakan tiket khas apabila jadi arwah? Nak balak nak nadir bumi nak kemajuan tapi semuanya minta orang lain aturkan kah kah kah cuba fikiran kita jauh sedikit ke depan kah kah kah
RASUAH DAH JADI BUDAYA
RASUAH DAH
JADI BUDAYA
KHALAS
"SYED SADDIQ KURANG FAHAM"
Kita nampak siapa suka rasuah ? Siapa tolak rosak rasuah di Malaysia? Yang dapat rasuah seronok lah tapi yang terpaksa bagi susah lah, common sense beb, yang kaum kerabat rasuah ini akan ada dalil cantik ayat cantik fatwa cantik untuk halalkan, yang tolak rasuah mahu bersih cekap amanah kah kah kah negara berpecah gelombang 6 rasuah samada nak penyamun atau nak orang bersih pilihan sendiri tapi istana bijak pandai cerdik akan undi masa depan dengan tolak rasuah, kah kah kah kalau masa KOBID pun mereka sapu semacam apa lagi masa hebatan belaka kah kah syukur
KEMPEN BERMULA
KEMPEN RESMI
BERMULA
AHAD 30 JULAI 2023
SEMUA BERES
CALON CALON TELAH DI KETAHUI
NAMA NAMA CALON TELAH DI SENARAI
TAKDA KACAU BILAU
TAKDA HURU HARA
SEMUA BERJALAN LANCAR
AMIN
KEMPEN SECARA RESMI BERMULA
TAPI KEMPEN TAK RESMI
DAH LAMA BERJALAN
PRN INI MENGIKUT PERIKATAN
ADALAH REFERENDUM
UNTUK KERAJAAN PMX
INI PERTEMPURAN
PAKATAN DI LAWAN
OLEH PERIKATAN
MANAKALA UMNO
DI LAWAN OLEH
PENYOKONG UMNO
YANG ANTI ZAHID
INI TALI GANTUNG
UNTUK ZAHID
KALAU UMNO BUNGKUS
ZAHID AKAN DI BUNGKUS
INI KEMPEN TIM NAJIB
INI KEMPEN TIM ANTI ZAHID
INI KEMPEN TIM BEKAS
PEMIMPIN UMNO YANG
KENA PECAT OLEH ZAHID
APAKAH PRN INI
AKAN MENYELAMATKAN
ZAHID DARI TALI GANTUNG
JENG JENG JENG
SIAM
SUNGAI GOLOK
KILANG MERCUN MELEDAK
INI KILANG PEMBEKAL MERCUN
BILA KITA BERHARI RAYA
MERCUN MASUK DARI SINI
RUPANYA DI SUNGAI GOLOK
SARANG MERCUN
KAH KAH KAH
CHINA MERAH
TAUFAN DOKSURI DARI PILIPINA
KINI MASUK KE SELATAN CHINA
PEKAN KAMPUNG BANDAR
AJDI HURU HARA
HUJAN RIBUT
AMERIKA
TRUMP KALAH
KES SAMAN CNN
SEBANYAK 457 JUTA DOLAR
AMERIKA
SEDANG HEBOH
DENGAN UFO
DENGAN MAYAT UFO
DENGAN KAPAL UFO
YANG SEMUA DISIMPAN
SECAR RAHSIA
JENG JENG JENG
HOKKIEN
PAGI INI KERING SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
GUA BERJALAN ARAH
KE ISTANA LAMA
CAHAHAYA MATA HARI
DI LINDUNG POKOK
TIONG BERTERBANGAN
MENCARI ULAT
DI KAWASAN RUMPUT
YANG SUDAH DI POTONG
DALAM KAWASAN RUMPUT
BELUM DI KETAM
CENGKERIK BERSIMPONI KUAT
KETIKA GUA MENGETIK INI
MURAI BERKICAU DI BELUKAR
DEPAN FLET
HARI INI AKAN PANAS
SEPERTI KELMARIN
BILA MURAI BERKICAU
DUNIA KITA
JADI INDAH
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT AHAD
YANG PERMAI
NASIB UNTUNG MEMBELI LADA
BUDAK MAIN BATU DELIMA
NAJIB UNTUNG DAPAT JANDA
JANDA BADAK BERANAK LIMA
KAH KAH KAH
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BERAHAD
HOT HOT TER NOWW TERHOTT TERKINI
TER HOTT
TER NOWW
TERKINI
TER HOTT
SEBUAH KILANG MERCUN MELETUP
9 ORANG MATI
KEBAKARAN BERLAKU
INI AKIBAT PERCIKAN
DARI KERJA WELDING
AMIN