Ahad, 6 Ogos 2023

LARI DARI UMNO - TINGGAL ZAHID & LOKMAN ADAM


Lebih ramai keluar UMNO beberapa hari lagi, dakwa Zawawi Salleh

SHAH ALAM – Ramai ahli UMNO di Jeli, Kelantan akan meninggalkan parti itu dalam masa yang terdekat

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Ustaz Nik Zawawi Salleh mendakwa ahli-ahli parti berkenaan akan menyertai Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, perkara berkenaan dijangka diumumkan oleh bekas pemimpin UMNO yang kini bersama-sama Bersatu, iaitu  Mustapa Mohamed.

Menurut Zawawi perkara sama juga sedang berlaku di Gua Musang.

“Gua Musang sebelum ini adalah kawasan yang tidak pernah dimenangi oleh parti pembangkang daripada dulu sampai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tetap menjadi milik UMNO-Barisan Nasional (BN).

“Kali pertama Tengku Razaleigh Hamzah gagal tewas di Parlimen itu dan menyebabkan di Kelantan tiada lagi Parlimen dikuasa parti itu. Di sana gerakan mengumpul seramai mungkin ahli baru untuk menyertai PN sama ada masuk Pas atau Bersatu dijangkakan berlaku begitu ramai,” katanya ketika Ceramah Kelompok Jelajah Selangor Baharu di Flat PKNS, Seksyen 7, di sini, malam semalam.

Ceramah berkenaan turut dihadiri calon PN DUN Batu Tiga,  Rina Harun dan calon DUN Kota Anggerik, Sukri Omar.

Jelas beliau, ia merupakan usaha untuk memastikan parti lawan yang telah menjadi Kerajaan Perpaduan goyah melalui cara demokrasi berparlimen.

Tambah Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu, apa yang diusahakan oleh PN adalah demi rakyat dan memastikan aset-aset negara tidak disalah guna.

Sementara itu, Zawawi membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sering kali melaungkan perjuangan kerajaan di bawah pimpinannya untuk memasmi kemiskinan tegar.

Namun beliau mendakwa setelah lapan bulan berlalu sehingga kini tiada hasil untuk membantu rakyat keluar daripada garis kemiskinan, khususnya di Kota Anggerik.

“Ketika pembentangan Bajet 2023 dia kata dia akan pastikan akan noktahkan kemiskinan tahun ini juga.

“Kita sudah masuk Ogos baki empat bulan lagi untuk 2024, ucapan belanjawan sudah hampir lapan bulan tetapi di DUN Kota Anggerik apa tindakan kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan, saudara nampak tak? Nak cakap senang, nak buat yang susah,” ujarnya. – 

WOIT

MAKIN RAMAI

TINGGALKAN

GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

APAKAH YG AKAN

TINGGAL HANYA

 ZAHID LOKMAN 

KAH KAH KAH 

DAN 

NAJIB TUNGGU 

DI KAJANG 

DENGAN ROSMAH

KHALAS

CIPTAAN TIMBUL MASAALH BARU


Berhati-hati bergantung pada maklumat dijana AI, kata peguam


ENTITI media yang beroperasi di Malaysia digesa berhati-hati dan melakukan pertimbangan kritikal apabila bergantung kepada maklumat yang dihasilkan oleh ChatGPT atau model bahasa Kecerdasan Buatan (AI) yang serupa.

Wakil Badan Peguam Selangor dalam Majlis Peguam, Kokila Vaani Vadiveloo memberi nasihat itu ekoran output diperoleh secara eksklusif daripada aturan algoritma tidak mempunyai pengesahan manusia.

Peguam itu bersetuju walaupun model AI seperti ChatGPT boleh memberikan pandangan dan maklumat yang berharga namun ia harus dilihat sebagai alat dan bukannya sumber yang sempurna.

“Organisasi berita sering meningkatkan kewaspadaan dan ketekunan apabila menerbitkan sesuatu artikel mengenai keputusan mahkamah atau perkara yang melibatkan Majistret atau hakim, berbanding laporan berita yang dihasilkan oleh algoritma seperti ChatGPT.

“Penerapan sikap berhati-hati dan berjaga-jaga mungkin hilang apabila laporan berita dibuat oleh algoritma seperti dalam ChatGPT,” katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif di Wisma Bernama, baru-baru ini.

ChatGPT, model berkuasa AI yang diperkenalkan oleh OpenAI pada November 2022 beroperasi dengan mengautomasikan teknologi chatbot.

Mengulas mengenai undang-undang hak cipta Malaysia yang dijana AI, Kokila Vaani menyatakan landskap undang-undang di Malaysia kurang jelas sama ada kandungan berita yang dijana AI dilindungi oleh undang-undang hak cipta.

Beliau menyatakan beberapa faktor memainkan peranan bagi menentukan kelayakannya untuk dilindungi.

“Campur tangan manusia dalam proses penciptaan kandungan adalah satu faktor yang sedang dipertimbangkan. Jika kandungan berita yang dijana oleh AI adalah hasil daripada proses algoritma, ia kurang berkemungkinan mendapat perlindungan hak cipta.

“Keaslian juga merupakan pertimbangan utama jika kandungan itu hanya mereplikasi maklumat sedia ada, perlindungan hak cipta adalah tidak mungkin,” katanya.

Kokila Vaani memetik kes terkenal dari American Jurisprudence membabitkan Kris Kashtanova.

“Dalam kes ini, Kashtanova menaip arahan untuk novel grafik ke dalam program AI yang menyebabkan perdebatan hangat mengenai siapa yang mencipta karya seni itu, manusia atau algoritma.

“Kashtanova memperoleh hak cipta pada mulanya tetapi ia dilucutkan oleh Pejabat Hak Cipta Negara kerana mereka percaya karya Kashtanova ‘bukan hasil tangan manusia’,” katanya.

Mengenai peraturan dan garis panduan yang mengawal AI dalam pelaporan berita di Malaysia, Kokila Vaani menyatakan ketiadaan peruntukan khusus.

Namun begitu, beliau menekankan beberapa undang-undang dan prinsip sedia ada yang terpakai untuk laporan berita yang menggunakannAI termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (MCMA), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan Kanun Keseksaan.

Tegasnya undang-undang ini penting untuk dipertimbangkan oleh penerbit berita apabila menggunakan pelaporan berita AI.

MCMA melarang penyebaran berita palsu atau mengelirukan, PDPA mewajibkan mendapat persetujuan sebelum mengumpul data peribadi manakala Kanun Keseksaan menangani fitnah jenayah.

Peguam itu juga menegaskan ketelusan adalah penting bagi sesebuah organisasi berita dalam memastikan pematuhan laporan sesuatu berita.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia Fahmi Fadzil berkata kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk mewujudkan rangka kerja kawal selia bagi AI dalam menangani isu etika berkaitan penggunaan teknologi itu.

Fahmi berkata penubuhan rangka kerja itu akan membantu kerajaan memahami beberapa cabaran penggunaan teknologi baharu itu. – Bernama, 6 Ogos, 2023.

MANUSIA

CIPAT YG BARU

UNTUK SELESAI

MASALAH LAMA

AMIN

CIPTAAN BARU

DAPAT SELESAI

 MASALAH LAMA

AMIN

TAPI BUKA

MASLAH BARU

AMIN

INILAH NAMANYA

MANUSIA

KHALAS

PROFESSOR NEGARA KITA


PROFESOR 

NEGARA KITA

KHALAS

abuqassim commented on 
"APA PERANAN PROFESOR KITA"

ada sebuah masalah,
satu banyak-banyak,
dua sikit-sikit,
tiga jarang-jarang,
empat kadang-kadang,
apa itu?

PROFFESOR

Proffesor? Buktikan…

Satu, banyak...
artinya, Proffesor yg tk rajin baca buku dan tk reti brpikir memang banyak di dalam negara ini.

Dua, sedikit-sedikit,
artinya, Proffesor yg banyak tulih buku omputih, sedikit bilangannya.

Tiga, jarang-jarang,
artinya, jarang-jarang yang kita dengar Proffesor pandai bersyarah dan brhujah dlm bahasa omputih dlm negara ini.

Empat, kadang-kadang,
artinya kadang-kadang baru kita dengar Proffesor tempatan yang dikenali di luar negara.

Itulah jawapannya Tuanku.

SANUSI DAN SAIFUDIN - LONDEH MELONDEH


Tangkapan Sanusi: Saya tidak ada maklumat – Saifuddin



Polis nafi tahan Sanusi


Debat Sanusi-Saifuddin tak jadi


KAH KAH KAH

DUA DUA

ORANG UTARA

KAH KAH KAH

DUA DUA

LONDEH

MELONDEH

AMIN

MELAYU GADUH

MELAYU

CHINA MERAH

JADI KAYA

KHALAS

TANAH RIZAB HUTAN DICURI


TANAH RIZAB 

HUTAN DICURI

KHALAS

panglimo potaseh commented on 
"TANAH ORANG ASLI GOMBAK"
Satu masalah besar Urang Asli, tanah rizab merika tidak tertakluk dalam Kanon Tanah Negara. Mat nor nyo tanah tu setaraf dingan Tanah Setinggan, bahaso kasar nyo Tanah Haram. Den tak tau sapo punyo kojo yang boley jadi macam ini, walhal sojak mondeka nogori ni ponjago nyo UMNO, parti Molayu dan Molayu sangat dokek dengan Urang Asli.

Nampak .. Tanah Urang Asli Bt.12 tu bukang pong dalam Kanon Tanah Nogaro, io di zonkan sobagai Zon Institusi di bawah Zon Perancangan Nogori .. institusi tu apo. Jadi kesudahan nyo Tanah Urang Asli Bt.12 ni borado di cholah kolompap Chukong .. Chukong ni hanyo tunggu maso jo nak jumpo Montori dan DO sambil mongopit sobijik beg .. apo isi dalam beg tu, cheng ..cheng ..cheng.

Alah .. Tanah Rizab Utan Raob yang sobosar Perlis tu pun potik jari jo boley dapek kek Chukong, ni kan pulo tanah Urang Asli Bt. 12 yang sokangkang kogho tu.

HOLYWOOD SEX JENIS SHAHIDAN


HOLYWOOD 

ADA SEX

JENIS SHAHIDAN

KHALAS

NAJIB DAN ANWAR


Apa pendirian Najib terhadap kerajaan Anwar?

Ketika jentera parti-parti politik sudah berada di “gear 6” selepas hari penamaan calon, bekas perdana menteri, Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara masih belum menetapkan pendirian berhubung sokongan kepada mana-mana blok parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Penyokong Najib menjadi kumpulan dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang tidak membela nasib beliau.

Ini sekali gus membuatkan penyokong mereka keliru tentang siapakah harus dipilih pada 12 Ogos ini.

Wan Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo dan seorang individu yang mendakwa penyokong Najib, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz mengadakan program dikenali sebagai “Bossku Nak Apa?”.

Bossku merupakan gelaran popular untuk Najib.

Syed Muhammad Imran mendakwa penyokong Najib sudah hilang sabar terhadap Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan kini mengalihkan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).

Tetapi menurut anak Najib, Nooryana Najwa, kedua-dua mereka tidak mewakili bekas ahli Parlimen Pekan itu.

Katanya, pendirian rasmi bapanya akan dimuat naik dalam saluran media sosial rasmi Najib.

Di sinilah pendirian Najib menjadi persoalan.

Sejak beberapa bulan lalu, laman Facebook Najib banyak menyindir Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, selain menceritakan kebaikan dan pencapaian di bawah pentadbiran perdana menteri keenam itu.

Rafizi yang kini timbalan presiden PKR antara tokoh utama pembangkang yang terlibat dalam pembunuhan karakter Najib dan isteri, Rosmah Mansor ketika Barisan Nasional (BN) masih berkuasa.

Dalam hantaran pada 31 Julai lalu, Najib menyindir Rafizi tentang penurunan harga minyak.

Rafizi mendakwa penurunan harga minyak akan menjejaskan inisiatif rakyat yang lain.

Bercakap kepada MalaysiaNow, seorang penyokong Najib yang ingin dikenali sebagai Zam Yahaya berkata, bukan lagi rahsia bahawa keluarga Najib tidak gembira dengan kemajuan proses pengampunan beliau.

"Kumpulan penyokong Najib berpecah tiga. Satu yang menyokong PH.

“Kedua, menyokong BN sahaja dan akan memboikot jika tiada calon BN.

“Ketiga, yang akan mengundi PN sebagai protes terhadap kerajaan yang melewat-lewatkan pengampunan beliau," katanya.

Menurut Zam, Syed Muhammad Imran membuat kenyataan sedemikian dua hari selepas bertemu Rosmah.

Sementara itu, penganalisis politik Azizi Safar berkata, Najib tidak mungkin akan menyokong PN atau minta penyokong-penyokong beliau mengundi PN pada PRN ini.

"PRN tidak mengubah kedudukan atau boleh jatuhkan kerajaan pusat.

“Jika tiada perubahan kerajaan, tiada kesan juga kepada kes-kes yang dia hadapi."

Selain mempertahankan reputasi dalam kes-kes mahkamahnya, Najib juga menggunakan media sosial beliau bagi mempertahankan harga barang pada zamannya yang dikatakan jauh lebih murah berbanding waktu ini.

Beliau juga dilihat tidak banyak menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan campuran hari ini.

Najib tampak masih berteka-teki dalam soal sokongan beliau terhadap kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan BN itu.

Najib menjalani hukuman penjara pada Ogos tahun lalu setelah gagal mengenepikan sabitan bersalah terhadap pertuduhan kes SRC International.

Beliau dihukum penjara 12 tahun dan denda RM200 juta.

Dalam pada itu, Azizi yang juga bekas setiausaha eksekutif BN Pulau Pinang berkata, Najib tahu prosedur dan syarat-syarat pengampunan.

"Agak sukar Lembaga Pengampunan Diraja untuk mempertimbangkan pengampunan untuk beliau, pada masa masih banyak kes sedang dibicarakan di mahkamah.

"Cuma pada saya, mungkin beliau sedikit terkilan kerana beberapa kes tambahan berkait 1MDB terus dikenakan ke atasnya."

WOIT

PENDIRIAN NAJIB

SEMUA TAHU

NAK KELUAR

DARI PENJARA

AMIN

RAKYAT NAK TAHU

APA PENDIRIAN

ANWAR TTNG

NAJIB 

AMIN

INI LEBIH PENTING

UNTUK NEGARA

KHALAS

POLIS PANTAU POLIS KAYA !!!



Polis pantau anggota, pegawainya hidup mewah, lapor media


POLIS DiRaja Malaysia (PDRM) akan memantau pegawai dan anggotanya yang dikesan hidup mewah tidak setara dengan jawatan dan gaji bulanan mereka, lapor Mingguan Malaysia.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan membuat profile mereka yang memiliki aset atau berbelanja lebih daripada gaji.

“Mengambil contoh, jika gaji pegawai itu RM8,000 dengan mempunyai tiga buah rumah dan tiga kereta. Kita akan siasat perbelanjaan rumah, kad kredit dan lain-lain sama ada ia setara dengan pendapatan,” katanya, seperti dipetik akhbar itu.

JIPS juga akan menyiasat kesahihan dakwaan rasuah melibatkan pegawai dan anggota polis sebelum mengambil tindakan.

Siasatan itu akan dibuat terhadap pegawai dan anggota polis yang dilaporkan berhibur di kelab malam, katanya.

“Setiap tohmahan yang dibuat, kita ada lakukan risikan dan siasatan. Bukan itu sahaja, tindakan juga diambil sekiranya mempunyai maklumat berkaitan anggota dan pegawai kita yang didapati berkaraoke atau mabuk di kelab malam.

“Ini salah satu prosedur operasi standard (SOP) JIPS bagi mengekang serta menyekat peluang warga PDRM untuk terlibat dengan aktiviti tidak sihat,” katanya.

PDRM juga akan mengaudit majlis keraian atau program yang dianjurkan di semua peringkat balai dan ibu pejabat polis termasuk di Bukit Aman untuk mengesahkan sumber kewangannya, kata Razaruddin.

Katanya, semua majlis yang dibuat perlu melaporkan sumber kewangannya kepada JIPS.

Dalam pada itu, Razaruddin juga dipetik berkata sejak 2020 sehingga Jun lepas, JIPS telah mengenakan hukuman ke atas 447 pegawai dan anggota.

Ketegasan ini penting demi menjaga integriti dan imej pasukan,” katanya. – Bernama, 6 Ogos, 2023.

WOIT

INI LANGKAH 

WAJIB SOKONG

AMIN

POLIS AMAT

DI KENALI DGN

CARI MAKAN

AMIN

JANGAN HINA

POLIS

AMIN

BUKAN SEMUA

POLIS  ZAHID

AMIN

JUSTERU

PERLU BAIKI

IMEJ BUKA

ROAD BLOCK

UNTUK 

CARI MAKAN

KHALAS

CHINA MERAH MASUK MENCURI


CHINA  MERAH

MASUK MENCURI

KHALAS

Unknown commented on
 "PANTUN PRN"

Semakin dekat semakin panas cuaca pilihanraya, semakin nak sampai semakin nak pancut semua sekali, semakin tembak kuat kiri kanan, ada takut ada gusar ada risau, kalau kes menanti berbagai kes curi ada, rasuah ada, sogok ada, tapi jangan lupa akhirnya kena bayar kalau berbuat jahat, tak kira apa bangsa apa agama semuanya tidak penting kalau salah mengaku jangan buang masa, jangan tarik tarik sampai bertahun tahun macam Bossku, macam anak dara sunti Satu Malaysia kah kah kah bukan kita nak Hina dia, tapi ingat ingat tinggi tendang bumi kuasa alam sekaligus betapa kerdil manusia amin
Unknown commented on 
"KES CHINA MERAH MENCURI"

Kes senang sekali tak payah putar belit, bawa agama bawa bangsa bawa pendekar masuk line cerita, ada curi atau tidak? Mengaku salah atau tidak? Awal cakap tak jumpa, bawa keluar gambar teruskan cerita lain awal awal pendekar pusing round about kiri kanan susah lagu ini, cerita benar akan konsisten tapi skrip sama kah kah kah mungkin director tak bagi skrip awal kah kah kah kena ikut skrip Sanusi woit, jangan lepas saja engkau MB bukan Pak Jaga yang jaga gate masuk pejabat MB kah kah kah

TEBANG BALAK ROSAKAN TASIK CHINI


TEBANG

BALAK ROSAKAN

TASIK CHINI

KHALAS

panglimo potaseh commented on
 "PERMAISURI AGONG & ALAM SEKITAR"

Ari tu gwa pi Tasik Chini gwa terciduk tingok Makmal Ikoloji UKM dah tutup kedai .. keliling tasik byk dah botak, kiambang hampir eileek .. dlm air terjulur pucuk sawit .. Chalet pun dah tutup.

Ini Tasik dah lama di gizitkan sbg Kaw. Lindungan Ekologi dan A.Sekitar oleh Pertubuhan Alam Dauniyo. Dan gwa sangat paham yg Bagindo Rajo Hassanal (ampoong tuanku) tak bersalah dalam hal ini.

Jam ni konching Bagindo masih bercabang dan banyak mondo Bagindo kono tahu .. paling gwa takot nanti satu ari kaum kerabat Tungku Latok Mckgiver Wong datang menyembah kasih pada Tuangku .. hati2 ye Tuangku.
Ampoong Kang PatekTuangkue.

LAWAN PROJEK PEMBODOHAN


LAWAN PROJEK

PEMBODOHAN

KHALAS


Unknown commented on
 "PANTUN PRN"

Kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa dah lama pilihanraya dilupakan kah kah kah apa pun lawan tetap lawan, lawan rasuah lawan kebodohan tugas utama setiap warga paling utama sekali lawan kebodohan yang dibawa oleh pemimpin Malaya korupsi pemimpin curi rasuah rompak wang rakyat tak payah sembang kemajuan rakyat tetap sokong penyamun kluster mahkamah kah kah kah

LIMA HARI LAGI


LAGI LIMA HARI

AHAD 6 OGOS 2023
LAGI 5 HARI WARGA
KEDAH PENANG KELANTAN
TERENGGANU N.9 SELANGOR
AKAN MENGUNDI
JENG JENG JENG

APA PUN KEPUTUSAN
KERAJAAN FEDARAL
TAK BERUBAH
TAK JATUH
TAK RUNTUH

TAPI BERI MAKNA
ADA SOKONGAN ATAU TIDAK
TERUTAMA UNTUK PAKATAN
DUGAAN SOKONGAN
ORANG MELAYU
AMIN

PAKISTAN
BEKAS PM PAKISTAN IMRAN KHAN
DI PENJARA 3 TAHUN
KAH KAH KAH
INI UNTUK PASTIKAN
MACAM TRUMP
IMRAN KHAN
TAK DAPAT BERTANDING

RAMAI PEMIMPIN PARTI IMRAN
KENA TANGKAP
UNTUK PASTIKAN
TAKDA POLITIK JALAN RAYA

BURMA
AUNG SAN SU KI
DI KURNAG SEDIKIT HUKUMAN
TAPI MASIH ADA
27 TAHUN PENJARA
KAH KAH KAH

HOKKIEN
CERAH BASAH SEJUK
KELMARIN HUJAN SEDIKIT
LOPAK LOPAK AIR 
DISANA SINI

WOW
BANYAK BETUL TERKUKUR
MENCARI MAKAN
DI LOPAK AIR ATAS JALAN
MUNGKIN ADA  CACING
MUNGKIN  ADA BIJIRIN
SEBAGAI REZEKI

MATA HARI TAK ADA
LANGIT BERAWAN KELABU
TAPI GUA RASA
HARI INI AKAN PANAS

KELAMRIN GUA DI CHOW KIT
TIAP KALI GUA KE SANA
KERETA YANG GUA TUMPANG
AKAN DI LETAK DI BAWAH
GUDWARA BENGALI
5 RINGGIT SEKALI MASUK

ADA SEORANG  PENJAGA
LELAKI INDIA
GUA SELALU BERSEMBANG
DG SOSOK INI
DIA PERAMAH DAN BAIK HATI
KELAMARIN  JANTAN LAIN
JADI GANTI
KENALAN GUA INI
TELAH MATI MENGEJUT
SABTU LALU
AL-FATIHAH

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT
PAGI AHAD YANG PERMAI

BRO
WAKIL UDANG KEPADA BELIDA
WAKIL BELIDA KEPADA BUNTAL
NAJIB  MINAT PADA MAK JANDA
JANDA GEMOK MENJADI BANTAL

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERAHAD