Selasa, 29 Ogos 2023
PERBUALAN AKHIR
Data perakam suara kokpit pesawat terhempas di Shah Alam berjaya diekstrak
Data perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas berjaya diekstrak di makmal Florida, Amerika Syarikat, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata data tersebut diekstrak Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dengan bantuan pihak makmal pengilang peralatan asal (OEM) CVR iaitu L3Harris apabila “voice data” daripada perakam itu berjaya diperoleh semula.
“Data tersebut berjaya dimuat turun. Jadi semua rakaman suara dalam pesawat itu, terutama 30 minit terakhir termasuk sehingga nahas berlaku, berjaya dimuat turun,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Loke berkata rakaman audio tersebut telah dihantar kepada pasukan siasatan di Malaysia untuk dianalisis dan laporan awal dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lagi.
“Jadi semua rakaman suara tersebut daripada dua juruterbang itu akan dianalisis sebaik mungkin, dan juga apa yang berlaku dalam kokpit dapat dijadikan bahan siasatan untuk mengenal pasti apakah punca berlakunya nahas terbabit,” katanya.
Loke berkata laporan awal nahas pesawat tersebut akan dipaparkan dalam laman sesawang rasmi Kementerian Pengangkutan dan ia menjadi laporan asas untuk membuat laporan terperinci dan laporan akhir yang kebiasaannya mengambil masa setahun untuk disiapkan.
Beliau berkata pasukan BSKU akan melaksanakan siasatan untuk mencari apa punca nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu dan menyarankan langkah keselamatan di masa depan.
“Ia bukan untuk mencari salah siapa, ia untuk mengenal pasti apakah punca nahas itu berlaku.
“Jadi apabila kita mendapat laporan itu, kalau ada kelemahan dalam sebarang aspek, kita perlu mengambil langkah untuk memastikan insiden itu tidak berulang,” katanya.
Nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina pada 17 Ogos itu mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Johari Harun.
Mereka terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta, yang menggunakan lebuh raya berkenaan.
Ditanya kesukaran pasukan BSKU untuk mengekstrak data itu, Loke berkata pasukan berkenaan mengambil masa seharian bagi mendapatkan balik data CVR tersebut.
“Mereka menghadapi kesukaran untuk meninggalkan AS kerana ribut taufan di Florida. Pasukan ini masih berada di Florida. Mereka sepatutnya pulang sebaik sahaja data diperoleh tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian.
"Tetapi data telah dihantar ke sistem e-mel yang selamat, jadi kami sudah mempunyai rakaman suara di Malaysia. Kita berjaya dapatkan semula data dan rakaman suara itu amat jelas dan dalam keadaan baik,” katanya yang enggan membuat rumusan data audio itu sehingga siasatan selesai.
Pada 24 Ogos lepas, Loke dilaporkan berkata Ketua Inspektor BSKU berlepas ke AS untuk menghantar “memory puck” yang terdapat di dalam CVR milik pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu ke makmal di Florida untuk diekstrak dan dianalisis.
APA AGAKNYA
PERBUALAN
AKHIR SEBELUM
TERHEMPAS
AMIN
KHALAS
PAKATAN AKAN KALAH ?
PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ
SHAH ALAM: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram jika terdapat peralihan sebanyak 70 hingga 80 peratus undi Barisan Nasional (BN) kepada Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya kecil (PRK) itu pada 9 September ini.
"Peralihan undi pada PRK Simpang Jeram boleh berlaku jika undi BN pada PRN Johor sebanyak 6,062 ditambah undi PN (6,350) jadi 12,000...lebih banyak daripada PH dapat (8,749).
“70 peratus hingga 80 peratus peralihan undi BN ke PN sudah cukup (PH tewas di Simpang Jeram),” katanya menerusi program podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Ahad.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, gelombang PN mampu menembusi kubu kuat BN di Johor berdasarkan trend peralihan pengundi selepas pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu.
Ujarnya, calon PN bagi kawasan tersebut mempunyai latar belakang yang cukup hebat.
“Kalau itu adalah trend saya rasa ini lebih daripada Sanusi Mania kerana mampu menarik golongan profesional dan cendekiawan Melayu.
“Seperti yang kita tahu pada PRN lalu ada peluang PN menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram ini berdasarkan jumlah pengundi,” ujarnya. - Sinar Harian
WOIT
JIKA INI
BERLAKU
MAKNANYA
MELAYU
DAH SEDAR
AMIN
MELAYU
MULA SEDAR
TANAH MELAYU
MAKIN TERGADAI
AMIN
KITA TUNGGU
DAN LIHAT
KHALAS
AKIBAT TAK HAFAL HADIS NAWAWI
Bayi lelaki ditinggalkan di luar pagar pusat tahfiz
JERTIH – Seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemukan di atas wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz dekat Kampung Batu Tumbuh, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata, bayi itu ditemukan orang awam yang sedang mengecat pusat tahfiz berkenaan pada pukul 8 pagi tadi.
“Semasa lelaki itu melakukan kerja-kerja mengecat di dalam pusat tahfiz berkenaan, dia terdengar jeritan suara bayi. Pengadu kemudiannya mengikuti suara dan terjumpa bayi lelaki yang berbungkus dengan kain merah diletakkan di dalam bekas plastik juga berwarna merah di wakaf luar pagar pusat tahfiz.
“Pengadu terus menghubungi balai polis. Pengadu juga mengatakan tidak nampak sesiapa yang meletakkan bayi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bayi seberat 2.6 kilogram yang dalam keadaan cukup sifat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh sekitar 48 jam.
“Bangsa tidak dapat dipastikan, dan semasa diterima tali pusat bayi masih belum di potong. Ia hanya disimpulkan serta terdapat jangkitan kuman pada tali pusat bayi itu,” katanya dan menambah bayi itu telah dibawa ke Hospital Besut.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Nur Izzati Arina Zahari dengan menelefon 09-695 9999. – BERNAMA
WOIT
SATU LAGI
BAYI DARI SWEDEN
KAH KAH KAH
ATAU KALI INI
DARI FINLAND
KAH KAH KAH
NEGARA INI
MAKAN BABI
TAK CAYA TUHAN
MAIN BONTOT
TAK AMAL
HADIS NAWAWI
KAH KAH KAH
ITU SEBAB BAYI
DIBUANG
KAH KAH KAH
KALAU HAFAL
HADIS NAWAWI
WALAU PUN TIGA
PASTI BAYI
AKAN KENAL
AYAH & EMAK
KANDUNG
AMIN
KHALAS
TOLAK FITNAH & TOHMAH
MENTERI KDN
DI FITNAH
AMIN
INI KERJA JAHAT
PARTI PAS
AMIN
RAKYAT NAK TAHU
DARI MENTERI KDN
APA JADI DENGAN
1.2 JUTA WARGA
CHINA MERAH YANG
LESAP
DI TANAH MELAYU
AMIN
INI AMAT SENSITIF
PADA ORANG MELAYU
AMIN
BILA MAT MASLAN BERSUARA
Tiada faedah sokong pembangkang, kata Ahmad Maslan
PENGUNDI pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai mempunyai pilihan yang amat mudah untuk membuat keputusan mengenai siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Maslan.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor itu berkata sekiranya pengundi memilih calon kerajaan, ia memberi petanda bahawa mereka memilih pembangunan dan keserasian antara kerajaan pusat dan negeri, sekali gus sebarang masalah setempat yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah.
“Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram perlu berada di bawah kerajaan bukan pembangkang, begitu juga Parlimen Pulai perlu berada dalam kerajaan, bukan berada dalam pembangkang, oleh itu jika pengundi sokong Perikatan Nasional (PN) bererti mereka sokong pembangkang yang tak ada faedah apa pun.
“Jika mereka (pengundi) pilih calon Kerajaan Perpaduan, mereka pilih pembangunan, perpaduan dan kerserasian antara kerajaan pusat dan negeri dan mereka pilih wakil rakyat yang boleh selesaikan masalah mereka dengan mudah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir program ceramah kelompok DUN Simpang Jeram bersama calon Pakatan Harapan (PH) Nazri Abdul Rahman di Taman Sri Kasih di Muar malam tadi, yang turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar di dua kerusi jangka berikutan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Persaingan merebut kedua-dua kerusi itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, antara PH, PN dan calon Bebas. – Bernama, 29 Ogos, 2023.
WOIT
INI SUDAH BERAT
KAH KAH KAH
MAT MASLAN
TERPAKSA
BERSUARA
KAH KAH KAH
MAKNANYA
KEMPEN
PEMBANGKANG
MENYENGAT
KAH KAH KAH
BIASNYA
MAT MASLAN
BUAT LAWAK
KINI BUAT SERIOUS
KAH KAH KAH
KHALAS
CHINA MERAH TERLIBAT DALAM 1MDB
LIHAT MINIT 4.19
...THE CHINESE SIDE...
AMIN
APA MAKSUD KATA KATA NAJIB....
..... CHINESE SIDE.....
APA PERANAN CHINA MERAH
DALAM 1MDB ?
HINGGA SEKARNG JHO LOW
MASIH DI PILIHARA
OLEH CHINA MERAH
KHALAS
TEORI HADI
Teori kerajaan pusat tukar jika Perikatan menang di Pulai tidak munasabah, kata calon Pakatan
PROPAGANDA yang dimainkan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya Kerajaan Persekutuan akan tumbang jika PN menang di Parlimen Pulai sangat tidak munasabah.
Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai Suhaizan Kaiat menyelar dakwaan itu selain menyifatkan dakyah yang dibawa pihak lawan itu hanya cuba untuk mengelirukan rakyat.
Beliau berkata PH sebaliknya yakin akan mengekalkan kemenangan di Parlimen itu dengan majoriti yang meyakinkan termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
“Kalau kiraan Matamatik, 148 tolak satu (jika PN rampas Pulai) tak mengugatkan Kerajaan Pusat. Mereka boleh guna apa saja untuk yakinkan pengundi, tapi secara matematiknya salah dan tak munasabah.
“Di Johor ini unik rakyatnya lebih bersederhana dalam banyak perkara dan fikir secara rasional sama ada propaganda itu boleh terima atau tidak,” katanya kepada pemberita pada sesi tinjauan mesra kempen PRK di pasar malam dekat Taman Sentosa, Johor Bahru hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa jika PN menang pada PRK itu akan menjadi isyarat penting perubahan di peringkat Kerajaan Pusat.
Ketika ini komposisi kerusi di Dewan Rakyat oleh Kerajaan Perpaduan yang dianggotai PH, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah adalah sebanyak 148 manakala PN hanya 73 kerusi.
Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PN Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar di dua kerusi jangka berikutan kematian penyandangnya Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 September diikuti hari pengundian 9 September. – Bernama, 28 Ogos, 2023.
DULU ANWAR
KLIM
I GOD DI NUMBO
KAH KAH KAH
SEKARANG HADI
KLIM
I GOD DI NUMBO
KAH KAH KAH
DULU HADI
KELUAR AMANAT
KAH KAH KAH
SEKARANG HADI
KELUAR TEORI
KHALAS
LAWAN JANGAN TAK LAWAN !!!
Penduduk Rawang bantah projek insinerator, mahu MB Selangor campur tangan
PENDUDUK Rawang membantah cadangan projek pembinaan insinerator di kawasan perumahan mereka atas faktor kesihatan, selain ia boleh mencemar alam sekitar.
Cadangan pembinaan Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah bernilai RM4.5 juta itu mendapat bantahan penduduk di Batu Arang, M Residence, Kota Puteri dan Bandar Tasik Puteri, dan memohon campur tangan Menteri Besar Selangor Aminudin Shari supaya projek itu dihentikan.
Jurucakap Rawang Tolak Insinerator (RTI) Abdul Hanan Abd Mokti berkata mereka dimaklumkan mengenai projek berkenaan pada Julai lalu oleh penduduk yang dijemput ke sesi taklimat bersama pemaju.
“Pemaju jalankan sesi libat urus membabitkan 17 pihak pada awal bulan lepas.
“Cuma wakil daripada dua kawasan perumahan yang dijemput sedangkan di sini ada banyak kawasan perumahan, jadi kami hanya dapat maklumat daripada mereka,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Menurut Abdul Hanan, projek melibatkan kawasan seluas 245 ekar akan dibangunkan oleh Kelab Darul Ehsan Bhd (KDEB) Waste Management dan YTL Power International Bhd.
“Projek ini masih di peringkat cadangan, di mana pemaju sedang menyediakan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).
“Kami tidak tahu bila laporan itu akan diserahkan (kepada kerajaan negeri),” jelas beliau.
Memudaratkan alam sekitar dan kesihatan
Mengikut cadangan pemaju, insinerator yang dicadang dibina itu akan diselia dengan ketat dari segi pelepasan gas serta pelupusan abu bawah (bottom ash) abu terbang (fly ash), kata Abdul Hanan.
“Bagaimanapun apa yang kami bimbangkan ialah budaya penyelenggaraan dan pematuhan (oleh pemaju).
“Sekiranya indeks prestasi utama (KPI) dan fungsi kawalan tidak dikuatkuasakan dengan ketat, dikhuatiri akan menyebabkan masalah pelepasan gas dan kawalan bahan buangan,” katanya.
Tambah beliau, kebimbangan penduduk itu wajar diberi perhatian kerana abu terbang mengandungi bahan kimia berbahaya.
“Kesan lain yang kita bimbangkan ialah kemungkinan terdapat bahan larut lesap daripada insinerator dan pengumpulan sampah.
“Ini boleh mencemarkan air tanah (ground water) dan sungai.
“Insinerator juga akan dibina di sebelah tasik yang mana berisiko tinggi untuk berlaku pencemaran,” jelas Abdul Hanan.
Selain itu katanya, insinerator yang dicadangkan itu akan memproses 2,400 tan sisa sehari, bermakna sebanyak 120 buah lori dari seluruh Selangor akan keluar masuk setiap hari.
“Ini juga akan menjejaskan nilai hartanah kami. Perumahan yang paling hampir dengan insinerator ialah Batu Arang yang mempunyai kira-kira 5,000 penduduk; diikuti Bandar Tasik Puteri (120,000) dan Bandar Country Homes (150,000); yang kesemuanya terletak dalam radius 5km dari insinerator.
“Ada juga rumah yang terletak kira-kira 500m dari tapak projek, jadi sebab itulah penduduk membantah projek ini,” ujar Abdul Hanan. – 29 Ogos 2023.
BANTAH JANGAN
TAK BANTAH
AMIN
LAWAN JANGAN
TAK LAWAN
AMIN
JIKA DEGIL
DEMO JANGAN
TKA DEMO
KHALAS
ISMAIL SABRI DAN BAHASA MELAYU
Kolej Thailand tubuhkan Kursi Ismail Sabri perkasa Bahasa Melayu
BANGKOK: Thai Global Business Administration Technological College (TGBC), Thailand, pada Isnin secara rasmi menubuhkan Kursi Ismail Sabri Yaakob untuk memperkasa Bahasa Melayu di rantau ini.
Pejabat bekas Perdana Menteri itu, dalam kenyataan memaklumkan, penubuhan kursi itu diumumkan oleh Pengarah TGBC, Dr. Prattana Srisuk dalam satu majlis, di sini, pada Isnin
"Kursi itu secara khusus untuk memperkenal dan mempromosikan pengajian Bahasa Melayu dan ketamadunan Melayu di kolej tersebut dan di Thailand," menurut kenyataan itu.
Difahamkan, ia merupakan kursi pertama di institut pengajian tinggi di Thailand yang khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan Bahasa Melayu.
Sementara itu, Ismail Sabri, bekas Perdana Menteri , mengucapkan terima kasih kepada TGBC kerana mengiktiraf usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu di rantau ini.
Beliau berharap penubuhan Kursi tersebut akan meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di negara berkenaan.
"Bahasa Melayu mempunyai kira-kira 300 juta penutur di rantau Asia Tenggara.
"Di Thailand juga tidak asing, majoriti penduduk di selatan Thailand boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Saya berharap usaha ini akan merealisasikan hasrat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN," katanya.
Terdahulu, beliau turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk Pendigitalan Keluarga Dunia untuk Keamanan Sejagat, di kolej tersebut.
-- BERNAMA
NAMPAKNYA
MAIL SABRI
MAKIN SERIOUS
DLM HAL BAHASA
AMIN
MAHU BAHASA
MELAYU JADI
BAHASA ASEAN
AMIN
KERJA BAIK INI
WAJIB DISOKONG
KHALAS
MENTERI KDN DI FITNAH
SOKONG RAFIZI
PDRM WAJIB SIASAT
FITNAH PAS
TERHADAP
MENTERI KDN
KHALAS
DALAM MASA YANG
SAMA MENTERI KDN
WAJIB JELASKAN
APA JADI
DENGAN 1.2 JUTA
WARGA CHINA MERAH
YANG HILANG LESAP
DI TANAH MELAYU
KHALAS
LAWAN KERAJAAN DI LIHAT COOL
ANAK MUDA
JADI COOL LAWAN
KERAJAAN
KHALAS
Unknown commented on
"ANAK MUDA SOKONG PN"
Madanon nak lurus betul ikut garisan, anak muda tak suka garisan lurus, polis tentera tak suka garisan lurus? Siapa betul siapa salah? Banding tengok zaman reformasi dengan sekarang? Anak muda manja sangat, stylo milo nak Starbuck nak KFC nak cool nak lepak nak free semua ibu bapa tanggung sampai master kah kah kah
bukan zaman dulu susah kena kerja kena cari duit belajar sekarang semua nak duduk air conditioner tak mahu peluh tak mahu susah mahu I phone mahu app kah kah kah siapa menang app menang orang muda kah kah kah
madanon kacau hidup cari makan kacau sini kacau sana hidup susah hutang banyak kah kah kah semua nak brim nak top up free nak semua free tanpa usaha kah kah kah
PENJAWAT AWAM SOKONG PERIKATAN
PENJAWAT AWAM
SOKONG
PERIKATAN
KHALAS
Unknown commented on
"PENJAWAT AWAM
TAK SOKONG MADANI"
Putrajaya tu semua gomen. Tapi PH Anwar kalah. Terang awal2 lah mmg awal2 lg staf gomen tak mau kat depa. Hahahaha