Jumaat, 22 September 2023

PELIWAT MINTA AMPON


Tuduh PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi


KUALA LUMPUR – Laporan polis akan dibuat oleh Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri,  Shamsul Iskandar Md. Akin ke atas Ahli Parlimen Putrajaya Dr. Radzi Mohd Jidin yang menuduh Anwar sebagai peliwat.

Katanya, beliau akan meneliti hansard Dewan Rakyat terlebih dahulu dan jika benar kenyataan itu direkodkan, pihaknya akan meminta polis menyiasat ahli Parlimen berkenaan.

“Netizen sudah kecoh di media sosial dengan kata-kata Ahli Parlimen Putrajaya sebagai tuduhan ke atas Perdana Menteri sebagai peliwat.

“Saya minta jawapan, apakah benar Putrajaya perlu jawab perkara ini dan kita akan tengok hansard Dewan Rakyat.

“Kalau tidak, kita akan buat laporan polis di seluruh negara untuk menunjukkan bagaimana jahatnya sikap dan tembelang Radzi,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta Radzi jangan koyak kerana dalam perbahasan semalam, perkara dibangkitkan Perdana Menteri adalah mengenai pentadbiran lalu di mana Ahli Parlimen Putrajaya sebahagian daripadanya.

Katanya, perkara yang dibangkitkan Anwar berkaitan mengenai DNAA dalam kes Zahid Hamidi.

“Putrajaya sepatutnya baca peraturan mesyuarat dan Speaker Dewan Rakyat untuk mengeluarkan petua atau pun keputusan dengan bertanya kepada Anwar bagi menjelaskan apa sebenarnya yang diperkatakan.

“Maknanya, sesuatu isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen khususnya dalam Peraturan 36(6) iaitu sangkaan jahat, maka speaker perlu bertanya semula kepada seseorang ahli yang membangkitkan perkara itu.

“Dalam konteks ini, speaker kena tanya Perdana Menteri dan beliau telah menjelaskan beberapa kali bahawa dia merujuk kepada pentadbiran di mana Ahli Parlimen Putrajaya menjadi sebahagian daripada jentera pentadbiran yang lalu,” katanya.

Ujar Shamsul lagi, selepas mendengar penjelasan, Speaker Dewan Rakyat telah membuat keputusan.

“Keputusannya tidak ada isu dan telah pun dijelaskan oleh speaker. Jika jawapan itu tidak memuaskan hati Putrajaya, peruntukan Perkara 99 Peraturan Mesyuarat menjelaskan bahawa Radzi boleh membuat usul kepada speaker.

“Perkaranya mudah sahaja tetapi Ahli Parlimen Putrajaya sengaja hendak menegakkan benang yang basah,” katanya. – 

    WOIT

KAH KAH KAH

PELIWAT?

KAH KAH KAH

INI MAKNANYA

MAIN BONTOT

KAH KAH  KAH

SALAH PASAI

APA ?

AMIN

KALAU TAK SALAH

TAK PERLU

MINTA AMPON

KAH KAH KAH

KHALAS

MASIH BULAN 9 BANJIR DAH SAMPAI


297 mangsa banjir di P.Pinang, Kedah dan Perak

GEORGE TOWN – Sebanyak enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perak susulan hujan lebat sejak semalam.

Berdasarkan laporan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 297 mangsa ditempatkan di enam PPS tersebut.

Mengikut rekod, seramai 66 mangsa dilaporkan di Pulau Pinang dan kesemua mereka ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Kota dalam daerah Seberang Perai Tengah.

Bagi Kedah, seramai 102 mangsa dilaporkan berada di PPS Dewan Masjid Islahiyah Tawar dan Masjid Binjul Luar dalam daerah Baling.

Air naik di sekitar Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang bagi daerah Baling.

Manakala bagi Perak pula, 129 mangsa ditempatkan di tiga PPS membabitkan daerah Tapah serta Larut, Matang dan Selama.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. – 

AWAS !!!

BANJIR SAMPAI

AWAL

AMIN

MASIH BULAN 9

BANJIR DAH TIBA

AMIN

INI NAMANYA

MALAPETAKA 

CUACA

KHALAS

OMBAK KESEDARAN MELAYU


Esok bermula 'gelanggang' PRK Pelangai


PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai akan bermula dengan proses penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul esok. 

Bakal calon diberi tempoh sejam bermula 9 hingga 10 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan, sebelum senarai calon yang layak bertanding diumumkan pegawai pengurus di pusat penamaan calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang sebelum ini mengesahkan tujuh set borang pencalonan dijual setakat 18 September lepas, iaitu masing-masing tiga set dibeli wakil Umno dan Perikatan Nasional (PN) dan sebuah pertubuhan.

Barisan Nasional (BN) dan PN masing-masing mengumumkan calon berpengalaman, dengan kedua-dua mereka pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

BN mempertaruhkan Ahli Jawatankuasa Umno Bentong Amizar Abu Adam, 50, yang merupakan anak jati Felda Chemomoi dalam DUN Pelangai untuk mempertahankan kubu kuat parti itu. 

Pada PRU15, Amizar mewakili BN bertanding di DUN Ketari, yang terletak dalam Parlimen Bentong, namun tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH) Thomas Su Keong Siong.

PAS sekali lagi menurunkan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bentong Kasim Samat, 63, yang pernah bertanding di DUN Pelangai pada PRU15, namun tewas kepada penyandang DUN itu Johari Harun. 

Turut menyatakan hasrat mencuba nasib pada PRK itu ialah Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang Haslihelmy DM Zulhasli, 36, yang menjadi individu terawal ‘berkunjung’ ke pejabat SPR untuk membeli borang pada 29 Ogos lepas.

Komposisi DUN Pahang selepas PRU15 ialah BN dan PN masing-masing mendapat 17 kerusi manakala PH menang lapan kerusi. Kerajaan Pahang terbentuk dengan kerjasama BN dan PH. 

PRK Pelangai yang pertama selepas PRU15 di Pahang akan berlangsung pada 7 Oktober ini, susulan kematian Johari yang merupakan penyandang bagi DUN itu dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. – Bernama, 22 September, 2023.


APAKAH OMBAK

KESEDARAN 

MELAYU MASIH

HANGAT ATAU

DAH SEJUK

AMIN

PELANGAI JADI

BILIK MAKMAL

AMIN

KHALAS

PKR - PARTI KAKI REPORT


PKR JADI

PARTI KAKI REPORT

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 
"KUASA DAN DAULAH"

kak poji lynas mutan x lagi bebal rupanya. parti redormasi kini dah jadi kaki report.. dari menteri timbalan sampai su sulit semua kaki report.. bingai.. apa cerita brader ??.. kah kah kah

PENDEKAR UTARA


PENDEKAR UTARA

AMIN

Unknown commented on
 "SAIPOL BUAT FITNAH
 DI LIWAT ANWAR IBRAHIM"

Woit mana hilang pendekar utara kita? Kenapa senyap menyap sekarang? Apa sudah jadi? Kes REE bila nak jalan? Kah kah kah percayalah tak lama semuanya sekali masuk dalam kluster mahkamah kah kah kah

BERAS DI CATU

    

 BERAS TAK ILANG

HANYA DI CATU

KAH KAH KAH

AMIN

KUASA DAN DAULAH


KUASA  

DAN DAULAH


Saya selalu ketawa bila  membaca bagaimana Kerajaan Madani pimpin Anwar Ibrahim  hari ini di ubah suai untuk  dipanggil sebagai  kerajaan Madanon.

Kerajaan campuran Pakatan Harapan dengan United Malays National Organisation ini di cemuh sebagai kerajaan cakap tak serupa bikin. Cakap lain buat lain. 

Justeru kerajaan Madani dinobatkan sebagai kerajaan munafik atau kerajaan hipokrit.  Saya hanya ketawa kah kah kah. Amin 

Awalnya ketika kempen PRN 6 Negeri  sedang berjalan Zahid Hamidi di Terengganu membuat janji  kepada Kelab Motor. Janji  Zahid amat mudah :  undi calon Barisan Nasional akan dapat tambahan dana dari apa yang telah dihulurkan pada petang itu.

Heboh. Heboh. Ada menuduh ini rasuah. Ada menuduh ini beli undi. Malah NGO Bersih juga masuk setakuk minta SPRM melakukan siasatan ke atas Zahid. Kah kah kah.  Saya ketawa terbahak-bahak. 

Saya ‘ tergolek dog’  ketawa  apabila saya  melihat kembali klip video janji Rafizi tentang harga barang.  Musuh politik  Rafizi mengulang sebar klip ini berkali-kali. Saya ketawa bila melihat ramai warga Internet marah bila melihat dan mendengar janji Rafizi yang tidak ditunaikan.

Janji di capati tidak di tepati.

Warga Internet juga marah  dengan Anuar Ibrahim. Mereka  marah sampai tersumbat urat kentut  apabila melihat entah untuk kali ke berapa klip  janji  Anwar tentang harga minyak.

“...Esok kita menang ..... harga minyak diturunkan ...’ Kah kah kah. Amin.

Paling klasik ialah klip video lawak berdiri Mat Sabu   :  ‘.... Pengerusi 1MDB minta duit dari Menteri Kewangan....Menteri Kewangan  minta dana dari PM.... Perdana Menteri minta dana dari Najib .... Najib  Pengerusi 1MDB minta dana dari Najib Menteri Kewangan yang luluskan oleh Najib Perdana Menteri...’  Kah kah kah. Lawak berdiri terbaik dari Mat Sabu.

Ratusan   ribu  warga Internet  menghamburkan sumpah seranah kepada Anwar Ibrahim bila teringat akan kata-kata Anwar :  ‘ .... jawatan Menteri Kewangan tidak boleh diambil oleh Perdana Menteri...’

Pelik lagi benar hingga ke hari ini Mat Sabu tidak pula memberi apa-apa komen tentang  Perdana Menteri Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Apakah ini  yang dikatakan hipokrit atau munafik. Untuk saya semua ini lawak berdiri genre politik paling cun. Kah kah kah.

Kemudian kes Zahid Hamidi. Selama ini Zahid menjadi Kavadi yang  dipikul oleh  Pakatan Harapan  untuk menuju ke Putra jaya. Zahid dibebaskan dari 47 tuduhan rasuah, alih duit haram dan salah guna kuasa.  

Pembebasan ini di harapkan akan  meringankan beban Kavadi Rasuah Pakatan Harapan. Tetapi sebaliknya berlaku.

Heboh. Heboh kes Zahid ini macam nak kiamat. Semua  yang ada suara telah bersuara. Pak Haji dan Pak Lebai, YB politikus dan Pemimpin parti pembangkang semua bersuara.

Majlis Peguam, Bersih, Lawyer for Liberty – semua menyatakan tidak puas hati terhadap pembebasan Zahid. Malah  Puan Ambiga dan Puan Maria Chin bekas pemimpin Bersih juga menyatakan rasa hairan lagi   jelik terhadap pembebasan Zahid. 

Semua bersuara mempersoalkan kenapa Zahid ini di bebaskan. 

Dulu ketika Anwar    berhadapan dengan kes meliwat Saiful Bukhari  si Anwar ini telah dihantui oleh DNA. Polis  telah menangkap Anwar untuk mengambil DNA Anwar. Polis mahu  mengenal pasti apakah DNA Anwar ini sama seperti DNA air mani yang telah di temui dalam lubang jubur Saiful.  

Kali ini dengan kes Zahid sekali lagi  si Anwar ini telah dihantui  bukan oleh DNA Zahid tapi oleh DNAA Zahid. Kah kah kah.

Kes DNAA Zahid ini memang heboh. Satu Malaysia  heboh bagai nak rak. Lebih heboh dari Jum Heboh. 

Dalam heboh heboh ini ada pelik tetapi benar terjadi. Di Malaysia ini ada dua  orang yang tidak heboh menyuarakan pandangan tentang  DNAA Zahid. Dua sosok ini selalu nya akan bersuara dalam apa saja hal.  Jika gajah terkentut dan unta berak  cair di Zoo Negara pun Lim Kit Siang  dan Ramasamy akan bersuara memberi pandangan.

Kali ini dua pemimpin DAP yang dikenali sebagai Kaki Komen senyap membisu  macam cicak berak kapur. 

Sahih lagi afdal di Malaysia  yang tidak heboh tentang kes DNAA Zahid ini hanya  Tan Seri Lim Kit Siang dan Ramasamy.  Malah Tony Loke pemimpin besar DAP sendiri  mahu penjelasan kenapa Zahid dibebaskan dari Peguam Negara. Amin

Heboh paling akhir ialah heboh bila ada beberapa sosok penganjur Demo Dakwa Zahid di panggil polis. Mereka disiasat  kerana menganjur demo Dakwa Zahid.

Paling lawak ada pula  kenyataan dari NGO dan YB parti pembangkang  yang menyebut   fakta sejarah bagaimana kerajaan Pakatan Harapan  yang berkuasa hari ini berjaya berkuasa kerana berdemo.

‘ ... Dulu mereka juga berdemo... mereka boleh .. kita tak boleh... kita di panggil polis.....ini namanya kerajaan hipokrit....’ Ini seperti isi ucapan Syed Saddiq.

Bila mendengar ini saya ketawa terbahak bahak. Ada apa yang lucu?

Sebenarnya  yang menjadikan saya ketawa ialah kegagalan sosok-sosok ini untuk memahami apa itu kuasa. Gagal memahami apa itu daulah. Gagal memahami kuasa daulah.

Pada 13 April 1655 dalam Parlimen di Paris  Louis  ke 14 – Raja Perancis dan Navarre telah berkata :  L'État, c'est moi  - " I am the state",.. Beta adalah daulah. 

Dari persejarahan tarikh ini  adalah simbol absolute monarchy atau monarki mutlak.

Apakah  Anwar Ibrahim nak jadi macam Raja Louis ke 14 ? Apakah Kerajaan Madani ini nak  jadi  Kerajaan Monarki Mutlak ? 

Sabar dulu biar saya  beri pencerahan.

Di Malaysia kita bukan memakai sistem monarki mutlak seperti di Saudi atau di Berunai. Kita mengamal sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Betul. Kita memakai sistem   demokrasi berparlimen. Tapi jangan lupa jangan lalai  Malaysia ini negara Dunia Ketiga.  Apa yang wujud dalam negara  Dunia Ketiga seperti di Malaysia ini  adalah prosedur demokrasi. Kulitan demokrasi bukan pengisian demokrasi. Kulit bukan isi.

Kita ada pilihan raya. Kita ada Parlimen. Kita ada Lembaga Kehakiman. Kita ada TV dan radio, kita ada akhbar, kita ada sekolah, kita ada universiti. Semua ini alat membantu demokrasi  bukan bermakna dengan wujudnya benda- benda ini maka demokrasi dan hak kebebasan wujud

Bro..kalau  lu... masih  tak sedar... perkara ini .. lu isap apa ? Kah kah kah.

Jangan sesekali lupa  di belakang semua ini adalah kuasa. Kuasa ini muncul dari kuasa politik. Kuasa politik ini adalah kuasa daulah.

Kuasa daulah  ini datang dari undi. Sapa dapat banyak undi dia menang. Sapa menang dia berkuasa. Ini hukum demokrasi. Ini Perlembagaan Malaysia.

Ada apa dengan kuasa ? Kenapa perlu kuasa?

Di belakang kuasa ini ialah  harta kekayaan. Ada berbilion bertrilion berjuta bilion ringgit dolar dan dinar. Justeru merebut kuasa adalah merebut harta.

Parti Demokrasi ke.. Parti Islam ke.. Parti Kapir ke... Parti Komunis ke... Parti Liberal ke ....semua  berjuang untuk merebut kuasa. Dengan kuasa berupaya  merebut harta kekayaan.

Jangan sesekali lupa bila membaca politik. Jangan  tidak masukan perkara merebut harta ini sebagai latar apabila menganalisa politik Malaysia sekarang.

Bagaimana dengan janji sebelum PRU?  Bagaimana dengan perjuangan Reformasi ? 

Janji-janji dibuat sebelum mengundi. Janji dalam ceramah politik. Janji politik, janji ekonomi dan janji hak asai dalam manifesto ini bertujuan   mengolah persetujuan.

Janji-janji ini dibuat untuk memastikan  calon akan dapat undi.

Mengolah persetujuan ini bukan payah. Kepada  Mak Cik dan Pak Cik Felda di janjikan harga sawit mahal. Kepada penanam padi dijanjikan subsidi baja. Kepada  anak muda di  universiti di janjikan lupus hutan PTPTN. Kepada  masyarakat kelas menengah dijanjikan suasana  liberal yang lebih selesa.

Kepada NGO dan aktivis sosial dijanjikan ruang demokrasi yang lebih terbuka. Kepada kaum peniaga dijanjikan suasana  pelaburan yang mudah.

Kepada Pak Lebai dan Mak Aji ada operasi tangkap kedai jual jam pakai logo pelangi. Kepada  Pak Aji dan  Mak  Aji  dilakukan  tangkapan merpati dua sejoli dalam hotel bajet di Chow Kit.

Sesekali PDRM akan melakukan tangkapan dadah. Dadah yang  terbungkus ditangkap bukan  tokan towkay atau tanpa Tan Seri tuan empunya dadah tertangkap sama. Ini tidak berlaku.

Semua ini bertujuan mengolah persetujuan. Yakinlah bahawa  mengolah persetujuan ini  telah menjadi seni hingga ramai malah majoriti  warga terpengaruh.

Apakah ini bermakna Kerajaan Madani yang dituduh hipokrit ini tidak membawa apa-apa perubahan ?

Apakah sekali air bah sekali pasir berubah ? Perubahan pasti ada. Ini jelas dapat dilihat.

Perubahan yang berlaku dari Mahathir ke  Muhyidin ke Ismail Sabri  ke Anwar Ibrahim ialah perubahan sosok. Air bah berlaku  tetapi pasir tidak berubah. 
Anwar ganti Ismail.  Tengku  Zafrul ganti Azmin.  Saifuddin ganti Hamzah. Air mengampuh bah  tapi pasir tetap di situ. Sosok berubah tatapi sistem tidak berubah. 

Di belakang sistem kerajaan ini  ada satu lagi sistem  daulah. Sistem inilah yang sebenarnya  mengendalikan negara kita.  

Apakah bukan Anwar Ibrahim yang mengendalikan negara kita ini ? Anwar?  Sapa Anwar ? Kah kah kah.

Kalau bukan Anwar yang mengendalikan negara kita ini bermakna bukan Anwar yang membebaskan Zahid. Bermakan bukan Fahmi Fadil  yang suka  menutup Tik Tok. Bukan Saifuddin yang  beri arahan tangkap Cik Gu Bard. Sapa sebenarnya berkuasa sekarang ?

Mu duduk baik-baik ambo nak royak. Ambo nak beri pencerahan.

Di belakang PRU, di belakang PRN , di belakang Perdana Menteri, di belakang jemaah menteri, di belakang PDRM, di belakang SPRM dan di belakang segala macam M ialah daulah terpendam.

 Sapa daulah terpendam ini?  Apakah Anwar , apa kah Mat Sabu apakah  Rafizi ... daulah terpendam?

Raja Louis berkata : Beta adalah daulah. 

Apakah Anwar Ibrahim nak jadi macam Raja Louis  14 ?  Kesah  kuasa politik dan kuasa daulah belum selesai tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN 
DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/09/22/kuasa-dan-daulah
DAN JUGA DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/463275


KES MAT YAKIN


KES

MAT YAKIN

AMIN

Hakimi Abdul Jabar commented on
 "AMPERA - AMANAH PENDERITAAN RAKYAT"

SAIFUL DILIWAT & AIR MANI PM ANWAR DILETUS KE DALAM BONTOTNYA

Profil DNA "Lelaki Y" yang terdapat dalam rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik PM Anwar Ibrahim, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/02/10/dna-lelaki-y-milik-anwar


DNA 'Lelaki Y' Dalam Rektum Saiful Milik Anwar - Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA: Profil DNA "Lelaki Y" yang terdapat dalam rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan, Selasa.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata, keterangan dua ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon, bahawa profil DNA Lelaki Y yang dihasilkan daripada ekstrak air mani daripada rektum Mohd Saiful adalah sepadan dengan profil yang dihasilkan daripada berus gigi, tuala Good Morning dan botol air mineral yang diambil dari lokap yang dihuni Anwar.

Mahkamah Persekutuan, Selasa menolak rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengubah penghakiman Mahkamah Tinggi, dan mensabitkan serta menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful pada 26 Jun, 2008.

Hakim Arifin berkata dengan mengambil kira keterangan lain, tidak dapat dipertikaikan bahawa sampel yang diperiksa Nor Aidora adalah daripada barangan yang hanya digunakan oleh Anwar.

"Dengan ini tidak dapat dipertikaikan bahawa profil Lelaki Y yang dihasilkan dan dianalisis oleh kedua-dua ahli kimia tidak lain dan tidak bukan adalah milik perayu," katanya.

Hakim Arifin berkata berdasarkan pangkalan data DNA populasi rakyat Malaysia, terdapat kebarangkalian amat tinggi bahawa DNA Lelaki Y adalah milik individu yang sama.

Dengan ini, mahkamah memutuskan bahawa keterangan DNA Lelaki Y menyokong keterangan terhadap elemen penetrasi zakar oleh Anwar.

Mahkamah juga memutuskan bahawa keterangan dua ahli kimia itu terletak di bawah pendapat pakar dan panel tidak berasa sangsi bahawa mereka adalah pakar dan Anwar telah gagal untuk mempertikaikan kepakaran mereka.

"Tiada apa-apa yang jelas tidak munasabah berhubung keterangan PW5 (saksi kelima pihak pendakwaan Dr Seah) dan PW6 (Nor Aidora)," katanya.

Panel juga mendapati pengambilan barang bukti atau eksibit yang digunakan Anwar semasa beliau berada dalam lokap tidak melanggar mana-mana peraturan ataupun ia melanggar hak perlembagaan Anwar untuk perbicaraan yang adil.

Hakim Arifin berkata Anwar ditahan di lokap mengikut undang-undang dan pengambilan barang oleh pasukan forensik adalah menggunakan kaedah penyiasatan polis yang adil dan mengikut undang-undang.

Berhubung DNA yang disokong oleh keterangan, beliau berkata berdasarkan keterangan Dr Seah bahawa, dari segi logik, jika sperma dikesan dalam rektum  Mohd Saiful, dengan itu mesti berlaku penetrasi zakar, keterangan yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dirinya telah diliwat oleh Anwar.

"Sama ada dubur koyak atau lebam, pada pendapat kami bukanlah satu isu yang dapat mempertikaikan fakta bahawa Mohd Saiful telah diliwat," katanya.

Beliau berkata menurut tiga doktor kerajaan, ketiadaan kecederaan seumpama itu mungkin disebabkan oleh jarak masa sebelum menemui doktor berkenaan, bukan kerana tiada paksaan berlaku, dan pelincir telah digunakan.

"Penjelasan ini, pada pandangan kami, adalah munasabah dan kami menerimanya," kata Hakim Arifin.

Berhubung isu lain iaitu berlaku degradasi pada sampel, panel itu bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa adalah tidak betul dan mengelirukan untuk merumuskan bahawa hanya kerana berlaku degradasi, profil DNA yang dihasilkan tidak boleh dipercayai.

Hakim Arifin berkata dengan itu mahkamah tertinggi mendapati degradasi itu tidak mendatangkan kesan terhadap profil DNA dalam kes ini.

Ketua Hakim Negara juga bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa integriti sampel tidak tercemar seperti dihujahkan oleh pasukan pembelaan.

Beliau berkata Dr Seah, dalam keterangannya, mengesahkan beliau tidak mengesan yang pateri pada eksibit telah dibuka, dan dengan itu, panel mendapati tidak berlaku gangguan dalam rantaian penghantaran eksibit berkenaan.

"Cadangan peguam bela perayu bahawa keterangan DNA sengaja diada-adakan, adalah dengan itu tidak dapat dibuktikan," katanya.

Hakim Arifin berkata panel berpendapat hakim perbicaraan (mahkamah tinggi) terkhilaf dalam memutuskan 'kepastian 100 peratus' mengenai bukti bahawa kemungkinan sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful telah tercemar.

"Berhubung fakta kes ini, kami dapati bahawa kemungkinan integriti sampel diambil daripada Mohd Saiful telah tercemar sebelum sampai kepada ahli kimia adalah terpencil. Cadangan itu boleh ditolak dengan satu ayat, "sudah pasti ia mungkin, tetapi kebarangkalian yang amat kecil," kata Hakim.

Selain itu, Hakim Arifin berkata kenyataan pembelaan Anwar bahawa pertuduhan terhadapnya merupakan konspirasi politik kekal sebagai dakwaan yang tidak disokong oleh mana-mana saksi berwibawa.

Beliau berkata mahkamah tertinggi memutuskan Mahkamah Rayuan telah menggunakan prinsip betul dalam menilai kenyataan perayu.

"Walaupun betul bahawa perayu berhak untuk memberikan keterangan, kenyataan itu bagaimanapun mestilah pembelaan yang berwibawa," katanya.

Tentang keterangan saksi pihak pembelaan, Dr Muhamed Osman Abdul Hamid dari  Pusrawi, doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas kejadian liwat itu, Hakim Arifin berkata panel bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa beliau seorang yang tidak boleh dipercayai dan bercakap tidak benar.

"Ini menjelaskan kenapa pihak pendakwaan memilih untuk tidak memanggil beliau sebagai saksi mereka. Adalah sudah lapuk bahawa bidang kuasa untuk memanggil mana-mana saksi terletak dalam tangan pihak pendakwaan dan mahkamah tidak akan campur tangan dalam pelaksanaan bidang kuasa itu," katanya.

Mahkamah juga berkata saksi pihak pendakwaan Dr Jeyaindran a/l C.

Sinnadurai, yang memeriksa Anwar tiga minggu selepas kejadian itu, berkata  Anwar memberitahunya bahawa beliau mengadakan hubungan seks dengan isterinya seminggu sebelum kejadian itu.

Saksi itu juga berkata Anwar tidak mengadu yang beliau mengalami sakit belakang, dan daripada pemerhatiannya semasa pemeriksaan perubatan, pergerakan Anwar lancar dan tidak terjejas oleh sebarang kesakitan.

Hakim Arifin berkata berdasarkan keterangan itu, panel berpandangan bahawa pendapat saksi pakar pihak pembelaan, Dr Thomas Hoogland, bahawa Anwar tidak mampu melakukan aksi itu adalah langsung tidak berasas.

"Hasilnya kami memutuskan bahawa terdapat bukti kukuh untuk menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa beliau telah diliwat oleh perayu," katanya.



PERJUANGAN NELAYAN & PEKEBUN KECIL


Putrajaya perlu tangani isu pekebun kecil, nelayan, kata NGO

PUTRAJAYA mesti melihat kebajikan pekebun kecil, memastikan keselamatan makanan dan hak tanah mereka, yang telah menjadi isu, kata kumpulan masyarakat sivil Lawan Lapar.

Kumpulan yang bermula pada Disember 2022 itu bertujuan mempertahankan hak komuniti pengeluar makanan di negara ini seperti petani dan nelayan yang melakukan pengeluaran secara kecil-kecilan.

Mereka juga prihatin dengan nasib petani yang didakwa dihalau dari tanah mereka di Perak.

Pengasas bersama Lawan Lapar, Ian Yee dan Tharma Pillai berkata, jika kerajaan ingin memastikan jaminan bekalan makanan, maka mereka perlu meningkatkan produktiviti pertanian kerana usaha itu mesti bermula daripada pekebun dan nelayan kecil.

Tharma berkata ini adalah isu yang sangat penting yang memerlukan perhatian Parlimen dan penggubal undang-undang.

“Pertanian dan pengeluaran makanan perlu menjadi industri utama yang mesti dilindungi dan banyak dilaburkan.

“Bukan sahaja di peringkat negeri tetapi di peringkat persekutuan mengenai penetapan undang-undang, infrastruktur dan penyelarasan dengan kerajaan negeri.

“Jika kita tidak mempertahankan hak petani dan nelayan, bagaimana mereka akan menghasilkan pengeluaran makanan jangka panjang yang mampan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada 12 September lepas, petani Perak, Lawan Lapar dan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) berarak dari Tugu Negara ke Parlimen untuk menyuarakan kebimbangan mereka.

Mereka turut menyerahkan memorandum kepada setiausaha politik Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Mohamed Sabu dan seorang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri. Memorandum itu turut diserahkan kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim.

Tharma yang juga pengasas bersama Undi18 berkata apa yang mereka cadangkan dalam memorandum itu adalah untuk mempunyai lebih banyak tanah pertanian kekal untuk tanaman makanan.

“Kita mempunyai begitu banyak tanah untuk tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan lain-lain ladang penggunaan komersial yang tinggi, tetapi peratusan tanah yang sedikit untuk tanaman makanan seperti padi, buah-buahan dan lain-lain.

“Kini ada peluang untuk melihat krisis makanan dan pembaharuan jangka panjang dalam RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12).

“Terdapat keperluan mendesak untuk menyelesaikan masalah ini dan mengubah mekanisme dan sistem.”

Isu lain yang diketengahkan dalam memorandum itu adalah untuk kerajaan melaksanakan sistem baharu dan mengembangkan sistem semasa mewartakan tanah pengeluar makanan kekal.

Ini, kata mereka, adalah untuk memastikan sektor pertanian di Malaysia akan memiliki stok kekal tanah pertanian yang seterusnya memastikan keselamatan makanan Malaysia.

“Sistem sedemikian mesti dilaksanakan melalui pengambilan tanah negeri oleh kerajaan persekutuan.”

Lawan Lapar turut menggesa kerajaan memperbaharui undang-undang tanah sedia ada, khususnya memanjangkan tempoh maksimum lesen pendudukan sementara (TOL) daripada satu kepada lima tahun.– 22 September, 2023.

KUATKAN

PERSATUAN

AMIN

JIKA TAKDA

TUBUH PERSATUAN

AMIN

KUMPUL TENAGA

KUMPUL SUARA

AMIN

SUSUN BARIS

BANGUN BERJUANG

AMIN

INGAT PENANAM

GETAH DI BALING

DEMO 1974

KHALAS