Rabu, 27 September 2023
RAJA MELAYU ISLAM DI LARANG ?
Topik 3R adalah inti sari perjuangan rakyat – Rais
KUALA LUMPUR – Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim tidak bersetuju dengan larangan berkaitan 3R (raja, agama dan bangsa) dalam ucapan atau perbahasan
Menurut Rais, ketiga-tiga topik itu adalah rempah-ratus hak rakyat dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
“Semua parti politik mengandungi tiga perkara tersebut sebagai inti kata ucapan dan perbahasan.
“Asalkan Akta Hasutan 1948 tidak dilanggar, berucap mengenai hal-hal pokok ini dibenarkan khasnya di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” tegas beliau.
Rais berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama perasmian Sambutan Hari Malaysia anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) di Georgetown.
Tambah Rais, 3R perlu terus diperkatakan kerana ‘tiga tali sepilin’ itu adalah intisari perjuangan rakyat khasnya orang Melayu selama ini.
Menurut beliau, kebebasan dan hak di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan cukup tinggi sekalipun Akta Hasutan ada memperuntukkan batasan.
“Selagi akta itu tidak dipinda oleh Parlimen, selama itulah 3R itu boleh dibahaskan,” kata beliau.
Sementara itu Rais mencadangkan Rukun Negara dijadikan sebagai mukadimah Perlembagaan kerana Malaysia masih tidak mempunyai asas perundangan yang berpaksikan prinsip kenegaraan tinggi.
Bekas menteri Kabinet itu berkata, Rukun Negara yang berusia 53 tahun mesti mempunyai tempat tertinggi dalam Perlembagaan tanah air.
Menurut Rais, selama ini Rukun Negara hanya bersifat sebagai penyeri majlis rasmi tahunan selain penghias buku kulit buku teks dan mural sekolah.
“Rukun Negara tidak diamalkan dalam bentuk program-program asuhan dan latihan bagi ahli-ahli politik, guru, tenaga pengajar institusi pengajian tinggi dan sector swasta yang tanpak bebas dari pemangkinan nilai hidup,” kata beliau.-
WOIT
KALAU RAJA
MELAYU ISLAM
TAK LEH LABON
PAK LEBAI
GEROMBOLAN
NAK LABON
CERITA APA?
KAH KAH KAH
ANWAR NAK
CIUM
TANGAN SAPA
KAH KAH KAH
MELAYU ISLAM
RAJA ADALAH
ASAS KESEDARAN
MELAYU
KHALAS
IKUT CONTOH PEMIMPIN NEGARA
Bekas CEO anak
syarikat kerajaan
negeri didakwa lantik
anak jadi
Pegawai Kewangan
MELAKA – Seorang bekas ketua pegawai eksekutif sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan jawatan dengan melantik anaknya sebagai pegawai kewangan syarikat itu.
Amir Ali, 56, ketika itu menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Melaka Halal Hub Sdn Bhd, telah menggunakan jawatannya untuk melantik anak perempuannya, Nur Hafizah, memegang jawatan Pegawai Kewangan W41.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di syarikat berkenaan di Bangunan Anchor, Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub, Serkam di Jasin pada 1 April 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan jika dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Azriff Firdaus Mohamad Ali mencadangkan jaminan antara RM7,000 hingga RM15,000 dan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri ke pejabat SPRM Melaka sebulan sekali sehingga kes selesai dan pasport diserah kepada mahkamah.
Peguam Azrul Zulkifli Stork pula memohon agar jaminan dikurangkan kepada RM3,000 memandangkan anak guamnya mempunyai 10 orang tanggungan dan telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM.
Hakim Elesabet Paya Wan membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dan membenarkan syarat tambahan serta menetapkan 2 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – Bernama
WOIT
MAMAT NI IKUT
CONTOH PEMIMPIN
NEGARA KITA
YANG SUCI
LAGI WARAK
AMIN
ANWAR LATIK
NURUL IZZAH
KAH KAH KAH
AMIR ALI LANTIK
NUR HAFIZAH
AMIN
DUA DUA SAMA
TANGKAP MAMAT NI
TANGKAP ANWAR
KAH KAH KAH
KHALAS
KESIAN USTAD INI
Bicara Ebit Lew: 2 hari analisis pemacu pena dipercayai ada bahan lucah, kata saksi
SAKSI kelapan perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret Tenom hari ini bahawa beliau mengambil masa selama dua hari untuk menganalisis data di dalam pemacu pena yang dipercayai mengandungi bahan berunsur lucah.
Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Yip Chang Ching, 43, berkata data diperoleh disimpan dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) PDRM dan beliau turut menyerahkan laporan berhubung perkara itu kepada pegawai penyiasat pada 10 Jan lepas.
Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dalam pemeriksaan utama mengenai hasil analisis saksi terhadap barang kes yang diterima pada 9 Disember 2022.
Bagaimanapun peguam Ram Singh memohon agar keterangan saksi itu berhubung data yang diperoleh daripada pemacu pena dipadam sehingga pembelaan menerima salinannya.
Majistret Nur Asyraf Zolhani membenarkan permohonan itu dan memaklumkan Yip boleh disoal semula selepas pembelaan berpeluang meneliti serta mengkaji kandungan pemacu pena dan DVD-R berkenaan.
Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung pada 9 Januari tahun depan. – Bernama, 26 September, 2023.
LUASKAN LAGI SAWAH PADI
LUASKAN LAGI
SAWAH PADI
AMIN
KHALAS
"KITA SOKONG
CADANGAN MAT SABU"
Tak sangko Mat Sabu punyo idio baik .. ia itu ontok moluaskan Tanah Padi di kampong. Nanti sawah padi tu kito boley mintak Bangla dan Pakistan nolong molambok dan nanam. Lopeh 5 tahon soparoh daripada bobudak kochik kampong tu GHOMAN Bangla/Pakistan .. kahkahkah
RAKYAT KENA KENCING
RAKYAT KENA
KENCING
KHALAS
Unknown commented on
"GULA PULAK LESAP"
Menang hari ini harga barang turun
Tapi awat rega barang makin mahai wahai mahaldahni.
Idup idup gwa kena kencing...penyokong pH pun samo kona jirus ngan ayaq kencing...padan Muk hangp
SANUSI WIRA DARI UTARA
SANUSI
WIRA DARI UTARA
KHALAS
Sintaro commented on
"NUSI BUAT CERITA LAGI"
NuC..selagi ada yang mahu mendengar dan menyiarkan ..hang katalah apa pun selagi mahu..depa cukup seronok - tambahan kalau hang balun PMX...lagi depa happy dan terangkat..hehe
BAHASA JATI DIRI
Fenomena guna bahasa asing usaha lupus Bahasa Melayu?
FENOMENA menggunakan bahasa asing khususnya dalam menamakan kawasan pembangunan baharu disifatkan satu usaha untuk melupuskan Bahasa Melayu.
Aktivis sosial dan penulis, Hishamuddin Rais berkata, tindakan itu juga secara tidak langsung menghakis jati diri sebagai rakyat Malaysia kerana meremehkan bahasa ibunda sendiri.
“Perdana Menteri India, Narenda Modi menggunakan nama ‘Bharat’ berbanding India pada Sidang Kemuncak G20 sebagai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan mereka.
“Kita pula di sini sebagai contoh menggunakan nama Bangsar South, Kiara South. South itu daripada mana? Ukuran apa? Ini perkara yang harus ditimbulkan bahawa ini adalah nasionalisme keinginan yang merosakkan nama-nama kampung Melayu dan menafikan kesedaran Melayu.
“Kita perlu bagi kesedaran bahawa Bangsar South itu adalah Kampung Kerinchi, Kampung Pantai Dalam dan Kampung Abdullah Hukum. Tolak nama Bangsar South. Ini niat jahat untuk mengubah sejarah peradaban Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Forum Pengantarabangsaan Bahasa Melayu Tanggungjawab Bersama sempena Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu 2023 di Hotel Le Quadri UCSI, Kuala Lumpur, hari ini.
Turut sama dalam forum tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Dr. Ruhanie Ahmad sebagai moderator manakala Penasihat Editorial Bebas News, Zaini Hassan dan Penganalisis Politik, Kamarazaman Yaacob sebagai ahli panel.
Sementara itu, Hishamuddin mencadangkan kerajaan khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menubuhkan pusat bahasa di negara-negara yang mempunyai jumlah rakyat yang ramai bekerja di Malaysia.
“Pekerja-pekerja dari Bangladesh, Myanmar, atau dari mana sahaja, mereka seharusnya dilatih dahulu sebelum datang masuk menjadi pekerja di Malaysia.
“Kita harus wujudkan di Bangladesh sekolah mengajar Bahasa Melayu sebelum mereka datang menjadi pelayan, dan wajib mempunyai kelulusan. Ini peranan yang harus dilakukan oleh DBP atau Kerajaan yang baharu,” katanya.
Dalam pada itu, Zaini menegaskan kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan Bahasa Melayu pada papan tanda di seluruh negara.
“Satu ketika dahulu, kita mempunyai polisi atau dasar tentang pengiklanan dan ini juga mempunyai kaitan dengan DBP yang mengawal selia iklan-iklan selain daripada Pihak Berkuasa Tempatan.
“Namun, pada hari ini apabila kita melihat papan-papan tanda dan iklan-iklan di kedai sudah semakin bercelaru… dahulu kita mempunyai dasar,” katanya.
AWAS !
ADA RANCANGAN
JAHAT NAK
JADIKAN
TANAH MELAYU
PROVINSI
CHINA MERAH
KHALAS
PENTAS SANUSI TIBAI PUDIN
Mahkamah batal kemenangan PAS di Kemaman
MAHKAMAH Pilihan Raya di Terengganu membatalkan kemenangan ahli Parlimen PAS Che Alias Hamid di kerusi Kemaman dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Hakim Pilihan Raya Anselm Charles Fernandis mendapati wujud sogokan sewaktu kempen pilihan raya di kerusi itu.
“Mahkamah mengarahkan kos sebanyak RM30,000 untuk dibayar oleh responden kepada pempetisyen,” katanya sewaktu membacakan keputusannya.
Beliau merima permohonan pempetisyen daripada Umno Terengganu yang mendakwa wujud sogokan melalui program bantuan kerajaan negeri meraih undi semasa dalam kempen itu.
Keputusan itu dibuat ke atas petisyen yang difailkan semula oleh seorang pengundi kawasan itu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.
Beliau mengemukakan petisyen baharu selepas mahkamah menerima bantahan awal yang dikemukakan responden pada 12 Feb lepas.
Wan Mohamad mendakwa wujud unsur rasuah di beberapa majlis rasmi Kerajaan Negeri Terengganu melalui dana bantuan i-Belia dan i-Siswa yang telah diagihkan semasa tempoh berkempen.
Sementara itu peguam yang mewakili ahli Parlimen PAS, Wan Rohimi Wan Daud berkata hakim memberi ruang kepada responden sehingga 3 Oktober ini untuk memfailkan rayuan.
“Kita ada buat permohonan untuk gantung sementara keputusan hari ini. Tapi setelah perbincangan dengan kedua pihak peguam.
“Hakim hanya membenarkan untuk memberi ruang sehingga 3 Oktober ini untuk responden membuat rayuan,” katanya.
Jelasnya jika pihak responden tidak menghantar sebarang rayuan dalam tempoh tersebut, hakim akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai keputusan hari ini.
Ditanya sama ada PAS akan membuat rayuan, beliau berkata ia akan dibincangkan terlebih dahulu dengan pemimpin tertinggi parti.
“Saya perlu adakan perbincangan dahulu dengan ahli Parlimen, pimpinan parti Terengganu dan pusat. Ia akan diputuskan dalam mesyuarat parti,” katanya.
Pada Jun lepas Mahkamah Pilihan Raya di Kuala Terengganu juga membatalkan kemenangan Ahli Parlimen PAS Ahmad Amzad Hashim di Kuala Terengganu pada PRU15.
Kerusi tersebut bagaimanapun berjaya dikekalkan PAS dalam pilihan raya kecil yang dijalankan serentak dengan pilihan raya negeri pada 12 Ogos lalu. – 26 September, 2023.
WOIT
INI TERBAIK
UNTUK PERIKATAN
KAH KAH KAH
SATU LAGI
PENTAS DIBUKA
UNTUK
MELAYU ISLAM
AMIN
SATU LAGI
PENTAS DIBUKA
UNTUK SANUSI
TIBAI PUDIN
TIBAI MADANON
KAH KAH KAH
KHALAS
KITA SOKONG CADNAGN MAT SABU
Mat Sabu saran kerajaan negeri bangun kawasan tanam padi
KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyarankan supaya kerajaan negeri membangunkan kawasan penanaman padi di negeri masing-masing bagi meningkatkan pengeluaran beras dalam negara.
Menterinya Mohamad Sabu berkata langkah berkenaan, yang juga memerlukan kerjasama pelbagai kementerian termasuk KPKM, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Beliau berkata terdapat beberapa negeri yang turut berpotensi untuk dibangunkan tanaman padi iaitu Sabah dan Sarawak, selain kawasan sawah terbiar di Negeri Sembilan, serta mencari jalan terbaik untuk meningkatkan sistem pengairan untuk tanaman tersebut.
“Hal padi dan beras ini bukan tanggungjawab individu, dia tanggungjawab seluruh negara, sekuriti makanan ni semuanya kena terlibat termasuk kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, swasta dan pengusaha. Ia masalah negara dan dunia, semua kena tumpu ke arah mengurangkan bebanan ini.
“Tanah ialah kuasa kerajaan negeri dan mesti mereka bekerjasama, tak kiralah dia pembangkang ke pemerintah ke, soal makanan ini, takda (isu) pembangkang tak perlu makan, pemerintah tak perlu makan, kerana semuanya perlu.
“Di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), kita bantu sistem pengairan supaya dapat buat padi lima musim dua tahun. Tapi tak bolehlah lancarkan tahun ini, tahun depan akan berjaya, ambil masa sekurang-kurangnya tiga, empat tahun dari sekarang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Himpunan dan Deklarasi Usahawan Pemasar Agro Madani (KHIDMAD) 2023, di Port Dickson hari ini.
Mengenai program Intervensi Pengedaran Beras Putih Tempatan (BPT), beliau berkata stok BPT akan ditingkatkan ke setiap negeri kepada 1,100 metrik tan sebulan, bagi memenuhi keperluan orang ramai dengan penambahan kepada 5,000 pusat jualan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), terutama di kawasan pedalaman dan pinggir bandar.
Justeru, beliau sekali lagi menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat pembelian panik, kerana bekalan BPT masih mencukupi dan belum menggunakan stok kecemasan, selain BPT itu akan dihantar ke pasar raya bagi supaya tidak tertumpu di pusat jualan Fama dan Lembaga Pertubuhan Peladang.
Selain itu, Mohamad berkata beliau akan mengadakan pertemuan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G), dengan duta daripada India, antara lain bagi membincangkan cara menstabilkan bekalan beras dalam negara di pejabat KPKM, esok.
Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata pihaknya bersiap sedia dan sentiasa bekerjasama dengan agensi termasuk Fama dan pihak swasta dalam menjamin bekalan makanan pada musim tengkujuh selain menasihatkan petani untuk tidak menanam tanaman yang dijadualkan matang pada waktu tersebut.
Sementara itu, Mohamad berkata jualan Agro Madani sehingga 20 September lepas mencatatkan nilai jualan RM43.5 juta di 2,282 lokasi seluruh negara, membabitkan 34,123 usahawan dengan nilai penjimatan RM13.05 juta kepada 4.56 juta isi rumah.
Beliau berkata melalui Jualan Agro Madani, komoditi jualan diperluaskan meliputi produk segar dan barang kawalan termasuk di kompleks atau pejabat kerajaan, kedai peruncitan agensi di bawah KPKM, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan perumahan, kawasan miskin bandar dan pinggir bandar. – Bernama, 26 September, 2023.
KITA SOKONG
DASAR
TANAM PADI
LEBIH BANYAK
AMIN
KURANGKAN BRLI
BERAS DARI LUAR
AMIN
BERSAWAH PADI
BERDIRI DI BERAS
SENDIRI
AMIN
KHALAS
MELAYU WAJIB UBAH SIKAP !!!
MELAYU WAJIB
UBAH SIKAP
KHALAS
Unknown commented on
"MEDIA MAKIN DI KAWAL KETAT"
Sejak merdeka bantuan demi bantuan diberikan masih tak boleh berdiri masih tak boleh berdikari masih tak boleh buat sendiri, dah manja dah malas, semua nak bantuan, kemudian paling banyak merungut, lihatlah Bangla lihatlah Indonesia datang sehelai sepinggang sahaja tapi berjaya kerana berusaha kuat, bekerja gigih kemudian dapat juga lubang tempatan kah kah kah pun masih tak ada nilai sendiri kah kah kah
APA AJDI DENGAN SYED MOKHTAR
APA JADI DENGAN
SYED MOKHTAR
JENG JENG JENG
AMIN
Unknown commented on
"USTAD LIEU DAN USTAD LEE"
Sejak Syed Bukhari dipaksanoleh Anwar lepaskan hak pegagann beras pada puak Kartel Mata sepet maka gangguan bekalan beras makin menjadi Jadi.... Ini lah Jadi bila pilih barua DAP@LeeKwanYew diangkat Jadi PM
GULA PULAK LESAP
GULA LESAP
27 SEPTEMBER 2023
ADUH !
LEPAS BERAS GULA PULAK
LESAP
MALAM KELMARIN
GUA DI WARUNG TOMYAM
DI BRICKFEILD
MAK CIK TUAN PUNYA WARUNG
BERCERITA BERAS DAH MAHAL
DAN GULA DAH LESAP
DUA HARI WARUNG TOMYAM INI
TAK JUAL MINUMAN MANIS
GULA UNTUK RAKYAT LESAP
GULA YANG ADA GULA SPESIAL
HARGA MAHAL
JENG JENG JENG
GUA KE MASUK KEDAI RUNCIT BANGLA
GUA TANYA TENTANG GULA
BETUL TAK DA
BERAS ADA
SEKAMPIT 42 RINGGIT
SEKAMPIT 45 RINGGIT
WADUH !
BERAS UNTUK RAKYAT
YANG DULUNYA 12 RINGGIT
SEKAMPIT DAH LESAP
JENG JENG JENG
KRISIS INI BERPANJANGAN
JIKA DI OLAH BETUL
KITA LIHAT APA AKAN JADI
DI PELANGAI
JENG JENG JENG
AMERIKA
NEW YORK SAMAN TRUMP
INI SAMAN SIVIL
KES TRUMP TIPU WAKTU MENIAGA
AMERIKA
UNTUK PERTAMA KAMI
PRESIDEN AMERIKA
DATANG MENYOKONG
BURUH KERETA YANG SEDANG MOGOK
INI BELUM PERNAH BERLAKU
BIDEN MAHU TUNJUK
DIA DARI KELAS BURUH
TAMBAH LAGI
TAHUN DEPAN 2024
PEMIMILIHAN PRESIDEN
HOKKIEN
KERING SEGAR
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
DERAMAN BUNYI KERETA
AGAK KUAT
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA AGAK LEMBUT
HA HA
SUARA SAEKOR KENG KENG
MEMECAH PAGI
SUARA TERKUKUR
MENDERAM DALAM BELUKAR
WOW
TIGA EKOR WARGA ASAL MARAH
BILA KAMI MELINTAS
WILAYAH MEREKA
SALAKAN AMAT KUAT
BERGEMA DI HOKKIEN
DUA HARI
GUA DETOX
TAK BUKA KOMPUTER
GUA IKUT SEMINAR BAHASA MELAYU
DI UNIVERSITI UCSI CHERAS
HARI INI BARU
GUA BUKA KOMPUTER
GUA YAKIN
AHRI INI AKAN PANAS
MUNGKIN PETANG HUJAN
BRO
SENYUM
KITA BERJUMPA KEMBALI
BRO
KAPAL BERKEMUDI MENUJU UTARA
UNGGUN API KELUAR ASAP
APA JADI PADA NEGARA
BERAS HILANG GULA LESAP
TANAM SAYUR DI TEPI SAWAH
NAIK TANGGA TIANG REBAH
RAKYAT MISKIN MAKIN SUSAH
DUIT KURANG NILAI RENDAH
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENCARI GULA