Jumaat, 27 Oktober 2023

DEMO PETANG SABTU



DEMO

SABTU 

27 OKTOBER 2023

SASARAN

KEDUTAAN AMERIKA

KHALAS

🚶🏻‍♂️ PENGANGKUTAN AWAM KE MASJID KLCC UNTUK PESERTA Himpunan🚝🏁

*📍 *DARI TBS (bagi yang naik bas dari Utara/Selatan/Timur)🚉
1. Naik LRT stesen TBS ke stesen Masjid Jamek
*platform hala ke laluan sentul timur dari tbs
2. Tukar lane LRT Masjid Jamek ke KLCC
*platform laluan ke gombak(turun bawah tanah)
3. Berjalan kaki ke Masjid KLCC 

*📍 *DARI HENTIAN BAS PEKELILING/PUDU (bagi yang turun ke sini)🚍
1. Naik MRT Stesen Titiwangsa ke Stesen MRT PESIARAN KLCC

*📍 *DARI SELATAN-KTM🚊
1. Turun Keretapi Komuter ke stesen KL Sentral
2. Naik LRT stesen KL Sentral - KLCC
*platform laluan ke gombak


PLAN EKONOMI ANWAR BOCOR


PLAN  EKONOMI

 ANWAR

BOCOR

KAH KAH KAH

KHALAS

ANWAR MAT LEBONG - SYED SADDIQ MAHU BUKTI


Syed Saddiq desak

 dedahkan pihak luar 

ugut Anwar
KUALA LUMPUR – Kerajaan atau Perdana Menteri, Anwar Ibrahim harus memberikan pencerahan mengenai pihak mana yang membuat ugutan terhadap Malaysia, kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar).

Syed Saddiq berkata, langkah itu perlu kerana pendirian yang diketengahkan Anwar adalah pendirian negara melibatkan seluruh rakyat di negara ini.

“Saya berasa sebagai ahli Parlimen tidak kira kerajaan atau pun pembangkang, kita akan mendokong Perdana Menteri dalam situasi ini khususnya dalam mempertahankan bumi Palestin yang tertindas, penderaan, seksaan, pembunuhan dan jenayah yang berlaku berskala besar.

“Jika ada apa-apa ugutan ke atas PM kita perlu bersama mempertahankan dan saya berharap dalam bab ini ada pencerahan lanjut contohnya apa jenis ugutan dan siapa yang mengugut,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menggesa agar kerajaan pantas mengambil tindakan tertentu terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk mengganggu kedaulatan negara.

Presidan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu turut berkata, ia jelas satu perbuatan serius dan perlu diambil tindakan segera.

“Apa tindakan yang perlu diambil serta merta kerana ini adalah serius dalam bab hubungan antarabangsa ini ugutan yang dikenakan keatas PM itu sama sahaja ugutan yang dikenakan terhadap negara Malaysia kerana di persada dunia, pendirian PM adalah pendirian negara.

“Sebab itu walaupun saya berada di kedudukan pembangkang saya akan mendokong dna mempertahankan perkara ini khususnya ia melambangkan identiti dan kedudukan negara kita,” katanya lagi.

Awal hari ini, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) menggesa kerajaan mendedahkan negara yang melakukan ugutan serta menekan  Anwar Ibrahim susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin.

Jelasnya, pihaknya tidak sanggup melihat Anwar ditekan dan diugut seperti itu, lantas menyarankan nota bantahan dihantar kepada kedutaan negara terbabit yang berada di negara ini.

“Apabila kita dengar Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau menerima ugutan, ancaman, tekanan dan sebagainya, saya fikir menteri kena dedahkan negara mana yang berani menekan dan mengugut Perdana Menteri yang kita sayang ini.

“Kita tak sanggup melihat Perdana Menteri kita ditekan dan diugut seperti ini,” katanya di Dewan Rakyat. –

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

SYED SADDIQ NI

PERLI KE? BODEK?

KAH KAH KAH

ANWAR MAT LEBONG

KLIM KENA ANCAM

TUJUAN

NAK TARIK HATI

MELAYU 

KAH KAH KAH

AMIN

TAK BERANI KUTUK

AMERIKA SEPERTI

EDORGAN BUAT

AMIN

TAK BERANI TIBAI

ISRALI SEPERTI

ERDOGAN BUAT

KAH KAH KAH

HANYA KATA

SOKONG DAN

BERI BANTUAN 

DUIT BUKAN 

SENJATA

KAH KAH KAH

MUSTAHIL

SYED SADDIQ 

TAK SEDAR

KAH KAH KAH

KHALAS

ANWAR DALAM BAHAYA ?



Pasangan suami isteri 

dipercayai ejen Mossad

 bukan ahli PKR
PETALING JAYA – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menafikan pasangan suami isteri yang didakwa menjadi ejen keselamatan dan perisikan Israel (Mossad) ahli parti itu.

Jelas penyandang Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, kedua-dua mereka juga bukan anggota mana-mana Cabang PKR dan tiada kaitan dengan parti.

Malah katanya, tindakan kedua-dua individu mengangkat bendera parti itu pada satu majlis pada 2018 juga adalah tindakan mereka sendiri dan tiada kaitan dengan PKR.

“Saya sahkan bahawa dua individu tersebut, iaitu Nidarayahu Zainal dan Raibafie Amdan, bukan anggota mana-mana Cabang KEADILAN (PKR) dan tiada kaitan dengan parti.

“Berhubung gambar individu tersebut mengangkat bendera KEADILAN, atau gambar akaun Facebook dengan logo KEADILAN sekitar 2018, ia merupakan tindakan dan pilihan individu terbabit serta tidak ada kaitan sama sekali dengan parti,”katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, pihaknya mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas suspek dan membebaskan warga Palestin yang diculik dipercayai atas arahan Mossad, agensi keselamatan dan perisikan Israel.

“Semua yang didapati bersalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan bahawa dua individu yang ditahan itu merupakan anggota PKR serta ada kaitan dengan parti.

Individu-individu tersebut didakwa punyai hubungan dengan Mossad.-KOSMO! ONLINE

ANWAR IBRAHIM

DALAM BAHAYA

KAH KAH KAH

AJEN MOSSAD

DAH  SAMPAI

AMIN

NASIB BAIK

BUKAN AHLI PKR

KAH KAH KAH

KALAU TIDAK

SEMUA CIPPLUT

KAH KAH KAH

KHALAS

MUSIM BANJIR BERMULA


Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat

JUMLAH mangsa banjir di Perak meningkat kepada 324 orang daripada 99 keluarga pagi ini berbanding 268 orang daripada 84 keluarga malam tadi dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di empat PPS iaitu 207 mangsa daripada 66 keluarga di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap.

“PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di Kerian mempunyai 41 mangsa daripada sembilan keluarga, manakala 76 mangsa membabitkan 20 keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Kerunai di daerah Hulu Perak,” menurut kenyataan itu.




166 penduduk dipindahkan ke 4 PPS di Kedah

SERAMAI 166 mangsa daripada 134 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah selepas kediaman mereka terjejas dengan banjir kilat yang berlaku sejak petang, semalam.

Daerah yang terlibat adalah Baling yang melibatkan seramai 159 mangsa daripada 131 keluarga dan Bandar Baharu yang melibatkan tujuh mangsa daripada tiga keluarga.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (Pertahanan Awam) Mohd Faizol Ab Aziz berkata tiga PPS yang dibuka di Baling ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu,  SK Siong dan SK Parit Panjang.



40 TAHUN DULU

BANJIR HANYA

MUSIM TENGKUJUH

BULAN DISEMBER

DI KELANTAN

AMIN

KINI BANJIR

MELANDA

KESANA KE SINI

PANTAI TIMUR

PANTAI BARAT

AMIN

WASPADA 

BERSEDIA

IKLIM BERUBAH

KHALAS

KAPAL PERANG MALAYSIA BELUM SIAP NAK GI BANTU PALESTIN



KAPAL PERANG

MALAYSIA 

BELUM SIAP

 NAK GI BANTU

PALESTIN 

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "KAPAL KITA MASIH TAK SIAP"

bercakap soal kapal yang tak siap tu, kita juga patut berdoa ke hadhirat Ilahi agar kapal selam scropane yang mahal tu boleh tenggelam timbul dengan selamatnya untuk menyerang zionis israel.

memang dasar melayu islam kalau tadbir negara. dasar perabis duit.

Institut Kajian Dasar patut patent kan dasar perabis duit, seni perabis duit, dasar menyamun duit dan boleh lari tanpa masuk penjara etc sebagai hak ekslusif negara melayu islam. Wududkan sebagai satu cabang ilmu dan kajian ilmiah untuk sarjana&phd.

Boleh jemput sekelian ilmuan profesor kangkung mengada2 untuk jadi penasihat. Tok mufti untuk kuatkan dalil taat kepada pemimpin ulul amri minkum, aati ullah wa aati urrasullll.

ameeennn

Unknown commented on
 "KAPAL KITA MASIH TAK SIAP"

Jangan risau panglima perang PAS ada, boleh bina kapal terbang kertas boleh bina helikopter kertas, boleh buat kereta kebal kanvas siap logo PAS berjuang demi agama bangsa negara jangan panik jangan risau tetapi siapa boleh bawa semua peralatan canggih entahlah kah kah kah



Unknown commented on 
"KAPAL KITA MASIH TAK SIAP"

Kalau perang sampai tanah air kita ini entahlah nak cakap apa, takut kapal terbang tak ada enjin, kapal laut tak boleh start, kapal selam tak boleh selam, entahkan bateri kereta kebal pun dijual di kedai botol kah kah kah sampai tahap begitu orang-orang kita kemudian teriak kemudian bising kiri kanan suruh hantar jihad tengok dirinya betul betul, yang ceramah pun kena bayar upah kalau percuma tak ada siapa nak bagi ceramah modal air liur saja kah kah kah


 

KESAH WARTAWAN BERHATI JUJUR - WAJIB TONTON


HATI JUJUR

KESAH PENGALAMAN  WARTAWAN INI
AKAN MEBUATAKN KITA SEMUA
MENILAI KEMBALI
APA ERTINYA
KEMANUSIAAN

SOSOK JUJUR
SOSOK PROFESSIONAL
YANG SEMAKIN JARANG
KITA TEMUI DALAM DUNIA MEDIA

CHRIS HEDGES
SALAH SEORANG WARTAWAN
YANG PROFESSIONAL
MASIH BERJUANG
UNTUK KEBAIKAN UMAT MANUSIA
AMIN

YANG JUJUR MARI IKUT BERDEMO



BRO

APA LU BILANG

WUJUD

AMIN

LU YANG JUJUR

YANG IKHLAS

MARI SAMA 

BERDEEMO

KHALAS

Unknown commented on
 "DEMO LAGI"

Satu saja pasti, semua cari populariti cari sokongan atas dasar perang Israel Palestin ini, siapa nak jadi hero? Disamping itu ada juga mencari rezeki macam-macam cara jual produk jual tudung jual mafla jual sticker minta derma minta bantuan, samada sampai atau tidak tidak menjadi persoalan sekarang, siapa hero siapa watak jahat akan tahu kemudian selepas episod berakhir kah kah kah



 

ANWAR IBRAHIM DIANCAM MOSSAD ?


ANWAR IBRAHIM

DIANCAM MOSSAD ?

AMIN 



Institut Perisikan dan Operasi Khas (Ibrani: המוסד למודיעין ולתפקידים מיוחדים ha-Mosád le-Modiʿín u-le-Tafkidím Meyuḥadím), lebih dikenali sebagai Mossad[a] (UK: /ˈmɒˊdæd[a] moh-SAHD), ialah agensi perisikan kebangsaan Negara Israel. Ia adalah salah satu entiti utama dalam Komuniti Perisikan Israel, bersama-sama dengan Aman (perisikan tentera) dan Shin Bet (keselamatan dalaman).

Mossad bertanggungjawab untuk pengumpulan risikan, operasi rahsia dan memerangi keganasan. Pengarahnya menjawab terus dan hanya kepada Perdana Menteri. Bajet tahunannya dianggarkan sekitar ₪10 bilion (AS$2.73 bilion), dan dianggarkan ia menggaji kira-kira 7,000 orang, menjadikannya salah satu agensi pengintipan terbesar di dunia.[1]

SPY ISRAEL? 8 INDIA DI DIHUKUM MATI



8 bekas tentera laut India dijauhi hukuman mati

LAPAN bekas tentera laut India dilaporkan dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Qatar.

Mereka yang bekerja untuk Dahra Global Technologies and Consultancy, sebuah syarikat swasta yang terlibat dalam perkhidmatan maritim ditahan oleh perkhidmatan perisikan Qatar pada Ogos tahun lepas.

“Berdasarkan maklumat awal yang kami terima sebuah mahkamah di Qatar hari ini membuat penghakiman terhadap kes yang melibatkan lapan pekerja India di syarikat Al Dahra.

“Kami terkejut atas keputusan hukuman mati itu dan sedang menunggu butiran lanjut. Kami telah berhubung dengan ahli keluarga dan pasukan undang-undang…,” menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar India pada Khamis.

Laporan itu tidak menyatakan pertuduhan terhadap bekas tentera terbabit.

Menurut kementerian, buat masa ini tidak sesuai untuk membuat sebarang kenyataan mengenai kes itu selagi maklumat penuh belum diperoleh.

Laporan media sebelum ini mengatakan mereka ditahan atas tuduhan mengintip. – Bernama, 26 Oktober, 2023.

MERISIK UNTUK

ISRAEL KE ?

AMIN

SEMUA MASIH

GELAP

KHALAS 


HAMAS AKAN HANCUR ?



  HAMAS AKAN 

 HANCUR ?


Ketika tulisan ini digarap Perang Gaza telah memasuki hari ke 20. Gaza sedang di kepong oleh ribuan bala tentera Zionis Israel. 

Soldadu Israel menunggu masa untuk masuk ke Gaza dengan tujuan membunuh warga Palestin.

Arahan masuk menyerang wajib dibuat oleh Netanyahu dengan sokongan dari  Biden, Macron, Sunak dan Olaf  Scholz . Jeneral , Komander dan para Tok Sarjan hanya jadi tukang sampai.  Ini perang geopolitik yang di kemudi oleh politikus.

Perang geopolitik satu  projek kaum globalis. Ini projek yang dipasak oleh industri senjata dan kaum pemodal.  Perang  membuka peluang perniagaan. Justeru Hamas wajib dihapuskan.

Pengepungan dan pengeboman   ini bukan satu yang baru. Semenanjung Gaza yang panjangnya 25 batu dan luasnya  6 ke 7 batu adalah penjara terbesar dalam dunia.

Sekatan bermula di Gaza pada tahun 2005. Pada tahun  2007 Parti Hamas menang dalam pilihanraya Palestin dengan mengalahkan  Fatah di Gaza. Semenjak 2007  dari sekatan ekonomi politik dan pergerakan Gaza terus menjadi penjara.

Seramai lebih dari 2 juta warga Palestin  di Gaza sedang di penjara oleh Zionis Israel. Ada lebih dari 2 juta  Palestin tinggal di Tebing Barat. Mereka inilah penunggu dan penduduk asal bumi Palestin.

Dalam masa yang sama  dari laporan statistik tahun 2022 jumlah warga Israel ialah 9,656,000. Seramai 7  juta lebih adalah Bani Yahudi. Dua juta lebih Arab Palestin.

Pada 7 Julai 2022 Biro Statistik Palestin telah mengeluarkan data bahawa dalam dunia hari ini ada 14. 3 juta sosok yang mengakui diri mereka Bani Arab  Palestin. Ini termasuk mereka yang tinggal di Jordan, Mesir, Syria,  Lebanon dan  di negara-negara di luar Palestin.

Zionis Israel dan Zionis Tempatan selalu berkata : Israel memiliki hak mempertahankan diri untuk keselamatan. Kita selalu mendengar  ‘ ....the right of self- defense..’  dari mulut Biden atau dari mulut Sunak. 

Ini mantera dan ratib penyokong Zionis. 

Zionis Tempatan adalah Zionis yang bukan Yahudi seperti Biden dan Macron. Zionis Tempatan menyokong wujudnya negara Zionis Israel.

Apakah untuk keselamatan Israel i bermakna  Zionis Israel akan membunuh  14 juta  Arab Palestin.  Apakah keselamatan ini dimulai dengan mengebom Gaza hingga hancur lumat. 

Tujuan menghancur lumat  Gaza amat jelas. Pertama untuk mengurangkan penduduk  Palestin di Gaza. Kedua mengecilkan Gaza dengan  merampas  tanah dan wilayah – kebun dan dusun yang di tinggalkan.  Wilayah ini akan  diberikan kepada imigran Yahudi yang baru sampai.

Seyogia di ingatkan salah satu dari rukun Zionisme ialah : Yahudi dimana sahaja mereka berada mereka adalah warga negara Israel. Amin.

Justeru untuk menyediakan tanah dan rumah kepada Yahudi diseluruh dunia bumi Palestin wajib dijajah. Projek kolonial penjajahan Palestin yang bermula dengan Nakba tahun 1948 kini  disambung  dengan  memusnahkan Hamas.

 Boleh kah pemunahan Hamas ini berjaya dilakukan pada tahun 2023?

Untuk menjawab soalan ini kita wajib melihat sejarah dan latar belakang Israel. Ada kejulingan pandangan tentang apa dia pertelingkahan antara Arab Palestin dengan Yahudi Zionis.

Untuk saya perjuangan Palestin ini adalah perjuangan anti kolonial. Perjuangan anti penjajahan. Perjuangan untuk mengambil tanah air yang telah dirampas dan  dijajah oleh  Zionis Yahudi.

Ini sama seperti perjuangan Dr Burhanuddin Hilmi, Pak Sako, Ibrahim Yaacob,  Chin Peng, Shamsiah Fakeh melawan Inggeris untuk memerdekakan Tanah Melayu. Mereka berjuang untuk merampas kembali bumi Melayu yang dijajah Inggeris. 

Perjuangan rakyat Palestin bukan perjuangan agama. Bukan perlawanan Islam membunuh Yahudi atau Yahudi  membunuh Islam.

Dari pandangan sepintas lalu memang betul dilihat seperti perbalahan agama. Para politikus dengan bantuan media kaum kapitalis sengaja tidak memunculkan  naratif penjajahan Palestin oleh Zionis Israel. 

Perjuangan nasional pembebasan bumi Palestin  sengaja dijulingkan oleh media arus perdana untuk menghalalkan penjajahan Palestin oleh kaum Zionis.

Mengalih  perjuangan pembebasan nasional ini sebagai perjuangan agama agak mudah. Ini kerana fakta sejarah. Untuk penganut Islam bumi Palestin suci kerana Masjid Al-Aqsa. Masjid ini adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah ke Mekah.

Masjid Al-Aqsa terletak dalam  kota Baitul Mukaddis atau Juruselam. 

Di Juruselam ini juga terletaknya  Sinagog Raja Daud dan Raja Sulaiman.  Dua kiblat   sembahyang untuk  penganut agama Yahudi.

Baitul Mukaddis juga adalah  wilayah dan kota suci penganut agama Kristian. Di Baitul Mukaddis  wilayah permulaan  Nabi Isa  berdakwah. Di Golgotha di pinggir  Baitul Mukaddis adalah tempat dimana  Nabi Isa mati disalib.

Tiga agama ini semuanya berpunca dari Nabi Ibrahim yang berpangkalan di Palestin.

Justeru kerana latar belakang fakta sejarah ini menjadikan mudah untuk  menimbulkan persepsi bahawa perjuangan rakyat Palestin ini perjuangan agama. Ini tidak tepat. Ini pandangan juling.

Perjuangan rakyat Palestin bukan perjuangan agama Islam melawan agama Yahudi. Bukan semua Arab Palestin beragama Islam.  Arab Palestin adalah umat awal yang menerima agama Kristian. Nabi Isa mendakwah di Palestin.  

Justeru hari ini  ada 15 % Arab Palestin beragama Kristian.

Dunia baru saja diberi tahu tentang gereja – Church of Saint Porpyrius   di Gaza telah di bom  oleh Zionis Israel. Gereja yang dianggap suci oleh penganut agama Kristian dan juga Islam adalah gereja ketiga tertua dalam dunia.

Maka kita kembali kepada persoalan asas. Bolehkah Hamas di hapuskan. Bolehkah Hamas di ledak musnah.

Kemerdekaan adalah konsep. Merdeka adalah roh manusia.  Kebebasan adalah  konsep. Bebas adalah roh manusia.

Semua manusia mahu merdeka. Semua manusia mahu bebas. Semua yang hidup bergerak mahu bebas. Ini hukum alam. Ini hukum azali. Hukum ini  mustahil boleh di ubah oleh Biden , Netanyahu atau kaum Zionis.

Arab Palestin  mahu merdeka dan mahu kebebasan dari penjajah.

Israel mula dijajah pada tahun 1947/48. Ini projek kolonial kaum Zionis yang bermula dengan Balfour Declaration 1917. Kerajaan   Inggeris - kuasa besar dunia ketika itu  telah memasyhurkan  Deklarasi Balfour. Deklarasi ini menjanjikan kepada kaum Zionis satu negara Yahudi.

Awalnya kaum Zionis tercari-cari tanah jajahan yang wajib ditakluki. Dari Uganda hingga ke Rusia kaum Zionis mencari wilayah. Ketika itu memang  wujud satu komuniti kecil kaum Yahudi hidup aman damai dengan Arab  di Palestin. Majoriti warga Palestin ketika itu adalah Arab.

Palestin akhirnya dipilih olek kaum Zionis untuk didirikan sebuah negara Yahudi. Dari segi fakta persejarahan Bani Yahudi tidak memiliki negara. 

Pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi di Eropah oleh Hitler dalam Perang Dunia Ke Dua memudahkan sokongan dunia akan perlunya Yahudi di beri negara tempat tinggal.

Pada 15 Mei 1948  Israel didirikan atas bumi Palestin. Tanah, pekan dan kampung Arab Palestin di rampas. Kumpulan pengganas seperti Irgun dan Haganah   membelasah dan membunuh demi  menakutkan Arab Palestin. Ramai lari meninggalkan  bumi Palestin. Mereka menjadi orang pelarian.

Tarikh  15 Mei ini  dipanggil Nakba atau Malapetaka.

Semenjak  Mei 1948 hingga Oktober 2023 sejarah pembantaian Arab Palestin tidak pernah berhenti. Jika  dulu keganasan  kumpulan Yahudi hanya menggunakan pistol dan senapang. Pada tahun 2023 kapal terbang, drone, bom, roket dan bom fosforus  telah digunakan.

Menteri Ekonomi Israel  sekarang Bezalel Yoel Smotrich pernah berkata : Projek pembersihan Arab Palestin 1948  belum selesai.

Ini bermakna penjajahan bumi Palestin belum selesai. Arab Palestin wajib semuanya dihalau atau dibunuh mati agar Israel menjadi negara  suci khusus untuk  Bani Yahudi sahaja. 

Justeru Gaza di bom. Hamas wajib di musnah. Sesudah Gaza Tebing Barat pasti menjadi sasaran. Penaklukan bumi Arab ini belum selesai. Dalam rukun  Zionis  negara Israel termasuk Lebanon dan Jordan.

Bolehkah Hamas di musnahkan ?

Jawabnya mustahil. Hamas ialah parti politik yang membawa ideologi  Islam. Hamas berjuang untuk mendirikan negara Palestin yang  merdeka.

Mendirikan negara yang merdeka ini satu idea. Idea tidak dapat di musnah.  Ini sama seperti  keadilan, sama seperti kebebasan – semua tidak dapat di hapuskan.

 Hakikatnya – negara Palestin yang bebas merdeka adalah  idea  yang mendapat sokongan  semua Arab Palestin.

Jika pun semua gerila Hamas dibunuh. Semua  pemimpin Parti Hamas di hapuskan. Hamas musnah lebur tetapi  idea  Palestin bebas merdeka masih wujud. Idea tidak dapat dimusnahkan. Patah tumbuh hilang berganti.

Hari ini terbukti sokongan terhadap perjuangan adil rakyat Palestin semakin mengampuh di seluruh dunia. Dari kota ke  kota – dari London, New York, Melbourne. New Delhi -  penyokong Palestin telah turun ke jalan raya. Semua seirama melaungkan Free Palestin – Palestin Merdeka.

Atas nama keselamatan, atas nama tak mahu kacau bilau  - Perancis dan German melarang warga mereka menunjuk perasaan menyokong Palestin.

Tapi ribuan pendemo masih turun berdemo di Paris dan di Berlin.  Idea keadilan melawan kezaliman tidak dapat dipagari dengan hukum dan undang-undang.

Dalam negara yang penduduk majoriti beragama Islam  seperti Malaysia sokongan teguh terhadap Palestin sedang mengampuh.  Dari  Karachi,  Tehran, Damascus, Algiers, Baghdad, Istambul   Cairo, Tunis – ribuan rakyat  turun bersetia kawan dengan Palestin.

Ketika tulisan ini habis digarap askar Israel masih belum masuk ke Gaza. Gerila  Hamas , gerila Hezbolah, Gerila Islamik Jihad semua siap seaga menunggu soldadu Israel masuk ke Gaza. 

Turki dan Mesir telah  bersedia untuk menjadi orang tengah berunding untuk gencatan senjata.  China Merah dan Rusia juga  mahu gencatan senjata untuk mengelak perang.

 Iran penyokong Hamas, Hezbolah dan Islamik Jihad telah memberi amaran kepada Amerika jika Israel masuk ke Gaza berkemungkinan perang akan merebak.

Apakah projek menghapuskan Hamas ini akan membuka panggung Perang Timur Tengah dan melarat membuka pentas  Perang  Dunia Ke Tiga. Kita nanti dan tunggu. Amin.  ( TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL 
THE MALAYSIAN INSIGHT. COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/468855