Selasa, 31 Oktober 2023

BERILAH PELUANG PADA ANWAR IBRAHIM


MAMAT BERSATU 

INI TAK SIMPATI

AMIN

BERILAH PELUANG

PADA ANWAR NAK 

TUNJUK ISLAM

 AMIN

TUNJUK  HERO

KENA UGUT ZIONIS

AMIN

ANWAR NAK CARI

SOKONGAN MELAYU

AMIN

BAGI CHANLAH 

PADA ANWAR

KELENTONG

SANA SINI 

KAH KAH KAH

AMIN

TAK KAN SEMUA

MELAYU SOKONG

PERIKATAN

AMIN

KHALAS

HAMAS GERAKAN PEMBEBASAN PALESTIN


AS mahu Malaysia anggap Hamas pengganas, kata Anwar


MALAYSIA tetap enggan menggelarkan pejuang Hamas sebagai pengganas walau selepas menerima peringatan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat, peringatan AS dalam bentuk demarche itu dikemukakan tiga kali kepada Malaysia ketika serangan Israel ke atas Palestin semakin memuncak.

“Sebab itu kita anggap ini sebagai satu peringatan. Tapi jawapan kita tegas, terutama dalam hubungan dengan Hamas,” kata Anwar ketika menjawab satu soalan.

Katanya demarche itu dikemukakan ekoran sokongan Malaysia ke atas Palestin dan keengganan negara ini untuk menggelarkan Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Kerajaan AS mentakrifkan demarche sebagai satu permintaan kepada pegawai negara asing untuk menyokong sesuatu dasar atau memprotes dasar atau tindakan sesebuah negara

Ahli Parlimen Tambun itu juga berkata Malaysia meneliti reaksi negara serantau sama ada akan memboikot sidang ekonomi anjuran AS memandangkan negara itu menyokong keganasan Israel.

Tentang (Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik) Apec, kita sedang teliti. Apec ini badan ekonomi Asia Pasifik.

“Jadi sekarang kita hubungi negara Asean dan negara China, tentang kedudukan mereka dan kita akan ambil keputusan selaras dengan pendirian rakan-rakan dan juga Asia,” katanya.

Dalam jawapannya kepada Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal MP (PN-Machang) itu, Anwar juga berkata kemakmuran Malaysia turut bergantung kepada keamanan dunia.

Oleh itu Malaysia akan terus menegaskan hak dan pendirian dalam isu keadilan dan kebebasan, katanya lagi.

Lebih 8,000 orang dibunuh dalam serangan balas Israel di Gaza sejak serangan hendap dilancarkan Hamas pada 7 Oktober. – 31 Oktober, 2023.

DASAR 

MALAYSIA TIDAK

ANGGAP HAMAS

PENGGANAS

AMIN

SYABAS !!

INI BETUL

INI DISOKONG

AMIN

KALAU BUKAN

PENGGANAS

HAMAS NI APA ?

AMIN

INI TIDAK JELAS

WAJIB DINYATAKAN

SEPERTI ERDOGAN

MENJAWAB BIDEN

AMIN

BAHAWA HAMAS

IALAH GERAKAN

PEMBEBASAN

PALESTIN

AMIN

BERJUANG

ANGKAT SENJATA

BERGERILA UNTUK

MERAMPAS KEMBALI

BUMI PALESTIN

YG TELAH DIJAJAH

OLEH ZIONIS

AMIN

MALAYSIA WAJIB

NYATAKAN DENGAN

JELAS

AMIN

BUKAN EK OOK

SEK SOOK

PUTAR SANA SINI

KHALAS

DEMARCHE BUKAN UGUTAN


DEMARCHE

BUKAN UGUTAN

AMIN

JANGAN PUTAR

KAH KAH KAH

AMIN

DIMARCHE CARA

DIPLOMASI NAK

TAHU 

DASAR NEGARA

AMIN

KHALAS


A démarche (/deɪˈmɑːrʃ/; daripada perkataan Perancis yang makna literalnya ialah "langkah"[1] atau "permohonan"[2]) merujuk sama ada kepada:

garis tindakan; bergerak; gerak balas; manuver, terutamanya dalam diplomasi;[3][4] atau
perwakilan diplomatik rasmi (surat-menyurat diplomatik) kedudukan rasmi, pandangan atau kehendak mengenai sesuatu perkara daripada satu kerajaan kepada kerajaan atau organisasi antara kerajaan yang lain.

Perbarisan diplomatik dihantar kepada pegawai kerajaan atau organisasi yang sesuai. Démarches biasanya berusaha untuk memujuk, memaklumkan atau mengumpulkan maklumat daripada kerajaan asing. 

Kerajaan juga boleh menggunakan démarche untuk membantah atau membantah tindakan oleh kerajaan asing. Secara tidak formal, perkataan itu kadangkala digunakan sebagai kata kerja untuk menerangkan membuat atau menerima surat-menyurat tersebut.

SOLDADU ZIONIS DISERKAP DARI TOROWONG


SOLDADU ZIONIS

DISERKAP DARI

TOROWONG

KHALAS

MODI NASIONALIS HINDU SOKONG ZIONIS


India takes strong pro-Israel stance under Modi in a departure from the past

While previous governments kept dealings with Israel largely quiet, the ruling BJP has different priorities

MODI

NASIONALIS HINDU

SOKONG ZIONIS

KERANA  GENTAR

GERILA KASHMIR

KHALAS


Beberapa jam selepas Hamas melancarkan serangannya ke atas Israel, perdana menteri India adalah antara pemimpin dunia pertama yang bertindak balas. Dalam kenyataan yang tegas, Narendra Modi mengutuk "serangan pengganas" dan berkata India "berpendirian solidariti dengan Israel pada masa yang sukar ini".

Menteri luar India itu mengetweet semula komen itu hampir serta-merta. Seorang lagi menteri negara dari parti pemerintah Bharatiya Janata (BJP) Modi memberi amaran dalam tweet bahawa India "mungkin menghadapi situasi yang dihadapi Israel hari ini jika kita tidak menentang radikalisme bermotifkan politik".


PERANG TEROWONG BRMULA


Hamas reports clashes with Israeli troops deep inside Gaza as ground offensive expands

Militant group claims to have targeted Israeli tanks with missiles in the south and north-west of Gaza Strip

PERANG TEROWONG

BERMULA

AMIN


Hamas telah melaporkan pertempuran dengan tentera Israel di utara-barat dan selatan Semenanjung Gaza, ketika kereta kebal dan kenderaan berperisai lain mara ke bandar utamanya.

Briged al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, berkata ia menembak peluru berpandu anti-kereta kebal ke arah tentera Israel pada awal Selasa, sambil menambah bahawa tentera "menyerang paksi selatan Gaza". Hamas berkata ia turut menyasarkan dua kereta kebal dan jentolak Israel di barat laut Gaza dengan peluru berpandu.

Israel telah memperluaskan operasi darat di Gaza sejak beberapa hari kebelakangan ini, memajukan Kota Gaza dari dua arah, dengan kereta kebal dilaporkan berada di jalan utama utara-selatan dalam usaha nyata untuk memotong jalur itu kepada dua.


AL-QASSAM MUSNAH KERETA KEBAL ZIONIS


SAKSIKAN

GERILA AL-QASSAM 

MUSNAH

KERETA KEBAL

ZIONIS

KHALAS

SATU DOS VAKSIN BERAPA HARGA ?



RAKYAT NAK TAU

SATU DOS BERAPA

HARGA HARGA ?

AMIN

KENAPA SOROK

DALAM GELAP

AMIN

Hadee commented on 
"500 JUTA RINGGIT LESAP"

Tuan TT, bagaimana dengan vaksin yang didermakan oleh Negara spt China, Us & lain. Apa yang terjadi pada vaksin tersebut & adakah masih berbaki lagi. Berapa jumlah vaksin yang digunakan. Kerajaan madani masih tidak menjelaskan tentang vaksin yang diberi percuma oleh Negara luar.


Unknown commented on 
"500 JUTA RINGGIT LESAP"

dasar menyamun duit rakyat tak pernah selesai
tukar kerajaan dasar mencuri menyamun diteruskan tanpa ada rasa bersalah

angkat sumpah memegang jawatan dengan nama Allah SWT pun takda guna.

500juta boleh bina baiki sekolah baiki jalan di sarawak sabah

baiki talian internet untuk anak sekolah belajar
bagi sarapan pagi kepada anak kampung pedalaman anak orang asal yang miskin

beri rawatan percuma bukan pendatang haram tapi untuk anak bangsa sebarapa ramai orang boleh dapat subsidi harga barang jadi murah

tapi sebab manusia melayu islam penjawat awam pemerintah ini memang hatinya sudah gelap.
takpa nanti bila hari pencen orang semua akan raikan anda konon berkhidmat berbakti kepada nusa dan bangsa.

ameennn

ANWAR MAIN JUBO SORANG - NAJIB MENJUBO SATU MALAYSIA


ANWAR MAIN JUBO

SORANG SAJE

AMIN

NAJIB MAIN JUBO

RAKYAT

SATU MALAYSIA

KHALAS



PROJEK BUNUH BASHAR AL-ASSAD PRESIDEN SYRIA


PROJEK BUNUH

BASHAR AL ASSAD

PRESIDEN SYRIA

AMIN

MADEY TAK NAK JADI YB



Walau didesak dan dipujuk, Dr Mahathir tidak minat bertanding PRK Kemaman

DR Mahathir Mohamad menolak untuk dicalonkan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Kemaman biarpun ada banyak desakan dan pujukan daripada beberapa pemimpin kumpulan Melayu, dedah dua sumber yang rapat dengan bekas perdana menteri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Kemaman mengundi semula pada 2 Disember dengan proses penamaan calon pada 18 November susulan keputusan mahkamah bulan lalu membatalkan kemenangan calon PAS semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sumber pertama memberitahu The Malaysian Insight, Dr Mahathir langsung tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya lagi kerana faktor usia.

Dr Mahathir kini berumur 98 tahun.

“Dalam dua mesyuarat lepas apabila kita tanya beliau, memang Dr Mahathir memberi jawapan tidak berminat untuk bertanding semula.

“Dr Mahathir merasakan masanya sudah lepas dan sudah semakin berumur. Beliau takut tidak boleh memberi prestasi yang baik dengan usianya yang semakin lanjut,” kata sumber yang bercakap kepada The Malaysian Insight dengan syarat tidak dinamakan.

Jelas sumber, Dr Mahathir pada masa ini mahu fokus sepenuhnya untuk membantu membangunkan empat negeri – Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu – selepas dilantik sebagai penasihat kepada empat kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) yang diterajui PAS.

“Fokus Dr Mahathir sekarang nampak untuk cenderung bangunkan empat negeri yang ditadbir PN

“Memang beliau begitu bersungguh mahu majukan negeri PN setanding di pantai barat,” tambahnya.

Dalam pada itu, seorang sumber lain memberitahu The Malaysian Insight, Dr Mahathir “merayu” supaya tidak dicalonkan di Kemaman nanti.

“Tun (Dr Mahathir) merayu jangan calonkan dia… (katanya) dia sudah tidak larat,” kata sumber, yang juga enggan dinamakan.

Sumber kedua turut menyebut satu lagi alasan Dr Mahathir iaitu mahu memberikan tumpuan kepada hal-hal yang berkaitan antaranya empat negeri PN.

“Ada cadangan pelabur dari luar negara untuk empat negeri itu dan ada strategi yang Dr Mahathir mahu ditimbangkan,” tambahnya.

PAS sebelum ini menafikan laporan ia menimbang untuk mencalonkan Dr Mahathir bertanding di Kemaman.

Bercakap kepada pemberita di luar Muktamar PAS ke-69 di Shah Alam baru-baru ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata laporan itu “tidak munasabah”.

Bukan cadangan Proklamasi Orang Melayu

Sementara itu, sumber pertama menafikan cadangan mendesak dan memujuk Dr Mahathir bertanding adalah gerakan daripada kumpulan Proklamasi Orang Melayu, sebaliknya datang daripada rakan-rakan seperjuangannya.

“Ia bukan idea daripada kumpulan Proklamasi Orang Melayu tetapi permintaan daripada rakan rakan politiknya.

“Mereka yang mahu Dr Mahathir bertanding. Mereka mahu beliau kembali ke Parlimen. Suara Dr Mahathir di Parlimen sangat diperlukan, sekurang- kurangnya untuk satu hingga dua tahun ini.

“Namun sayangnya Dr Mahathir memang nampak sangat tidak berminat untuk bertanding semula,” katanya.

Dr Mahathir gagal mempertahankan kerusinya Langkawi pada PRU15 serta kalah teruk apabila meraih tidak sampai 10% undi dan hilang wang pertaruhan.

Ini adalah kali pertama Dr Mahathir kalah pilihan raya sejak1969 dan yang kedua dalam sejarah politiknya bertanding 11 pilihan raya.

Pada PRU15, gabungan pimpinannya Gerakan Tanah Air (GTA) juga gagal menang satu kerusi pun baik di peringkat Parlimen mahupun negeri.

Kemaman mengundi semula selepas Hakim Anselm Charles Fernandis membatalkan pilihan raya 19 November 2022 kerana wujud sogokan kepada pengundi.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak yang terlibat dengan rasuah semasa pilihan raya di Kemaman pada PRU15. – 31 Oktober, 2023.
 

KINI MADEY

KERJA BERI

PANDANGAN

AMIN

TAK PERLU ADA

KERUSI

KAH KAH KAH

TAKDA KERUSI PUN

MASIH JADI

RUJUKAN DALAM

DAN LUAR NEGARA

KHALAS

SUARA ZIN MUHAMED


AYAM DAN 

KEGAGALAN 

KERAJAAN MADANI


1. Menteri Pertanian kerajaan MADANI,  Mat Sabu telah mengumumkan penghapusan subsidi ke atas ayam mentah tempatan. 

2. Menteri dengan yakin juga berkata penghapusan subsidi ini tidak akan menaikkan harga ayam di pasaran. Kenyataan sebegini amat pelik, disebabkan beberapa hakikat pasaran yang bercanggah dengan jangkaan menteri ini. 

3. Sebelum ini, harga ayam mentah tempatan sebagai makanan ruji dan sumber protein utama rakyat ditetapkan pada harga maksima RM9.50. Menurut maklumbalas penternak dan pembekal, harga ini membawa kerugian disebabkan peningkatan kos pembelian dedak. 

4. Oleh yang demikian, bekalan ayam di pasaran terganggu, dan selanjutnya penjualan dibuat melebihi harga siling yang ditetapkan untuk memastikan bekalan berterusan. 

5. Hampir 90% daripada dedak yang digunakan oleh penternak diimport pada kadar tukaran matawang Dolar Amerika. Walaupun pada kadar tukaran RM4.20 sebelum ini, penternak telah mengalami kesukaran membekal ayam pada harga yang berpatutan. 

6. Namun, di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim, nilai matawang Ringgit kini telah terus merosot kepada paras krisis kewangan Asia 1997 iaitu RM4.79. Kadar Ringgit yang terus melemah ini memberi kesan terus kepada kenaikan kos import penternak dan kos ini sudah tentu ditanggung pembeli. 

7. Selain itu, terdapat beberapa laporan hasil tinjauan pasaran yang menunjukkan harga jualan ayam setakat ini sudah pun meningkat sekurang-kurangnya 10-20% di Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Pahang. Ini disebabkan kerajaan yang tidak berkemampuan menguatkuasa harga siling dalam memastikan bekalan ayam berterusan.

8. Untuk mengatakan bekalan ayam tidak mencukupi, laporan Jabatan Perangkaan pada 2020 menyatakan Tahap Sara Diri (Self Sufficiency Level) penghasilan ayam tempatan adalah pada 98.3%. Ini bermaksud bahawa bekalan ayam adalah mencukupi, namun dicatu oleh sesetengah pihak untuk melindungi keuntungan. 

9. Dalam pada itu, pengumuman penghapusan subsidi ayam ini dibuat oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan MADANI 2024 pada minggu ketiga bulan Oktober. Belanjawan ini masih dibahas dan belum pun diluluskan di Dewan Rakyat. Namun, penghapusan subsidi ini telah diumumkan untuk berkuatkuasa sebelum kelulusan Belanjawan, iaitu seawal 1hb November 2023. 

10. Hakikatnya, pengumuman yang tergesa-gesa ini adalah hasil kegagalan kerajaan MADANI untuk menangani pengurusan pembekalan makanan ruji pada harga berpatutan, yang akhirnya memberi kesan terus kepada kadar inflasi dan kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat. 

11. Yang lebih mengecewakan, pentadbiran Anwar Ibrahim dengan pasukannya yang tidak berkemampuan ini telah diberi peruntukan terbesar dalam sejarah negara dan menubuhkan dua kementerian untuk menangani isu bekalan makanan dan kos sara hidup ini. 

12. Namun, jawatan Menteri Kos Sara Hidup kini disandang pemangku, dan Mat Sabu yang sejak awal lagi telah mengaku tidak arif berkenaan pertanian pula menggalas tanggungjawab ini dengan gagalnya. 

13. Jika corak pentadbiran sebegini berterusan, rakyat akan semakin ditekan akibat pengurusan lemah ekonomi negara, sementara Anwar Ibrahim dan sandiwaranya mendokong kerajaan yang hanya membawa kerugian yang amat perit. 

 Ir. Mohd Zin bin Mohamed


ZIONIS MAHU PERANG BERTERUSAN


Netanyahu tolak gencatan senjata di Gaza


PERDANA Menteri Benjamin Netanyahu semalam berkata gencatan senjata dalam perang Israel terhadap Hamas “tidak akan berlaku”, ketika PBB memberi amaran bantuan tidak mencukupi untuk membantu keperluan kemanusiaan di Gaza.

Tentera darat Israel kini masuk menyerang di dalam semenanjung Gaza dan serangan udara berterusan di wilayah Palestin dikawal Hamas yang dikepung Israel.

Serangan terbaru itu susulan kebangkitan serangan dilakukan Hamas pada 7 Oktober – merekodkan 1,400 maut dan dikatakan ia jumlah kematian Yahudi paling ramai dalam sejarah Israel.

Operasi ketenteraan yang semakin meningkat membimbangkan 2.4 juta penduduk di Gaza, di mana kementerian kesihatan berkata lebih 8,300 rakyat Palestin terkorban sejak 7 Oktober.

Dalam satu taklimat ringkas kepada media, Netanyahu berkata gencatan senjata akan hanya dilakukan jika Hamas menyerah diri.

“Gesaan gencatan senjata adalah gesaan untuk Israel menyerah kepada Hamas, untuk menyerah kepada keganasan..ini tidak akan berlaku,” katanya, menambah Israel akan melawan hingga menang perang itu.

Sekutu Israel iaitu Amerika Syarikat (AS) juga membantah gencatan senjata.

“Kami tidak percaya gencatan senjata adalah jawapan terbaik untuk masa ini,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS John Kirby.

Dengan tentera Israel berlawan dengan pejuang Hamas di dalam wilayah Palesti yang kecil dan menghantar kereta kebal di pinggir semenanjung Gaza, ia bakal menyebabkan krisis kemanusiaan yang lebih dahsyat.

Kirby berkata Washington “yakin” jumlah trak bantuan ke Gaza menerusi sempadan Rafah di Mesir boleh mencecah 100 sehari.

Setakat hari ini, bantuan kemanusiaan ke Gaza dari Mesir di bawah rundingan dianjurkan AS sangat terhad, di mana ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk Gaza pada masa ini. – AFP, 31 Oktober, 2023.

KALAU ENGGAN

BERDAMAI

MAKA MARI

KITA BERPERANG

KHALAS

HIZBOLLAH MULA MENYERANG


HIZBOLLAH

 MENYERANG

40 EKOR SOLDADU

ZIONIS DI BUNUH

12 KERETA KEBAL

 MUSNAH

KHALAS

RAFIZI SEDANG DI RAWAT



RIFIZI BELUM

ARWAH

AMIN

DIA SEDANG

DIRAWAT

KHALAS

Unknown commented on
 "HARGA AYAM PASTI NAIK"

masalahnya bukan subsidi sebebnarmya .. tpi minyak.. jika harga minya turun pasti harga barang akan turun.. 2 adalah sst bila gst dimansuhkan pasti harga turun.. ini formula yang dibuat oleh rafizi

lagi satu aku mintak cukup2 la guna sidiran arwah rafizi... kan ???