Khamis, 16 November 2023

TIGA KUMPULAN SERANG ZIONIS


TIGA KUMPULAN

AL-QASSAM

AL-QUDS

AL-NASER 

GANDING BAHU

SERANG ZIONIS

KHALAS

allow

LEBIH 200 BUAT KERETA KEBAL KERETA PERISAI ZIONIS MUSNAH


LEBIH 200 BUAH

KERETA KEBAL

KERETA PERISAI

ZIONIS MUSNAH

KHALAS

DAP KOMUNIS KATA BARISAN NASIONAL


SKRIP ASAL

DAP KOMUNIS

ADALAH HASIL

KARANGAN

BARISAN NASIONAL

KAH KAH KAH

AMIN

POMPUAN. KENA HALAU - PADAN MUKA





Kedutaan Mesir ‘halau’ 

NGO hantar 

memorandum

 gencatan

 senjata di Gaza
KUALA LUMPUR – Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP) kesal selepas cubaan menghantar memorandum mengenai isu Gaza ‘dihalau’ Kedutaan Mesir di ibu negara.

Pengerusinya, Dr Zuraidah Kornain berkata, seramai lima wakil mereka dilayan secara kasar oleh pihak kedutaan berkenaan pagi semalam, malah memorandum itu juga ditolak.


“Kami amat berdukacita dengan layanan amat kasar ketika lima wakil kami mahu menghantar memorandum agar Mesir membuka sempadan Rafah tanpa syarat tapi kami dihalau.

“Saya guna perkataan halau kerana mereka terus menolak memorandum kami, malah tiada seorang pegawai mereka pun mahu berbincang soal itu,” katanya ketika berhimpun bersebelahan Kedutaan Mesir, di sini, hari ini.

Jelasnya, mereka telah menghantar e-mel kepada pihak kedutaan pada 13 November lalu untuk memohon diadakan pertemuan, namun tiada maklum balas diterima.

“Sampai ke hari ini pihak kedutaan tidak jawab e-mel berkenaan, jadi kami terus bertindak hadir ke kedutaan untuk hantar memorandum selepas mendapat keizinan pihak polis, malangnya kedatangan kami ditolak,” ujarnya.

Zuraidah menambah, kesemua usaha menghantar memorandum berkenaan sebelum ini diterima oleh Kedutaan Amerika Syarikat, Suruhanjaya Tinggi British serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kecuali Kedutaan Mesir.

Antara tuntutan memorandum itu ialah menghentikan pembunuhan di Gaza, membuka sempadan Rafah tanpa syarat serta memudahkan bantuan kemanusian dan perubatan.

Sementara itu, Penasihat Kehormat MWCQP, Dr Fauziah Mohd Hassan berkata, pengeboman rejim Israel terhadap hospital di Gaza adalah satu jenayah perang.

“Kami adalah sebahagian daripada Gabungan Kesihatan Global Menentang Genosid mengecam serangan rejim Israel yang membahayakan nyawa pesakit dan pencerobohan terhadap hospital yang dilarang dalam Konvensyen Geneva.

Malah katanya, kenyataan doktor Israel menyeru tentera mereka untuk memusnahkan hospital di Gaza turut menggambarkan kezaliman sehingga sanggup melanggar etika perubatan. – 
Peserta himpunan White Coat Rally Save Gaza Hospital yang terdiri daripada petugas kesihatan di negara ini bersolidariti memperjuangkan kebebasan Palestin di hadapan Kedutaan Mesir, Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 16 NOVEMBER 2023

WOIT

SASARAN DEMO

SALAH

AMIN

KENAPA DEMO

DEPAN DUTA MESIR

AMIN

YANG WAJIB

JADI SASARAN

DUTA AMERIKA

AMIN

PADAN MUKA

KAH KAH KAH

AMIN

JANGAN SILAP - KITA TIDAK KURANG BERAS - BERAS MELAMBAK !!!


Dalam TikTok kata beras tak ada, orang panik beli banyak – Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Penularan maklumat tidak sahih dalam media sosial termasuk melalui TikTok mengenai situasi bekalan beras putih tempatan dikatakan menjadi punca pembelian panik oleh orang ramai baru-baru ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,  Mohamad Sabu berkata, krisis bekalan bahan makanan tersebut adalah lebih buruk pada 2014 namun pada masa itu, rakyat tidak cemas.

“Pada waktu itu, tidak ada TikTok jadi ramai rakyat tidak cemas, tak tahu tetapi tahun itu yang paling teruk.

“Sekarang ini misalnya (dalam) TikTok kata bulan depan beras tak ada, menyebabkan orang panik membeli secara banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Gobind Singh Deo (PH-Damansara) berhubung isu bekalan beras putih tempatan dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

ADVERTISEMENT


Mohamad menambah, krisis bekalan beras putih tempatan juga tercetus ekoran peningkatan mendadak harga beras import.

Menurut beliau, sebelum itu, tidak ramai pengguna membeli beras tempatan kerana harganya yang murah.

“Mydin mengatakan stok beras tempatannya kadang-kadang sampai naik habuk kerana orang tak beli.

“Bila beras import naik harga mendadak maka dia cari beras tempatan,” jelasnya.

Terdahulu, dalam sesi waktu pertanyaan menteri, Mohamad berkata, kerajaan merancang untuk mewujudkan simpanan stok benih padi sah (BPS) agar ia sentiasa mencukupi untuk memenuhi permintaan para pesawah.

“Bila berlaku apa-apa hal maka simpanan stok ini akan digunakan. Kita belum ada simpanan stok benih padi,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) berhubung isu bekalan BPS.


WOIT

JANGAN SILAP

AMIN

KITA TAKDA

MASALAH KURANG

BERAS

AMIN

MASUK KEDAI

RUNCIT ATAU

PASAR RAYA

ADA BERTIMBUN

BERAS

AMIN

YANG JADI

MASALAH HARGA

BERAS MAHAL

DUIT TAK ADA

AMIN

JANGAN ALIH

ISU DUIT TAKDA

KEPADA BERAS

TAKDA

AMIN

KHALAS


RAMAI MASIH DEGIL


Azizy sudah direman – Polis

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan reman seorang pekerja kilang bernama Azizy yang dipercayai ada kaitan dengan kes memberi komen jelik pada perdana menteri.

Suspek, 43, ditahan pada jam 9.30 malam di Melaka.

Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki itu direman selama dua hari.

Dia akan disiasat di bawah Seksyen Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, sehingga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Wan Kamarul Azran mengesahkan individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan jelek terhadap perdana menteri seperti tular di aplikasi Whatsapp disahkan bukan seorang anggota polis.

Menurut beliau, semakan pihaknya mendapati, individu berkenaan bukan anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang seperti yang didakwa.

Beliau berkata, hasi semakan nombor telefon individu berkenaan melalui sistem laporan polis bersepadu (i-PRS) dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) mendapati penama bukan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM). – 


WOIT

BERAPA KALI

NAK ROYAK

KAH KAH KAH

JANGAN KRITIK

ANWAR IBRAHIM

AMIN

JANGAN DEGIL

JANGAN KATA

YAKIN YAKIN YAKIN

KAH KAH KAH

NANTI FAHMI FADIL

ANTA RADIO CAR

DEPAN RUMAH

JENG JENG JENG

KHALAS

KLIM WAKIL TUHAN


Hadi sifatkan pihak yang beli wakil rakyat seperti Qarun

KUALA LUMPUR – Presiden Pas menyifatkan pihak yang didakwa membeli wakil rakyat pembangkang sekarang sama seperti Qarun pada zaman Firaun.

 Abdul Hadi Awang berkata, mereka membeli dengan bayaran yang mahal setelah ditekan dengan menafikan peruntukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang khususnya daripada Perikatan Nasional (PN).


“Bukan sahaja menafikan hak hasil negeri kepada negeri yang diperintah oleh Pas secara khusus malah termasuk yang wajib mengikut Perlembagaan Persekutuan dan perjanjian yang wajib ditunaikan, menggunakan pendekatan yang sama mengikut cerita al-Quran,” katanya dalam Minda Presiden Pas di Facebook parti hari ini.

Menurut Abdul Hadi, Malaysia yang menjadi medan gerakan Islam pasti menghadapi cabaran yang sama.

“Pihak yang berkuasa mendapat bantuan kekayaan para Qarun pada zaman kini walaupun gerakan Islam dituduh mendapat bantuan tauke judi dan penyumbang rasuah. Suatu tuduhan dengan hujah yang bodoh, apabila pihak yang mahu mengharamkan dan menghapuskan judi serta rasuah dibantu supaya kuat dan menang,” ujarnya.

Menurutnya, semua orang boleh berfikir siapa yang menegakkan negara dengan harta yang melimpah-ruah yang datang dari luar dan dalam dan perkara ini tidak boleh dinafikan sekali-kali.

“Mereka membentuk kerajaan melalui kerusi minoriti dengan cara membeli parti dan wakil rakyat dengan bantuan Qarun-Qarun yang mengumpulkan kekayaan melalui pengaruh kekuasaan mereka,” katanya lagi.

Beliau juga mendakwa DAP yang jelas menentang Islam pada dasarnya, medianya dan pergerakan politiknya bersama dengan para tauke yang berharta kini tidak perlu lagi bekerja sendiri.

“Hal ini demikian kerana, mereka sudah dapat menggunakan khadam-khadam mereka termasuk daripada yang berwajah Islam untuk bercakap, menulis, menjadi calon, dan sebagainya, bagi menembusi kekuatan Islam yang dinamakan ‘gelombang hijau’ dan ditasawurkan (digambarkan) dengan suatu ketakutan jika Islam berkuasa memerintah negara,” katanya.

Perkara itu menjadi sebahagian daripada agenda Islamofobia yang dicipta menjadi senjata baharu bagi menentang Islam, kata Abdul Hadi. – 

WOIT

TAKDA SAPA

MENENTANG ISLAM

AMIN

YANG DI TENTANG

ITU IALAH

ORANG YG KLIM

WAKIL TUHAN

AMIN

YANG KLIM

BOLEH ONLINE

DENGAN TUHAN

AMIN

MENYUSAHKAN

HIDUP ORANG

LAIN

AMIN

JANGAN JADI

TALIBAN

PAKSA SEMUA

ORANG MASUK

SYURGA

AMIN

KHALAS

NURUL PAKAR WANG BUKAN MASTURA



PAKAR WANG

BUKAN MASTURA

TAPI NURUL

KHALAS



panglimo potaseh commented on 
"RINGGIT JATUH LAGI"

Ringgit hampir chechah RM5.00 . Salah kamu jugak, ari tu PMX nak ambik anak .. maksud Gwa anak dia yang ilang wang pertaruhan di PRU14, yang ade Sijil Api Litrik (Siti Mastura ada PhD.) .. untuk di jadikan Punahsihat Kewangan kamu marah. Sekarang Lu tingok ekonomi kita .. hanchooor .. kalau lah PMX ada Punahsihat Kewangan kompom ekonomi kita MELETOOOP .. kedebooom.

PERANG BERJANGKA LAMA


PERANG AKAN

BERJANGKA LAMA

KATA KOMANDAN

PENGAWAL REVOLUSI

IRAN

AMIN

KEMBALI BERSATU SEMUA KUMPULAN


PERLU KEMBALI

BERSATU SEMUA

KUMPULAN

AMIN


panglimo potaseh commented on
 "HAMAS BERJAYA - ZIONIS KALAH"


Alhem .. akhirnya Hamas birjaya juga seligi Sang Yahudi Kapir Hasbi tu. Lepas ni Hamas boley lah tuju muncung senapang pada El-Fatah, Hizbullah dan Fidayin pula .. kasi gasak abis-abis

SUARA PENYOKONG MADANI



SUARA PENYOKONG

KERAJAAN MADANI

KHALAS


Unknown commented on 
"RAKYAT MAKIN BENCI
 PADA MADANI"

aku pulak sangat puas hati dengan kerajaan madanon.. lagi bodoh madanon ni lagi bagus.. sebab libih tumbangkan kerajaan madanon.. segala kebodohan dan kebebalan kerajaan madanon ini amat2 dialu-alukan. amin

HAMAS BERJAYA - ZIONIS KALAH



HAMAS BERJAYA

 ZIONIS KALAH


Ketika tulisan ini digarap Perang Gaza yang bermula pada 7 Oktober 2023 kini  telah memasuki hari  40.  Di awal bentrokan soldadu Zionis Israel  selama  lebih dari tiga minggu  telah mengepong Gaza sebelum berani masuk  menyerang.  Ketika Gaza di kepong serangan bom  bertalu-talu datang dari udara.

Kini soldadu Zionis telah masuk menyerang ke jantung Kota Gaza.  Pasukan darat telah masuk dengan  bantuan kereta kebal , kereta perisai  dan peralatan senjata yang terkini dan  tercanggih.

Sasaran  awal ialah  Utara Gaza.  

Wilayah kota Gaza bahagian utara ini menjadi  sasaran  kerana   dari laporan  intel di bawah  salah satu dari ratusan  bangunan dalam kota ini ada terowong yang menjadi ibu pejabat Briged Al Qassam.

Mengikut laporan intip Zionis Israel terdapat 1,300 terowong. Jumlah  panjangnya lebih dari 300 batu. Bayangkan Semenanjung Gaza yang  hanya 25 batu panjang dan antara  3.7  ke 7.5  batu luas. Ini bermakna seluruh Gaza berselirat di lingkari oleh terowong yang dalamnya lebih dari 200 kaki. 

Terowong ini telah mula di gali semenjak tahun 2007 bilamana Zionis Israel memulakan sekatan dan kepungan   ke atas   Gaza.

Seyogia diberitahu bahawa Hamas ialah sebuah parti politik.  Pada tahun 2006 Parti Hamas menang pilihanraya dalam perebutan 132 kerusi Dewan Parlimen Palestin.  Hamas mendapat 76 kerusi manakala Fatah mendapat 43.  Hamas dengan sokongan rakyat  menjadi pentadbir  Semenanjung Gaza. 

Zionis Israel  pada mulanya bermain mata dengan Hamas. Ini bertujuan untuk pecah perintah. Hamas di gaduhkan dengan Al- Fatah. Tetapi  kini Zionis Israel sedang bermatian  berusaha untuk menghancurkan Hamas. 

Sebagai sebuah parti politik yang mentadbir Gaza,  Hamas mendirikan pasukan  gerila yang di kenal di seluruh dunia  sebagai Al-Qassam Briged.  Nama ini   mengambil nama Izz ad-Din Abd al-Qadar ibn Mustafa ibn Yusuf ibn Muhammad al-Qassam  ( 1882 -1935 ). 

Sosok ini berasal dari Syria. Seorang Imam  dan pemimpin gerakan nasionalis Arab yang bangun melawan kuasa kolonial Inggeris dan Perancis  di wilayah di Syria , Lebanon dan Palestin pada era 20’an dan 30’an.

Izz ad-Din pejuang nasionalis ini mati di tembak pada 20 November 1935.

Diplomat Inggeris Alister Crooke  yang juga pegawai tinggi dalam MI6 – lembaga risik Inggeris – telah di temu bual dalam podcast  Judging Freedom. Podcast ini  muncul dalam YouTube 9 November  2023.

Diplomat Alister Crooke  ini menyatakan  bahawa terowong di Gaza ini  lengkap dengan talian elektrik dan laluan udara.  Terowong ini juga lengkap dengan alat komunikasi. Terowong ini ada  dewan mesyuarat. Malah lengkap dengan klinik dan hospital.

Terowong ini didirikan hasil dari mengumpul  pengalaman.  Belajar berperang melalui perang. 

Hamas melihat  Zionis Israel hanya akan menggunakan bom  dari udara bila menyerang.  Zionis Israel sedaya upaya akan mengelak  soldadunya  dari berhadapan dengan gerila Hamas.

Justeru terowong dibuat untuk gerila menyelamatkan  diri dari kena ledakan bom dari udara. Terowong sebagai satu strategi militer bukan perkara baru. Kerajaan Rom Kuno dan kerajaan Parsi telah menggunakan terowong sebagai taktik serang menyerang.

Terowong ini juga digunakan sebagai laluan untuk mematahkan sekatan dan kepungan Zionis Israel.  Barang makanan, barang keperluan apa sahaja dan juga senjata diseludup masuk melalui terowong.

Terowong ini memainkan peranan militer dan peranan ekonomi.

Paling menarik juga  ialah terowong gerila Vietkong ketika Perang Vietnam ( 1955-1975 ). Terowong gerila pembebasan Vietnam ini terletak  40 kilometer jauhnya dari kota Saigon – nama lama Kota Ho Chi Minh. Terowong  ini  menjadi benteng pertahanan yang amat kukuh dalam usaha gerila Vietkong untuk menawan Saigon ibu kota Vietnam Selatan.

Malah  Parti Komunis Malaya (PKM ) juga ada menggunakan taktik terowong di sempadan Tanah Melayu dengan Siam  ketika berjuang   melawan Inggeris. 

Kini terowong di Vietnam dan terowong milik PKM telah menjadi  bahan sejarah dan tarikan pelancong.

Mari kita segarkan ingatan. Tujuan Zionis Israel menyerang Gaza ini adalah untuk membalas serangan Hamas yang berlaku pada subuh hari Sabtu  7 Oktober lalu. 
Zionis Israel juga berniat untuk menghapuskan Hamas. Zionis Israel juga mahu menghalau warga Gaza keluar dari  bumi tanah air mereka. Ini sama seperti yang telah mereka lakukan pada tahun 1948.

Nakba – malapetaka – dimana Arab Palestin telah di bunuh, air perigi minuman telah di racun dan ramai  ditawan di seksa. Semua ini adalah taktik untuk  menakutkan Arab Palestin agar  mereka meninggalkan  bumi Palestin dan mencari perlindungan di Jordan, Lebanon, Mesir atau Syria.

Kali ini Netanyahu mahu melakukan Nakba2.  Zionis Israel mahu  menghalau ke semua Arab Palestin keluar dari tanah air mereka . Kali ini dengan bom dari udara dan peluru dari kereta kebal.

Ketika tulisan ini digarap : Tentera Israel telah sampai ke pintu masuk hospital terbesar di Gaza dimana  ratusan pesakit, termasuk berpuluh-puluh bayi, masih terperangkap di dalam. Beribu-ribu orang telah melarikan diri dari hospital al-Shifa di Kota Gaza. Tetapi masih ramai pesakit di dalam hospital ini.

Sekurang-kurangnya 11,240 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk 4,630 kanak-kanak dan 3,130 wanita di Gaza telah mati dibunuh oleh tentera Israel sejak 7 Oktober. Ini kenyataan dari kementerian kesihatan Palestin pada Isnin 13 November. ( Di petik  dari laporan harian  The Guardian London 14 November 2023.)

Apakah Zionis Israel telah menang?

Betul Gaza hancur lebur. Ramai Arab Palestin gugur. Rumah kediaman runtuh. Binatang ternakan mati.  Tapi hakikatnya Israel  telah kalah.

Ada beberapa tanda yang menunjukkan  Zionis Israel kalah.  Masuk ke hari 40 gerila Hamas masih  tetap menyerang. Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant telah mengumumkan bahawa pertahanan Hamas telah hancur musnah. Ramai pejuang Hamas tewas.

Hamas menjawab kenyataan Menteri Perang dengan tembakan roket ke Tel Aviv. Amin.

 Dari laporan berita  media sosial  di laporkan  puluhan malah ratusan  kereta kebal dan kereta perisai Israel telah di letupkan.

Soldadu Zionis masuk ke dalam kota Gaza untuk  mencari gerila Hamas. Dari hukum perang - soldadu yang mencari lebih dalam keadaan bahaya dari gerila yang dicari. Dalam runtuhan bangunan seorang gerila boleh membedil sebuah kereta kebal Markava 4M dengan RPG ( Rocket-propelled-granade )  yang hanya tersangkut dibahunya.

Markava 4M berharga 3.5 juta dolar sebuah. Manakala  senapang RPG-7s berharga 500 dolar dan pelurunya berharga 100 dolar sebutir.

Dengan sebutir peluru 100 dolar boleh memusnahkan kereta kebal yang bernilai 3.5 juta dolar.

Ini hukum perang gerila bandar. Belanjawan murah dan amat berbaloi. Yang mencari-cari akan menjadi mangsa  serang hendap oleh  gerila.

Gerila Hamas akan muncul dari terowong dan menembak curi dan kembali menghilangkan diri masuk ke dalam terowong. Babak seperti  ini pernah di paparkan dalam Tik Tok dimana soldadu Israel menganggap mereka sedang melawan hantu yang hilang lesap selepas menembak curi.

Betul lagi benar soldadu Israel memiliki senjata tercanggih dan terkini. Betul dan benar Israel telah mengumpulkan seramai 300,000 bala tentera. 

Manakala Hamas hanya ada antara  30,000 ke 40,000 pasukan bersenjata.  Ada bersama Hamas 8000 gerila Islamik Jihad. Mereka bekerjasama  dalam Perikatan  Pasukan Palestin Paksi Penentangan

Nisbahnya seorang gerila Al-Qassam  berhadapan dengan 100 orang soldadu Israel.

Data dari International Institute of Strategic Studies yang keluar pada  15 Februari 2023 menunjukkan  soldadu tetap  tentera Israel hanya berjumlah 169,500 manakala soldadu simpanan berjumlah 495,000.

Israel mengamalkan sistem wajib tentera. Setiap warga – lelaki dan wanita -  yang mencapai umur 17 wajib masuk jadi soldadu  selama 24 ke 34 bulan. 

Justeru jumlah 300,000 soldadu yang mengepong Gaza majoritinya adalah soldadu simpanan.  Sebelum  Sabtu 7 Oktober 2023 mereka mungkin bekerja di pejabat, mungkin cik gu sekolah, mungkin membuat perniagaan sendiri, mungkin kerani pejabat, mungkin sedang menyambung belajar – hakikatnya mereka diwajibkan melawan Hamas.

Ini bukan sahaja bermakna mereka tidak berminat untuk jadi soldadu sepenuh masa malah mereka  mungkin bukan penyokong Perdana Menteri Netanyahu.  Paling menonjol mereka tidak ada pengalaman berperang.  

Justeru kita mula terbaca berita dalam media sosial bagaimana mereka menjadi ulam kepada gerila Hamas yang lincah  dan telah berpuluh kali bertempur.

‘ Israel wajib berhati-hati.. Hamas telah memasang perangkap yang telah bertahun tahun disediakan....’  Ini petikan kata-kata General  Vincent Desportes  seorang  profesor  strategi di Sciences  Po Universiti dan juga  Pengarah Sekolah Perang Perancis.

Temu bual dalam stesen TV France24 ini  muncul pada 1 November lalu.

General ini juga memberi gambaran tentang taktik gerila bandar. Bagaimana gerila Hamas boleh muncul dari belakang dan menembak  mati 9 soldadu Zionis.

Mengikut pakar perang ini  soldadu Israel tidak mungkin dengan cepat akan berjaya menumpaskan Hamas. 

‘ Perang ini akan berlanjutan...apa yang dirancang oleh Hamas ialah pertempuran  mandi darah seperti Pertempuran Dien Bien Pho .... bila mana akan memeranjat warga Israel....ramai soldadu Israel mati ... ini mengubah pandangan mereka.... cukup cukup... hentikan perang....’

General ini merujuk ke Pertempuran Dien Bien Pho yang berlaku di Vietnam dari 13 Mac 1953  hingga 17 April  1953  bilamana soldadu Perancis di pukul teruk oleh gerila Vietnam. Perancis akhirnya mengaku kalah dan pertempuran ini mengubah landskap politik Vietnam.

Satu lagi petanda awal  tentang kekalahan Zionis Israel ialah berubahnya pandangan warga dunia tentang penjajahan Palestin oleh Israel. 

Seluruh dunia dari kota kecil ke kota besar – dari  Melbourne ke Kuala Lumpur ke Karachi, ke Tehran , ke Istambul, ke Paris, ke Brussels, ke Amsterdam, ke London , ke Toronto, ke New New York, ke  Santiago  -   orang ramai  telah turun ke jalan raya .
Warga dunia anak segala bangsa sednag bersetia kawan dengan perjuangan Palestin.  Semua menuntut  pengeboman ke atas Gaza di hentikan. Bantuan di hantar.

Dunia kini melihat bagaimana Zionis Israel sedang menjalankan genocide. Pembunuhan beramai-ramai ini bertujuan untuk memastikan seluruh bumi Palestin akan di Yahudikan.

Negara-negara Arab dan 57  kepala negara dan pemimpin negara-negara Islam dalam Pertubuhan Negara Islam telah bersidang di Riyadh  Arab Saudi pada 11 November 2023. Mereka seia sekata menuntut perang  di tamatkan. Bantuan dihantar segera.

Pada 11 November dihari yang sama 800,000 anak semua bangsa  - bangsa semua agama telah berhimpun di kota London. Ini satu perhimpunan paling bersejarah dan paling besar yang pernah berlaku di London.

Pandangan warga dunia kini berubah. Ini tanda sah  Zionis Israel telah kalah. Ini kejayaan Hamas mengubah pandangan dunia terhadap perjuangan Palestin.

Perang Ramadan pada 6 Oktober 1973 membuka ke Perjanjian Camp David. Intifada Pertama bermula pada 9 Disember 1987 hingga 13 September 1993 . Intifada Ke Dua bermula pada  28 September 2000 hingga ke 8 Februari 2005.  Dua Intifada ini membuka Perjanjian Olso.

Kini Perang Hamas  yang bermula pada 7 Oktober 2023 dan masih berjalan.  Perang ini pasti akan mengubah landskap politik Palestin dan  politik Timur Tengah.

Jangan sesekali kita lupa Perang Gaza ini juga sedang mengubah politik dunia. Apakah Perang Gaza ini  akan merebak ? Untuk jawapan tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)


TULISAN INI DITERBITKAN JUGA
DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT. COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/471944