Jumaat, 17 November 2023
BEZA NEGARA ISLAM DAN NEGARA KAPIR
Arab Saudi larang jemaah berdoa untuk Gaza, pamer sokongan untuk Palestin
Pihak berkuasa di Mekah dan Madinah baru-baru ini menahan jemaah umrah yang menunjukkan solidariti atau berdoa untuk Palestin, dalam apa yang bakal meningkatkan lagi kemarahan umat Islam sedunia terhadap kerajaan Arab Saudi yang dilihat antara negara Teluk yang menghalang usaha memaksa Israel memberhentikan serangan di Gaza.
Portal berita Middle East Eye berpengkalan di London melaporkan pengalaman Islah Abdur-Rahman ketika berada di kota suci itu bersama keluarganya bulan lalu.
Islah, seorang pelakon dan penyampai di Britain, berkata beliau didatangi empat anggota tentera kerana memakai keffiyeh dan tasbih bertemakan warna Palestin di pergelangan tangannya.
“Saya diiringi ke sebuah lokasi lain yang menempatkan mereka yang ditangkap atas tuduhan jenayah dan kesalahan lain. Selepas ditahan, beberapa anggota tentera lain menyoal siasat saya dan bertanyakan tentang kewarganegaraan saya, dan mengapa saya berada di situ, dari mana saya tiba dan untuk berapa lama saya akan tinggal,” katanya dipetik Middle East Eye, sebuah portal berita diketuai wartawan terkemuka dan diasaskan pada 2014 dengan memfokuskan isu Timur Tengah dan Afrika Utara.
Menurut Islah, dia kemudian diarahkan untuk menunjukkan cara memakai keffiyeh.
"Jelas yang menjadi isu ialah kain selendang itu," katanya, dan menambah anggota keselamatan itu berbincang sesama mereka dalam bahasa Arab dan beberapa kali menyebut "keffiyeh Palestin".
Islah dibebaskan selepas menandatangani borang pelepasan manakala keffiyehnya dirampas.
Dia kemudian diingatkan supaya tidak memakai keffiyeh Palestin, dengan berkata, "Ini tidak bagus, Israel-Palestin tidak bagus, jadi jangan pakai, tidak dibenarkan."
Berkongsi pengalamannya di Instagram, Islah berkata beliau sedih bukan sahaja kerana keffiyeh itu hadiah dibelikan makciknya ketika melawat Baitulmaqdis, tetapi kerana ia dijadikan isu di sebuah negara Islam dan tempat suci ketika rakyat Palestin terus menjadi mangsa kekejaman Israel.
"Tetapi inilah realiti bagaimana rakyat Palestin tidak bersuara!" tulisnya, sambil berharap apa yang dilakukan terhadapnya tidak mencerminkan anggota tentera lain.
Islah memberitahu Middle East Eye, hantarannya disambut mesej kebencian daripada rakyat Saudi yang cuba mempertahankan tindakan pihak berkuasa dengan merujuk kepada larangan kegunaan bendera dan simbol di kawasan masjid.
Islah terkilan dengan hujah itu kerana menganggap Palestin "bukan sembarangan negara" dan merupakan tempat letaknya Masjid Al-Aqsa.
Ditahan kerana berdoa
Pengalaman serupa turut dilalui seorang jemaah Algeria yang mendakwa ditahan lebih enam jam hanya kerana berdoa untuk rakyat Palestin.
"Di Madinah, saya menunaikan solat dan mengambil kesempatan itu untuk mendoakan kanak-kanak dan mangsa di Palestin. Adakah satu jenayah untuk mendoakan orang yang dizalimi?" kata lelaki itu (kanan) dalam sebuah klip video dimuat naik pada 10 November lalu.
Menurutnya, belum pun selesai berdoa, beberapa anggota tentera merampas telefonnya dan mengarahkan untuk memadam video yang dirakamnya ketika berdoa untuk rakyat Gaza, sebelum dibawa ke balai polis.
“Saya dilayan seperti penjenayah dan diberitahu saya ditahan kerana ‘bersimpati dan mendoakan Palestin' dan cap jari saya diambil,” katanya dalam video itu seperti dipetik Middle East Eye.
Menurutnya, walaupun bernasib baik dibebaskan, ada jemaah lain yang ditahan lebih lama, termasuk seorang wanita Indonesia yang mempamerkan bendera Palestin pada tudungnya.
- Iklan -
Pihak berkuasa Arab Saudi sebelum ini memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak mengeluarkan komen atau melakukan apa-apa tindakan sebagai respons kepada serangan Israel di Gaza.
Pada 10 November lalu, Ketua Urusan Agama Masjidil Haram, Abdul Rahman al-Sudais, berkata orang ramai tidak harus melibatkan diri dengan apa yang berlaku di Gaza dan menyerahkan kepada kerajaan mereka.
“Apa lagi yang perlu kita lakukan untuk mereka selain berdoa untuk mereka,” katanya.
Pada 11 November, Riyadh menjadi tuan rumah mesyuarat tergempar Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang berakhir tanpa apa-apa persetujuan bersama untuk mengambil langkah praktikal membantu rakyat Palestin.
Menurut rangkaian Israel Channel 12, Arab Saudi bersama UAE, Bahrain, Sudan, Maghribi, Mauritania, Djibouti, Jordan dan Mesir – yang kesemuanya mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel – menolak cadangan supaya negara Islam mengenai sekatan ekonomi terhadap Israel termasuk sekatan minyak dan larangan penggunaan ruang udara negara Arab kepada pesawat Israel.
INI LAH CONTOH
NEGARA ARAB
ISLAM
AMIN
NEGARA KAPIR
YG MAKAN BABI
YG TAK PERCAYA
TUHAN PUTUS
HUBUNGAN DENGAN
ZIONIS
AMIN
NEGARA ARAB
BEBAL BUAT DEEEK
AMIN
MASANYA DAH
SAMPAI RAKYAT
ARAB BANGUN
DAN JATUHAKAN
RAJA RAJA MEREKA
YG JADI ALAT
ZIONIS AMERIKA
KHALAS
BOIKOT ADALAH KERJA SUCI
McDonald's guna Akta Hasutan di sebalik kempen boikot yang semakin menyengat
Pendedahan McDonald's mengenai usahanya bekerjasama dengan kerajaan untuk mendakwa mereka yang menyeru boikot di bawah Akta Hasutan dilihat memburukkan lagi krisis perhubungan awam (PR) yang dihadapi francais makanan segera itu, dengan seorang peguam hak asasi melahirkan rasa terkejut dengan langkah syarikat itu untuk menggunakan undang-undang yang dikecam ramai pihak.
Pengumuman itu dibuat pada 3 November lalu menerusi media sosial oleh Ketua Pegawai Teknologi McDonald's Malaysia, Zaid Hasman, tetapi mula menjadi bahan bualan sejak beberapa hari kebelakangan ini apabila ramai netizen menyatakan rasa terkilan dengan langkah syarikat itu mendapatkan bantuan pihak berkuasa.
Dalam kirimannya yang telah pun dipadamkan, Zaid Hasman berkongsi gambar beliau dan beberapa pegawai kanan McDonald's Malaysia bersama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohamad Salim.
SKMM, pengawal selia internet di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital yang diketuai Fahmi Fadzil, baru-baru ini menjadi sasaran kecaman atas tindakannya menyekat beberapa laman web yang menerbitkan berita kurang disenangi kerajaan.
Sambil mengucapkan penghargaan kepada SKMM atas kerjasama "membendung fitnah" terhadap McDonald's, Zaid Hasman mengumumkan 60 individu telah dikenal pasti untuk "didakwa di atas Akta Hasutan".
Kiriman itu mengundang kecaman terhadap McDonald's, di sebalik rayuan pihak pengurusan tertingginya kepada orang ramai supaya tidak mengaitkannya dengan rakan francais di negara lain yang mengambil sikap pro-Israel, termasuk langkah McDonald's di Israel untuk menyumbang makanan kepada askar Israel yang terlibat dalam pengeboman Gaza.
McDonald's Malaysia beberapa kali menegaskan ia merupakan entiti bebas, sambil merujuk kepada sumbangan zakat tahunan, dalam usaha meredakan kemarahan umat Islam yang menyambut baik sebuah kempen boikot sedunia menyasarkan syarikat-syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, sekutu utama Israel yang membekalkannya dengan senjata dan bantuan lain dalam operasi ketenteraannya di Gaza.
Pengurusan tertinggi McDonald's turut mendampingi mufti negeri, pempengaruh dan beberapa pendakwah popular, di samping mengumumkan sumbangan kepada tabung kemanusiaan Gaza tajaan kerajaan.
Bagaimanapun ia dilihat masih gagal menyekat trend boikot, yang menyaksikan banyak cawangan McDonald's di sekitar Lembah Klang hampir lengang walaupun pada waktu puncak.
Sebuah cawangan McDonald's di Lembah Klang yang hampir lengang ketika gambar ini diambil pada waktu tengah hari minggu lalu.
Ia ditambah pula dengan beberapa klip video melawan hujah boikot yang dilihat memakan diri, dihujani komen yang menyerang naratif yang sering dibawa syarikat bahawa kesan buruk tindakan boikot itu akan dirasai pekerja Melayu Islam.
Langkah terbaru McDonald's untuk menggunakan Akta Hasutan bagaimanapun mengejutkan ramai pihak, termasuk seorang peguam hak asasi terkemuka.
"Adalah pelik dan tidak wajar apabila sebuah syarikat mengumumkan 60 orang sedang disiasat di bawah undang-undang yang zalim ini. Jika ada pun, siasatan jenayah dan pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa polis, dan adalah tugas peguam negara untuk mengumumkannya," Zaid Malek dari Lawyers for Liberty memberitahu stesen perniagaan BFM semalam.
Beliau mengandaikan McDonald's mungkin diberikan "nasihat salah", sambil mengingatkan Akta Hasutan bukan bertujuan melindungi entiti perniagaan.
"Adalah jelas McDonald's sebagai sebuah syarikat tidak termasuk dalam bidang kuasa Akta Hasutan kerana ia berkait dengan sebarang bentuk kenyataan 'menghasut' yang didakwa dibuat terhadap kerajaan atau mana-mana organ kerajaan.
“Bukanlah tugas kerajaan untuk melindungi imej sebarang syarikat,” katanya sambil menambah syarikat itu harus menggunakan dana sendiri untuk mengambil tindakan undang-undang dan bukannya wang pembayar cukai melalui penggunaan jentera kerajaan.
Zaid Malek berkata beliau tidak menolak kemungkinan syarikat itu cuba mendapatkan perlindungan daripada Akta Hasutan kerana selama ini kerajaan sendiri telah banyak menyalahgunakan akta itu untuk menutup sebarang kritikan terhadapnya.
MalaysiaNow telah menghubungi McDonald's Malaysia untuk mendapatkan penjelasan.
Boikot semakin rancak
Sementara itu, langkah terbaru McDonald's itu mengundang kecaman orang ramai di media sosial, termasuk mereka yang berkata akan menyertai boikot kerana marah dengan syarikat itu menggunakan pihak berkuasa.
"Mula nak boikot McD sebab dia bayar royalti ke US, indirectly support Israel. Lepas tu bila dapat tau McD milik Saudi, lagi berapi-api nak boikot. Hari ni McD nak guna Akta Hasutan untuk diamkan rakyat pulak. Makin dalam lubang McD gali ni," kata seorang pengulas politik popular yang menggunakan panggilan @chairmanGLC di laman X.
Komen tersebut mencerminkan rasa tidak puas hati yang semakin meningkat dari penyokong Palestin terhadap Arab Saudi, selepas mesyuarat pemimpin negara Islam di Riyadh dilaporkan gagal mencapai kata sepakat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Israel disebabkan bantahan Arab Saudi dan beberapa negara Arab lain.
Kiriman di X meminta SKMM mengambil tindakan ke atas kandungan yang membutirkan cukai pendapatan dibayar McDonald's di Amerika Syarikat, disertakan poster boikot dan pengumuman McDonald's Israel memberi sumbangan kepada askar Israel.
McDonald's Malaysia dimiliki Gerbang Alaf Restaurants, yang merupakan sebahagian Kumpulan Reza yang berpengkalan di Arab Saudi.
McDonald's adalah antara syarikat dinamakan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS), sebuah gerakan antarabangsa yang melancarkan pemulauan syarikat, jenama dan institusi akademik yang didakwa membiayai dan menyokong rejim Israel sama ada secara langsung dan tidak langsung.
BDS menganggap kempen memboikot McDonald’s dan beberapa rangkaian makanan segera Amerika yang lain sebagai sebahagian daripada "kempen akar umbi".
Menurutnya, jenama-jenama itu menjadi sasaran "kerana syarikat-syarikat ini, atau cawangan atau francais mereka di Israel, telah secara terbuka menyokong apartheid Israel dan/atau memberikan sumbangan besar kepada tentera Israel di tengah-tengah serangan Israel terhadap 2.3 juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung dan ditakluki".
Diasaskan di Amerika Syarikat pada 2005, BDS diilhamkan oleh kejayaan sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan pada tahun 1980-an, yang akhirnya memaksa rejim kulit putih itu menamatkan dasar apartheid.
Sementara itu, pengguna media sosial di Malaysia terus menyokong gesaan untuk memboikot sebarang entiti perniagaan yang ada kaitan dengan kutipan hasil kerajaan Amerika Syarikat.
Suatu infografik yang luas tersebar merujuk kepada cukai pendapatan McDonald's berjumlah AS$1.9 bilion yang dibayar di AS, sambil memberikan sedikit penjelasan mengenai sistem percukaian di negara itu.
"AS mempunyai sistem percukaian di mana rakyat AS dan syarikat domestik tertakluk kepada cukai AS ke atas pendapatan mereka di seluruh dunia."
Kenyataan itu, disertai dengan tangkap layar pengumuman McDonald's Israel mengenai sumbangannya kepada askar Israel, diikuti dengan petikan berita mengenai bantuan AS kepada negara Zionis itu.
"Pada 3 Nov 2023, AS meluluskan bantuan ketenteraan AS$14.5 bilion untuk Israel, yang akan dibiayai oleh pemotongan daripada Internal Revenue Service, agenci utama kutipan cukai di AS," tambahnya.
Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm
TERBAIK
WARGA TELAH
SEDAR
AMIN
TERUSKAN
KERJA SUCI
AMIN
LEBARKAN KEMPEN
BOIKOT
AMIN
SATU BURGER
SATU PELURU
UNTUK ZIONIS
KHALAS
KITA SEMUA ADALAH PALESTIN
Misalkan kita di Palestin
TIDAK mungkin pernah sama sekali dapat kita betul-betul bayangkan seperti apa hidup di Palestin selama ini, baik di Tebing Barat yang dikepung tembok tinggi atau di Gaza yang dijuluki penjara terbuka paling besar di dunia — lebih-lebih lagi sejak 7 Oktober 2023.
Lebih sebulan sejak Hamas melancarkan serangan ke atas Israel dan rejim Zionis membalas dengan membantai Gaza, lebih 11,000 orang mati termasuk di Tebing Barat yang dijajah.
Di bumi Palestin, kata “tanah tumpah darah” mendapatkan maknanya yang harfiah.
Setiap gambar dan cerita hanya membagikan kepada kita secebis rasa tentang sehari-hari di Gaza atau di Tebing Barat — yang tidak kita alami sepenuhnya tetapi hanya terkena percik-percik tempiasnya saja.
Kita tidak merasakannya; kita hanya dapat membayangkan saja.
Biar bagaimana tersayat sekali pun luka di hati kita yang mengikuti berita ini dari jauh, pedihnya tidak terbanding dengan sengsara yang berbekas pada Gaza dan ditanggung oleh penduduknya.
Kematian seorang ahli keluarga yang dekat pun sudah mendatangkan hiba yang mendalam, apalagi mereka yang kematian berpuluh-puluh ahli keluarga dalam sekelip mata — seperti yang terjadi pada Tariq Hamouda dan isterinya Manal.
Mereka berjiran di Gaza dan berkahwin, dan sejak 2004 bermastautin di Minnesota, Amerika Syarikat. Keluarga besar mereka tinggal Sheikh Ijleen, sebuah lingkungan di wilayah selatan Gaza tidak jauh dari jalan utama yang menganjur di sepanjang pesisir.
Menjelang tengah malam 19 Oktober, lebih 10 hari sejak Gaza dibedil bertalu-talu, kawasan kediaman keluarga besar ini dibom dua kali membunuh 42 dua orang dari tiga generasi. Yang paling muda umurnya 90 hari; yang paling tua berusia 77 tahun. Manal turut kematian lima adik beradiknya dan hampir kesemua anak saudaranya.
“Seluruh dunia bagaikan berhenti berputar. Bukan satu, dua, tiga, atau empat — 42 ahli keluarga. Sulit sekali untuk dihadapi,” kata sepupu Manal, Eyad Abu Shaban.
Bukan sedikit dalam kalangan doktor dan petugas hospital malah sukarelawan yang bertugas di lapangan yang kemudiannya menangani sendiri ahli keluarga yang cedera dan terkorban.
Wartawan yang kerjanya melaporkan berita pun, sekarang, mereka sendiri yang menjadi berita. Setakat 12 November, badan wartawan Committee to Protect Journalists yang berpejabat di New York melaporkan sekurang-kurangnya 40 wartawan dan petugas media terbunuh di Gaza. Ada yang dilaporkan hilang dan ada juga yang ditangkap oleh rejim Zionis. Rompi dengan tanda ‘media’ bukan lagi jaminan keselamatan. Tiada lagi jaminan keselamatan selepas tentera Israel sendiri memaklumkan kepada media, Gaza bukan tempat selamat.
Nota kaki sejarah
Keganasan rejim Zionis ke atas Gaza, seperti yang kita lihat sejak 7 Oktober 2023, adalah cerita lama dan panjang yang berulang-ulang. Setiap satu episod dan kejadian menenggelam dan membenamkan episod dan kejadian yang sebelumnya, sehingga jadi apa yang disebut oleh wartawan sekali gus pelukis komik Joe Sacco sebagai “nota kaki”.
Selepas komiknya Palestine yang sebelum itu tersiar berasingan sembilan keluaran dikumpulkan jadi sebuah buku pada 2001, Sacco bersama seorang lagi wartawan Chris Hedges pergi sekali lagi ke Gaza. Mereka tertarik untuk menggali dengan lebih dalam mengenai sepotong catatan pendek tentang pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin di Khan Younis pada 3 November 1956. Mereka mendengar cerita daripada beberapa saksi mata tentang peristiwa berdarah yang berlaku di tengah kemuncak krisis Teluk Suez.
Dalam peristiwa itu, tentera Israel menyerbu Khan Younis dari rumah ke rumah mencari fedayeen (فِدائيّين) atau pejuang Palestin yang bergerak secara bawah tanah dan lazimnya berhaluan kiri, lama sebelum lahirnya Pertubuhan Pembebasan Palestin atau PLO. Bagi Israel, mereka ini ‘pengganas’ atau ‘militan’ — tanggapan sama terhadap anggota Hamas sekarang. Setiap lelaki terutama yang muda belia secara automatik dianggap sebagai fedayeen. Mereka dibariskan di tepi jalan dan ditembak mati.
Marek Gefen, seorang bekas tentera Israel yang kemudian jadi wartawan, menceritakan kepada Sacco apa yang dilihatnya sehari selepas kejadian: “Di beberapa lorong kami temukan mayat-mayat bergelimpangan, bersimbah darah, dengan kepala hancur. Tidak ada yang memindahkan mereka.”
Tentera Israel juga menembak mati orang Palestin dengan sesuka hati. Gefen turut menceritakan pengalamannya melihat seorang anggota tentera menembak mati seorang doktor Arab yang tidak bersenjata semasa mereka memeriksa sebuah klinik agensi PBB yang menguruskan hal ehwal pelarian Palestin. “Pembersihan di Gaza berterusan,” katanya kepada Sacco.
Mata rantai
Inilah yang berlaku sekarang — pembantaian yang berterusan sejak tahun-tahun akhir dekad 1940-an, sejak Israel menceroboh wilayah Palestin.
Setiap satu episod dan kejadian ini menjadi mata rantai yang mengukuhkan cita-cita merdeka dalam diri setiap anak-anak Palestin. Setiap satu episod dan kejadian terpateri kejap dalam hati dan ingatan anak-anak Palestin, dari generasi ke satu generasi. Setiap orang ada pengalaman masing-masing. Episod dan kejadian itu bertimpa-timpa, kadang-kadang menyerbu sehingga tidak sempat difahami satu persatu.
Namun setiap satu daripadanya mendatangkan kesan yang sama, yang membentuk kesatuan fikiran dalam kalangan mereka bahawa Palestin mesti dibebaskan daripada Israel — suatu hari, pasti.
Abdul Aziz al-Rantisi, tokoh Hamas yang terkenal dengan gelaran ‘Singa Palestin’ mengungkapkan kepada Sacco kesan pembantaian di Khan Younis pada 3 November 1956 kepada cara fikirnya menanggapi persoalan identiti, negara, tanah air, dan Israel.
“Ada luka di hati yang tak pernah sembuh kerana peristiwa itu,” katanya.
Abdul Aziz adalah antara tokoh pendiri Hamas, singkatan daripada Harakat al-Muqawwamatul Islamiyyah atau Gerakan Perjuangan Islam. Ketika umurnya 9 tahun, Abdul Aziz melihat pak ciknya mati ditembak oleh tentera Israel pada November 1956.
“Perbuatan seperti itu tak bakal terlupakan. Mereka menanam kebencian di hati kami,” katanya, seperti dipetik oleh Sacco.
Kebencian itu bertumpuk dari satu peristiwa ke satu peristiwa, dari tahun ke tahun, dari satu generasi ke satu generasi. Malah, Israel sangat memahami kesan dan akibat daripada dendam yang dipahatnya ke dalam hati setiap orang Palestin. Mereka sudah diingatkan lama dahulu oleh bekas menteri pertahanannya Moshe Dayan yang juga ketua tentera semasa Krisis Teluk Suez. Dayan memberikan ingatan itu dalam pidato yang disampaikan enam bulan sebelum krisis meletus, dan lapan tahun selepas Israel mula merampas tanah Palestin secara terancang.
Pidato itu diucapkan pada upacara pengebumian Roi Rutenberg, pengawal sebuah kawasan penempatan Yahudi dekat Gaza, yang mati dibunuh oleh Arab Palestin. Pidatonya singkat — tidak sampai 300 patah perkataan, namun sangat mustahak kerana menetapkan pengertian tentang jati diri dan kebangsaan Israel.
“Marilah hari ini kita tidak menyalahkan para pembunuhnya (Rutenberg). Apa yang boleh kita katakan mengenai mereka terhadap kita?
“Sudah lapan tahun mereka ada di kem pelarian di Gaza dan melihat bagaimana kita mengubah tanah dan desa tempat mereka dan leluhur mereka dulu tinggal menjadi rumah kita. Di balik perbatasan, bergolak lautan kebencian dan dendam. Dendam yang menunggu hari ketika damai menumpulkan kewaspadaan kita, ketika kita mendengarkan duta kemunafikan meminta kita menyimpan senjata.
“Janganlah kita takut menatap langsung kebencian yang memenuhi hidup ratusan ribu orang Arab di sekeliling kita,” katanya, menyeru orang Yahudi untuk “membuat perhitungan dengan diri sendiri”.
Ringkasnya, berdamai bukan jalan penyelesaian.
“Inilah takdir generasi kita. Inilah pilihan hidup kita. Siaga dan bersenjata. Tegas dan keras — atau pedang akan terlepas dari tangan kita dan nyawa kita ditebas,” katanya.
Tanah air juga adalah nasib — atau “takdir generasi” — bagi orang Palestin, sama seperti orang berbangsa apa sekalipun di seluruh dunia. Mereka tidak memilih untuk jadi orang Palestin. Satu-satu pilihan yang ada ialah menjalani hidup yang bermakna dan sewajarnya sebagai orang Palestin — berkebangsaan dan bernegara.
Dengan latar itulah, Hamas melancarkan serangan dari pelbagai penjuru ke wilayah yang dijajah oleh Israel pada 7 Oktober 2023 — serangan yang didorong rasa benci dan amarah yang terbungkus jadi dendam yang sudah tidak terbendung lagi.
Hanya beberapa hari sebelum melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa, pendatang Yahudi merempuh Masjid Al-Aqsa ketika sambutan hari kesyukuran selepas musim menuai yang dirayakan selama tujuh hari.Tindakan mereka dianggap sebagai mencemarkan masjid suci bagi umat Islam, masjid yang kisahnya dirakamkan dalam Al-Quran.
Mata rantai ini tidak boleh dipisahkan daripada keseluruhan cerita tentang Palestin dan Israel. Sama seperti episod demi episod dan peristiwa demi peristiwa yang bertumpuk-tumpuk dalam cerita panjang konflik ini, ia condong untuk jadi hanya nota kaki sejarah.
Memilih-milih
Namun kita — selepas ini — tidak boleh lagi mengambil sikap atau bertindak memilih-milih. Kezaliman di Gaza atau di Tebing Barat sejak 7 Oktober 2023 tiada bezanya dengan apa yang berlaku sebelumnya. Mereka yang terkorban di Palestin bukan hanya angka. Kita mesti menebus dosa melihat konflik ini sebagai hanya angka: tiga orang mati ditembak tentera Israel, 10 orang Palestin ditahan, dan sebagainya.
Angka yang besar membuatkan kita sedikit tergamam. Angka yang kecil membuatkan kita acuh tak acuh, malah berpaling. Sungguh, angka tidak punya apa-apa makna.
Kita hilang peka — tertumbuk akal dan mati rasa.
Misalnya, ada dua episod penting yang berlaku di Palestin dan wilayah yang diduduki oleh Israel sekurang-kurangnya pada tahun ini sahaja tetapi tidak mendapat perhatian dunia yang sama seperti Operasi Taufan Al-Aqsa.
Pertama, sembilan bulan jauh lebih awal sebelum perang terbaru ini tentera Israel melancarkan siri serangan ke atas kem pelarian di Jenin bermula pada 26 Januari 2023. Serangan kedua pada Jun dan seterusnya yang ketiga pada Julai, tidak sampai 100 hari sebelum Hamas menyerang Israel yang membawa kita ke tengah konflik sekarang. Selepas 7 Oktober 2023 pun Israel membantai Jenin beberapa kali lagi. Siri serangan ini adalah yang terbesar di Tebing Barat dalam masa 20 tahun, sejak Intifada Kedua.
Kedua, insiden di Masjid Al-Aqsa pada April 2023 ketika umat Islam sudah dua minggu berpuasa. Masjid ketiga suci dalam Islam itu memang menjadi medan tempur pada setiap Ramadan. Ketegangan semasa Ramadan pada 2021 membawa kepada perang 11 hari di Gaza, setelah Hamas melancarkan Perang Pedang Al-Quds yang dijawab oleh Israel dengan Operasi Pelindung Tembok, merujuk Tembok Buraq yang dianggap suci dan disebut oleh Yahudi sebagai Tembok Ratapan atau Tembok Barat.
Siri serangan di Jenin sejak awal tahun itu kemudiannya bertimpa-timpa tenggelam, dibenamkan oleh kekejaman yang seterusnya dan seterusnya — sehingga akhirnya, kita tidak sedikit pun tersentuh dengan apa yang berlaku sedangkan. Tindakan tentera Israel merempuh Masjid Al-Aqsa pun hampir tidak berbekas pada kita pada masa itu kerana reaksinya tidak seperti sekarang. Sekali lagi, kita tidak tersentuh.
Bayangkan
Supaya tidak lagi hilang peka — tertumbuk akal dan mati rasa, kita mesti membayangkan diri kita di Palestin.
Lebih kurang dua dekad lalu, ketika cendekiawan Palestin, Edward Said meninggal dunia, sasterawan dan wartawan terkemuka Indonesia (dan sekarang juga pelukis), Goenawan Mohamad ditanya oleh temannya: “Kenapa kita sedih?”
“Mungkin kerana hati kita adalah Palestin, pernah merasakan bagaimana diringkas, diringkus, dan dibungkam,” jawab Goenawan.
Barangkali lukisan dan puisi tidak sedikit pun akan membantu mereka yang tercekik hidupnya di Gaza. Barangkali kita sebaliknya yang lebih tertolong — tidak lagi mati rasa.
Semoga nanti, kekejaman, penindasan dan ketidakadilan tetaplah juga kekejaman, penindasan dan ketidakadilan — tidak hanya di Palestin, tetapi juga di mana-mana belahan dunia sekali pun.
Moga-moga kita lebih terbuka hati dan bersih jiwa untuk melihat pembunuhan beramai-ramai orang Palestin tiada banyak bezanya dengan pembantaian ke atas etnik Rohingya di Myanmar atau Uighur di China. Rampasan tanah orang Palestin tidak jauh bezanya juga dengan pencerobohan ke atas tanah adat Orang Asli di Gua Musang atau di Gerik.
Moga-moga begitulah hendaknya — kerana hati kita adalah Palestin, dan Palestin adalah setiap inci pelosok bumi.– 17 November, 2023.
* Azam seorang wartawan dengan The Malaysian Insight.
Anda boleh mengikutinya di Twitter . E-mel: azam@themalaysianinsight.com
BERJAYA UBAH PANDANGAN RAKYAT SEDUNIA
BUKAN MENANG
PERANG
TAPI BERJAYA UBAH
PANDANGAN
RAKYAT SEDUNIA
KHALAS
Unknown commented on
"PERANG BERJANGKA LAMA"
Woit... TT kata hamas dah menang kot... Ni berita palsu mana pulak ni....
SEPANYOL PUTUS HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN ISRAEL
SEPANYOL PUTUS
HUBUNGAN
DIPLOMATIK DENGAN ISRAEL
AMIN
GAZA & UKRAINE BUKA DUNIA BARU
GAZA & UKRAINE
BUKA DUNIA BARU
AMIN
Unknown commented on
"HAMAS BERJAYA - ZIONIS KALAH"
Dua perkara pernah disebut dalam pojok ini. Kaum kanan dan belitan kapitalis yang menjalar. Dua ini sudah dipatahkan oleh taufan. Hegemoni amerika sudah terlondeh. Kiblat sedang berubah. Pemimpin bergaris kanan luntur dan garis kiri semakin mengambil tempat. Masyarakat global mencari pandangan kedua.
DALAM MADANI TAKDA SOSOK BIJAK
DALAM MADANI
TAKDA
SOSOK BIJAK
AMIN
Unknown commented on
"BERITA AGUS LETAK JAWATAN DAH BASI TAPI... WAT IS DE BEKOS"
Orang-orang bijak tiada tempat dalam Madani, tiada tempat dalam hierarki Taliban, mereka nak pengikut setia yes sir baru boleh, kalau bijak kalau pandai tak sesuai tak kekal lama, siapa pandai sedikit awal awal lagi kena cantas, air batu campur saja sekerat jalan, kah kah kah, zaman semakin maju tapi gear gostan sudah jalan lama, siapa ketua gear gostan? Apabila nak pakai ayat-ayat kuno gostan gohead zaman kabilah lah kah kah apapun ini Malaysia semua boleh, bodoh jadi MP, lagi bodoh jadi menteri teramat bodoh boleh jadi PM jugak kah kah kah
LARANG ISAP ROKOK - NAK ISAP APA ?
KJ bidas PM dan 2 menteri halang RUU GEG
BEKAS menteri kesihatan Khairy Jamaluddin mendakwa dua menteri kabinet dan perdana menteri menyekat rang undang-undang yang bertujuan melarang mereka lahir selepas 2007 membeli atau mengambil produk nikotin.
Membawa perkara itu ke Instagram, Khairy menulis kedua-dua menteri itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing.
Walaupun Putrajaya tidak memberikan maklumat terkini mengenai rang undang-undang itu, badan pemerhati kesihatan CodeBlue mendakwa kabinet telah memutuskan untuk menggugurkan peruntukan berkaitan larangan tembakau dan vape berdasarkan umur, yang biasanya dirujuk sebagai generasi penamat (GEG), daripada Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023.
Khairy mencadangkan rang undang-undang GEG semasa beliau menjadi menteri kesihatan dan menyelar pentadbiran semasa yang mengendalikan perkara itu.
Katanya semasa beliau bertanggungjawab ke atas rang undang-undang itu, AGC tidak membantah tetapi kedudukan itu kini dilaporkan telah berubah.
“Anda tahu kenapa? Pengkritik GEG yang sengit tidak lain adalah menteri undang-undang sendiri. Dia tidak mahu ia diluluskan.
“Lawan besar GEG dalam kabinet ialah menteri undang-undang, menteri pelancongan dan ‘the gaffer’,” katanya.
“The gaffer” yang dimaksudkan Khairy ialah Anwar Ibrahim.
Menurut CodeBlue, Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berpendapat peruntukan GEG adalah “tidak berperlembagaan” kerana ia melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan di sisi undang-undang.
Khairy berkali-kali menegaskan bahawa GEG adalah perlu untuk melindungi kesihatan awam kerana perbelanjaan awam untuk rawatan untuk merokok dan penyakit berkaitan vape adalah jauh lebih tinggi daripada cukai yang dikutip daripada industri. – 15 November, 2023.
WOIT
YANG LARANG
ISAP ROKOK ITU
ISAP APA?
JENG JENG JENG
KALAU ADA DUIT
BOLEH ISAP
KOKAIN
AMIN
BOLEH ISAP
ICE
AMIN
YANG TAKDA DUIT
BAGI CHANLAA
ISAP ROKOK
GULUNG
AMIN
KHALAS
SAPA WAHAB ?
Tular video lelaki persis bekas KP jabatan merayu hubungan sejenis
KUALA LUMPUR – Satu klip video lelaki persis wajah seorang bekas ketua pengarah di sebuah jabatan kerajaan merayu untuk melakukan hubungan sejenis tular di media sosial.
Dalam video berdurasi 3 minit itu lelaki tersebut melakukan panggilan video terhadap seorang individu bernama Wahab dan merayu beliau untuk mengadakan hubungan terlarang dan dikutuk oleh agama.
Video berkenaan turut dikongsi oleh Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard di media sosial beliau.
Media semalam melaporkan ketua pengarah sebuah jabatan yang wajahnya serupa dengan lelaki di dalam video berkenaan telah menghantar surat peletakan jawatan berkuat kuasa pada 15 Disember ini.
Lelaki tersebut difahamkan sedang menghabiskan cuti sehingga tamat tempoh perkhidmatan mengikut tarikh tersebut.- MalaysiaGazette
n
SAPA WAHAB ?
JENG JENG JENG
AMIN
KAWAN SAIPOL
ATAU KAWAN
MUNAWAR ANIS
KAH KAH KAH
KHALAS
JADI KENG UNTUK SELAMATKAN DIRI
Jasmine Loo saksi penting dalam perbicaraan kes 1MDB Najib
SEORANG pegawai penyiasat dalam kes Najib Razak melibatkan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari bahawa bekas peguam 1MDB Jasmine Loo adalah seorang saksi penting untuk mendedahkan semua isu berkaitan Tanore Finance Corporation.
Tanore ialah sebuah entiti yang telah memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi bekas perdana menteri itu dan dikatakan dikawal oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau rakannya Eric Tan Kim Loong.
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram ACP Foo Wei Min bersetuju dengan cadangan peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa testimoni Loo boleh membawa kesan buruk atau membantu pembebasan Najib dalam konteks pengetahuan Loo mengenai operasi Tanore.
Foo berkata beliau memperoleh semua maklumat ini daripada Loo semasa siasatan selepas wanita berusia 49 tahun itu menyerah diri kepada polis pada Julai lepas tetapi Foo menegaskan beliau hanya menyiasat Loo mengenai isu pemulangan aset 1MDB.
Muhammad Shafee kemudian bertanya kepada saksi ke-48 pendakwaan itu sama ada beliau mengetahui Loo ada berhubung dengan Jho Low mengenai Tanore.
Foo berkata Loo sering berhubung dengan Jho Low lebih lima tahun sejak ahli perniagaan itu melarikan diri tetapi Loo berkata ia bukan untuk membincangkan mengenai Tanore.
Muhammad Shafee: Adakah anda tahu Loo berjumpa Jho Low tidak lama dahulu? Jho Low dengan beberapa pegawai 1MDB sebelumnya? Azmi Tahir (bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB dan saksi pendakwaan ke-12 1MDB) ada di sana.
Foo: Daripada kenyataan yang diberikan, beliau berjumpa Jho Low di China pada 2019 dan bersama-samanya ialah beberapa pegawai 1MDB.
Muhammad Shafee: Anda tahu Loo dan Jho Low adalah sangat rapat.
Foo: Daripada apa yang saya tahu Loo adalah pembantu peribadi kepada Jho Low ke mana beliau pergi, beliau akan menghubungi Loo dan wanita itulah yang mengaturkan perjumpaan untuk Jho Low.
Terdahulu, Muhammad Shafee menyoal Foo mengenai empat surat daripada kerabat diraja Arab Saudi mengenai sumbangan dana yang dijanjikan kepada Najib.
Peguam itu memberitahu Foo selaku pegawai penyiasat kes itu, beliau tentu sudah melihat empat surat itu dengan tarikh bila wang itu akan dihantar dan bagaimana ia akan dihantar, menerusi Blackrock Commodities dan Tanore.
Foo berkata beliau mengesahkan wang itu datang daripada kerabat diraja Arab Saudi tetapi tidak boleh dipastikan sama ada ia benar-benar merupakan derma.
Muhammad Shafee: Adakah anda menyiasat ketulenan surat-surat itu?
Foo: Saya cuba menyiasat dan menghubungi pihak diraja Arab Saudi melalui bantuan perundangan bersama menerusi polis tetapi tidak berhasil. Tiada maklum balas dan mereka tidak mahu bekerjasama dengan kami.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Sequerah bersambung pada 5 Disember ini. – Bernama, 16 November, 2023.