Khamis, 7 Disember 2023
SELAMATKAN MALAYSIA - SOKONG ZAHID !!!
UNTUK SELAMATKAN
MALAYSIA ZAHID
WAJIB TERUS
MEMIMPIN UMNO
KHALAS
BUKAN SEMUA POLIS TAK BAIK !!!
Ayob sedia disiasat jika ada dakwaan salah laku
TIMBALAN Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay berkata beliau bersedia untuk disiasat jika terdapat sebarang dakwaan salah laku yang membabitkan dirinya.
Katanya beliau sedar terdapat pelbagai tomahan dan tuduhan dilemparkan ke atas dirinya berikutan pendirian tegas beliau dalam melaksanakan tugas sebagai ‘orang nombor dua’ dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Sila siasat (saya) dan siasat juga semua anggota keluarga saya, saya tiada masalah,” katanya ketika menjadi ahli panel dalam forum integriti sempena sambutan Hari Integriti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 2023 di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai tuduhan dan tohmahan berkenaan.
Beliau bersama Pencetus Ummah (PU) Amin, atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Amin Lokman Hakim merupakan panel jemputan forum berkenaan yang dikendalikan oleh Shamsul Azahar Aliddin sebagai moderator.
Ayob Khan berkata setiap pemimpin perlu ada keberanian untuk menegur atau mengambil tindakan ke atas petugas di bawah seliaannya, dan jangan hanya kerana mahu disanjung atau kekal popular, tanggungjawab sebenar diketepikan.
“Jika ada salah laku melibatkan pegawai atau anggota terutama rasuah, saya tidak akan bertolak ansur dan tindakan pasti akan diambil. Selagi saya diamanahkan dengan tanggungjawab sedia ada, saya akan tunaikan,” katanya. – Bernama, 7 Disember, 2023.
TABIK HORMAT
INI LANGKAH
BAIK
AMIN
BERANI DISIASAT
TAKDA SOROK
AMIN
SELALU DIHEBOH
POLIS LAGI BESAR
LAGI GEMOK
AMIN
BUKAN SEMUA
POLIS TAK BETUL
RAMAI YANG JUJUR
AMIN
PALING JUJUR
POLIS DALAM
DRAMA TV
AMAT BAIK
AMIN
KHALAS
HINA MELAYU
Mak cik Kemboja, anak, tidak mengaku salah hina Melayu
PEMILIK syarikat jahitan pukal Mariyah Holdings Sdn Bhd, Mariyah Yaakob, 47, hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat kenyataan mengapikan kaum Melayu di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka.
Wanita asal Kemboja itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.
Mengikut pertuduhan, usahawan tersebut membuat satu pernyataan melalui rakaman video di aplikasi TikTok miliknya yang ditonton di Bukit Piatu, Kampung Musai dalam daerah Melaka Tengah.
Tertuduh membuat penyataan tersebut pada 16 November lepas sekitar 6 petang dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding berbeza, anak lelaki tertuduh Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, yang juga pengarah Mariyah Holdings Sdn Bhd, turut mengaku tidak bersalah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati secara sedar menggunakan perkhidmatan aplikasi TikTok ibunya membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan seorang perempuan mengatakan sesuatu yang jelik sifatnya.
Tertuduh melakukan kesalahan itu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain yang telah ditonton pada tarikh, masa dan lokasi yang sama.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3)Akta yang sama.
Tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Kedua-dua prosiding yang dijalankan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka Ahmad Sazali Omar mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Kamal Hisham Jaafar memohon jaminan rendah memandangkan Mariyah seorang ibu tunggal yang menanggung tiga anak, selain perniagaannya terjejas akibat Covid-19 dan diboikot susulan kes itu, manakala Ezuan Hafsham masih belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta.
Hakim Mohd Sabri menetapkan jaminan RM15,000 ke atas Mariyah manakala RM10,000 terhadap Ezuan Hafsham.
Mahkamah juga membenarkan syarat tambahan seperti dicadangkan oleh pendakwa raya iaitu pasport kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan tidak boleh memberi sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak kerana dikhuatiri mengganggu perjalanan kes.
Mahkamah kemudian menetapkan 12 Januari depan bagi serahan dokumen dan sebutan semula kes.
Sebelum ini, tular rakaman video di media sosial menunjukkan seorang wanita yang mengaku asal Kemboja, tetapi sudah lama bermastautin di negara ini sedang mengadakan penstriman langsung di sebuah gedung pakaian Muslimah.
Dia mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas, namun pada akhir rakaman video berkenaan, menyatakan dia hanya bergurau dan memohon maaf, disusuli permohonan maaf yang diulang pada hantaran berasingan. – Bernama, 7 Disember, 2023.
SELAGI MELAYU
TIDAK MENGUASAI
EKONOMI MAKA
MELAYU AKAN
TERUS DI HINA
KHALAS
SOKONG PMX
Pembangunan warung, gerai bersih perlu diberi tumpuan, kata PM
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mahu pembangunan warung, gerai serta restoran yang bersih dan indah diberi tumpuan agar ia menjadi mercu tanda untuk setiap negeri dan bandar di seluruh negara.
Beliau berkata semua majlis perbandaran di seluruh negara diminta untuk menentukan keutamaan berkaitan termasuk dalam aspek bekalan air, elektrik dan perpaipan bagi membolehkan aspirasi itu direalisasikan.
Katanya dengan cara itu ramai rakyat akan memilih untuk pergi ke gerai, warung dan restoran berbanding hotel lima bintang sekiranya aspek kebersihan dan keindahan premis itu dititikberatkan.
“Tumpu pembangunan warung dan gerai, biar bersih dan indah kerana majoriti rakyat kita gunakannya. Tanggungjawab rakyat pula menjaga kebersihannya. Ini tugas penting untuk Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil, bukan hanya minta peruntukan, tetapi ada misinya. Ini kerajaan julung kalinya bagi penekanan.
“Nak bangunkan kota, bangunkan gerai dan warung (yang bersih dan indah) dulu. Esok nak kenal Kota Kinabalu atau Penampang, pastikan gerai, warung dan restoran diurus dengan baik dan indah,” katanya berucap merasmikan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) peringkat Kebangsaan 2023 di Buhavan Square di Penampang hari ini.
Bertemakan “Penjaja dan Peniaga Kecil Nadi Ekonomi Madani”, karnival itu dianjurkan sebagai tanda pengiktirafan kerajaan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil di negara ini.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, Menteri Kewangan Sabah Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ewon Benedick serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali.
Mengulas lanjut Anwar juga berkata beliau mahu ibu negara Kuala Lumpur dikenali dengan warung, gerai dan restoran bersih sebagai mercu tanda tidak hanya bangunan pencakar langit atau hotel lima bintang semata-mata.
Perdana menteri berkata Kerajaan Madani pimpinannya turut memberi tumpuan kepada keindahan landskap taman di setiap bandar selain mengekalkan nilai bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka bagi menjadikan ia sebagai kota warisan.
“Ini penting bagi terus mempertahan nilai sejarah dalam setiap projek raksasa yang ingin dijalankan, selain memastikan pelan pembangunan dirangka dengan baik demi memastikan kesejahteraan rakyat,” katanya. – Bernama, 7 Disember, 2023.
SARANAN INI
WAJIB DISOKONG
AMIN
SEBAGAI PENGGUNA
WARUNG & GERAI
KITA WAJIB SOKONG
KEBERSIHAN
TEMPAT MAKAN KITA
KITA
AMIN
JUALAN TIDAK
MAHAL TIDAK
SEMESTINYA
WARUNG & GERAI
TAK INDAH BERSIH
AMIN
KHALAS
BENGANG - LANGGAR HINGGA MATI
Amuk di lebuh raya: Yew Wei Liang dipenjara 16 tahun
YEW Wei Liang, lelaki yang melanggar sehingga menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Lebuh Raya Utara Selatan empat tahun lalu, hari ini dihukum penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mensabitkan kesalahannya semalam.
Hakim Julia Ibrahim menjatuhi hukuman itu selepas mendengar hujahan rayuan oleh peguam belanya bagi mengurangkan hukuman.
Semalam, Wei Liang, 45, diputuskan bersalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun.
Dia sebelum itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.
Wei Liang dihadapkan ke mahkamah pada 22 Ogos 2019, 10 hari selepas kejadian.
Syed Muhammad Danial disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Nilai Medical Centre pada hari kejadian.
Kejadian itu dikatakan berpunca daripada kemalangan kecil selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan. – 7 Disember, 2023.
INI KES
MARAH DAN
HILANG
PERTIMBANGAN
AMIN
KHALAS
IKLAN TERBAIK UNTUK PERNIAGAAN ?
INI IKLAN
TERBAIK UNTUK PERNIAGAAN
JENG JENG JENG
ATAU AKAN DIBOIKOT
KHALAS
BURUH ASING GERAK EKONOMI
TANPA INDON
SAWIT LURUH
AMIN
TANPA BANGLA
SAMPAH
BERTIMBUN
KHALAS
Abg long commented on
"WARGA PELARIAN"
Yerrrr, kasi halau semuaaaa. Orang bukan warganegara ni mana ada bantu ekonomi malaysia. Duit hantar balik kampung, beli barang bukan kat kedai melayu atau cina atau india. Gang dia pulak boleh buka kedai. Tgk aja kat kelang. Ptuiii
ASALKAN TIDAK MAIN BONTOT
RASUAH CURI
SEMUA BOLEH
ASALKAN TIDAK
MAIN BONTOT
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"MUFAKAT BARU
PAS DAN UMNO"
Jangan kan dengan lanun, dengan iblis setan pun tak pa asalkan Anwar boleh dijatuhkan.
ZIONIS SILAP BACA - BUKAN MUDAH NAK HANCURKAN HAMAS
ZIONIS SILAP BACA
BUKAN MUDAH NAK
HANCURKAN
HAMAS
KHALAS
INI CONTOH ZIONIS TEMPATAN
Arab rosakkan pemikiran rakyat Malaysia terhadap Israel, dakwa Victor
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mendakwa warga dari negara ini, Victor Yong Jen Ong mendakwa masyarakat Arab selama ini telah merosakkan pemikiran rakyat Malaysia terhadap Israel.
Dalam satu temubual dengan pempengaruh Israel, Hananya Naftali, Victor yang mendakwa pernah tinggal di Johor Bahru berkata, keganasan Arab radikal sangat aktif di Malaysia.
Naftali merupakan kakitangan dalam unit yang memberi nasihat kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
“Anak Israel pun disebut dalam al-Quran kitab suci Islam menuntut agar dipanjangkan kasih sayang kepada Bani Israel tetapi keganasan Arab radikal berbeza daripada itu dan mereka sangat aktif di Malaysia selama 75 tahun yang lalu cuba merosakkan intelek rakyat Malaysia.
“Untuk menjadikan Melayu dan Cina menentang negara Yahudi.
Ini adalah proses yang perlahan tetapi sangat mantap,” kata Viktor dalam video yang dikongsi di platform X.
Beliau turut mendakwa Hamas dan Fatah iaitu organisasi politik di Palestin secara aktif menyebarkan kebencian dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap Israel.
Katanya, maklumat yang salah sengaja disebarkan bagi menentang kerajaan Israel di alam siber.
“Kita harus berhenti mempercayai penyamar, berita palsu dan maklumat salah yang dikeluarkan oleh mengenai orang Yahudi
“Terdapat beberapa organisasi Arab yang berpura-pura menjadi orang Yahudi dan mereka menipu dan berbohong dalam internet untuk menimbulkan tanggapan negatif terhadap negara Yahudi,” katanya.
Sementara itu, beliau mencadangkan agar Malaysia mengikut langkah negara Arab seperti Bahrain dan Emeriah Arab Bersatu yang mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel.
Malah beliau turut mencadangkan agar Israel mewujudkan sebuah kedutaan di Malaysia.
“Bahawa kedutaan Israel akan membawa begitu banyak budaya ke Malaysia mengenai orang Yahudi. Menyedarkan kita semua tentang kebenaran yang sebenarnya, dan seperti kata pepatah ‘kebenaran akan membebaskan kita semua’,” kata Victor.
Beliau berkata, hubungan Malaysia dan Israel akan berjalan dengan aman dan damai kerana tidak seperti pengganas Arab, orang Melayu memiliki hati yang baik dan menerima pelbagai etnik ke negaranya.
Dalam video tersebut kelihatan bendera Israel dikibarkan di sebelah Jalur Gemilang dalam biliknya. –
Victor Yong sokong wujudkan hubungan diplomatik dengan Israel diberkas polis
KUALA LUMPUR – Polis hari ini individu dikenali Victor Yong Jen Ong bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menyokong hubungan diplomatik antara Malaysia dan israel diwujudkan.
Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dalam temubual dengan pempengaruh media sosial Israel, Hananya Naftali yang tular di laman media sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, permohonan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 8 Disember telah dibenarkan ke atas suspek berusia 36 tahun itu oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.
“Siasatan mendapati kenyataan itu dibuat (Victor Yong) dalam satu temubual bersama pempengaruh media sosial Israel bernama Hananya Naftali yang kemudian telah dimuat naik dalam laman Tiktok MalaysiaGazette,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Mohd Shuhaily, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Tambah beliau, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan penyebaran berita yang mampu menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian perkhidmatan rangkaian. –
INI CONTOH
ZIONIS TEMPATAN
AMIN
ADA BERAPA
RAMAI LAGI
CHINA MACAM INI
DI TANAH MELAYU?
AMIN
MEREKA SEDIA
JADI AJEN ZIONIS
KHALAS
PERANG SEMAKIN GANAS !!!
Pertempuran Israel-Hamas di selatan Gaza makin ganas
TENTERA Israel bertempur dengan pejuang Hamas di bandar selatan Gaza semalam, ketika PBB terus memberi amaran ketenteraman awam bakal lumpuh sepenuhnya selepas hampir dua bulan Israel menggasak Palestin sejak serangan balas Hamas pada 7 Oktober.
Tentera Israel dengan kereta kebal dan anggota lengkap bersenjata serta jentolak masuk ke Khan Yunis, bandar kedua terbesar di Gaza, menyebabkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal terpaksa melarikan diri lagi, kata saksi.
Sumber Hamas dan Jihad, satu lagi kumpulan pejuang Palestin berkata pejuang mereka sedang mengawal pintu masuk ke bandar itu.
Tetapi tentera Israel berkata ia sudah berjaya menembusi barisan pertahanan dan melakukan serangan di tengah bandar, di mana mereka menemui dan memusnahkan 30 ruang masuk terowong.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan video berkata tenteranya semakin menghampiri rumah ketua Hamas Yahya Sinwar, dengan seorang jurucakap berkata ia terletak bawah tanah di kawasan Khan Yunis.
Israel isytihar perang terhadap Hamas selepas kumpulan pejuang itu menyerang balas pada 7 Oktober menyebabkan 1,200 maut, kebanyakannya orang awam, kata pihak berkuasa Israel.
Setakat ini, Hamas berkata 16,248 penduduk Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam perang itu.
Di utara Gaza, rumah musnah menyebabkan 1.9 juta penduduk hilang tempat tinggal, menurut data PBB. – AFP, 7 Disember, 2023.
ALANG ALANG
MENYELOK
PEKASAM BIAR
SAMPAI ISRAEL
MUSNAH
AMIN
KHALAS
SARAWAK DALAM KRISIS ?
Sengketa 2 presiden parti gabungan Sarawak bersifat peribadi, kata penganalisis
PERMUSUHAN antara dua presiden parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) antara Menteri Pelancongan Tiong King Sing dengan Timbalan Premier Sarawak Sim Kui Hian kini sudah menjadi peribadi.
Persengketaan keduanya berpunca daripada apa yang disifatkan penganalisis dari Asia Universiti Tasmania James Chin sebagai Tiong “mencuri” kerusi Dudong daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada pilihan raya negeri 2021.
‘Masalah banjir kilat dan banjir besar’ di Dudong menyebabkan Tiong sebagai Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Sim, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) saling memaki hamun semasa persidangan dewan undangan negeri, minggu lalu.
Tebatan banjir adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak pimpinan Sim.
Tiong, ketika membahaskan belanjawan negeri 2024 mendakwa rakyat di kawasannya bukan sahaja bosan dengan masalah banjir kilat yang kerap berlaku, mereka juga sudah muak dan kecewa menanti pihak berkuasa menyelesaikan isu itu.
Beliau kemudiannya menyelar Sim berkait “lawatan sambil belajar” pengurusan sumber air dan dasar kawalan air ke Denmark juga Belanda tahun ini.
Malah beliau juga menyindir ayat terkenal Sim – “tengok saja” yang sering digunakannya kepada pembangkang DAP bagi menggambarkan ketidakmampuannya membantu rakyat.
“Sampai hari ini saya cuma hari-hari tengok saja banjir,” apa yang diberitahu rakyat di kawasannya, beritahu Tiong kepada dewan.
“Tengok saja tanaman mereka tenggelam, tengok saja mereka rugi besar, tengok saja dia punya rumah, barang-barangan terendam dalam air.
“Tengok saja ini isu bila boleh diselesaikan.”
Sim dalam jawapan kementeriannya berkata Majlis Perbandaran Sibu (SMC) dan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) yang mentadbir Dudong, masing-masing menerima RM2.77 juta dan RM5.46 juta namun peruntukan itu untuk menaik taraf dan membaik pulih jalan juga laluan pejalan kaki serta menyediakan lampu jalan.
Sim berkata memandangkan dana itu tidak mencukupi untuk tebatan banjir, Tiong sepatutnya mengeluarkan dana sendiri dan mencontohi apa yang dilakukan oleh pendahulunya dengan menambah dana daripada dana RM5 juta bagi Program Transformasi Luar Bandar (RTP). – 7 Disember, 2023.
SARAWAK DALAM
KRISIS ?
KAH KAH KAH
DUA TAIKO
BERGADUH
AMIN
STABIL KE
SARAWAK NI ?
AMIN
SAJE TANYA
TAKUT MENTERI
SEDANG MABUK
BUAT KEPUTUSAN
KAH KAH KAH
KHALAS
TALIBAN NAK BERSAMA
TALIBAN
NAK BERSAMA
AMIN
Unknown commented on
"SEX DAN DURIAN"
Kalau Taliban tahu awal awal dah serbu, bukan nak tangkap tapi nak join sekali, pesta durian dengan sex pasti hebat, main cucuk cucuk dengan duri kah? Kah kah kah kemajuan bukan sesuatu yang jahat, kena puji orang-orang kita kah kah kah
KERAJAAN DUA M
KERAJAAN
DUA M
MUFAKAT
MERCEDES
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"MUFAKAT BARU
PAS DAN UMNO"
Kah kah tidur sebantal no problem janji kaut songlap diteruskan atas nama muafakat demi perpaduan perjuangan ekonomi sanak saudara kaum kerabatku kah kah kah tak salah kalau mendalami tiada songsang cuma jangan tunggang kuda lagi, depan awal cakap terus terang, janji boleh pakai Alphard Mercedes semuanya halal