Jumaat, 29 Disember 2023
PENDATANG HARAM CHINA MERAH DIMANA ?
Polis kenal pasti lebih 10 kawasan penempatan utama Pati, kata Ayob Khan
POLIS Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) mengenal pasti lebih 10 kawasan yang menjadi “perkampungan” utama pendatang tanpa izin (Pati) di seluruh negara.
Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay berkata antara kawasan yang menjadi sarang mereka ialah di sekitar Lembah Klang, Johor, Kedah dan Kelantan.
“Fokus polis (untuk lakukan serbuan) selepas ini adalah di kawasan yang melibatkan premis di tempat itu yang dikuasai warga asing dan operasi bersepadu membanteras lambakan warga asing ini akan dilakukan dari semasa ke semasa secara konsisten.
“Namun masyarakat juga perlu memahami kadang-kadang kami mempunyai kekangan dari segi penempatan (depot tahanan imigresen) tetapi kita akan terus merancang (operasi) dengan teliti bagi membanteras warga asing (yang tiada dokumen sah),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas antara Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Aidi Ismail dengan penggantinya, Wan Hassan Wan Ahmad di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur hari ini.
Sebelum ini sejumlah 1,101 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi bersepadu melibatkan hampir satu batalion pegawai dan anggota beberapa agensi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar Jalan Silang di Kuala Lumpur 21 Disember lepas.
Operasi terbabit dijalankan bagi tujuan membanteras kegiatan jenayah yang berlaku di sekitar kawasan itu dan Kompleks Kota Raya selain membendung lambakan warga asing tanpa izin.
Sementara itu Ayob Khan berkata dalam usaha menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di negara ini polis akan memburu ketua sindiket untuk dikenakan tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) serta Seksyen 130V Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang).
Sebelum ini katanya polis lebih menyasarkan kepada soal rampasan dengan berat bertan-tan dan nilai berjuta namun operasi di Sabah baru-baru ini ia lebih memfokuskan usaha menahan seluruh anggota sindiket, orang kanan serta dalang.
“Jika tidak mungkin kami perlukan masa yang lama untuk selesaikan isu berkaitan dadah, jadi sebab itulah kami lebih fokus terhadap membanteras sindiket ketika ini,” katanya sambil menegaskan polis masih menyiasat penglibatan orang kenamaan yang berselindung di sebalik badan bukan kerajaan (NGO) dalam kes berkenaan.
Dalam serbuan pada Isnin Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.
Serbuan dilakukan pada 2.45 pagi di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna itu berjaya menahan 10 lelaki termasuk dalang utama sindiket yang juga penaung sebuah NGO berusia 40 tahun. – Bernama, 29 Disember, 2023.
PENDATANG
HARAM
CHINA MERAH
SARANG DI MANA?
AMIN
DI PUTAR JAYA KE?
ATAU DALAM
OPIS MENTERI
PELANCUNGAN
AMIN
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KHALAS
MUZIK DAN PUISI
AKSI KEPONG
JEMPUT DATANG
KITA BERSETIA KAWAN DENGAN
WARGA GAZA
KITA BACA PUISI
KITA DENGAR MUSIK
KITA DENGAR UCAPAN
KALAU BOLEH JEMPUT
TIDUR DI KEHMAH KAMI
AMIN
IRAN SASARAN AKHIR NETANYAHU
IRAN SASARAN AKHIR NETANYAHU
Ketika tulisan ini digarap Perang Gaza yang bermula pada subuh Sabtu 7 Oktober 2013 telah masuk ke hari 82. Pada 24 November hingga 30 November 2023 satu gencatan senjata untuk pertukaran tawanan berlaku. Kemudian perang diteruskan.
Kelmarin 27 Disember 2023 Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilaporkan telah memberi arahan kepada pasukan tentera Israel untuk memperkemas dan mempertingkatkan serangan ke atas Gaza.
Dunia diberi tahu tujuan asal Netanyahu ialah memusnahkan Hamas. Membasmi Briged Al-Qassam dan Islamik Jihad dan apa saja bentuk perlawanan yang menentang Israel dari Gaza.
Pihak berwajib Lembaga Kesihatan Gaza telah berkali kali mengumumkan statistik jumlah kematian dan kecederaan. Paling akhir jumlah yang gugur telah melintas 20,000. Majoriti yang gugur adalah wanita dan kanak-kanak.
Mati bukan kena tembakan peluru. Tapi mati dari ledakan bom yang gugur dari udara.
Kelmarin 27 Disember 2023 media telah melaporkan bagaimana Netanyahu enggan memberi tahu dunia apa perancangan masa depan ke atas Gaza. Apa rancangan Zionis Israel pasca perang.
Apakah betul hanya untuk memusnahkan Hamas dan gerilanya?
Dari apa yang berlaku amat jelas Gaza yang di bom telah menjadi padang jarak padang tekukur. Tidak dapat dinafikan Israel mahu menghalau keluar semua 2.2 juta warga Gaza. Yang mati kena bom hanyalah iklan untuk menakutkan yang lain untuk bersedia menjadi orang pelarian.
Ini taktik yang sama ketika Zionis Israel melancarkan Nakba pertama pada tahun 1948.
Pembantaian beramai-ramai di Dier Yassin telah berlaku pada 9 April 1948. Pasukan pengganas Zionis yang dipanggil Irgun dan Lehi telah membunuh 107 orang kampung - majoriti perempuan dan kanak-kanak.
Kampung Dier Yassin penduduknya seramai 800 orang semua lari kerana takut. Kampung jadi kosong. Taktik menakutkan ini berjaya menghalau 750,000 Arab Palestin untuk menjadi orang pelarian. Tanah dan kampung yang mereka tinggalkan diambil oleh Yahudi pendatang baru dari Eropah untuk menjadi Israel.
Kali ini serangan ke atas Gaza ialah Nakba 2. Nakba 1 Arab Palestin di bunuh dengan peluru, pisau dan belantan. Nakba 2 mereka di bom dari udara. Tujuan masih sama. Arab Palestin wajib semuanya dibunuh, di penjara atau di halau keluar. Seluruh bumi Palestin mahu di Yahudikan. Ini projek Ketuanan Yahudi.
Apakah ini sahaja agenda Zionis ?
Saya merasakan ada projek yang lebih besar yang dalam perancangan para Zionis dan penyokong Israel. Saya tidak mahu dilihat sebagai menabur teori konspirasi anti- Yahudi. Tapi apa yang telah dan sedang berlaku meyakinkan diri saya bahawa ada perancangan yang lebih besar sedang di atur.
Israel negara penjajah. Mereka bukan warga asal bumi Arab. Pada awalnya memang ada Yahudi yang tinggal di Palestin – jumlah minoriti. Hari ini majoriti Yahudi adalah pendatang baru dari luar bumi Arab.
Justeru Israel merasa sentiasa tidak selamat. Menjajah dan merampas bumi Palestin tidak akan berlalu tanpa penentangan dan perlawanan
Negara Arab paling besar dan paling kuat bala tentera ialah Mesir. Negara ini di bawah pimpinan nasionalis Abdel Nasser jelas menentang Israel. Pada 6 Jun 1967 Mesir bersama Syria dan Jordan telah memerangi Israel.
Nasionalis Nasser berundur kerana gagal menundukkan Israel. Tanpa Nasser Mesir terus diyakini oleh Israel sebagai musuh utama dan terkuat. Justeru Mesir perlu di tundukkan.
Muncul Anwar Sadat dan Perang Ramadan 6 Oktober 1973. Kali ini Mesir berjaya mara hingga ke Sinai yang diduduki oleh Israel.
Israel merancang - Presiden Anwar Sadat dan Mesir wajib dijinakkan. Maka berlakulah pembelotan pertama oleh negara Arab. Perjanjian damai Camp David ditanda tangani pada 17 September 1978 oleh Sadat dan Begin dari Israel dengan Jimmy Carter Presiden Amerika sebagai orang tengah dan saksi.
Bila Mesir berbaik-baik dengan Israel negara Arab dan negara Islam pasca Camp David dilihat lemah. Bagaimana dengan negara Islam bernama Turki?
Dari fakta geo-politik Turki ini adalah anak didik Amerika. Turki anggota NATO. Dalam NATO Turki memilik bala tentera yang terbesar.
Jangan lupa fakta sejarah. Turki mengiktiraf Israel dan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel semenjak Mac 1949. Turki negara Islam pertama yang iktiraf Israel. Hakikatnya Israel telah lama berjaya menjinakkan Turki. Amin.
Pasca Perang Ramadan 1973 harga minyak petrol naik. Ini memperkuatkan ekonomi beberapa negara Arab yang memiliki telaga minyak.
Muncul Saddam Hussein dari Iraq. Saddam seorang nasionalis Arab yang lantang menentang Zionis Israel. Dengan duit minyak Iraq mula memperkuat bala tentera. Dalam masa yang sama Iraq memberi dana kepada PLO - Pelestine Liberation Organiation – yang kini menjadi payung beberapa gerakan gerila Palestin.
Gerakan gerila Palestin di bawah PLO semakin aktif menyusun dan bergerila. PLO berpangkalan di Lebanon. Dana dan senjata datang dari Iraq memungkinkan gerila Palestin menyerang Israel dari Lebanon.
Israel kini melihat Iraq telah menggantikan Mesir. Nasionalis Nasser telah digantikan oleh nasionalis Saddam.
Nasionalis Saddam Hussein bukan hanya beretorik anti Zionis malah dasar luar negara Iraq jelas anti Israel dan pro Palestin.
Dengan duit petrol Saddam mula membina bala tentera yang dapat bersaing dengan tentera Israel. Iraq di bawah Saddam menjadi kawan baik kepada Rusia dan Blok Sosialis Eropah Timur. Untuk Israel semua perkembangan ini dilihat sebagai bahaya.
Pada 7 Jun 1981 , 14 jet pejuang berlepas dari lapangan terbang Etzion di Israel. Jet pejuang ini menyerang dan memusnahkan reaktor nuklear Osirak di Iraq.
Dari serangan Israel ini terbukti jelas Saddam Hussein sedang merancangkan untuk memiliki senjata nuklear. Pada tarikh ini telah menjadi rahsia umum bahawa Israel telah memiliki senjata nuklear.
Kaum Zionis di Amerika dan sekutunya di Eropah terus merancang untuk memusnahkan Iraq dan Saddam Hussein. Zionis Israel merasa terancam oleh Saddam dan Iraq.
Perancangan Zionis terus berjalan. Ledakan 9/11berlaku di New York. Usama Bin Laden dan Al-Qaeda di tuduh sebagai dalang ledakan ini.
Hari ini dari kajian yang rapi telah dibuktikan ledakan 9/11 adalah sebahagian dari projek New American Century. Projek Kurun Amerika ini dirancang untuk memastikan hanya Amerika menjadi kuasa dunia.
Tapa sebab musabab para Zionis di Amerika telah menuduh bahawa Iraq bertanggung jawab ke atas ledakan 9/11 di New York.
Iraq di tuduh memiliki apa yang di panggil – weapon of mass destruction. Para Zionis yang mengelilingi dan menasihati Presiden Bush telah berjaya meyakinkan Tuan Presiden untuk menyerang Iraq.
Pasca 9/11 Amerika melancarkan dasar pertahanan yang dipanggil War on Terror.
Iraq di serang sebagai musuh pertama War on Terror. Kerajaan nasionalis Saddam Hussein runtuh. Saddam di tangkap dan di bunuh.
Tapi Israel masih belum merasa selamat. Intifada 1 dan Intifada 2 membawa Perjanjian Oslo.
Oslo membuka perjanjian antara PLO dengan Zionis Israel. Kalau dulu yang belot Sadat dan Mesir kini yang belot ialah Yasser Arafat dan PLO.
Pembelotan tidak menamatkan perjuangan Palestin. Pembelotan melahirkan watak perjuangan baru. Kini muncul Hamas. Kini muncul Hezbolah. Kini muncul Islamik Jihad. Garis politik nasionalis telah gagal. Kini muncul garis Islamik Nasionalis.
Kalau tahun 70’an PLO dibantu oleh duit minyak Iraq. Geo politik Timur Tengah terus berubah. Tahun 1979 Reza Pahlavi di jatuhkan. Iran kini menjadi Republik Islam.
Iran dari mazhab Syiah kini mengambil alih peranan Iraq. Dalam masa yang sama Qatar yang kaya dengan telaga minyak dan gas mula mengambil alih peranan Iraq dan Libya.
Jika tahun 70an Iraq dan Libya hanya berupaya memberi dana untuk PLO membeli. Peranan Iran berbeza dari peranan Iraq atau Libya.
Iran bukan sahaja memberi dana dan senjata malah Iran kini menjadi kilang senjata. Iran memberi didikan kepada para gerila bagaimana hendak membuat senjata dari bahan yang sedia ada.
Keupayaan teknologi senjata Iran ini diakui dunia. Ini dibuktikan apabila dalam Perang Ukraine Rusia telah membeli drone dari Iran. Ini bukti bahawa Iran memiliki teknologi persenjataan yang canggih.
Iran kini bukan hanya memberi dan mempersenjatai gerila Palestin. Iran juga membantu Yaman yang sedang berperang dengan Saudi Arabia. Iran juga mempersenjatai Hezbolah di Lebanon.
Jika tahun 2003 projek Israel ialah menjinakkan Iraq. Bacaan dan strategi geo politik kaum Zionis telah tergelincir. Kini Iran menjadi sahabat baik Iraq.
Apa yang wujud hari ini ialah satu kumpulan negara yang bermazhab Syiah muncul. Iraq, Syria, Lebanon dan Yaman yang majoriti bermazhab Syiah semua melihat Iran sebagai negara anti Zionis yang tulen.
Negara bermazhab Sunni seperti Turki, Mesir, Saudi, Moroko dilihat bersedia berbaik baik dengan Israel.
Dalam masa yang sama Perang Gaza ini telah juga mengubah geo politik Timur Tengah. Perkembangan baru cukup baik. Iran dan Saudi telah memulakan persahabatan baru. China telah memainkan peranan.
Akhir ini dilaporkan perang antara Yaman dan Saudi telah menemui jalan damai. Ini perkembangan geo politik terbaru.
Hamas ialah kumpulan Sunni manakala Hezbolah Syiah. Dua kumpulan gerila ini sedang erat bekerja sama melawan Zionis Israel.
Jelas peranan Iran telah mengubah geopolitik Syiah dan Sunni. Dalam masa yang sama Rusia dan China yang dahulunya di musuhi kerana dari blok Sosialis kini di lihat lebih boleh dipercayai dari Amerika.
Apakah ada perancangan kaum Zionis untuk menjadikan Iran sama seperti Turki, Mesir atau Iraq.
Israel kini melihat Iran musuh utama. Pemberi dana dan pembekal senjata untuk Hamas dan Hezbolah. Ini bahaya besar untuk Israel.
Kita tunggu apa projek Netanyahu untuk memusnahkan Iran yang kini jelas menjadi pemimpin negara Arab dan Islam melawan Zionis Israel.
Mossad, CIA dan segala badan pemikir Zionis pasti sedang berbincang mencari jalan untuk menjinakkan atau memusnahkan Iran. Apa projek itu? Kita tunggu minggu hadapan. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT. COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/478262
TANGKAP DAIM ?
Siasatan SPRM
bermotif politik –
Tun Daim
KUALA LUMPUR – Daim Zainuddin menafikan beliau dan keluarganya terbabit dalam rasuah atau sebarang salah laku dan mendakwa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu adalah bermotifkan politik
Bekas Menteri Kewangan itu berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang mendakwa dan mengaitkan dirinya dan keluarga memiliki kekayaan luar biasa dan perkara tersebut telah dibincangkan dengan peguamnya.
Malah Daim mendakwa agensi tersebut tidak pernah memaklumkan mengenai kesalahan yang didakwa dilakukannya atau keluarga beliau walapun persoalan itu pernah dibangkitkan secara bertulis kepada SPRM.
“Saya boleh dedahkan bahawa kami menerima sepucuk surat yang ditandatangani Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) yang enggan memaklumkan kesalahan yang disiasat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan, SPRM menyita bangunan Menara Ilham milik Daim bagi menyekat tindakan menjual, memindah hak milik atau melupuskan bangunan tersebut secara keseluruhan atau mana-mana bahagian bangunan tersebut.
Sitaan dilakukan selepas satu siasatan telah dibuka berkaitan dengan pengambilalihan saham membabitkan dua syarikat tersenarai berjumlah RM2.34 bilion.
Daim memberitahu, terdapat usaha untuk mencemarkan namanya dengan menyebarkan maklumat palsu dan sindiran tidak berasas.
Sementara itu, bekas Menteri Kewangan itu mendakwa Azam tidak profesional apabila mengeluarkan komen-komen bersifat prejudis secara terbuka mengenainya sedangkan siasatan masih lagi berjalan.
Menurutnya, Azam sepatutnya bertanggungjawan ke atas sumber-sumber yang membocorkan berita mengenai siasatan tersebut dan beliau percaya sumber itu membabitkan orang dalam. –
WOIT
DAIM HANG
ROYAK APA
KAH KAH KAH
SEMUA POLITIK
KENTUT PUN
POLITIK
AMIN
MAIN BONTOT
PUN POLITIK
KAH KAH KAH
LU JADI KAYA
KERANA POLITIK
KAH KAH KAH
KHALAS
MANGSA BANJIR BERTAMBAH
28,032 mangsa banjir di 137 PPS di 5 negeri setakat pagi ini
JUMLAH mangsa banjir di lima negeri mencatatkan peningkatan kepada 28,032 orang pagi ini berbanding 25,763 orang malam tadi, yang ditempatkan di 137 pusat pemindahan sementara (PPS).
Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menunjukkan Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 21,377 orang yang ditempatkan di 68 PPS di lima daerah, meningkat daripada 19,423 pada 8 malam tadi.
Menurut laporan itu, 37 PPS dibuka di Pasir Mas yang menempatkan 18,289 mangsa, 19 di Kuala Krai (1,136 mangsa), masing-masing lima PPS di Tanah Merah (327 mangsa) dan Tumpat (1,507 mangsa) serta 118 mangsa berlindung di dua PPS di Gua Musang, setakat 6 pagi ini.
Di Terengganu, jumlah mangsa mencatatkan peningkatan kepada 6,289 orang yang berlindung di 59 PPS pagi ini berbanding 5,983 orang di 60 PPS pada sebelah malam dengan daerah terjejas meliputi Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.
Pahang turut mencatatkan peningkatan jumlah mangsa pagi ini kepada 214 orang yang berlindung di lima PPS di Jerantut, Kuantan, Lipis dan Cameron Highlands, berbanding 206 mangsa pada sebelah malam.
Laporan itu memaklumkan daripada lima PPS yang masih dibuka di Pahang, PPS di daerah Cameron Highlands membabitkan insiden tanah runtuh dan menempatkan 87 mangsa.
Di Sabah, 31 mangsa ditempatkan di dua PPS di Pitas setakat 6 pagi ini, meningkat sedikit daripada 30 orang pada 8 malam tadi.
Sementara itu, jumlah mangsa di Johor tidak berubah dengan 121 mangsa masih berlindung di tiga PPS di daerah Mersing dan Segamat.
Bagi tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, empat sungai di Kelantan iaitu Sungai Kelantan Pasir Mas, Sungai Golok Tumpat, Sungai Golok Pasir Mas, Sungai Kelantan Kota Bharu berada pada paras bahaya.
Di Terengganu pula, tiga sungai merekodkan paras bahaya iaitu Sungai Kemaman, Sungai Dungun dan Sungai Terengganu. – Bernama, 28 Disember, 2023.
ANGKA MANGSA
MAKIN NAIK
AMIN
AIR SUNGAI
JUGA NAIK
AMIN
WASPADA
KITA BERSEDIA
DENGAN IKLIM
YG BERUBAH
KHALAS
PROJEK AMERIKA KAWAL LAUT MERAH GAGAL
PROJEK AMERIKA
KAWAL LAUT MERAH
GAGAL
AMIN
TAK DAPAT
SOKONGAN
AMIN
SAHAM BIAWAK
SAHAM BIAWAK
AMIN
Unknown commented on
"RESTORAN TAK JUAL BIAWAK"
Salah seorang Hindu ialah pemegang saham dalam syarikat tu dan merangkap penjaga akaun pelita. Lain2 semua muslim termasuk seorang ustaz bergelar datuk. Yang ni informasi lama. Tak tahu lah kalau saham dah beralih hak. Macam saham ilham centre, sekarang pemegang hak ialah SPRM.
GUNAKAN PEMBARIS
GUNAKAN
PEMBARIS
KHALAS
"MAJLIS PEGUAM MAHU
KES ZAHID DIBUKA KEMBALI"
Zahid .. oh Zahid. Kadang2 terlintas fikiran meracau aku "makam negara tu untuk tanam siapa ". Dulu Cikgu aku ckp untuk tanam sosok yg sangat besar jasa nye pada negara. Aku tanye Cikgu aku tu "Jasa tu di ukur dgn ape" .. Cikgu aku kata PEMBARIS .. kahkahkah satu kelas gelak ..
KEPONG MALAM INI
AKSI KEPONG
MALAM INI
JUMAAT 29 DISEMBER 2023
AKSI KEPONG DAH LANGSUNG
TIGA HARI
MALAM KELMARIN
MALAM SYUHADA
MALAM INI MALAM BUDAYA
ADA BERITA BAIK
UNTUK KEPONG
TEMPAT KAMI BERKHEMAH
BUKAN MILIK DBKL
MILIK SEORANG HAMBA ALLAH
YANG BAIK HATI
DIA MEMBENARKAN KAMI
BERKHEMAH DI TANAH
MILIK NYA
AMIN
DBKL PUTAR ALAM
NAK JADI ZIONIS TEMPATAN
MALAM INI
MALAM KE EMPAT
MALAM BUDAYA
PARA PEMUSIK JALANAN
AKAN BERAKSI
KAWAN KAWAN
PEMBACA TUKAR TIUB
DI JEMPUT DATANG
BERMULA JAM 8.30 MALAM
SENANG NAK CARI KAMI
JALAN ARAH KE OPIS AMERIKA
SEBELAH KIRI AKAN NAMPAK
KHEMAH
INI KHEMAH KAMI
DEPAN KHEMAH KAMI
ADA JALAN MASUK
UNTUK LETAK KERETA
OK BRO
KITA JUMPA
MALAM INI
AMIN
AMERIKA
MAINE SEBUAH LAGI NEGERI
AKAN MELARANG TRUMP
DARI JADI CALON
ISREAL
NETANYAHU KATA
SUASANA LEBANON HANGAT
DAN
BERPERANG DENGAN
HEZBOLLAH
AKAN TERJADI
UKRAINE
HARI KE 674
ZELENSKY UCAP TQ
PADA BIDEN KERANA
BERI SEDIKIT DANA
YANG 65 BILION DOLAR
MASIH BELUM LULUS
HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR SEJUK
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA MASIH MUDA
GUA DI SAMBUT OLEH
DUA EKOR MURAI
BERPANTUN BALAS BERBALAS
DI LATAR SUARA HOW WOW
SEKUMPULAN PIPIT
TERBANG TURUN NAIK
TURUN NAIK
MENCARI KAWASAN TERBAIK
UNTUK MENGETAM PADI
HARI INI AKAN PANAS
LANGIT ARAH SHAH ALAM
DAH BIRU
ARAH SUNGAI BESI
MASIH KELAM
BALKONI GUA
DAH PENUH DENGAN CAHAYA
PAGI MENJADI INDAH
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT JUMAAT
DENGAN SENYUMAN
ADIK KECIL MULA MERANGKAK
BELI KOBIS LADA PAPRIKA
JEMPUT DATANG ABANG KAKAK
KITA KEPONG SETAN AMERIKA
JANGAN SUKA MAIN JUDI
RUMAH TERGADAI POKET KOSONG
NAK LAWAN ZIONIS YAHUDI
SILA DATANG KE KEMAH KEPONG
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENGEPONG