Lantikan berkontrak pegawai baharu sektor awam kejutan luar biasa – Azih
MANTAN Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Dr. Azih Muda menyifatkan pengambilan pegawai baharu dalam perkhidmatan awam secara lantikan kontrak yang dikuatkuasakan 1 Februari ini sebagai satu kejutan yang luar biasa.
Katanya, alasan kaedah baharu lantikan ini ke arah memperkasa sistem saraan perkhidmatan awam di Malaysia dan mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam tempoh panjang, seolah-olah kakitangan awam ini menjadi liabiliti sepenuhnya kerajaan.
“Setiap kakitangan awam yang disahkan jawatan, turut mencarum 17.5 peratus dalam Kumpulan Wang Persaaran (KWAP) jadi mereka bukan liabiliti sepenuhnya kerajaan.
“Perubahan kaedah ini terlalu drastik,” katanya yang menerajui Cuepacs dari 2013 hingga 2019.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz memaklumkan langkah baharu lantikan ini menerusi pekeliling 15 Januari lalu dan diperkenalkan ekoran keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai lalu.
“Kaedah lantikan kontrak ini mengikut peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang berkuat kuasa iaitu MyPPSM Ceraian UP.1.1.1 Prosedur dan Dasar Pelantikan Khidmat Secara Kontrak.
“Lantikan kontrak (COS) ialah lantikan kontrak Objek Sebagai (OS) 11000,” kata Dahlan seperti dilaporkan beberapa portal media dalam talian.
Kata Azih, pegawai-pegawai perkhidmatan awam tidak boleh disamakan dengan mereka yang di sektor swasta yang mengutamakan keuntungan berdasarkan sistem ekonomi kapitalis.
“Ada CEO (Ketua Pegawai Eksekutifnya) yang bergaji beratus ribu RM sebulan.
“Sektor awam berkhidmat kepada kerajaan dan rakyat dengan tanggungjawab yang lebih besar. Walaupun bergaji bulanan yang tidak tinggi, jasa kakitanganya wajar dibalas dengan manfaat pada akhir perkhidmatannya,” katanya.
Sekalipun kerajaan mahu tetap meneruskan lantikan kontrak tersebut, para penjawatnya hendaklah turut dilindungi Skim Insurans Pekerjaan (SIP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tegas Azih. – BebasNews
Patut dah kutip Kepala Butoh Freddie Mercury masuk dalam sumbat buang kunci.
BalasPadamKira qada lah, dulu dia kecut teloq cabut lari Soho jual bontot kek gays.
Tadak yang baik keluaq mulut menatang ni.
Pakai rama2 PH/UMNO cari kat Hokkien pau bontot dia baik punya.