Sabtu, 13 Januari 2024

CERITA UBAH ALIH


Ramkarpal gesa polis siasat serangan ke atas rumah Ngeh sebagai cubaan membunuh

POLIS sepatutnya menyiasat serangan membakar rumah Ngeh Koo Ham di Perak sebagai kes cubaan membunuh kerana ia dilakukan pada awal pagi, kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) itu dalam satu kenyataan berkata niat untuk menyebabkan kematian tidak boleh diabaikan kerana kejadian itu berlaku ketika penghuni berada di rumah.

“Sehubungan itu, adalah jelas perkara itu perlu disiasat dari semua sudut memandangkan keadaan, termasuk cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan memandangkan penjenayah memilih untuk melakukan kesalahan itu sewaktu mangsa sedang tidur dan tidak berdaya.

“Oleh itu, niat untuk menyebabkan kematian tidak boleh diabaikan.

“Selain itu, siasatan ke atas perkara ini juga mesti merangkumi punca di sebalik kejadian tragis ini, termasuk sama ada pelaku didorong dan/atau dihasut untuk melakukan kesalahan itu akibat daripada kenyataan yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam kes ini, pihak tersebut boleh didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan,” kata Ramkarpal dalam kenyataan itu.

Seksyen 307 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan manakala Seksyen 505 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Semalam polis berkata pihaknya sudah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pembakaran di kediaman ahli Parlimen Beruas di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan di Shah Alam, Selangor, pada jam 4 pagi.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan di Ipoh hari ini.

Katanya, semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan dia direman lima hari sehingga Selasa untuk membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut seksyen 435 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan. – 13 Januari, 2024.

MULANYA 

SABOTAJ KERETA

KAH KAH KAH

ALIH JADI

BAKAR RUMAH

KAH KAH KAH

SEKARANG KES

CUBA BUNUH

KAH KAH KAH

LUSA KES

GUNA BOM

NUKLEAR NAK

LEDAK NGEH

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. ini kes sama macam bom kereta siti kasim ke ? kah kah kah

    BalasPadam