Daim, ahli keluarga mohon kebenaran mahkamah cabar siasatan SPRM
DAIM Zainuddin dan lima ahli keluarganya memfailkan permohonan semakan kehakiman berhubung siasatan rasuah dijalankan terhadap mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mereka dan Ilham Tower Sdn Bhd memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
SPRM dan pendakwa raya dinamakan sebagai responden pertama dan kedua.
Mereka mendakwa tidak tahu asas siasatan SPRM, kecuali beberapa laporan berita mendakwa siasatan itu ada kaitan dengan Kertas Pandora.
“Walaupun rakyat Malaysia lain dinamakan dalam Kertas Pandora, mereka tidak tidak siasat atau dikeluarkan notis oleh SPRM,” kata mereka dalam permohonan di Mahkamah Tinggi.
Daim dan keluarganya memohon mahkamah menolak siasatan itu dan memberikan deklarasi siasatan SPRM itu bercanggah dengan perlembagaan.
Menurut afidavit sokongan Daim, beliau berhujah tindakan SPRM sangat mengganggunya.
Siasatan itu tidak berasas, katanya.
Daim mendakwa SPRM tidak mendedahkan kepadanya asas kesalahan dilakukannya dalam siasatan terhadapnya sejak tahun lalu.
Beliau mendakwa SPRM hanya memberitahu beliau disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – 11 Januari, 2024.
Duit curi banyak, nak upah peguam beribu sudah beratur depan rumah, sebab ada duit ada pulus, kalau orang tak ada duit nak jumpa peguam dari biro bantuan guaman pun susah, ini hakikatnya, ini ramai peguam beratur depan rumah, bagi idea berjuta-juta cara melepaskan dirinya kah kah kah dunia pancaran matahari dunia kepada yang bergaya dengan hasil curian hasil rompak duit negara anak beranak jangan ego sangat nanti mati tak bawa apa apa pun, boleh hidup 100 tahun? Boleh hanya seorang sahaja siapakah dia yang ada duit pencen sahajalah kah kah kah
BalasPadam