Ahad, 7 Januari 2024

FATWA DARI LEBAI KIT SAING




Pengkomplot gagal tumbangkan Anwar – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang mendakwa, para pengkomplot telah gagal untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dengan tempoh perkhidmatan paling singkat.

Menurut beliau, mereka kini semakin terdesak setelah gagal menumbangkan Anwar melalui Langkah Dubai dan Langkah Chow Kit.

“Mereka telah gagal untuk menumbangkan Anwar dengan cara yang tidak demokratik dan perkara ini bermakna tidak akan ada lagi Perdana Menteri ‘pintu belakang’ di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaan Tanjong di Pulau Pinang, malam tadi.

Teks ucapan tersebut disiarkan dalam laman blog beliau, hari ini.

Baru-baru ini, aktivis-aktivis media sosial Perikatan Nasional (PN) mendakwa kononnya sejumlah Ahli Parlimen telah menarik sokongan terhadap Anwar sekali gus menyebabkan Kerajaan Perpaduan tumbang.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, tiada pihak dapat mengesahkan dakwaan yang tidak disokong oleh sebarang bukti kukuh itu.

Kit Siang berkata, sepanjang tahun pertama pentadbirannya, Anwar bertarung demi kelangsungannya dengan menyekat pelbagai cubaan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan,

Namun, beliau memberitahu, PN telah gagal merampas Selangor atau Negeri Sembilan walaupun Gelombang Hijau yang dicetuskan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah mencapai kemuncaknya pada enam pilihan raya negeri (PRN) Ogos lalu.

“Kini, dengan kestabilan politik terjamin untuk tiga ke empat tahun yang akan datang, masanya telah tiba untuk Anwar fokus kepada perpaduan nasional dan menjalankan reformasi institusi yang dijanjikannya dalam 25 tahun kerjaya politiknya sebelum ini,” jelasnya. –

LEBAI BERFATWA

LAGI

KAH KAH KAH

INI SAJA DIBUAT

UNTUK NAIKKAN

KEMARAHAN

ORANG MELAYU

AMIN

BERI GALAKAN

LAGI PADA MUSUH

MADANON UNTUK

KERJA KERAS

BUKTIKAN FATWA

LEBAI KIT SIANG

SALAH

KAH KAH KAH

AMIN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan