Selasa, 30 Januari 2024

HARGA TURN NAIK



Pasar mini jual tomato RM15 sekilo dikompaun

ALOR GAJAH – Sebuah pasar mini di Masjid Tanah, di sini, dikompaun selepas didapati menjual tomato pada harga tidak munasabah iaitu RM15 bagi sekilogram selain tidak mempamerkan tanda harga.

Berikutan itu, kompoun On The Spot (KOTS) berjumlah RM200 dikeluarkan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri yang membuat serbuan di premis tersebut pagi tadi.

Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar berkata, serbuan dibuat selepas menerima aduan daripada pengguna dua hari lalu apabila dikenakan caj RM14.25 bagi pembelian enam biji tomato.

“Hasil serbuan pagi tadi, didapati pemilik premis tersebut gagal mempamerkan tanda harga bagi tomato, malah menjualnya pada harga RM15 sekilogram dan kita telah arahkannya meletakkan harga yang lebih munasabah.

“Hasil siasatan, pemilik premis memberi alasan tomato yang dijual di pasar raya tersebut adalah gred A dan harga dibeli dari pihak pembekal juga agak tinggi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, peniaga berkenaan bagaimanapun akur selepas disarankan menurunkan harga tomato kepada RM8.99 sekilogram.

“Kita juga telah menasihatkannya untuk memperbaiki tanda harga supaya lebih jelas,” ujarnya.

Tambahnya, tindakan kompaun terhadap pasar mini itu dibuat mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. – 


HARGA SAYUR

BUAH IKAN UDANG

TURUN NAIK 

IKUT MUSIM

AMIN

TAK PELIK HARGA

TOMATO 15RM SEKILO

AMIN

DI PASAR CHOW KIT

PERNAH 16RM SEKILO

SAYUR BERMUSIM

AMIN

YG PENTING

ADA TANDA HARGA

SENANG NAK RABA

DOMPET DALAM

SELUAR

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan