Khamis, 11 Januari 2024

KES NAJIB - SATU TEATER ?



Pengampunan Diraja: Peguam Najib persoal maklumat diperoleh media asing

PEMBELAAN Najib Razak hari ini mempersoal bagaimana media antarabangsa boleh mendapatkan maklumat mengenai status petisyen pengampunan diraja bekas perdana menteri itu kerana sesi Lembaga Pengampunan dikendali secara rahsia di peringkat tertinggi.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan perkara itu dalam satu kenyataan dan merujuk kepada artikel bertajuk Malaysia set to decide on jailed former PM Najib’s high-stakes bid for royal pardon yang disiarkan hari ini.

Beliau berkata penulis menyatakan Lembaga Pengampunan bermesyuarat pada Disember lepas bagi membincangkan petisyen pengampunan bekas perdana menteri itu namun ditangguh kepada bulan ini bagi membolehkan ia bersidang semula.

“Setiap sesi Lembaga Pengampunan dikendali secara rahsia di peringkat tertinggi. Nama ahli yang hadir dan tarikh mereka bersidang juga tidak dihebahkan.

“Ahli tetap Lembaga Pengampunan ialah Yang di-Pertuan Agong, Menteri Wilayah Persekutuan (dalam kes membabitkan isu dalam Wilayah Persekutuan) dan Peguam Negara.

Muhammad Shafee berkata nama ahli biasa sentiasa dirahsiakan dan tidak pernah didedahkan dan jika Lembaga Pengampunan akan bersidang untuk mempertimbang permohonan Najib, perkara itu akan dikendali secara rahsia kerana ia tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Sebagai peguam Najib yang terlibat dalam petisyen pengampunan beliau, kami tidak pernah dimaklumkan mengenai langkah yang diambil oleh Lembaga Pengampunan (jika ada) berkaitan petisyen anak guam kami.

“Oleh itu kami tertanya-tanya bagaimana agensi tertentu membuat spekulasi berkaitan berita tidak berasas ini. Kami tidak tahu siapa sumber yang tidak dinamakan itu dan penulis bergantung kepadanya untuk mendapatkan kisah sensasi yang menjadi bualan hangat orang ramai dan media lain pagi tadi,” katanya.

Beliau juga berkata orang ramai sedia maklum petisyen pengampunan bagi pihak Najib diserahkan kepada Lembaga Pengampunan melalui Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) di Putrajaya pada 1 September 2022.

“Selepas itu kami menyusulinya dengan tambahan kepada petisyen itu pada 18 Oktober 2022 dan pada 24 April 2023, kedua-duanya mengandungi maklumat lanjut untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong berhubung petisyen pengampunan itu.

“Sehingga hampir penghujung tahun 2023, kami tidak menerima sebarang berita atau petunjuk mengenai petisyen pengampunan itu. Anak guam kami risau tentang status petisyen pengampunan beliau dan mengarahkan kami untuk mengingatkan BHEUU pada 4 Disember 2023 mengenai petisyen pengampunan anak guam kami yang belum mendapat sebarang maklum balas setakat ini,” katanya.

Muhammad Shafee berkata sebagai peguam Najib, mereka lebih risau mengenai kedudukan anak guam mereka memandangkan alasan tunggal pengampunan beliau ialah atas dasar tidak mendapat perbicaraan yang adil terutama dalam rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Justeru beliau mengingatkan media dan orang ramai bahawa di bawah peruntukan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Kuasa Pengampunan dalam kes ini adalah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, yang bersifat mutlak.

Najib, 70, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lepas mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta terhadapnya yang didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. – Bernama, 10 Januari, 2024.


WOIT

APAKAH SEMUA

INI TEATER YANG

DI PENTAS UNTUK

KABUR MATA

ORANG RAMAI

AMIN

SENGAJA BUAT

BERITA INI WALHAL

MEMANG ADA

PROJEK NAK

BEBASKAN NAJIB

AMIN

SENGAJA BOCOR

BERITA PADA

MEDIA ASING

AMIN

RAKYAT CUNT PIUS

LALU NAJIB 

DIBEBASKAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan