Isnin, 15 Januari 2024

KONSEP MASYUUK MASUK


Pendakwa raya tidak perlu beri alasan kepada sesiapa mengenai keputusannya – Peguam Negara

PUTRAJAYA – Peguam Negara  Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata Pendakwa Raya tidak terikat untuk memberikan sebarang alasan kepada mana-mana pihak terhadap keputusannya untuk menghentikan pertuduhan terhadap orang yang dituduh.

Beliau berkata Pendakwa Raya mempunyai hak untuk memulakan dan menghentikan pertuduhan jenayah di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Peranan Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya ditetapkan dengan baik dan dilindungi di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Budi bicara pendakwaan untuk memulakan dan menghentikan pertuduhan jenayah adalah pelaksanaan budi bicara yang sah oleh Pendakwa Raya selepas meneliti semua keterangan yang dikemukakan oleh badan penyiasatan dan juga mengambil kira keperluan undang-undang dan prosedur,” katanya semasa berucap di Majlis Pembukaan Tahun Undang-undang 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Beliau berkata Pendakwa Raya mesti dibenarkan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang bertulis, tanpa campur tangan luar yang tidak perlu, dan semua pihak berkepentingan, mesti memahami serta menghormati hak prerogatif Pendakwa Raya, dan mesti bertindak adil terhadap semua pihak tanpa bersikap selektif terhadap perkara-perkara tertentu. – BERNAMA

WOIT

ORANG RAMAI

TAK CAYA

KAH KAH KAH

TU PASAL TIMBUL

MASYUUUK

KAH KAH KAH

AKHIRNYA 

MAHKAMAH DPT

BUSUK NAMA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan