Selasa, 9 Januari 2024

MAJUKAN INDUSTRI KETUM



Enam anggota polis jual air ketum ditahan

KUALA LUMPUR – Harapkan pagar, pagar makan padi.

Itu yang dilakukan enam anggota polis apabila kegiatannya menjual air ketum terbongkar.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukoer berkata, satu pasukan dari Cawangan Risikan/Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah membuat serbuan di sebuah kediaman di Jalan Puchong, di sini pada 4 Januari lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan di kediaman itu telah menemukan empat lelaki yang merupakan anggota polis berusia 24 hingga 38 tahun bersama daun dan air ketum.

“Kita rampas daun ketum dengan anggaran berat 18 kilogram dan air ketum sebanyak 13,500 mililiter (ml) yang nilai keseluruhannya RM420.

“Turut dirampas adalah peralatan memproses daun ketum, lima pasang uniform polis dan wang tunai berjumlah RM1,200,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amihizam berkata, susulan tangkapan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Brickfields telah menahan dua lagi anggota polis berusia 31 dan 35 tahun di sekitar kawasan IPD berkenaan untuk siasatan lanjut.

Katanya, tangkapan seterusnya seorang lelaki Melayu berusia 30 tahun di sekitar Jalan Klang Lama dengan air ketum seberat 10,500 ml.

Tambah beliau, kesemua rampasan air ketum itu boleh membekalkan kepada 180 pengguna.

“Kesemua suspek ditahan reman mulai 4 hingga 6 Januari lalu di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan empat anggota polis tersebut akan dikenakan tindakan tahan kerja.

Dalam pada itu, beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Brickfields masih lagi menjalankan risikan serta siasatan bagi mengenal pasti ahli-ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan yang diperoleh.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan rampasan dadah berkenaan untuk menyalurkan maklumat di talian 03-22979222 sambungan 553 bagi membantu siasatan. –

KETUM ADALAH

TANAMAN ASLI

BUMI MELAYU

AMIN

KETUM ADALAH

UBATAN MELAYU

AMIN

KITA IKUT 

BAGINDA QUEEN

HINA DAN CACI

UBATAN KITA

AMIN

KITA BENARKAN

BEER WISKI WINE

TAPI KETUM

TANAMAN ASLI

DI LARANG

WALHAL INI

MINUMAN TENAGA

UBATAN TERBAIK

AMIN

KITA DIPERANGKAP

OLEH KUASA

 KOLONIAL

HINA UBATAN

KITA SENDIRI

AMIN

KITA ASAK WARGA

BELI PRODUK

UBATAN KOLONIAL

AMIN

KHALAS






1 ulasan:

  1. Kah kah kah tak ada sapa ambik pot Bro hang punya arguement, ubatan semua milik orang-orang kafir belaka, nak halal pergi buat sendiri lah, kalau dapat beli kat pasar malam bolehlah cakap, kah kah kah semua orang-orang kita makan ubat-ubat orang putih baginda Queen punya, nak buat macamana lagi kah kah kah sembang pagi sampai malam tapi habuk tarak woit sembang kosong dengan kopi o bolehlah

    BalasPadam