Selasa, 30 Januari 2024

PERANGAI POLIS MAKIN HODOH ?


Tiga polis trafik Perak direman kes saman RM100 warga UK

IPOH – Tiga anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak ditahan reman bagi membantu siasatan kes meminta wang daripada pelancong pasangan United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Perak,  Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tiga suspek berusia 37 hingga 42 tahun itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 1 Februari bagi membantu siasatan.

Jelas beliau, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 serta Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Siasatan berhubung kes itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh selepas video insiden tersebut tular di media sosial semalam.

“Bagaimanapun, kertas siasatan ini diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan telah lengkap,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman turut menjalankan siasatan dalaman berkaitan kes sama.

“Kita menyeru mangsa yang terlibat dalam kes ini tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis agar siasatan dapat dilengkapkan segera.

“Pada masa sama, orang awam juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu sehingga menjejaskan siasatan polis.

“Suka saya ingatkan dan tegaskan bahawa, pihak polis memandang serius isu intergriti dan tingkah laku warga polis serta tidak berkompromi dengan salah laku dilakukan,” kata beliau.

Sebelum ini tular satu rakaman video menunjukkan perbuatan anggota polis yang kononnya menawarkan diskaun saman trafik kepada pasangan warga UK ketika ditahan bagi kesalahan memandu melebihi had laju.

Anggota terbabit mendakwa pasangan berkenaan memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j), melebihi had laju di Jalan Simpang Pulau- Cameron Highlands itu iaitu 60 km/j, sebelum mengeluarkan saman.

Selang beberapa minit, anggota polis itu menawarkan ‘diskaun’ saman berkenaan daripada RM300 menjadi RM100, jika dibayar terus kepadanya iaitu tanpa perlu ke balai polis. 



PERANGAI POLIS

BERTAMBAH 

HODOH ?

AMIN

ATAU SELAMA INI

PERANGAI INI

TELAH BERJALAN

AMIN

BEZANYA 

SEKARANG

ADA KAMERA

DAN POLIS NAK

JADI PELAKUN

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan