Jumaat, 16 Februari 2024

ANWAR TEKAD LAWAN RASUAH



Tegas tangani rasuah bukan dendam lama – PM

PERMATANG PAUH –  Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan tegas yang diambil menangani isu rasuah khsususnya rompakan hasil negara bukan kerana dendam lama.

Sebaliknya, tegas beliau, ia lebih kepada mahu membersihkan negara gejala rasuah tanpa mengira pangkat dan peringkat umur selain harga barang yang melonjak tinggi juga dapat diturunkan sekiranya rompakan hasil negara dihentikan.

“Kalau orang itu (ambil) rasuah dia patut bimbanglah, kalau tak rasuah dia tak perlu takut. Ini orang yang rasuah puluh-puluh bilion tak berani sentuh.

“Bila polis sarjan ambil RM200 orang marah habis, saya tidak kata itu betul, memang salah tetapi orang yang ambil RM10 billion disebabkan kuasa tidak berani sentuh? bahkan ada ahli Parlimen sokong lagi, siap kata dia orang tua, jadi kalau orang tua rompak boleh? Kalau orang tua rogol boleh? Ini hang belajar mana?

“Ini mereka kata dendam, kes lama? Kalau ambil RM200 saya boleh maafkan tetapi kes lama ambil RM20 billion yang itu adalah duit rakyat,” katanya ketika berucap pada Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perda, di sini, hari ini.

Tambah Anwar, beliau tidak mencampuri urusan mana-mana pihak berkuasa, namun usaha memerangi rasuah dilakukan secara menyeluruh.

“Saya dah bagitau hang Datuk, Datuk Seri ka, Tan Sri ka, Tun ka, hang baik kita salute (hormat) hang rompak kita tangkap sumbat dalam penjara tapi itu bukan kerja saya.



SOKONG 

LAWAN RASUAH

AMIN

TAPI PASAI APA

ZAHID BEBAS

KAH KAH KAH

PASAI APA

NAJIB DISKAUN

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

  1. Pasai apa Jho Low lesap bebas kaya billion billion...?

    Pasai apa Taufik Ayman kaya raya rompak 700 jota dlm akaun bank di Singapura

    Wooiii...Ayat ko tak abis TT


    Kah kah kah


    Khalas

    BalasPadam