Veteran kesal
Majlis Angkatan
Tentera
gagal selaras pencen
KUALA LUMPUR – Majlis Angkatan Tentera perlu segera merangka struktur baharu bagi menyelaras pencen pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum 1 Januari 2013.
Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia, Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar berkata, tanggungjawab itu gagal dilunaskan majlis berkenaan dan ia dinyatakan sendiri oleh Mahkamah Tinggi, minggu lalu.
“Kita menang tuntutan itu di mahkamah pada 5 Februari lalu tapi liputan tersebut tidak diketahui ramai. Ini bermakna perjuangan kita selama ini memang diiktiraf.
“Penyelarasan pencen kali terakhir diselaraskan pada 2013 berbanding mereka yang dalam perkhidmatan dinaikkan mencecah 50 peratus hingga ada jurang besar orang yang bersara lepas tahun 2013,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mior mendakwa, jurang itu telah menafikan hak pesara yang terbabit menikmati pencen atau kenaikan sama dengan pesara ATM lain.
Jelasnya, ia merupakan satu perlanggaran hak asasi di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
“Malah ia juga satu pelanggaran hak-hak asasi yang dijamin oleh Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan. Kita terkilan dengan ketidakpenyelarasan pencen terbabit, ini satu penindasan dan semua veteran ATM perlu perjuangkan bersama,” ujarnya.
Pesuruhjaya Kehakiman Suzana Muhamad Said telah memutuskan keputusan itu selepas mendengar hujahan Peguam Persekutuan M. Kogilambigai yang mewakili keempat-empat defendan.
Manakala peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili bagi pihak kesemua plaintif.
Mahkamah memutuskan pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 mempunyai hak untuk pencen mereka diselaraskan mengikut kadar dan cara sama bagi pesara ATM yang bersara selepas 1 Januari 2013.
Seramai 50 pesara ATM antaranya berpangkat mejar, leftenan, staf sarjan dan prebet memfailkan saman itu pada 17 November 2022.
Mereka menamakan Kerajaan, perdana menteri, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia dan Majlis Angkatan Tentera sebagai defendan.
Menerusi saman itu, plaintif memohon pengisytiharan bahawa defendan telah memungkiri peruntukan di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Seksyen 187 Akta Angkatan Tentera Malaysia 1972. –
Seditious statement
BalasPadamoit sakai..yg gagal itu tentera pencen serami 50 orang je.kepala bana angkara DAP.sejak zaman najib lagi kes pencen sudah dikaji oleh pekeje2 kerajaan..pasal apa plak salah DAP.lu tuduh DAP macam2 walhal peguam lu adalah DAP secara percuma.dasar sakai anjing tersepit..gua saran 50askar pencen tu lawan kerajaan di mahkamah syariah mahkamah tuhan.mesti DAP kalah..haramjadah punya sakai membodohkan bani melayu..
BalasPadamkebun tiada Dapig tapi kebun ada ular KJ dan ular eeee madey kutty..
BalasPadam