Jumaat, 2 Februari 2024

BUKAN CERET BERET


Keputusan pengampunan Najib sudah ada, tunggu – PM

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan sudah mempunyai keputusan berhubung pengampunan  Najib Razak.

Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim berkata, pengumuman itu akan dibuat dalam masa terdekat.

“Sudah ada kepastian ...

“Tunggu pengumuman Lembaga Pengampunan Diraja,” katanya selepas selesai makan tengahari bersama rakyat di Medan Selera Pertama Kompleks, hari ini.

Pengampunan ini berkaitan dengan kes SRC International.

Najib telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 12 tahun pada tahun 2022 dan didenda sebanyak RM210 juta.

Media sebelum ini melaporkan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri itu ada dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri.

Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail turut dilaporkan berkata mesyuarat Jemaah Menteri ada dimaklumkan mengenai perkara itu tetapi ‘sepintas lalu’ saja.

Namun, Saifuddin Nasution menjelaskan, Kabinet tiada bidang kuasa untuk mengumumkan keputusan Lembaga Pengampunan itu.

Lembaga Pengampunan yang bersidang pada Isnin lalu, dilaporkan sudah membuat keputusan mengenai permohonan Najib tetapi hingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan.

Namun media Singapura, Channel News Asia (CNA), sebelum ini melaporkan hukuman ke atas Najib dikurangkan kepada enam tahun. – 

WOIT

JANGAN RISAU

TANGGUH BUKAN

KERANA

CERET BERET

KAH KAH KAH

KALAU BUKAN

CERET BERET

PASAL

 APA TANGGUH

KAH KAH KAH

APKAH KERANA

KOMPUTER ROSAK

DAN PRINTER

TAK BERDAKWAT

MAKA PENGUMAN

DI TANGGUH ?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan