Ahad, 25 Februari 2024

BULUR SENJATA PEMUSNAH





700,000 rakyat Palestin 

diancam kebuluran
TUNIS: Masalah kebuluran semakin meruncing di Semenanjung Gaza dengan lebih 700,000 rakyat Palestin berisiko kehilangan nyawa, menurut pejabat media kerajaan wilayah Palestin, lapor Sputnik.

“Situasi kebuluran di kawasan Semenanjung Gaza yang dihuni kira-kira 2.4 juta penduduk kian bertambah buruk dari hari ke hari.

“Kawasan yang paling terjejas teruk ialah di tengah dan di selatan Gaza yang bakal mencetuskan malapetaka kemanusiaan, selain meletakkan nyawa sebilangan besar daripada 700,000 penduduk Palestin di ambang maut,” menurut pejabat itu di Telegram.

Justeru itu, pejabat berkenaan mendesak rejim Israel untuk segera menarik balik kepungan di Semenanjung Gaza dan membenarkan 10,000 trak sarat bantuan kemanusiaan memasuki kawasan berkenaan.

KEBULURAN

ADALAH SENJATA

PEMUSNAH

AMIN

INI PROJEK

HAPUS UMAT

PALESTIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan