Tiada negara boleh arahkan siapa “kawan” Malaysia – PM
KUALA SELANGOR – Tiada mana-mana negara boleh mengarahkan Malaysia untuk berkawan dengan mana-mana pihak meskipun dasar keterbukaan negara ini mengundang kecaman.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar luar dan hubungan diplomatik dengan mana-mana negara.
“Kita berkawan dengan semua, dengan Barat, dengan Timur, dengan Amerika Syarikat, dengan China.
“Tapi jangan mana-mana negara nak arah kita, kamu boleh kawan dengan negara ini, jangan kawan negara itu.
“Negara ini merdeka dan berdaulat dan bebas untuk menentukan dasar dia,” katanya di sini, hari ini.
Terdahulu Perdana Menteri mengulas mengenai temubual beliau bersama media asing iaitu Financial Times London yang disiarkan pada hari ini.
Media yang berpangkalan di London itu melontar soalan menggambar seolah-olah hubungan diplomatik Anwar lebih akrab dengan China, berbanding Amerika Syarikat.
“Tadi ada keluar rencana di Financial Times London, dia temubual dengan saya sebab dia kata Anwar sekarang ini nampak mirip sedikit kepada China.
“Saya jawab Malaysia mesti buat keputusan dasar yang mementingkan kepentingan negara dan rakyat Malaysia,” katanya lagi. –
dan jika PM itu ada masalah yang memalukan, akan mudah kena pau dengan negara luar.
BalasPadambaik dengan negara sekecil singapore apatah lagi dengan negara besar.
segala perjanjian jika PM sudah kena pegang telor maka ia akan jadi berat sebelah yang menanggung rugi bertahun2 ialah rakyar terbanyak.
PM yang bermasalah tadi? dia boleh hidup enjoy de menjoy harta halal haram makan tak habis.
jika tak kena kejar dengan SPRM si azam baki lagi lah best.
indahnya hidup malaon yang pegang kuasa. selama pegang jawatan cakap pandai perut kenyang buntang, bila sudah bersara orang akan bina tugu peringatan mengenang kononnya berjasa
kahkahkah