Ahad, 25 Februari 2024

DENGAR SUARA MENTERI BERPENGALAMAN


Majlis pemulihan

 diperlukan tangani 

isu ekonomi, kata Rafidah

PETALING JAYA: Rafidah Aziz menggesa perdana menteri menubuhkan majlis pemulihan negara bagi menangani isu ekonomi yang memberi kesan buruk kepada rakyat setiap hari.

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad itu menyifatkan kemerosotan nilai ringgit, peningkatan kos sara hidup dan hutang awam yang melonjak sebagai tidak boleh dipertahankan.

Bagi menunjukkan kesungguhan dalam menangani isu tersebut, beliau berkata Anwar Ibrahim perlu mempengerusikan majlis berkenaan dengan mengadakan perbincangan setiap hari dan mengambil tindakan segera menanganinya.

Rafidah mencadangkan pakar ekonomi dan wakil sektor swasta, ahli akademik serta masyarakat sivil dilibatkan kerana kerajaan dilihat tidak mampu menangani cabaran ekonomi.

“Ia mesti segera tangani kehilangan daya saing Malaysia dalam beberapa bidang, juga terdapat kekurangan analisis terperinci statistik ekonomi terutama dalam konteks pelaburan dan perdagangan, yang tidak memberikan gambaran sebenar.

“Sudah tentu ia bukan politik apabila kumpulan pengguna dan pihak lain yang prihatin membangkitkan isu ini,” katanya dalam catatan di media sosial.

Rafidah yang digelar “wanita besi” ketika dalam Jemaah Menteri tiga dekad lalu berkata, penting untuk pihak berkuasa mempertimbangkan dengan serius semua kebimbangan yang dibangkitkan dan segera mengadakan perbincangan bersama pihak berkepentingan.

Beliau berkata, bagi kebanyakan rakyat kenaikan kos sara hidup adalah nyata dan membingungkan, sambil menambah ia boleh menjadi satu perjuangan untuk melengkapkan kehidupan seharian.

JIKA TAK TAHU

TANYA DARI

YANG TAHU

AMIN

JANGAN BEBAL

BUAT BUAT

PANDAI

AMIN 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan