Ahad, 4 Februari 2024

NAJIB KECEWA - SAPA KENCING NAJIB ?


Najib amat kecewa – Nooryana

KUALA LUMPUR – Najib Razak amat kecewa apabila Lembaga Pengampunan hanya memberi pengurangan hukuman dan denda ke atasnya.

Menerusi Instagram, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa berkongsikan perasaan bapanya itu selepas balik dari Penjara Kajang.

Katanya, ketika lawatan itu, Najib memegang sehelai kertas ditangan – keputusan Lembaga Pengampunan.

“Yana bertanya, “Ayah, macam mana?”

“Daddy jawab: “Kecewa, sangat sangat kecewa. Yana tahu tak perasaan yang paling teruk adalah apabila anda terkejut dan tiada sesiapa di sekeliling untuk bercakap. Anda hilang dalam fikiran anda kerana anda sendirian”.

Menurut Nooryana, bapanya kelihatan letih, mungkin tidak cukup tidur kerana memikirkan keputusan yang diumumkan semalam selepas menunggunya dengan penuh harapan.

Apatah lagi, semua orang di sekeliling ayahnya memberi kata-kata semangat “Insya-Allah Datuk, sedikit masa lagi”.

Bahkan, katanya, sehingga pagi Isnin 29 Januari, pada hari mesyuarat Lembaga Pengampunan, sebelum ke mahkamah, pengawal penjara juga beranggapan ia adalah kali terakhir mereka akan bertemu dengan Najib.

Malah, Najib juga memberitahu mereka yang ditemuinya tentang hasrat beliau untuk menziarahi kubur ayah dan ibunya selepas diberi kebebasan. Namun semuanya tidak kesampaian.

Nooryana berkata, hujah utama petisyen pengampunan Najib bagi kes SRC International adalah tidak mendapat keadilan.

Najib tidak diberi haknya untuk mempertahankan dirinya daripada pertuduhan.

“Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil. Fakta menunjukkan beliau telah dihantar ke penjara tanpa representasi yang berkesan. Dia dijatuhkan hukuman tanpa merit rayuan yang didengar.

“Dalam petisyen pengampunan itu juga terdapat perkara yang dibangkitkan bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil, konflik kepentingan Hakim Nazlan dan kebocoran keputusan akhir yang telah disediakan sebelum rayuan tamat. Terlalu banyak kelemahan dalam proses yang bertentangan dengan undang-undang keadilan semula jadi,” tegas Nooryana.

Pada Najib, beliau sedang dihukum kerana memberi wang untuk kebajikan. Bahkan beliau dihukum kerana mahukan lebih banyak masa untuk membuktikan dia tidak bersalah.

“Najib dihukum kerana darahnya adalah UMNO dan tidak akan menyerah untuk partinya. Dia dihukum hanya kerana dia Bossku, hanya kerana dia Najib Razak,” ujar wanita itu lagi. –

WOIT

KENAPA KECEWA?

DAH ADA JANJI KE?

AMIN

KALAU DAH ADA

JANJI PASTI

KECEWA

AMIN

SAPA BERI JANJI?

NAJI NAK BEBAS ?

KAH KAH KAH

DAH KENA

KENCING KE?

SAPA KENCING ?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan