Isu beras pun haru-biru – Pas
KUALA LUMPUR – Parti Pas menyindir kekalutan kerajaan mengenai cadangan pengenalan Beras Putih Madani Malaysia.
Naib Presiden Pas Idris Ahmad berkata, isu tersebut memperlihatkan kerajaan seolah-olah tidak mengikuti tata kelola sekali gus memperlihatkan kelemahan kepada pelabur.
Katanya, pengumuman mengenai cadangan itu sepatutnya dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.
Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL), Mat Belot Syed Abu tidak seharusnya membuat kenyataan tersebut.
“Haru biru dan biru haru kerajaan madani ni. Isu beras pun sudah biru haru. Jelas ini kuasa menteri, bukan kuasa orang lain. Ini lebih sudu daripada kuah.
“Perkara dasar dan tatakelola bukan tata ke laut. Macam manalah hendak fikir masalah ekonomi negara. Masalah beras pun bercelaru. Malu pada pelabur kalau macam ini.
“Jangan pula nanti bila berlaku perkara ini sebab tata kelola, rasuah, golongan maha kaya, pembangkang punya angkara,” katanya.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Bagan Serai itu meminta supaya nasihat pegawai kerajaan yang berpengalaman tidak diketepikan dalam membantu menteri mentadbir negara.
Katanya, kakitangan terbabit boleh melaksanakan tugas dan tindakan dengan profesional.
“Perdana Menteri ke-10 tolong fokus dan bincang dengan pegawai yang berpengalaman yang akan membantu mana-mana pemimpin yang memerintah.
“Insya-Allah mereka berkhidmat dengan kerajaan semasa dan profesional dalam cadangan dan tindakan,” kata bekas Menteri Hal Ehwan Agama tersebut.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu hari ini berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan mewujukan satu gred Beras Putih Malaysia Madani.
Cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat NACCOL seperti yang diulas oleh Anwar Ibrahim semalam.
Mat Belot Syed Abu Hussin sebelum ini mengumumkan kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit.
Ia sekali gus bermakna tiada lagi kategori SST dan SSI melainkan Beras Putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal.-
Memang bab hentam begini pandailah, tapi kerajaan Kelantan Terengganu selama ini berjaya sangat kah ? Lihat tengok dulu betul betul samada mampu mentadbir lebih baik tak? Atau nak pakai surah ayat-ayat mana ? Memang kerajaan gagal memang silap tetapi yang komen pun kena ada kaki lebar jugak, bukan setakat PhD University Islam Antarabangsa Zakat kah kah kah mampu tak melakukan yang luarbiasa kah kah kah saja tanya lah yang pernah menjadi menteri pernah menjadi timbalan perdana menteri pun entah ke laut cina utara kah kah kah asyik mohong siang malam kah kah kah susah nak betulkan jalan gerak si ketam kena ingat lumrahnya jalan memang tak lurus kena jaga sisi ke sisinya amin
BalasPadam