Selasa, 27 Februari 2024

POTONG BUJET POTONG NAFAS PESAKIT


POTONG BUJET

POTONG NAFAS

PESAKIT

KHALAS 

1 ulasan:

  1. Salam dan Sejahtera semua..

    Ini bukan kali pertama dan yang terakhir saya memberikan respons kepada isu berulang ini.

    1. IJN & KKM telah pun mempunyai hubungan kerja yang baik, walaupun selepas pengkorporatan IJN.

    2. Sejak sekian lama, KKM telah merujuk kes-kes kompleks dan pesakit jantung kritikal ke IJN dan terutamanya untuk mengurangkan 'kesesakan dan masa menunggu yang lama' Pusat Jantung KKM (cth. Pusat Jantung Serdang). Kami mempunyai 10 hospital yang mempunyai Perkhidmatan Kardiologi dan 7 termasuk mempunyai Perkhidmatan Surgeri Kardiotorasik.

    3. KKM membayar kepada IJN untuk setiap pesakit yang dirujuk ke lJN, menggunakan pembiayaan tahunan persekutuan yang diterima daripada MOF. Oleh itu, untuk memastikan lebih ramai pesakit boleh dirujuk ke lJN, pesakit dibenarkan didiscaj apabila keadaan mereka stabil ke Pusat-Pusat Jantung KKM yang lain.

    4. Pusat Jantung KKM kami juga diuruskan oleh Pakar Kardiologi dan Pakar Bedah Kardiotorasik yang bereputasi dan bertauliah.

    5. Paling penting, KKM akan terus memastikan penjagaan dan keselamatan pesakit tidak terjejas termasuk pesara-pesara Kerajaan.

    7. Semoga ada pencerahan dari penjelasan ini dan tuduhan terhadap YAB PMX, KKM dan Kerajaan Madani, tidak sewenang-wenang dibuat tanpa kita memahami isu dan rasional disebalik dasar dan tindakan Kerajaan Madani ini.

    Dr Dzulkefly Ahmad
    27 Februari 2024

    BalasPadam