Sabtu, 10 Februari 2024

PROJEK AKHIR ZIONIS

 


Israel rancang serang Rafah dua minggu lagi

TEL AVIV – Rejim Israel dilaporkan sedang membuat rancangan untuk melakukan operasi darat di Rafah yang sesak dengan lebih 1.5 juta pelarian dua minggu lagi.

Media Israel Saluran 12 melaporkan, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memberitahu Kabinet Perang awal minggu ini bahawa tentera perlu membuat serangan dengan segera berikutan tekanan kuat antarabangsa untuk menghentikan perang di Gaza.

Pejabat Netanyahu mengumumkan beliau telah mengarahkan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) untuk untuk merangka rancangan untuk memindahkan orang awam di Rafah supaya operasi ketenteraan dapat dilakukan.

Saluran 12 mencadangkan kenyataan itu hanya pemberitahuan awam memandangkan tentera telah pun ‘berbuat demikian’ dan hanya menunggu arahan daripada kerajaan untuk melaksanakan serangan.

Netanyahu telah memaklumkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken bahawa operasi di Rafah mungkin bermula dalam masa dua minggu.

Menurut penyiar awam Israel KAN, atas permintaan dari Mesir dan AS operasi ketenteraan di Rafah akan bermula selepas “pemindahan berskala besar” penduduk selesai.

KAN mendakwa bahawa Israel memaklumkan beberapa negara di rantau ini dan AS mengenai kesediaannya untuk operasi di Rafah.

Menurut akhbar Yedioth Ahronoth, tentera Israel telah meluluskan operasi darat di Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Rafah menjadi tumpuan penduduk Gaza yang melarikan diri selepas Israel memaksa mereka yang tinggal di bahagian utara, tengah dan selatan keluar daripada rumah masing-masing.

Israel kemudiannya mengebom dan memusnahkan rumah, bangunan dan infrastuktur di kawasan yang ditinggalkan kosong.-Agensi

INI PROJEK

BUNUH BERAMAI2

AMIN

KUMPUL DI RAFAH

KEMUDIAN BOM

BAGI MATI

AMIN

YANG TAK  MATI

LARI KE NEGEV

PADANG PASIR

 MILIK MESIR

DAN JADI

ORANG PELARIAN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan