Khamis, 22 Februari 2024

TURUN BERDEMO !!!



Israel ugut hantar tentera

 ke Rafah
GAZA: Israel melancarkan serangan udara ke atas Rafah, selepas mengancam untuk menghantar tenteranya ke bandar yang menjadi tempat perlindungan kira-kira 1.4 juta rakyat Palestin.

Kuasa global yang cuba merencana cara untuk menamatkan perang Israel-Palestin atau sekadar mengisytiharkan gencatan senjata, setakat ini masih menemui jalan buntu.

Bagaimanapun, utusan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka tiba di Israel hari ini, dijangkan akan berusaha mencapai perjanjian gencatan senjata.

Kebimbangan antarabangsa juga meningkat susulan jumlah kematian orang awam yang tinggi dan krisis kemanusiaan buruk yang dicetuskan perang yang bermula 7 Oktober lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengulangi amaran sama, susulan agensi bantuan yang bernaung di bawahnya kini dilarang memasuki Rafah.

Kebimbangan masyarakat antarabangsa sejak beberapa minggu kebelakangan ini tertumpu di Rafah di mana lebih 1.4 juta pelarian berkumpul selepas terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka di kawasan lain di wilayah berkenaan.

Kini, mereka terpaksa hidup di tempat perlindungan yang penuh sesak, hanya dengan khemah sementara berbumbung plastik.

Rafah, bandar terakhir yang 'belum disentuh' oleh tentera darat Israel juga berfungsi sebagai pintu masuk utama melalui negara jiran Mesir untuk menyalurkan bekalan bantuan yang sangat diperlukan.

Israel memberi amaran akan meluaskan operasi ketenteraan daratnya ke Rafah jika Hamas tidak membebaskan saki baki tebusan yang ditahan di Gaza, menjelang ketibaan Ramadan bulan depan. - AFP



PROJEK HALAU

RAKYAT PALESTIN

TERUS BERJALAN

AMIN

SOKONGAN KITA

WAJID DITERUSKAN

AMIN

TURUN BERDEMO

TURUT BERDERMA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan