Jumaat, 22 Mac 2024

APA DIA TATAKELOLA MAT LANCHAU


Isham gesa polis siasat isu perolehan saham Farhash

Bekas ketua penerangan Umno Isham Jalil hari ini tampil membuat laporan polis menggesa siasatan ke atas Farhash Wafa Salvador, bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim yang baru-baru ini mendapat perhatian selepas muncul sebagai pemegang saham besar dalam sebuah syarikat yang disenaraipendek untuk menerima kontrak pembangunan sistem imigresen.

Isham berkata laporannya bertujuan untuk memberikan maklumat kepada pihak berkuasa atas kebimbangan pelanggaran dalam perolehan kerajaan dan penggubahan wang. 

Isham berkata beliau akan juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti dalam masa terdekat.

Katanya, pihak berkuasa mempunyai kapasiti untuk menyiasat dan mencari bukti-bukti yang diperlukan. 

Ujarnya lagi, sebelum ini beberapa kes komersial melibatkan pemimpin pembangkang disiasat meskipun tiada laporan yang dibuat. 

"Jadi kali ni saya ingat kerajaan bukan sahaja perlu siasat individu dalam pembangkang, individu dalam kerajaan pun perlu lakukan siasatan juga. 

"Terutamanya individu yang rapat dengan kerajaan. Mereka ini boleh mempengaruhi dasar ataupun keputusan kerajaan," kata Isham.

"Ini lebih kritikal." 

Sebelum ini, Farhash mengancam untuk menyaman Isham sekiranya tidak menarik balik sebuah video Tik Tok di mana bekas ketua penerangan Umno itu mengulas pembelian saham oleh Farhash dalam Heitech Padu, sebuah syarikat yang berpeluang mendapat kontrak membangunkan sistem imigresen baru.

Syarikat itu baru-baru ini disambung kontrak penyelenggaraan sistem imigresen yang sedia ada dengan nilai RM13.1 juta.

Isham berkata, adalah lebih baik Farhash menjawab persoalan menyelubungi perolehan sahamnya daripada "membuang masa" menghantar surat tuntutan.

"Rakyat tanya, mana awak dapat duit ni (beli saham)? Senang, jawab sahajalah. 

"Kita rakyat pun nak tahu sebab libatkan kontrak kerajaan yang besar dan saya buat laporan tadi projek ini (bernilai) RM1 bilion. 

"Ini melibatkan dana awam, ini melibatkan kita semua," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. 

Farhash Wafa Salvador, pemimpin PKR berusia 41 tahun yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar, muncul sebagai pemegang saham besar dalam HeiTech Padu Bhd dengan pegangan 15.91% melalui syarikatnya Rosetta Partners Sdn Bhd.

Menurutnya, Rosetta Partners adalah anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd, yangdimiliki bersama Sultan Muhammad V Kelantan.

Pembelian dalam HeiTech Padu dibuat sehari selepas MyEG Services Bhd memperoleh 14.4% kepentingan ekuiti dalam syarikat itu dengan wang tunai RM31.25 juta pada 11 Mac.

Pada hari yang sama, HeiTech Padu mengumumkan telah menerima lanjutan kontrak selama setahun untuk mengekalkan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMM) bernilai lebih RM13 juta.

Susulan kritikan pelbagai pihak yang bimbang dengan amalan kronisme, Farhash menjelaskan beliau tidak lagi terlibat dalam politik.

Isham bagaimanapun mempersoalkan Farhash, dengan berkata ia tidak bermakna beliau tidak mempunyai pengaruh terhadap polisi dan perolehan kerajaan. 

"Dalam politik, pengaruh itu kadang-kadang lebih penting daripada jawatan rasmi," katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya Perdana Menteri Anwar Ibrahim benar-benar serius dalam mengamalkan tatakelola, beliau perlu memandang serius kepada perkara tersebut. 

Ini kerana katanya, Anwar bukan sahaja perdana menteri bahkan juga menteri kewangan. 

"Kalau dia tak respon atau buat tidak tahu, rakyat akan persoal sama ada ianya tatakelola atau 'tatakelaut," kata Isham.

INI BARU 

TATAKELOLA

BETUL

KAKH KAH KAH

NAMANYA

TAKTAKELOLA

MAT LANCAU

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan