Hajiji nafi kerajaan GRS PH Plus pimpinannya gagal
KOTA KINABALU – Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor menafikan kerajaan GRS dan Pakatan Harapan (PH) (GRS PH Plus) pimpinannya, gagal mentadbir dan membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat negeri itu.
Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata parti pembangkang khususnya Warisan, sepatutnya menilai pencapaian parti itu (Warisan) sendiri semasa mereka mengemudi kerajaan selama dua tahun setengah, sebelum membuat tuduhan kerajaan GRS PH Plus gagal.
Beliau berkata sekiranya kerajaan Warisan dipimpin Mohd Shafie Apdal sebagai ketua menteri ketika itu berjaya membawa pembangunan kepada Sabah, sudah tentu ia tidak ditolak oleh rakyat pada pilihan raya negeri lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan