Ahad, 31 Mac 2024

BODO DAN TAMAK SCAM BERJAYA


Pusat penggilan penipuan terbesar di Thailand diserbu

BANGKOK – Polis Thailand menyerbu pusat panggilan sindiket penipuan dalam talian terbesar dan menahan 63 individu selepas beberapa siri operasi di Nakhon Si Thammarat, wilayah selatan Thailand pada Khamis.

Pembantu Komander Polis Lt Jen Polis Thatchai Pitaneelaboot yang ditugaskan untuk menggabungkan beberapa agensi dalam operasi bersepadu ini berkata menerusi siasatan proaktif yang dilaksanakan polis dengan kerjasama Pejabat Suruhanjaya  Penyiaran dan Telekomunikasi Nasional (NBTC) dan Jabatan Siasatan Khas (DSI) membongkar pergerakan kumpulan pusat panggilan di wilayah itu.

Beliau berkata, lokasi pertama pergerakan itu ialah di sebuah hotel di Daerah Kecil Chandi, Daerah Chawang, Nakhon Si Thammarat dan dua lagi lokasi adalah rumah-rumah di Daerah Chawang.

“Siasatan diluaskan ke sebuah gudang menjual barangan Jepun terpakai di Daerah Na Bon,  Nakhon Si Thammarat di mana suspek dan lebih banyak bahan bukti ditemukan.

Penyiasatan itu juga mendapati terdapat hubungan bahawa tempat itu digunakan sebagai pangkalan untuk sebuah sindiket panggilan antarabangsa. Hasilnya 63 suspek diberkas dengan 12 daripadanya adalah rakyat Thailand dan 51 lagi warganegara dari negara lain,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, polis juga menyita barangan termasuk 223 komputer, telefon bimbit, 1,300 kad SIM keldai, 312  penghala dan 80 buku akaun bank.

Thatchai berkata, siasatan awal mendapati kewujudan sindiket jenayah transnasional ini yang telah bertapak di wilayah selatan itu.

“Kumpulan ini dianggap sebuah organisasi jenayah berskala besar.  Pada masa ini  atase polis China dan Jepun turut serta menyiasat kegiatan organisasi jenayah ini,” katanya.

Nakhon Si Tammarat terletak kira-kira 610km ke selatan Bangkok. – BERNAMA

SCAM BERGERAK

ATAS DUA LANTAI

AMIN

PERTAMA BODOH

AMIN

SOSOK BAKAL KENA

SCAM INI BODOH

AMIN

KEDUA TAMAK

NAK CEPAT KAYA

AMIN

BODOH & TAMAK

DI OLAH DGN BAIK

AMIN

MAKA SCAM

BERJAYA

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan