Selasa, 12 Mac 2024

DUIT DALAM TABUNG HAJI LESAP ?


Pasangan warga emas dakwa simpanan THijari lebih RM50,000 lesap?

KUALA LUMPUR – Pasangan warga emas bersama anaknya berputih mata selepas mendakwa wang simpanan dalam akaun Tabung Haji (TH) mereka menerusi tiga akaun bernilai lebih RM50,000 lesap sejak 2022.

Jamaluddin Abdul Rahim, 63, yang menetap di Batu Caves di sini menyedari wang tersebut hilang selepas membuka aplikasi THijari ketika ingin membuat rayuan menunaikan haji pada tahun lalu.

Hasil semakan ke atas tiga akaun miliknya, isteri serta anaknya mendapati, terdapat lebih lima kali transaksi pengeluaran berlaku di akaun mereka sepanjang Oktober 2022.

“Saya dan isteri sudah mula mendaftar haji sejak 2011 dan menguruskan aplikasi THijari ini anak perempuan kami sebab kami kurang celik IT (teknologi maklumat).

“Tahun lepas sekitar bulan Mac, saya cuba buat rayuan haji menerusi aplikasi itu dan alhamdulilah rezeki dapat pergi menunaikan ibadah itu dengan swasta tapi masih perlu membayar RM30,800 setiap orang pada TH.

“Sebaik sahaja ingin membuat bayaran itu, saya lihat simpanan kami semua sudah tiada, lesap habis. Kalau dulu kita ada buku TH, senang nak semak pengeluaran. Nak keluar duit pun kena pakai cap jari dan pergi kaunter.

“Sekarang pakai aplikasi ini, saya terkejut bila semak ada pengeluaran lebih lima kali pada 2022 sedangkan kami tidak pernah buat pun.

“Lebih menyedihkan bila buat aduan di cawangan TH Batu Caves, anak saya dituduh yang ambil duit itu sedangkan bila semak akaun Bank Islam dia hanya ada RM100 sahaja,” luahnya pada pemberita.

Dakwa Jamaluddin, mereka sekeluarga tidak pernah menerima sebarang pesanan ringkas daripada TH berhubung pengeluaran simpanan tersebut.

Semakan penyata turut mendapati berlaku pemindahan wang dari akaun beliau ke akaun bank individu lain, pada 2022 paling banyak pada 24 Oktober berjumlah RM 5,000, tiga kali transaksi (25 Okt), dan seterusnya.

“Saya terkejut semakan ke atas akaun isteri dan anak turut berlaku pada tarikh dan bulan yang sama dengan saya. Lebih menghairankan ia membabitkan akaun sekeluarga seperti sudah tahu pertalian darah kami ini.

“Dalam penyata anak jelas tunjuk pemindahan ke akaun milik orang lain itu dipercayai dikeluarkan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) Bank Islam tapi kami semak akaun anak tiada langsung jumlah sebanyak itu.

“Sebelum pergi haji saya sudah buat aduan pada cawangan TH dan telefon ibu pejabat TH tapi mereka dakwa kes dalam siasatan. Selepas balik haji pun benda sama dan terkejut juga kata kes sudah selesai.

“Sedangkan duit serta akaun THijari kami pun tidak boleh buka (dibekukan). Bukan itu sahaja, kita tanya banyak kali pada cawangan, layan teruk diberikan. Marah dan tuduh anak saya macam dia yang mencuri duit itu,” dakwanya.

Sementara itu, isterinya, Zaidah Ismail berharap TH dapat bertanggungjawab dan menjalankan siasatan terperinci mengenai isu tersebut.

Beliau juga mendakwa aplikasi THijari amat lemah dan sekiranya kehilangan simpanan itu angkara perbuatan jahat scammer diharap segera memperbaiki keselamatan aplikasi itu.

“Kami harap dapat sedikit duit simpanan itu balik pun tidak apa sebab sudah berumur selain itu kita nak orang lain juga ambil tahu pasal perkara ini.

“Saya minta semua pihak terutama pendeposit untuk semak THijari mereka bimbang bimbang akan berlaku perkara sama lagi-lagi warga emas yang kurang celik IT macam kami,” jelasnya – 

WOIT

INI AMAT BERAT

DUIT DALAM

TABUNG HAJI

BOLEH LESAP

KAH KAH KAH

KALAU DALAM

BANK PUN LESAP

BAWAH BANTAL

LAGI SELAMAT

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

  1. 2022, Apa 2 ekor Menteri TALIBAN buat makan gaji buta jaga Tabung Haji?

    BalasPadam
  2. Semua lesap, jibby siap diskaun..apa punya turrr politaik melayu

    BalasPadam