Jumaat, 1 Mac 2024

GAZA - 30 RIBU MATI - AL-FATIHAH



Israel sudah bunuh hampir 30,000 rakyat Palestin

GAZA CITY – Bilangan kematian akibat pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim Israel kini menghampiri 30,000 orang.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, 76 orang terbunuh antara petang Selasa dan pagi Rabu menjadikan jumlah kematian kepada 29,954 orang.

Seramai 110 orang lagi cedera dalam tempoh masa yang sama, menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang mengalami kecederaan dalam perang sejak 7 Oktober kepada 70,325.

Sementara itu enam bayi di hospital Kamal Adwan dan al-Shifa mati disebabkan dehidrasi dan kekurangan zat makanan.

Laporan terbaru mendakwa bahawa tiga lagi kanak-kanak telah meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian di kedua-dua hospital itu kepada sembilan.

Tentera Israel telah menyekat penghantaran bekalan kemanusiaan ke utara Gaza selama bulan dan beribu-ribu kanak-kanak kini berhadapan kebuluran dan penyakit kerana kekurangan ubat-ubatan.

Sementara itu Al Jazeera melaporkan, Setiausaha Agung Majlis Pelarian Norway, Jan Egeland terkejut dengan situasi di Rafah yang kini menjadi tumpuan lebih 1 juta pelarian.

“Masalah pemakanan, penyakit wabak dan trauma ada di mana-mana,” kata Jan Egeland, yang mengunjungi sebuah sekolah yang melindungi kira-kira 4,500 orang pelarian.

“Orang kurang upaya, hamil dan bayi yang baru lahir berkongsi 18 tandas dengan 4,500 yang lain,” tulisnya di media sosial.

Dalam catatan awal dari sempadan Rafah, Egeland berkata ratusan trak bantuan kini tersadai dan menunggu kebenaran Israel untuk masuk ke wilayah Palestin.

“Sistem itu rosak,” katanya mengenai proses yang terlibat dalam membenarkan bantuan masuk ke Gaza. “Israel boleh memperbaikinya demi mereka yang tidak bersalah,” tambahnya.-Agensi

AL-FATIHAH

AMIN

INI PROJEK

NAZI ZIONIS

HAPUSKAN 

PALESTIN

AMIN

1 ulasan:

  1. Kakaka lain kali jangan jolok sarang tebuan la bodoh.

    BalasPadam