Google sekali lagi terbitkan data salah pertukaran ringgit – BNM
KUALA LUMPUR – Google sekali lagi memaparkan data salah mengenai pertukaran ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semalam.
Bank Negara Malaysia (BNM) dengan tegas menolak data kadar pertukaran RM4.98 berbanding AS$1 yang dikeluarkan Google dan telah disebar di media sosial.
“Ini adalah maklumat tidak tepat yang tidak menggambarkan dagangan sebenar semalam (15 Mac 2024) USD/MYR disebut harga pada 4.7015 pada 9 pagi dan 4.7045 pada 5 petang dengan paras tertinggi harian pada 4.7075 dalam pasaran antara bank dalam pesisir bagi ringgit, seperti yang diterbitkan di laman web BNM,” katanya.
Menurut BNM, dalam dua minggu lalu iaitu 1 hingga 15 Mac 2024 ringgit telah mengukuh 0.76% berbanding dolar AS.
Kadar pertukaran ringgit berbanding dolar AS yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia.
Katanya, ini adalah insiden kedua Google telah menerbitkan data kadar pertukaran USD/MYR yang tidak tepat pada tahun ini.
BNM sebelum ini telah mengeluarkan surat amaran keras kepada Google apabila salah lapor pertama berlaku pada Februari lalu.
“Memandangkan ini adalah contoh salah lapor kedua, BNM akan menghubungi Google untuk mendapatkan penjelasan tentang cara pelaporan yang tidak tepat itu berlaku.
“Dan langkah pembetulan yang diambil memandangkan ini adalah isu berulang yang melanda Malaysia dan negara lain dalam beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya.
Sementara itu BNM menasihatkan orang ramai untuk merujuk kepada data rasmi termasuk daripada BNM.
Masyarakat juga harus berhati-hati menggunakan, mengedar atau membuat spekulasi mengenai sumber yang tidak boleh disahkan sebagai rujukan untuk ringgit.
BNM berkata, kadar pertukaran adalah data sensitif pasaran dan sebarang laporan dan peredaran data yang tidak tepat boleh menyebabkan implikasi yang serius kepada pasaran kewangan.
Pada 5 Februari lalu laporan yang dikongsikan Google menyaksikan AS$1 bersamaan RM6.24 berbanding kadar sebenar sebanyak antara RM4.7480 dengan RM4.7630.
Laporan oleh Google itu menimbulkan kekecohan di media sosial apabila ringgit didakwa menjunam ke paras terendah terbaru berbanding dolar AS.-
Nafi ertinya betul - dalam konsep gomen!!! Kah kah kah kah kah... budak tadika pun tau. Sobab dari kocik lagi kalau menipu, walaupun dio yg curik roba tu.. bilo budak lain tuduh - dio akan kobaan "takkkkdooo, den tak amik pon. Cer ghabo poket den ni hah kalau tak cayo!".. padohal roba tu ado dlm kasut colah stukin eh. Jadi eh.. walaun² pekoba eh bulan poso ni, gumbigho tak? Den tgk bufet² bukak poso takdo laie dah rogo rm79.90, rm 89.90... sumo eh rm100++.. kah kah kah kah kah. Tapi apodohal.. mentoghi² totap gak mkn free kek majlis² bukak poso. Totap gak bleh makan buffet kek hotel. Ekau wahai rakyat² jelato, silo la makan tolo goreng kicap tolo sambal tolo kurma tolo kari hari². Kotam udang ikan hanyo la makanan kayangan ajo zaman ni. Pangkah la laie org bangang dan pasukan eh, padan la muko. 3 muko yg den paling bonci dlm idop den skrg adolah initial A, F dan R.. sendiri la pikir!!!
BalasPadamGugle banyak duhet.. negara katenye kureng duhet… boley la kot cuba2 try saman… ontong2 mashyuuuuuk
BalasPadam