Rabu, 6 Mac 2024

ISA SAMAD DNAA ?


Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad hari ini

PUTRAJAYA – Rayuan bekas Pengerusi Felda,  Mohd Isa terhadap sabitan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta atas kesalahan rasuah akan diketahui hari ini.

Tiga panel hakim dipengerusikan oleh  Vazeer Alam Mydin Meera bersama-sama  Ahmad Zaidi Ibrahim dan  S M Komathy Suppiah dijangka membuat keputusan itu pada jam 9 pagi.

Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan disabitkan salah oleh Mahkamah Tinggi atas sembilan pertuduhan rasuah sebanyak RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.

Ketika kesalahan itu dilakukan pada Julai 2014 hingga Disember 2015, Mohd Isa masih lagi berjawatan Pengerusi Felda.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu,  Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara 54 tahun serta denda RM15.45 juta.


Mahkamah juga menetapkan tambahan penjara 18 tahun lagi jika beliau gagal membayar denda tersebut.

Namun Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Ketika membuat rayuan, peguam bela Mohd Isa mendakwa anak guamnya perlu dilepas dan dibebaskan kerana tidak ada sebarang bukti beliau telah menerima wang rasuah itu.

Tetapi Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz yang menolak perkara itu berkata, walaupun tidak secara langsung namun Mohd Isa telah menerima wang itu melalui bekas pembantunya, Muhammad Zahid Arip Zahid.

Katanya, bayaran itu dilakukan supaya Mohd Isa tidak menggunakan pengaruhnya untuk membatal atau menangguhkan pembayaran bagi pengambilalihan hotel tersebut. -


WOIT

APAKAH AKAN

DIBERI DNAA ?

KAH KAH KAH

ISA SAMAD

SATU BUKTI

KERAJAAN 

MADANON

LAWAN RASUAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan