Ahad, 3 Mac 2024

ISRAEL BUNUH TAWANAN SENDIRI


Jumlah tahanan musuh dibunuh tentera Israel ‘mungkin melebihi 70 orang’ – Abu Obeida


BEIRUT – Serangan udara dilakukan Israel telah membunuh tujuh warganya yang ditahan pejuang Palestin.

Jurucakap briged al-Qassam, Abu Obeida berkata, sebelum ini pihaknya telah mengumumkan terdapat gangguan komunikasi antara pejuangnya yang mengawal sekumpulan tahanan Israel di jalur Gaza.

“Kami (mengesyaki) bahawa beberapa tahanan terbunuh akibat serangan udara Zionis.

“Selepas pemeriksaan terperinci, kami mengesahkan beberapa pejuang kami syahid dan kematian tujuh tahanan musuh di sektor itu akibat serangan udara Zionis,” katanya.

Beliau turut mendedahkan nama tiga tahanan yang dibunuh tentera Israel, selain  tiga warga emas yang ditahan yang diumumkan pada pengumuman sebelum ini pada 23 Disember lalu.

Abu Obeida menambah, pihaknya akan mendedahkan nama baki empat tahanan yang mati selepas identiti mereka dikenal pasti.

Sementara itu itu, beliau berkata, jumlah ‘tahanan musuh’ yang dibunuh tentera penceroboh Israel ‘mungkin melebihi 70 orang’.

“Sepanjang masa, kami memelihara nyawa tahanan. Bagaimanapun, terbukti kepimpinan musuh cuba menghapuskan isu ini dengan membunuh tahanan (Israel),” ujarnya.

Abu Obeida mengesahkan pihaknya akan melakukan pertukaran tahanan Palestin dengan tahanan Israel pada jumlah yang sama, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Sejurus selepas kenyataan Abu Obeida dikeluarkan, briged al-Qassam menyiarkan rakaman tiga tahanan dengan tetera perkataan dalam tiga bahasa, iaitu Arabb, Inggeris dan Hebrew berbunyi: “Kami cuba menhgekalkan mereka hidup, tetapi (Benjamin) Netanyahu mahu membunuh mereka. Semua tujuh (tahanan) dibunuh oleh senjata IDF (tentera Israel),”.

Sementara itu, poster briged al-Qasaam memaparkan Perdana Menteri Israel itu memangkah gambar ‘rakannya’ Yoram Itak Metzger dengan pen merah.

“Netanyahu meninggalkan rakannya berseorangan untuk menghadapi takdir tanpe menyelamatkan mereka,” katanya.

Walaupun pejuang Palestin melakukan persediaaan bagi memastikan tahanannya selamat, namun  politik Israel dan pemerintah tentera dilaporkan memberi tumpuan untuk menghapuskan sebarang tahanan yang tidak dapat diselamatkan.

Ia dipercayai selari dengan usaha pihak berkuasa Israel untuk mengurangkan beban yang perlu ditanggung dalam perbincangan pertukaran tahanan yang dijangka dilakukan menerusi orang tengah. – Agensi




ISRAEL BUNUH

TAWANAN SENDIRI

KERANA TAK MAHU

TAWANAN JADI

AJEN TEBUSAN

AMIN

KODE HANIBAL

DASAR ISRAEL

JIKA DI TAWAN

BUNUH DULU

SEBELUM JADI

UMPAN UNTUK

DI PAU

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan