Jumaat, 1 Mac 2024

KEMPEN RASUAH MAHA TIPU



Aneh, tiada suara pembangkang sokong SPRM banteras rasuah – Anwar

KUALA LUMPUR –i Anwar Ibrahim mendakwa sehingga kini pembangkang masih membisu daripada menyuarakan sokongan terhadap usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat golongan ‘maha kaya’ yang dikaitkan dengan unsur rasuah.

Menurutnya, lebih buruk lagi apabila ada dalam kalangan parti pembangkang yang membela tokoh besar tersebut kemudian menuduhnya bertindak kerana dendam.

“Saya lihat di Parlimen, pembangkang mengelupur seolah-olah marah,  benci dan tak ada suara pembangkang yang sokong langkah membanteras rasuah. Bagi saya aneh.

“Saya semasa menjadi pembangkang, bila ada cadangan pemerintah (berkenaan) usul SPRM, saya dukung. Malah saya kata belum cukup berani (tindakan diambil kerajaan).

“Baru-baru ini ada tindakan SPRM terhadap salah satu tokoh besar yang dianggap paling maha kaya. Belum ada suara daripada pembangkang,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam Baki; dan Pengerusi HRD Corp;  Shahul Dawood.

Anwar berkata, sesiapa sahaja yang terlibat dengan korupsi perlu diheret ke muka pengadilan meskipun kini tidak lagi berada dalam pemerintahan kerajaan.

Beliau menegaskan, perbuatan rasuah perlu dibanteras meskipun prosesnya mengambil masa.

“ Saya nak tanya saudara kalau hari ini saya kumpul RM10 bilion, masuk poket saya dan saya gunakan untuk kayakan diri keluarga, dan harta seluruh dunia. Kemudian tujuh tahun kemudian bersara atau lebih awal, saya tidak boleh disentuh kerana kalau disentuh, haa.. ini dendam. Sudahlah…dia pun dah tua.

“Inilah penyakit yang akan menjalar akan melemah longlaikan semangat bangsa. Kita harus beri mesej yang jelas, kamu rompak harta negara, kamu curi wang rakyat, tak dapat tangkap hari ini, esok kita tangkap. Tak dapat esok, bulan depan. Tak dapat bulan depan, tahun depan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Anwar kagum kepimpinan pentadbiran yang diketuainya kerana memberikan imej bersih daripada unsur dan perbuatan rasuah.

Beliau turut memberikan jaminan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pemimpin dalam kerajaan yang terlibat dengan perbuatan tersebut.

“Lebih setahun lebih kita perintah, banyak diserang tapi saya tanya, di Parlimen dan luar Parlimen, beri satu bukti menteri, perdana menteri sekarang, kalau ada yang rasuah, tanya  Azam, kalau ada siasat, dakwa dan ikut badan kehakiman… hukum.

“Setahun tiga bulan, saya kagum pada rakan-rakan, kita dapat beri imej pimpinan yang bersih daripada rasuah.

“Kalau ada saya katakan jangan tanya saya, persila ambil tindakan dan orang- orang berkenaan wajib digugurkan, baru negara ini selamat,” katanya lagi.-

WAT IS DE BEKOS

TAK DA SAPA

AMBIL POT KEMPEN

PMX LAWAN RASUAH

KAH KAH KAH

JAWABNYA ZAHID

JAWABNYA AZAM BAKI

DUA DUA INI

ADA KES

KAH KAH KAH

RAKYAT  BACA

SEMUA INI 

MAHA TIPU

AMIN

SEMUA INI

MAHA DENDAM 

AMIN

YANG ANEH MACAM

MANA ZAHID BEBAS

INI PALING ANEH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan