Khamis, 7 Mac 2024

MENCARI SUP TULANG BABI DI MOTAC



PERKASA gesa PM ambil tahu isu berlaku di MOTAC – Syed Hassan

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa Perdana Menteri supaya ambil peduli  isu-isu memalukan yang berlaku di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang tular baru-baru ini.

Presidennya, Syed Hassan Syed Ali berkata, imej kementerian itu telah tercalar sebelum ini ekoran campur tangan menterinya yang menghalang tugas pegawai Jabatan Imigresen dalam insiden kemasukan seorang wanita warganegara China tidak lama dahulu di Lapangan terbang Kuala Lumpur (KLIA).

“Di mana tatakelola yang sentiasa diuar-uarkan dan ditekankan oleh Perdana Menteri setiap kali berucap di majlis-masjlis rasmi Kerajaan dan dalam program-program parti politik?

“Sudah sampai masanya menteri kementerian itu yang beberapa kali telah cetuskan kemarahan rakyat atas tindakan-tindakannya selalu dipertikaikan banyak pihak, dipecat atau ditukarkan ke kementerian lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Hassan berkata, pihaknya mahu mana-mana pihak yang terjejas dan tidak berpuas hati dengan menteri terbabit supaya berani ke depan untuk mengambil tindakan undang-undang atau melaporkan secara rasmi kepada pihak yang berkenan terhadap menteri tersebut.

“PERKASA telah menerima khabar dari orang terdekat dengan Dr. Ammar Abd Ghappar mantan Ketua Pengarah Agensi kementerian tersebut bahawa beliau telah mendapatkan nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya bagi mendapat haknya kembali.

“PERKASA akan memberi sokongan dan bantuan apa sahaja kepada Ammar sehingga beliau mendapat keadilan sepenuhnya,” ujarnya.

Dalam pada itu Syed Hassan berkata, pihaknya memohon agar Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan supaya membela para pegawai di kementerian atau agensi yang bermasalah dengan menteri agar mereka mendapat keadilan dan hak masing-masing.

Katanya, negara ini mempunyai undang-undang serta peraturan dan sesiapa sahaja meskipun menteri perlu akur mengikutnya.

“Jangan jadikan kementerian seperti syarikat keluarga,” tambahnya. 


WOIT

BETUL KE

DI PEJABAT MOTAC

ADA SUP TULANG

BABI

KAH KAH KAH

SAPA TAK SUKA 

SUP INI SILA

LETAK JAWATAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan